Tuesday, October 27, 2009

Aktiviti Menjelang Final

Yeah! Akhirnya... Sejak kebelakangan kedepanan kekananan dan kekirian ni sibuk dengan assignment yang terbengkalai la, sibuk dengan test la, agak sukar bagi aku untuk mencuri masa bagi membolehkan aku menulis blog. Tapi, seperti yang aku cakap tadi, akhirnya... dapat jugak aku curi masa untuk post blog. Ni kalau dalam undang-undang ada tertulis 'mencuri masa adalah satu kesalahan di bawah Akta 1234 kurungan kandang harimau' aku memang bersalah dah. Tapi nasib baik curi masa tu bukan satu kesalahan. Pesanan bagi yang kaki curi tu, baik korang curi masa la lagi baik daripada curi duit ke, barang ke kan. Heheheh. (^_^) Ok la berbalik semula kepada perkara sebenar yang aku nak story. Pejam pelik pejam pelik, lagi 2 hari dah nak start final (29 Oktober 2009). Final aku di mulakan dengan paper BEL260. Tapi..... Nama je nak dekat final, aku dengan geng aku telah melakukan perkara songsang menjelang final.

Pergi Ke Sagil
Hahaha...Korang jangan fikir lain. Bukan songsang yang menyalahi hukum agama eh, tapi cara kitorang menyambut hari menjelang final tu je salah. Orang patutnya bukak buku ke, buat revision ke kan? Ni tak, pergi berseronok pulak. Tapi bak kata kawan-kawan aku, "Biar berseronok-seronok dulu baru la bertension-tension kemudian.", hah, korang ikut la kalau korang rasa dah cukup gila. (^_^) Hah, back to the story, semalam (26 Oktober 2009), aku dan beberapa orang lagi rakan pergi ke Sagil ataupun Gunung Ledang untuk bermandi-manda. Tak macam ramai pulak yang pergi kan. Ada la dalam sepasukan bola sepak tapi campur 4 buah motor dan sebuah kereta yang disewa la. Orang yang terlibat dalam aktiviti songsang ni, aku, Bidan, Shah, Awieb, Acab, Opie, Karjo, Sam, Ajam, Kecik dan Arai. Ramai kan? Yang tak boleh belahnya, si Karjo dengan si Bidan sampai-sampai je kampus daripada bercuti terus ikut jugak. Sengal! hahahah.

"Sepanjang perjalanan ini..." Eh, hahahah. Tau tak, kitorang datang sini semuanya wangi-wangi tapi sampai je tempat di tuju dah busuk balik dah. Hehehehe. Fuh, agak jauh jugak la perjalanan kitorang nak ke air terjun tu. Agak-agak 3 hari jugak la baru sampai. Tapi kalau mengesot la. (^_^)

Setelah penat mendaki, berehat sebentar mengambil gambar.


Emmphh..korang, aku pun nak jugak!



"Hai awak, saya dah sampai!", kata Ajam kepada Puteri Gunung Ledang. Akhirnya..sampai jugak kitorang tempat yang dituju.

Agak lama jugak la kitorang spend time dekat situ. Ingat dapat la jumpa Puteri Gunung Ledang ke. Mmmmppphhh....haram! Dapat pulak jumpa. Huhuhuhu. Dalam pukul 6 lebih kitorang beredar dari situ.

Tepung Dan Telur

Aktiviti songsang kami di teruskan lagi setelah pulang daripada bermandi-manda. Gila betul. Memang happening gila kitorang masa tu. Tajuk 'Tepung Dan Telur', mesti korang dah dapat agak bahawasanya kitorang main masak-masak. Salah la awak. Benda ni la yang kitorang guna untuk sambut birthday kawan kitorang yang dah 2hari berlalu iaitu Opie. Memang ingat masa hari jadi dia tu kitorang semua nak kenakan dia, tapi dah semuanya balik bercuti, tak dapat la nak buat. So kena la tunggu semua balik daripada bercuti.

Afif: Wieb, camne dengan plan kita nak kenakan si Opie tu?

Awieb: Oish, takkan la tak jadi. Tapi aku ade 5 biji telur je.

Afif: Ala, ape susah. Tambah lagi sudah.

So keseluruhan telur yang digunakan untuk menyambut birthday-boy pada hari itu ialah 15biji semuanya.

Jam sudah menunjukkan tepat pukul 12lebih. Tidak syak lagi! Ini la masanya untuk kita semua kenakan dia. Yeah!

Afif: Kalau cara halus tak berjaya, terpakse la kite gunekan cara kasar. Betul tak kawan-kawan?

Kawan-kawan: Betul! Betul!

