Tuesday, June 29, 2010

Funniest Thing or Disgusting?

Sepanjang World Cup ada saja sejarah yang berlaku. Kalau kita masih ingat masa World Cup 2006 Germany dulu, di mana pemain terbaik dunia dan juga pemain kebangsaan Perancis, Zinadine Zidane Alfonso De Alboque (part yang last tu aku tambah. ahahaha) telah menanduk dada pemain pertahanan Italy Marco Materazzi menyebabkan dia dibuang padang serta merta. Dan kalau masih ingat peristiwa di mana legenda bola sepak dunia menggunakan tangan untuk menjaringkan gol pada World Cup 1986 di Bangladesh (Biar betul??). Taklah, mana aku tau World Cup 1986 dekat mana. Agagagaga.. Memang setiap kali berlangsungnya World Cup pasti ada saja perkara yang akan diingati sepanjang zaman.

Tapi bukan itu yang aku nak cerita. Yang tu cuma mukadimahnya saja. Yang aku nak cerita ni pasal kisah seorang coach untuk pasukan German telah melakukan sesuatu perkara yang agak...emmm..errr..ummm.. Eh, korang tengok sendiri la eayh video dekat bawah ni.



Hah, dah nampak?? Masa ni Germany vs England yang berakhir dengan keputusan Germany 0 England 14. Ahahaha.. Is this funniest thing or disgusting?? What do you think my friends? Ahahaha.. Setiap manusia mempunyai penilaian yang berbeza. So, aku boleh kategorikan perkara ni sebagai KELATOR (kelakar+pengotor). (^_^)

Video tuh aku tengok dekat FB yang di-share oleh kawan aku. Oleh kerana aku tak tau nak ambil direct daripada FB, aku ambil dekat Youtube.


Yang kelakarnya masa aku nak seacrh video tu la. Disebabkan aku tak tau nama coach tu, macam-macam aku taip. Coach German korek hidung masa World Cup 2010' la, 'perkara kelakar coach German la'. Last-last dapat jugak sebab aku taip 'Funny Moment Germany's Coach World Cup 2010'. Perghh..nak kena bahasa Inggeris jugak walaupun broken. Mengada-ngada betul!

..SEKIAN..

Monday, June 28, 2010

Adik Beradik Aku Hati Kering Bukan Macam Aku

Menurut kitab Dewan Bahasa dan Puaka Edisi Sendiri, Hati Kering bererti hati yang telah dikeringkan di tengah panas untuk dijadikan ulam seperti ikan kering. Percaya akan statement ini bererti Afif berjaya jadi seorang penipu besar yang terhebat. Takde yang percaya?? Alhamdulillah..saya bukan seorang penipu besar. (^_^) Ok ok serious. Hati Kering adalah ayat yang aku kenal daripada kawan-kawan aku yang jugak mat-mat motor suatu ketika dulu. Hati Kering ni lebih kurang macam takde perasaan takut terhadap perkara yang menyakitkan la. Yela kot.

Ni nak story-mory sikit Hati Kering. One day, sedang syiok menonton televisyen sambil kaki tergantung di udara (???), perhatian aku teralih kepada kakak dan adik-adik aku yang sedang dok tekun menghadap laptop. Dalam hati ku memaki, "Apa benda la dorang ni tengok sampai tertonggeng-tonggeng, terkinja-kinja, tergedik-gedik dari tadi?". Disebabkan aku memang jarang jaga tepi kain orang sebab diri sendiri pun jarang pakai kain, aku ignore-kan je la. Cewah! Ignore tu. Guna 'biarkan' jekan boleh. Hahahaha..

Tiba-tiba adik lelaki aku mengalihkan perhatian aku yang sedang menonton Tv walaupun pada masa tu aku tengah berangan. (^_^) Dia mengajak aku men-join mereka menyaksikan satu benda yang mereka dari tadi duduk menyaksikannya. Aku pun dengan rasa marah sebab mengganggu angan-angan indah aku tu bangun la jugak tengok apa benda yang mereka dok tengok dekat laptop aku dari tadi.