Memang tak jalan cara halus pun. Si Opie dah dapat agak dah kitorang nak kenakan dia malam tu. Kitorang pun terpaksa menggunakan cara kasar. Dengan hanya ber-boxer dan tak berbaju, kitorang semua pergi ke bilik Opie dan mengheret dia bawak masuk tandas. Dalam tandas tu telah tersedia bahan-bahan untuk kenakan si Opie. Meronta-ronta Opie malam tu nak melepaskan diri. Tapi dapat pulakkan. 15biji telur dan sebungkus tepung di baling tepat ke anggota badan Opie. Dah macam zombi dah aku tengok Opie malam tu. Lepas dia kena je, kitorang semua lari lintang pukang. Satu kolej kitorang lari. Hahahaha. Tapi keadaan sebegitu rupa dah terbiasa dah dekat kolej kami. Asal ada birthday member-member je, akan kedengaran la bunyi tapak kaki yang berlari-lari. Memang happening malam tu. Hehehehe.

p/s: Korang jangan la ikutkan sangat benda yang kitorang buat ni. Patutnya kita kena study or do revision before final. Tapi sekali sekala nak buat camni, ok jugak.

Ok la korang! Ni ada something untuk hiburan korang. Video ni untuk semua kawan-kawan aku yang mengenali diri ini dan takde kena mengena dengan yang hidup mahupun yang telah meninggal dunia. Hope you'll enjoy it!

video

Friday, October 16, 2009

Tennis Dan Pengalaman 2 Hari Bergelap

14 October 2009
5.00p.m

Tennis


Aqasha: Weayh, Is. Petang ni jom la main tennis.
Is: Jom. Tapi takkan kita dua je?
Aqasha: Budak-budak lain mane?
Is: Kan hari ni part 1 ade KO.
Aqasha: Lupe la. Kita dua sudah.
Afif: Korang nak main tennis eayh? Nak join! Nak join!
Is: Hah, ok. 3 orang baru.
Aqasha: Boleh la tu.
Afif: Korang tunggu jap eayh aku g siap.

Siap mengenakan pakaian yang sepatutnya untuk bermain tennis...


Lebih kurang macam dia ni la aku pada petang tu untuk main tennis. (^_^)

Itu la pertama kali aku bermain tennis, pertama kali aku pegang raket tennis dan pertama kali aku masuk ke gelanggang tennis. Aku follow budak 2 orang tu main tennis pun sebab dekat kolej takde eletrik petang tu dan bosan petang-petang tak tau nak buat apa. Sampai-sampai je dekat court tennis yang jaraknya 300km dari paras laut, 100m dari kolej kami, ramai gila yang ada dekat situ. Kaum-kaum adam tua sedang bermain tennis. Perrgghhh...tentu hebat dorang tu pabila melihatkan gaya mereka bermain. Aku, Aqasha (senior part 3 DBS) dan Is masuk ke court dengan bergaya sekali. Ya, hanya kami bertiga sahaja yang bermain pada petang tu. Ajak yang lain tak nak ikut. Kami bertiga jela. Ok, back to the original story. Raket tennis dan bola tennis aku capai. Tempat diambil untuk membuat pukulan. "Hah, Is! Ready tau? Aku nak pukul bola ni.", jerit aku kepada Is yang berada di side sebelah. "Ok, ok!". Bola di lambung dan raket dihayun sekuat hati.

PAK!
Perrgghhh...home run siot bola aku pukul tu. Sampai keluar dari pagar court. Hebat kan?! Yeah, Afif hebat! Afif hebat! Begitu la jeritan suara hati ku sendiri. Hahahahah~ Sebenarnya bola tu tak patut keluar dari pagar court tu. Tapi macam mana boleh keluar pulak. Is dan Aqasha hanya mampu gelak. Pakcik-pakcik yang berada di sebelah nasib baik tak perasan (aku rasa dorang perasan la tapi buat-buat tak perasan). Heheheh~ Tu la akibatnya kalau first time main tennis tapi buat macam dah pro main tennis. Baju, seluar dengan kasut dah mengalahkan Rafael Nadal dah. Tapi bila main...... Mak aih, rasa nak maki je diri sendiri. Sumpah awak, ni last saya main.


p/s: Tolong la awak-awak sekalian. Kalau permainan tu first time korang main, jangan la budget sangat eayh (seperti perkara di atas)? (^_^)

p/s: Sumpah taknak main tennis dah. Hahahaha~





2 Hari Bergelap (14 October & 15 October 2009)

Yang ni paling tak boleh belah. Balik dari main tennis tu ingat dah ada la elektrik. Emmmpphhh...Haraammmm.. Ok, start dari sini, I'll tell you the story pasal pengalaman aku bersama rakan-rakan yang lain sepanjang 2 hari UiTM Segamat mengalami masalah bekalan elektrik. Puncanya masalah ni terjadi di sebabkan oleh main fuse UiTM Segamat terbakar. So, satu UiTM takde elektrik. So UiTM menggunakan inisiatif lain dengan menyewa 3 buah generator yang mana aku dapat tahu, sebuah generator di sewa dengan kadar rm10 000 sehari. Gila awak! Mahal tu. So, tu yang kengkadang asal malam je elektrik takde.