Perrrgggghhhhh...rupa-rupanya mereka tengah menyaksikan video yang dapat menggugurkan iman..eh, menggugurkan jantung dan paru-paru aku dekat salah satu blog. Blog tu memang menayangkan gambar-gambar, perkara-perkara dan video-video yang mengerikan. Kalau korang nak tau lebih lanjut boleh klik dekat sini -------> Kari Ngeri.

Mana-mana entah dorang jumpa blog ni. Adehh... Korang tengok dan nilai la sendiri. Mungkin ada yang dah familiar dengan blog ni. Aku tak mahu cerita lebih lanjut. Selamat menggugurkan jantung dan paru-paru anda.

Ni la header untuk blog tu. Saya dapat tunjuk bahagian atas-atas je awak sebab saya tak berani nak pergi bahagian bawah-bawah. Bukan apa, ilmu Hati Kering saya belum cukup tinggi la awak. Ahahaha..

..SEKIAN..

Thursday, June 24, 2010

Perkara Apa Yang Akan Timbul Sepanjang World Cup

Masih relevan-kah nak cerita pasal ni? Mungkin? Lagipun demam World Cup belum berkakhir lagi kan?? Betul tak kawan-kawan? Aish..takkan la tak.

So, perkara apa yang akan timbul sepanjang World Cup. Tau tak? Takkan? Biasanya la atau selalunya la, bila musim World Cup ni kita dapat jumpa dengan ramai pengkritik-pengkritik bola yang hebat-hebat belaka. Tak kisah la dekat tempat kerja ke, kedai makan ke, tempat belajar ke. Walaupun mereka sebelum ni tak pernah cerita pasal bola atau tak tahu menahu pasal bola ataupun tak pernah langsung bermain bola.

Jiman: Aku rasakan Fabio Capello tak patut ketepikan David Beckham tuh. Yela, kau tau-tau jela. Diakan hensem. So, bila hensem ada dalam padang, ramai la orang nak sokong dan bertambah bersemangat la team England.
Jijan: Sejak bila kau pandai mengkritik pasal bola ni. Bukan dulu kau main dart je ke?
Jiman: Semalam aku start. Lagipun pasukan England tu kena..bla bla bla...
Jijan: Kenapa kau tak message je Capello tu sendiri. Kau cakap dengan aku buat berdarah telinga aku je.

Apa lagi perkara yang timbul? Sudah tentu la ada menu-menu baru dekat kedai-kedai makan. Especially kedai mamak. Macam-macam la menu tak pernah dengar akan keluar dari mulut-mulut pelanggan.

Jiman: Mamak, air kosong kurang gula tambah limau letak ais satu dengan roti bakar keju daging merah tabur gula luar.
Jijan: Uik? Air dengan makanan apa kau order? Tak pernah dengar pun?
Jiman: Oh, air tu kalau kau minum sure mata kau segar punya nak tengok bola nanti. Roti tu pulak kalau kau makan sure perut kau kenyang untuk dua malam.
Jijan: Yolah kau. Kalau camtu aku pun nak try la. Kalau tak betul aku langgar kau dengan basikal bapak aku nanti.

"Next!". Oh, ok. Lagi, banyak la kedai-kedai makan yang upgrade kedai dorang. Kalau dulu ada radio je, sekarang ada skrin besar plus speaker. Kalau dulu kalau panas pakai kipas tangan je, sekarang dah ada air-cond brand Panasonic dengan teknologi inverter lagi. Semua tu semata-mata untuk World Cup. Tapi bagus jugak kepala hotak dorang sebab itu salah satu strategy nak tarik pelanggan. Emm..jangan la pulak nak buat tu semua sampai berhutang. Takut karang habis je Word Cup, kedai-kedai pun habis jugak.

Kita boleh jugak jumpa dengan ramai orang-orang yang pelik dekat luar dengan berpakaian jersey negara-negara yang menyertai Word Cup. Yang mengagumkannya siap boleh cakap bahasa dorang lagi tuh. Fuyooooo...MAGIC! (^_^)

Jiman: Me obligan a mi taza palabra en Espana. Me encanta Espana! Espana siempre!
Jijan: Kau ni dah tebiat ke apa. Dah la, takde mood la nak tengok bola dengan kau malam ni. Hey, mamak! Tengok bola dengan saya mau ka??