Ok, cerita pasal pengalaman ni, first day aku dengan kawan-kawan aku bergelap dekat UiTM ni, macam-macam benda yang menarik berlaku. Ok, aku cerita satu persatu.

First day tu memang tak boleh accept langsung perkara ni. Tapi nak buat camne kan, terpaksa la terima. Malam tu member-member aku semua keluar. Ada yang over night la, keluar cari ketenangan la, apa la. Member-member ada jugak ajak, tapi aku je malas. Aku just kirim Aweeb nasi goreng pataya je untuk mengisi perut yang sekian lama lapar. Agak lama jugak la aku tunggu member kesayangan aku tu balik bawak makanan. Sampai tertidur awak. Sedar-sedar pukul 12 lebih baru dorang balik. Pergghh... sampainya hati buat kawan mu ini kelaparan.

Aweeb: Weayh, kesian doh tengok Afif ni. Sampai tertidur tunggu kite.
Afif: Yela tu. Korang pegi mane giler lame sangat?



Tanpa berlengah, lilin di hidupkan untuk memudahkan aku makan. Yela awak, dah takde elektrik. Karang, ada cicak ke, kumbang ke, lalat ke main sauk je pulak. Sedang menikmati makanan tersebut, Karjo datang menyapa.

Karjo: Sian doh, aku tengok kau makan sorang-sorang. Biar aku temankan kau makan.
Afif: Sila-sila. Kau tak makan lagi ke?
Karjo: Dah, tadi dah makan dah dengan dorang sume. Saje nak temankan kau.
Afif: Yekew? Ni mane kau dapat makanan ni?
Karjo: Budak bilik aku. Dia taknak makan. Aku sebat la. Fif, this time dapat jugak kita makan candle light dinner bersama-sama kan?

??????? Pahal la si Karjo ni. Tapi aku memang suka melayan orang gila. Hahahahah~

Afif: Ye, betul tu. Finally, kita dapat gak makan candle light dinner. Kan sayang?
Karjo: Betul tu sayang, Nak i suapkan?
Afif: Boleh jugak.

Kami berdua gelak berdekah-dekah selepas itu. Macam B*^$H je.

Habis sudah kisah di malam pertama (????) kami semua bergelap. Tapi malam kedua ni yang paling menyeronokkan. Sebab, this time aku join dorang semua overnight dekat luar kampus. Sebenarnya, plan ni aku yang plan. Orang-orang yang join venture kali ni aku la of cause, Bidan, Aweeb, Syah, Opie, Shaari, Haikal, Kecik dan Ajam.

Malam tu memang happening gila sebab kami hang out dan overnight secara beramai-ramai. Paling aku tak boleh lupa bila aku, Bidan, Aweeb, Ajam dan Haikal mencari tempat untuk solat Isya'. Hampir 5 petrol pam kami search untuk solat tapi tak berjaya. Nak solat dekat masjid? For sure berkunci masjid time tu. Pukul 2pg kot. Last sekali jumpa juga. Dekat Petronas. Sampai je dekat petrol pam tu, ada sebuah bas yang membawa rombangan Cik Siti Wan Kembang sedang berhenti untuk memberi peluang kepada para penumpangnya untuk menikmati tandas di situ. Aku tak tahu pulak rombongan tu nak pegi mana. Rasa-rasanya pegi main layang-layang kot? Biar la. Back to the story, yang tak boleh belah time ni la. Bilik solat tu berkunci, tapi kitorang nekad jugak nak solat dekat situ sebab kami dah tak sanggup lagi nak cari. Ni je tempat yang ok pun.

Bidan: Weayh, pecahkan sudah pintu tu.
Haikal: Kau ada kad ke?
Afif: Pakai kad aku.
Haikal: Ala, kau buat lah. Aku segan doh. Ramai orang ni.
Bidan: Eh, jap. Jap. Ada orang la kad dalam.
Haikal: Yekew? Dia buat apa?
Bidan: Pakcik tue. Dia tengah tidur.
Afif: Kejut sudah. Cakap la kita nak solat.

Ahli-ahli rombongan yang sedang menunggu giliran untuk menikmati tandas yang berada di situ tidak di pedulikan kami. Hahahah~ Dorang semua pandang pelik.

Bidan: Pakcik, kami nak tumpang solat.
Pakcik tu bangun lalu dibukakan pintu bilik tu.
Packik: Masuk la.

Lalu Ajam dan Aweeb yang berada di motor kami panggil. Orang-orang yang masih menunggu giliran masih memandang kami pelik daripada kitorang nak ambil wuduk sampai la selesai solat. Kitorang memang sedar akan hal itu dan buat bodoh menjadi pegangan hidup kitorang masa tu. Hahahahah. Selesai solat kami cepat-cepat belah dari situ. Tak boleh belah awak. Kitorang nak solat pun dipandang pelik. Hehehehehehehe...
The end of the story before kitorang habiskan malam kitorang dekat Dataran Segamat, Kecik belanja kitorang semua McD. Duit dia hangus hampir rm100 sebab kitorang order McChiken 9 set dan tambah 4 Mcflurry. Hahahahah. Kayap Kecik! Dah la kocik, kena buli pulak dengan kitorang. Masa nak order tu, boleh bantai sembilan sembilan orang sekali ikut nak order termasuk aku la tu. Malu la awak. Orang yang berada dekat dalam McD tu semua pandang. Hahahahah. Dan paling bestnya, kitorang makan dekat parking kereta berdekatan stesen KTM dan bus stop Segamat. Seperti picture dekat bawah ni.

Pelik-pelik benda yang kitorang lakukan malam tu. Tu kalau ada kereta api lalu tu, mau tergelincir dari landasan tengok kitorang. Hahahahah. Apa-apa jela, yang pentingnya kitorang tak melanggar undang-undang Islam dan negara.

p/s: Thanks to Kecik yang sanggup berbelanja besar pada malam tu. Padan muka! Sapa suruh bagitau duit PTPTN dah masuk.

P/s: Part yang kitorang cari tempat solat tu, aku bukan nak show off yang kitorang ni alim ke ape ke, tapi mase tu kisah yang menarik untuk diceritakan, aku cerita la.

p/s: Sebenarnya sehingga hari ni (17 October 2009) UiTM still ada masalah dengan bekalan elektirk. Dan masa aku menulis blog ni, aku dah dekat rumah dah pun. Gila kau, nak tunggu sampai hari Ahad baru ada elektrik.



Monday, October 12, 2009

Annual Dinner DBS

Assalamualaikum wtb semua. Wah, ni la first time aku join dinner DBS (Dip. Business Study). Last sem, aku tak join pun sebab dorang kata tak best. This sem entah macam mana tergerak hati nak turut serta. Lagipun member aku dah jadi Exco, so dia yang ajak. Ok this time aku cerita melalui gambar eayh? Hope you all will enjoy.

Gambar ni sebelum nak gerak ke Dewan Sri Peria (DSP) yang berada di Sektor B (Kolej Perempuan). Biasa la awak, kalau dah pakai baju mengalahkan YB ni, tak sah kalau tak bergambar. Ni pun sebab tunggu awek-awek kitorang Jamal, Sanat ngan Mok tak siap-siap lagi (macam perempuan dorang ni siap). So, untuk mengisi masa terluang, ambil la gambar. Lupa pulak nak bagi tau. Tema untuk malam ni Raya Classical. Korang judge la sendiri pakaian yang dikenakan eayh?


"Is, Is cepat, aku nak ambik gambar kau ni." Hehe, Is. Orang pertama aku ambil gambar dia pada malam tu sebelum nak gerak.


"Ok Acab, kau pulak. Kau berdiri kat dinding situ." "Eh, betul ke kau nak ambik gambar aku? Aku nak gambar macam menteri eh? Ok aku pos macam ni." "Wah, Acab ni, bagi betis nak peha.". Hehehe~


"Hah, Bidan kau plak. Kau pun berdiri kat tempat Acab tadi."

15minit kemudian:-

Afif: Eh, mane dorang ni? Lamenye?
Is: Kita gerak dulu la jom.
Afif: Rileks sudah. Kau ni kenapa excited sangat ni?
Is: Kita bayar kot. Nanti terlepas benda yang best plak.
Afif: Start kol 8.30 kot.
Is: Oh, yeke?

Kerana lama sangat tunggu awek 3orang tu, kitorang ambil keputusan gerak dulu. Sampai je kat DSP, dah ramai orang dah kat depan dewan. Macam-macam jenis pakaian ada. Ada yang pakai baju melayu Johor la, baju melayu Perak la (???), kebaya, kurung kedah, kebarung. Eh? tak pakai baju pun ada?? Masya-Allah kucing ni. Pakai la baju melayu kalau ye nak join kitorang ni. (^_^)

Dalam 15minit lebih la kitorang tunggu awek-awek tu sampai. Akhirnya....