Ishk..ishk..ishk.. Sampai macam tu sekali. Emm..tak kisah la beb sebab semua tu warna-warni sepanjang demam World Cup. Nak tak nak kita kena la berdepan dengan semua tu. Lagipun itu la cara kita di Malaysia nak sambut kemeriahan World Cup sebab nak tunggu pasukan sendiri masuk World Cup entah bila la agaknya kan.

..SEKIAN..

p/s: Dialog bahasa asing tu adalah ehsan daripada Google Translate.
p/s: Semua menu-menu tu adalah rekaan semata-mata. Jangan pulak korang pegi kedai mamak nanti korang order pulak. Takut karang semua mamak-mamak dekat kedai tu berhenti kerja dengar menu tu.

Wednesday, June 23, 2010

Award from Dr Cinta

Haloooooo.... Apa di atas yo (what's up)! Owh, lupa pulak. Assalamualaikum wtb. Lama dah tak jengah blog. Takde la lama mana pun kan?? "Ke mana Afif Ahnaf ni pergi?". Owh, soalan yang cukup baik. Saya tak ke mana-mana pun, cuma sedang memberi fokus kepada World Cup. Hahahaha.. "Selekeh la kau Afif!". So, when I open my laptop and then go to online button, I suprise because I received award from Dr.Cinta. Ehem, nampak ayat tu macam broken je kan? Maklumlah, asyik tengok World Cup Afrika Selatan je (Apa kena mengena weayh?).

Mungkin ni first award aku. Telah diberi oleh Dr.Cinta Waaaa..terharunya. Eh, kejap-kejap. Rasanya aku ada dapat award sebelum ni daripada seseorang tapi maklumlah, masih bangang dengan dunia blog lagi masa tu. Tag pun tak tau macam mana nak buat dalam blog, nak bagi award pun tak tau lagi, dapat award pun tak tau nak buat apa. Sekarang, tau la sikit-sikit.

So
, bila dapat award, ada soalan pulak di ajukan, kita kena la jawab. Halaamak weayh! Doktor tanya aku soalan! Tak pernah-pernah. Selalunya kalau jumpa doktor, dia tanya soalan tentang penyakit je. Ni jawapan saya kepada segala persoalan Doktor tu.

1) Bagaimana anda dapat menjadikan blog anda sebagai medan dakwah?
  • Saya jawab:- Emmm...errr...Uhuk uhuk.. Medan dakwah tu macam tempat makan medan selera eayh?? (^_^)

2) Sumbangan selama anda menjadi blogger?

  • Saya jawab:-
    Diri Sendiri- Banyak hingga tak tertulis dengan kaki.
    Orang Lain- Ada la sikit. Boleh la daripada tak ada.
    Islam- Alhamdulillah..sikit-sikit.

3) Apa yang anda dapat sepanjang menjadi blogger?
  • Saya jawab:- Ehem. Serious sikit. Alhamdulillah saya dapat menyampaikan sesuatu yang bermanfaat kepada orang lain, berkongsi segala ilmu dan pengalaman yang ada dan saya juga dapat banyak info-info yang tak pernah saya ketahui selama ni dan macam-macam kerenah blogger (masyarakat Melayu) dengan membaca blog mereka.

4) Blog jenis macam mana (pada pandangan anda) yang anda suka stalk?
  • Saya jawab:- Menarik bila dibaca, bermanfaat, kelakar, tak tertidur bila baca dan paling penting environment blog dia mestilah berseni dan kreatif supaya hati tenang bila melawat.
5) Tag lagi 5 kawan anda (bagi award ni plus jawab soalan cepugangsa ni okey)
  • Saya jawab:- Blog-blog itu adalah..
  1. Pelangi|nurikajianie
  2. Haziq Zainal
  3. nuyuEna
  4. Liyana's Coffee House
  5. Pencopet Hati Yang Sarkastik

Thanks once again for this award Doktor!


..SEKIAN..

Saturday, June 12, 2010

Kisah Silam Mengajar Kita Menjadi Lebih Dewasa..