Afif: Mak aih, kitorang tuggu dia lama kat sini, dia boleh buat tak tau je?
Is: Wei, mangkuk. Agak kuang hajar kan? Kitorang tunggu kat sini kau boleh nak masuk dulu pulak.
Jamal: Eh, kawan-kawan. Sorry, sorry. Tak perasan.
Sanat: Afifffff.....hehehee~
Mok: Eh, Afiiiiiiffffffff. Tak perasan la.

Tanpa berlengah, kitorang pun terus masuk dewan. Dekat atas meja dah tersedia...


Afif: Wah, lemang? Eh, tebu pun ade?
Mok: Kepala otak kau tebu. Ubi kot?
Afif: Eh, yeke? Macam tebu je. Hahahah~ Ala, asal lemang dia sikit? Pudin kata banyak. Sengal ar, tipu aku doh. Favourite ni!

Sedang KP (ketua program) DBS memberi ucapan:-


Jamal dengan Bidan muka bosan. Aku tau apa yang ada dalam fikiran dorang! BILA NAK MAKAN NI???!!! Sama la aku pun. Dari pagi awak tak makan.

Kuajak Is, dah makan dulu dah. Lomang den tu! Actually, aku yang starting makan lemang dulu. Hahaha~ Tak boleh tahan la awak. Makanan dah ada depan mata. Takkan tengok je kan?



Alamak, tercekik doh. Sedap awak air lilin ni. Hahaha~


Eh, Jamal pun join makan jugak lemang tu?


(whispering) Dorang ni sebenarnya bukan budak DBS. Hahahaha~ Sorang budak DQS (Dip. Quantitative Science) dan sorang lagi DIB (Dip. In Banking). Tapi tak kisah. Dorang takde malam tu, tak happening.

Lepas je MC menjemput semua tetamu makan, aku, Bidan, Is, Jamal, Mok, Sanat dan Acab terus meluru ke arah makanan. Hahahah~

Beratur wak, masa nak ambil makanan ni. Tapi....


Kitorang la group pertama yang dapat makanan dulu. Heh. Rahsianya, sebelum masuk, kitorang dah target untuk ambil tempat duduk yang paling dekat dengan makanan. Ni la profit yang kita dapat. Heheh~

Sambil makan kitorang dihiburkan...


Persembahan sketsa daripada pelajar Semester 1. Sorry eayh, masa ni aku tak tahu cerita apa yang dorang lakonkan. Tau tau dah habis. Heh.


Persembahan nyanyian daripada pelajar Semester 3. Suara brader tu sedap giler. Dorang bawak lagu raya 'Ku Pohon Restu Ayah Ibu' yang dipopularkan oleh Mamat Exits.


Ni pulak persembahan daripada pelajar Semester satu if I not mistaken. Alamak bro, kenapa terkangkang? Tak macho la. Hahahah~

Last sebelum nak habis, budak perempuan kelas aku (D2B3) ajak bergambar. (^_^)
Eh, siapa akak yang belah kiri sekali tu? Sibuk je la. Hahahah~ Takpe, sebab akak tu comel, aku ambik jugak gambar.

Afif: Ecah, sape akak comel tadi tu?

Ecah: Owh, akak tu, dekat bilik ngan aku.

Afif: Yekew? Kim salam eayh? Hahahah~

And lastly, this is my lucky number.

Kalau ada cabutan bertuah, aku tak penah dapat pun. Tapi rezeki aku malam tu kot? Hehehe~

Sekian~

p/s: Minta ampun dan maaf kepada kawan-kawan yang gambar dia terpampang tu. Aku letak gambar korang dalam blog aku tanpa izin. Hope korang tak marah. (^_^)

p/s: Mana gambar aku masa bergambar ngan classmate?? Entah la awak. heheheh~

p/s: Tarikh dinner ni, semalam (11 Oktober 2009)

p/s: Masa ni aku ingat dapat la balas dendam nak balun makanan banyak-banyak sebab dari pagi sampai petang tak makan coz makanan dekat NR (tempat gerai-gerai) dah habis. Tapi kehadiran para student di luar jangkaan malam tu menyebabkan takde makanan tambahan. Tension!

Friday, October 9, 2009

Memekak Di Pagi Buta Yang Dingin


Balik je dari kelas marketing (yesterday 8p.m until 10p.m, 8 October 2009) aku terus menghadap desktop member aku untuk bermain game. Heheheh~ Ala, prinsip hidup aku dengan member-member dekat sini, 'barang kau barang aku jugak'. So aku pakai la sesuka hati. Tapi, satu prinsip hidup aku yang selalu aku cakap dekat member-member, 'Awek kau awek aku, awek aku awek aku!'. Hahahahah~ Eh, terlari tajuk pulak. Ok, berbalik kepada story board asal tadi. Aku bila dah menghadap desktop, pastu main game favourite pulak tu, memang tak ambil peduli walau bom jatuh di sebelah sekali pun. Memang melalaikan kan bermain game ni. Tapi nak buat macam mana, dah itu yang menjadi pilihan di kala kebosanan melanda. Agak lama juga la aku menghadap binatang berteknologi tu. Sampai tak sedar nak dekat pukul 1.30pg (ladies and gentleman, don't try this at home takut kena penampar ngan parents sebab bil naik tinggi).

Suddently,
Aku terdengar member aku di bilik sebelah melalak. Aku pun pause game tu sekejap, dan dengar apa yang dorang melalak. "Wah, dorang tengah jamming ni. Sengal ar, tak ajak aku! Tak boleh jadi ni. Aku kena join jugak ni.". Masuk je bilik sebelah, yang tengah melalak, Arai (eh, pelik la mamat ni, tak penah-penah lepak kat bilik ni), Mat Nor (ni pun sama jugak), Karjo (dia ni lagi), Shah (tuan punya bilik) dan tidak di lupa Otai Guitar kitorang, Shaari. Shaari memang handal dan hebat main menatang tu. Semua lagu dia tahu. Tanpa dia, kitorang tak boleh memekak malam tu. Masuk-masuk je, aku bukan bagi salam pun, terus join dorang menyanyi (Teruk! Teruk!).

Lagu-lagu yang telah kitorang semua rosakkan seperti lagu dari:-

1. Spider- Mungkinkah Terjadi (lagu favourite :D ), Kekal.
2. Dewa- Pupus
3. Sheila On Seven- Dan
4. Exist- Alasan mu, Masih Terserlah Ayumu
5. Hattan- Dari Kekasih kepada Kekasih
dan banyak lagi....

Sedap ke suara kitorang??

Eh, of coz! Suara kitorang bila dah bercampur pitching lari+lirik terabur+suara katak+sengau+suara doreamon boleh dapat suara Siti, suara Mawi, suara M.Nasir dan banyak lagi tau. Hah, jangan pandang kitorang takde gigi. Memang happening gila malam tu sampaikan ada satu suara memekik menyokong kitorang untuk terus melalak tau. Dia cakap "Woi, diam la. Pegi solat Tahajud lagi bagus la wei.". Nampak bukan, mereka menggalakkan kami semua untuk terus melalak. Bagus betul berader semalam tu. Thanks kerana sudi men-support kami ok. Lain kali kitorang memekak lagi, brader support la lagi dengan kata-kata hikmat macam tu eayh? Heheheh~ (^___^)

The end of the story kitorang memekak sampai pukul 3pagi. Kitorang berhenti tu pun sebab otai guitar dah tak larat. Aisshh, kalau dia tak penat, kitorang akan terus menyanyi. heh!

p/s: Kita lebih baik bersolat di malam hari bukan melalak tak tentu pasal kan? Hehehe~ Tapi sekali sekala takpe kot?

p/s: Jangan diguna pakai prinsip hidup saya nyatakan tu ye? Tak elok!!

Sunday, October 4, 2009

Pagi Buta Yang Gila

Hahahahahahahahahhahahahahahahhahahahahahahahhahahahahahahah. Rehat kejap. Ok continue balik. Hahahahahahahahahhahahahahahahhahahahahhahahahahhahaha. (^_^)

Lah, kenapa? Pelik ke? La, kata pagi buta yang gila, nak ambik mood la nak story. huhuhu~ ok, ok. Serious. Assalamualaikum WTB kepada rakan-rakan, sahabat handai, kawan-kawan, friends dan bunny and friends. Berdirinya saya disini bukan untuk apa, hanya mahu memperkenalkan produk terbaru dari saya, iaitu ubat gila. Ingin sekali saya nyatakan disini, saya bukan sahaja berdiri, malah duduk, baring dan terlentang.

Lah, apasal? Pelik lagi? Kata pagi buta yang gila. Hahahahah~

Ok, this time i try to be serious. Huhuhu~

Kejadian berlaku pada 4 Oktober 2009 pukul 1pagi di bilik Jamal, Sanat dan Azrai:-