Dalam hidup ni kalau takde pengajaran dalam hidup, hidup kita tidak akan berubah. Jadi mendapat pengajaran dalam hidup adalah sesuatu yang perlu dalam setiap kehidupan manusia. "Ehem, Afif nampak macam serious je kali ni.". Sape kata aku nak serious? Hahahahaha... Tak tak.. Tak mau serious-serious sangat walaupun entry kali ni a bit emotional. Heeee.. Tak kisah la pengajaran yang kita dapat tu manis ke, masam ke, pahit ke ataupun kelat-kelat. It still pengajaran right??

So, korang masih ingat lagi tak zaman kanak-kanak korang dulu macam mana?? Nakal? Baik gila? Sopan santun? Hyperactive? Aku? Aku masa kecik-kecik boleh di kategorikan sebagai sangat NAKAL. Ye, Afif Ahnaf memang seorang yang sangat nakal sewaktu zaman kanak-kanak dia. Hanger-hanger dekar rumah tu semua habis aku makan (????). "Kau serious ni??". Hahaha.. Salah. Salah. Semuanya habis patah dekat aku je. Adik beradik aku mana pernah kena macam tu. Aku sorang je.

Ye, kalau dikenang kembali macam mana sikap dan perangai aku dulu, tak sangka pulak aku boleh jadi seperti sekarang. Jadi seperti apa?? Hah, yang ni kita tak tau. Nak dengar kisah zaman budak-budak aku yang sangat nakal tu tak?? Mesti la tak nak! hahahah..

Aku dulu boleh dikatakan tersangat la nakal sehinggakan Ibu dan Ayah aku boleh botak kepala memikirkan hal anak dia sorang ni. Nak tau apa aku buat sampai macam tu? Mesti la tak nak! (^_^) Seingat aku masa tu aku darjah 2. If I not mistaken la. Kalau mistaken aku main game Tekken kejap lagi eayh? Hihihi.. Masa tu Ayah tanya dekat aku sama ada aku dah solat ke belum and then jawapan aku dah. Padahal aku tak solat pun. Aku just duduk dalam bilik senyap-senyap selama 3-4minit dan keluar semula. Last-last kantoi jugak! Kuasa Allah.. Padan muka. Tau apa Ayah aku buat?? Ayah aku tak bagi aku duit belanja selama 3 hari dan aku kena pergi sekolah jalan kaki. :'( Kesian tak?? (^_^)

Aku jugak pernah stole duit Ayah sebanyak RM200 sebab nak beli Gameboy Advance. "Serious??". Serious la! Jahat tak aku?? Ni semua pengaruh rakan sebaya la ni. Ahaha.. Tapi kantoi jugak. Ishk..ishk..ishk.. Ayah tak pukul aku pun sebab suara dia dah boleh gugurkan jantung aku dan terbalikkan paru-paru aku kebelakang.

Dengan Ibu pulak aku memang kena teruk. Pernah tu, aku balik lambat daripada main bola. Dah magrib baru aku balik. Then Ibu kunci pintu tak bagi aku masuk. Meraung-raung aku dekat luar. Hahahaha.. Aku kena rotan teruk sebab tipu Ibu. Hihihih.. Memang teruk Afif Ahnaf ni!

Itu la serba sedikit tentang sejarah silam aku. Tapi kisah-kisah itu mengajar aku menjadi lebih dewasa. Kerana didikan Ibu dan Ayah seperti itu, aku menjadi seperti sekarang. Seperti mana? Aku tidak lagi mengecewakan Ibu dan Ayah, aku tidak lagi mencuri dan aku tidak lagi ponteng solat. Terima kasih Ibu. Terima kasih Ayah kerana mendidik aku dengan baik sekali. Jika tidak didenda kerana aku menipu dan mencuri, mungkin sekarang aku menjadi penipu besar dan pencuri terhebat dekat Malaysia ni. Sekarang aku sangat takut untuk melakukan perkara-perkara itu walaupun perkara itu nampak biasa je di mata orang. Jika tidak dirotan kerana menipu Ibu solat jugak, mungkin sekarang aku asyik tinggal solat.

So, pengalaman dan pengajaran mengajar kita untuk mengatur langkah yang lebih baik di masa akan datang. Ingatlah, sesuatu perkara yang berlaku dalam hidup kita pasti ada hikmahnya.. Wallahualam..

..SEKIAN..

Ni ada video untuk tontonan anda semua. Enjoy!!

video

Wednesday, June 9, 2010

Di Kala Bosan Benda Ni Yang Aku Buat??