Selesai tengok movie, balas comment dan sebagainya, hati ini mula merasakan bosan. Playlist lagu dalam laptop ditekan. Volume di naikkan sampai maximum tahap cipan. Jamal seorang diri duduk di atas katil, sedang belajar bermain guitar lagu Kembali Pulang by Kangen Band yang aku ajar (aku pun tak paham kenapa dia nak belajar dari aku padahal aku tak reti sangat main guitar). Asal dia belajar sorang-sorang? Sebabnya nak masuk 45jam aku ajar dia tak dapat-dapat lagi (bebal sangat tu). Gurau-gurau. Tak sampai pun 2jam belajar. Fed up dia asyik kutuk aku, aku cakap dekat dia "Mal, kau tengok dekat laptop aku tu, ade tab dia. Kau belajar la sendiri mal." Merajuk la tu kononnya. (^_^) Aku bawa diri dan menyambung kembali tengok movie yang tidak dihabiskan lagi tu sebenarnya (aku memang macam tu la. Tengok movie mesti tak habis. Kadang-kadang 2 3 hari baru sambung balik tengok). Karjo (Lah, nama mamat ni lagi. Menyampah syial ngan dia ni. Ada je dalam blog aku. Hahahahahah) yang baru balik dari dinner kosnya tetiba buka pintu bilik lalu merebahkan dirinya dekat lantai.

Lagu Black Eyed Peas bertajuk 'I Got A Feelin' bergema di dalam bilik. "Wah, lagu syok ni.", hatiku berkata. Aku bangun dari kerusi dan tetiba.....

DANCING LA APA LAGI!!!

Tak boleh belah awak! Aku dancing depan Jamal yang still lagi main guitar (entah bila la dia ni nak berhenti. Lagu tak pun dapat-dapat. Takpe-takpe mal, practice make perfect) Agak lama jugak la aku menari depan dia. Dari air muka dia, aku tau yang dia nak penyepak aku. Tapi Jamal ketawa berdekah jugak. (^_^)

Jamal: Asal mat lu malam ni.

Afif: (sambil menari) Lagu best mal. Yeah! Yeah! Oh yeah!

Jamal: Macam bodoh syial lu ni. Hahahahah~

Afif: (sambil menari) Weayh mal, jom ar join. Boleh release tension doh. Yeah! Oh yeah!

About 10min jugak la aku buat benda gila tu. Tapi.....

Afif: Wah, kalau rakam menari ramai-ramai ni mesti happening. Jo, kau join sekali.

Arai masuk tiba-tiba..

Afif: Hah, arai ada. Weayh, join sekali. Jamal kau tolong rakam.

Arai: Nak buat ape ni? Nak buat ape?

Afif: Alah, takde bende la. Just menari je.

Dalam tak nak tak nak tu menari jugak. Habis space dalam bilik tu aku, Karjo dengan Arai ambik untuk menari dan Jamal sebagai cameraman hanya gelak berdekah. Memang gila habis la time tu. Dah tak fikir apa dah kitorang masa tu. Semua tarian keluar daripada yang sexy hingga la tarian kayu. Hahahahah~

Itu la benda yang aku nak story pasal tajuk aku tu pada kali ni. Kepada yang sudi membaca. Thank you much-much eayh? (^_^) PEACE YO!!

p/s: Korang try la buat benda ni. Bagi yang perempuan, kalau nak buat benda ni, pastikan video yang korang rakam tu tak terlepas ke tangan orang lain ye? Bahaya!!!

p/s: Seriously benda ni happening dilakukan. Try la but make sure otak korang masa tu gila.

p/s: Bagi yang mengenali diri ini, korang mesti tak caya aku macam tukan?

p/s: nak tengok video tu? Dapat pulak! Bak mai rm100 dulu. Hahahaha~ Video tu private untuk kengkawan terdekat je. I'm sorry!!

p/s: Alamak forgot about one thing. Test Costing tak settle lagi la! Adooiiii~ (-__-") Kawan-kawan, doakan saya ok?




Friday, October 2, 2009

Apa Nak Jadi

Wah, akhirnya dapat jugak aku post blog setelah 2 3 hari ni sibuk dengan test dan hari ini (2 oktober 2009) selesai sudah test for marketing. So tinggal lagi satu sahaja test untuk di tempuhi iaitu test costing. Bagi melepaskan gian dan tension, aku ambil kesempatan pada hari ini untuk tulis blog.

Ok, where I should start the story (macam broken je)? Ok la, dimulakan dengan bismillahirahmanirrahim.
Berlakunya perkara yang hendak diceritakan ni kelmarin ataupun 2 hari yang lepas ataupun past 2 days ataupun last 2 days this story was happen (macam broken jugak je).

Dalam kelas marketing pada pukul 12 lebih.

Message dihantar:-
Mal, malam ni ajak Sanat outing nak? Aku nak beli barang la.

Message di-reply:-
Ok jugak tu. Nanti aku bagitau Sanat.

Nak di pendekkan cerita, bukan apa takut korang bosan nak baca (ceh, padahal malas nak type panjang-panjang je). Lepas settle semua barang keperluan di beli, aku, Sanat, Jamal, Arai dan tidak dilupakan dan selalu saja dalam blog aku nama dia keluar, Si Karjo la apo laie! Kitorang semua berbincang mana tempat yang sepatutnya kita nak makan.

Inside the car:-
Sanat: Nak makan kat mana ni?
Afif: Mamak je sudah.
Jamal: Kalau yang tu aku setuju sangat.
Sanat: Tak nak doh, aku nak makan makanan yang bergoreng.
Jamal: La, mamak la terbaek makanan goreng-goreng.
Karjo: Taknak la. Aku nak termuntah la makan kat mamak.
Arai: La, ngade-ngade la kau ni.

Keadaan menjadi tegang+kecoh sekejap di dalam kereta (ala memang selalu kecoh pun). Finally, we all decide untuk makan dekat restaurant tomyam yang berdekatan. Keunikan restaurant tu sebab ada tempat karaoke. Sampai-sampai kami dekat situ, seorang makcik umur lingkungan 30an sedang menyanyi. Sedap awak suara dia. Macam nak muntah! hahahah~ (jahat mulut ni).

Waktu sedang menunggu makanan tiba:-
Sanat: Mal, karaoke mal.
Jamal: Pegi la kau nyanyi.
Afif: Tak payah nat. Kalau kau nyanyi, lirik entah ke mana, melodi entah ke mana. Baik tak payah doh.

5minit kemudian:-
Jamal: Adoi, rokok takde pulak. Macam mana ni? Tak boleh hidup aku. Pas makan karang mseti kena ada rokok.
Karjo: Mal, bak duit aku pegi beli.
Jamal: Kau nak pegi beli kat mana?
Karjo: Ala, dekat-dekat sini ada.

Karjo berlalu pergi setelah mengambil duit daripada Jamal.
Afif: Weayh, mana Karjo nak pegi?
Arai: Pegi beli rokok.
Afif: Ala, aku nak ikut. Nak beli top-up Is kirim tadi. Jo, tunggu aku!

p/s: Nampak sangat aku tak peka dengan keadaan sekeliling.

Di kedai tersebut:-
Karjo: Fif, kau la masuk dalam beli. Aku tunggu dalam kereta.
Afif: Beli rokok sekali? Camne nak cakap? (poyo+bebal sangat. Beli rokok pun tak tau)
Karjo: Mintak dekat die Dunhill 14 satu.
Afif: Hah, ok2.

Dalam kedai:-
Afif: Moi, bagi Dunhill 14 satu dengan top-up maxis rm10.
Amoi: Ok. Kejap ea. Top-up u nak kad atau tulis nombor?
Afif: Bagi kad la moi.

Tiba-tiba seorang budak umur dalam lingkungan belasan tahun masuk dalam kedai tu. Dengan pakaian tak senyonyoh, subang di telinga berjalan menuju ke peti sejuk yang mengandungi minuman. Kisah pulak aku semua tu kan? Lantak dia la nak pakai apa pun. Suddently,

PAK!
Aku sangat terkejut apabila memperlihatkan....

Apa ni? Sudah tentu la arak. Arak awak! Arak! Terpacak benda tu dekat kaunter pembayaran tuh. Duit dihulur pada amoi tu kemudian budak tu berlalu pergi. Mata aku terbeliak dan speechless. Kalau botol kicap ke, minyak tanah ke, tak kisah. Ni arak! Pergh, dalam hati ni maki-maki je budak tu. Hey, come on la. Kita orang Islam kot. Takkan minum arak. Hati hanya dapat berkata-kata tapi bukan mulut. Nak sound takut benda yang tak sepatutnya jadi, jadi pulak. Ikutkan hati ni, nak je lempang amoi tu. Hahahah. Silap! silap! Nak je lempang+terajang dan sumbat botol arak tu dalam mulut budak tu. Takde masa depan langsung! Tapi itu, kalau ikut hati la, kalau ikut limpa ke, jantung ke, baik aku diam dan tengok je (bukan takut eayh, just takde sifat keberanian je). Apa dah jadi dengan dunia sekarang? Takkan la nak tunggu di atas sana turunkan bala baru nak insaf? Mungkin benda ni bukan kejadian luar biasa pada akhir zaman sekarang ni kan? Dah memang terbiasa dah. Aku rasa mungkin amoi tu gelak dan suka je melihat seorang remaja melayu, beragama Islam pulak tu membeli arak di kedainya. Hey, dunia dunia!

p/s: Harap korang tak rasa bengang, cerita panjang-panjang cuma isu pasal arak ni je nak di bangkitkan dalam entry kali ni. (^_^)

p/s: Pasal rokok tu pulak, korang judge la sendiri eayh? hehehe~