Korang percaya tak kalau bosan tu datang dengan tiba-tiba dan kita pulak duduk, baring, terlentang, tertonggeng memikirkan apa yang nak dibuat supaya bosan tu hilang akan keluarlah satu aktiviti yang tak disangka-sangka? Cayolah cakap den ni hah. Kalau tak caye cube try duduk dalam jail selama 2 jam. (^_^) Eh? Tak tak! Aku bukannya masuk jail pun. Umpama je tu suruh duduk dalam jail.

Bila kita bosankan akan datang satu idea untuk menyuruh kita melakukan aktiviti yang kadang tu yang pelik-pelik, kadang tu yang tak berfaedah langsung dan kadang tu pulak berfaedah sangat. So, aku dalam kategori mana? Of course yang pelik-pelik.

Dalam tengah dok bosan-bosan ni, tiba-tiba datang la idea aku untuk hasilkan satu video.. Apa video-nya tuh? Mari kita tonton sambil makan kuaci serta kulitnya.


video

Dah tengok?? Ini la yang aku buat masa aku bosan kelmarin (7 Jun 2010). Nak menghasilkan video ni memang memerlukan kesabaran yang tinggi sebab aku tak gunakan mana-mana software khas. Yang aku gunakan hanyalah adobephotoshop CS3, Paint dan Windows Movie Maker. Aku gunakan lebih daripada 100 picture dan aku ambil masa 2jam lebih tanpa henti untuk hasilkannya.

Lepas siap je video ni. Aku terus publish dekat Facebook dan tag semua kawan-kawan aku. Ternyata kepuasan yang melampau datang lepas aku tengok balik video ni walaupun video-nya tak seberapa. So, jangan ingat korang bosan-bosan tak boleh buat benda yang pelik-pelik.

p/s: Teringin nak buat animasi sendiri tapi...
p/s: Sepanjang proses membuat video ni, aku belajar erti kesabaran+ketilitian+ketekunan.

Friday, June 4, 2010

Saya Pilih Awak Sebagai Moskot!

Setiap kejohanan tahunan especially kejohanan sukan mesti nak kena ada moskot. Syarikat-syarikat telekomunikasi pun ada moskot mereka tersendiri. Ala, sekarang ni rumah-rumah sukan masa kejohanan sukan tahunan sekolah-sekolah pun dah pakai moskot. Begitu jugak blog aku ni. Blog aku pun aku nak letak moskot jugak. Dah lama aku fikirkan nak letak moskot dekat blog aku ni sejak dari perang dunia ke-2 lagi (mengarut la u!). Setelah sekian lama aku mencari-cari objek atau binatang apa yang sesuai nak di letak dengan kriteria-kriteria seperti berikut:
  1. Mudah untuk dilukis menggunakan 'Paint'.
  2. Tak serabut sangat bila tengok.
  3. Rasa macam comel je bila letak dekat blog.
  4. Nak bagi nama pun senang nanti.
  5. Tidak perlu banyak color.
Hah, itu la kelayakan untuk 'benda' yang aku nak jadikan moskot. Setelah di-interview dan di selak-selak resume-nya, akhirnya aku berjaya menemui benda yang sesuai untuk dijadikan moskot untuk blog aku ni. Korang mesti dah nampak dahkan?? Tu, orang-orang putih yang ada dekat header, dekat bawah header dan dekat side bar blog ni. Ye, itu la moskot untuk blog ni! Nama dia Mr. Circle, sebab kepalanya bulat. Bukan apa, saja je nak ada moskot ni supaya nanti blog aku akan diingati dan mana la tau boleh menjadi penarik perhatian untuk orang singgah selalu dekat blog aku nikan. Insya-Allah..

Mana datang ilham?
Entah la. En. Ilham ni memang susah untuk kita duga kehadirannya. Kalau dia datang tak pernah bagi salam. Tau-tau sudah duduk itu dalam kepala juga.

Diharap Mr. Circle ni dapat la menceriakan blog aku ni yea??

..SEKIAN..


p/s: Kalau awak bagus buat kerja Mr.Circle, akan saya up gaji awak dan awak akan saya naikkan pangkat menjadi Supervisor dalam blog ni. YEAY! hahahah...