Sunday, February 4, 2018

AKU KINI SEORANG PERUNDING UNIT AMANAH

Assalamualaikum wtb...

Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar!!! Lamanya tak menulis blog. Ini adalah nikmat Allah yang tak boleh nak aku dustakan sebab digerakkan hati untuk menulis blog kembali dan mampu menggerakkan jari-jemari menaip papan kekunci di komputer riba (laptop). Yang paling penting aku mampu duduk dan berfikir untuk menulis. Alhamdulillah! Ini antara nikmat yang wajib aku syukuri. 

Masih ada lagi ke followers dalam blog Kasot Puteh ni? Harap masih ada yang sudi membaca. Setelah sekian lama tidak menulis di blog. Last menulis tahun 2015 which is 3 years ago. Sekarang dah tahun 2018. Anak pun dah setahun 3 bulan. Mashaa Allah...

Sekarang aku adalah seorang perunding unit amanah (unit trust consultant) di salah sebuah syarikat unit amanah swasta nombor 1 dalam Malaysia. Masuk tahun ni dah hampir 2 tahun lebih menjadi perunding unit amanah. Kerjaya sebagai perunding unit amanah adalah suatu kerjaya yang tak pernah aku impikan jauh sekali untuk kenal. Walaupun dahulunya aku bekerja di bank, untuk mengenal kerjaya ini jauh sekali apatah lagi untuk ambil tahu. Takdir Allah untuk aku mencari rezeki lebih di dalam kerjaya ini, Allah temukan aku dengan seorang kawan sekolah menengah aku dulu yang terlebih dulu mengenal kerjaya ini. Selama 2 tahun lebih mengikut dia buat kerja ni, Allah hadirkan bermacam-macam ujian untuk aku berjaya dalam kerjaya ini. Macam-macam dah aku lalui. Alhamdulillah, apa jua ujian yang hadir, aku tak pernah untuk menoleh kebelakang. Manisnya, bermacam-macam nikmat yang aku rasakan sekarang.

Apa yang manisnya kerjaya sebagai perunding unit amanah ni?

1. Waktu kerja yang fleksibel

Pertama sekali yang paling seronok adalah waktu kerja yang sangat fleksibel. Memang pekerjaan yang kena dengan ciri-ciri yang aku nak. Bila kau dah kawin, kau memang perlukan waktu kerja yang sangat fleksibel ni. Aku boleh uruskan masa sendiri. Kalau isteri atau anak sakit, anytime aku boleh bawa mereka pergi klinik atau satu hari aku boleh cuti jaga mereka. Tak perlu minta MC, cuti atau terpaksa menipu bos untuk cuti. Paling best kau boleh bawa anak isteri berjalan-jalan sambil kerja ke mana-mana saja.

2. Gaji 5 angka dalam jangka masa yang pendek

Kau pernah terfikir tak nak dapat gaji 5 angka waktu bila kalau kerja makan gaji? Kalau korang pernah terfikir nak dapat bila, korang memang seorang yang berpandangan jauh. Aku dulu tak pernah terfikir langsung nak dapat gaji 5 angka ni. Minimum pun paling jauh aku pernah terfikir nak dapat gaji RM5,000 je cukup. Alhamdulillah dengan bekerja sebagai perunding unit amanah ni dalam masa 6 bulan je aku boleh dapat gaji RM10,000. Diulang! 6 bulan je ok!!! Kalau makan gaji makan belas tahun rasanya baru dapat. Allahuakbar... Masa tengok angka tu masuk dalam akaun bank aku, rasa macam mimpi ada, nak percaya tak percaya ada. Tapi tulah hakikatnya. Kerjaya sebagai perunding unit amanah ni memang korang boleh design gaji korang sendiri. Korang nak gaji berapa banyak dan bila? Semua korang boleh dapat.

3. Kerja yang sangat santai

Dulu masa diperkenalkan kerja ni dekat aku, dalam fikiran rasa sangat susah je nak buat sebab kena convince orang untuk melabur. Masa tu fikir ada ke orang nak keluarkan duit cash dan percaya dekat aku? Tapi alhamdulillah...rupanya sangat senang nak buat kerja ni sebab leaders-leaders (otai-otai) yang tolong guide. Last-last kerja ni santai-santai je sebenarnya. Tak susah mana pun. Sembang-sembang dengan orang closed lepastu dah boleh dapat gaji.

4. Suasana kerja yang seronok

Majoriti kawan-kawan kerja aku orang-orang muda dan ada cita-cita tinggi. Dulu masa kerja bank tak pernah merasa diri dihargai, even bos tak acknowledge achievement kita walau secebis effort yang kita dah buat. Tapi sekarang, effort sikit pun kau diangkat melangit. Ya Allah... memang la kau semangat nak terus bekerja. Memang culture dekat tempat aku kerja ni sangat-sangat best. Kalau korang nak tengok culture tempat aku kerja ni macam mana korang boleh follow instagram agensi aku ni @visionvictoryempire. Korang boleh tengok macam mana culture kami.

5. Travel luar negara PERCUMA setiap tahun

Yang ni paling ultimate happiness sekali. Korang dapat bayangkan tak korang pergi bercuti tiap-tiap tahun dengan kawan-kawan tempat kerja korang tanpa perlu keluar satu sen pun duit dan tanpa perlu nak bajet-bajet pun pergi bercuti. Tak perlu nak explain lebih lanjut sebab korang tahu sendiri macam mana dapat pergi cuti jauh-jauh dengan kawan-kawan tempat kerja korang.

So dekat sini aku nak selit-selit sikit gambar-gambar sepanjang aku bekerja sebagai perunding unit amanah ni.



Sharing session dengan consultant-consultant champion yang baru macam mana aku buat sales dan dapat gaji RM8,000 dalam masa seminggu.



Achievement recognition. Buat kerja, bos nampak hasil. Bos bagi reward. Every week ok!



Bukan kerja je aktif, bersukan pun kami aktif. Memang tiap-tiap minggu ada friendly match.




Bila kau tak pernah terfikir langsung untuk bercuti luar dari Malaysia, jalan raya yang sempit pun kau nampak seninya. Last year bercuti di Hong Kong. All sponsored ok. Pergi bawak beg baju je. May ni pergi Moscow, Russia pula 8 hari. 





Kan seronok bercuti dengan kawan ramai-ramai. Tak perlu fikir bajet tak perlu fikir cost tak perlu nak saving duit. Huhuhu....



Biasa lah bila dengan kawan dan kawan-kawan tahu kau ambik gambar ok sikit dari yang lain, kau akan jadi photographer. Huhuhu...




Alhamdulillah selepas 2 tahun aku diberi peluang untuk menjadi sebahagian leaders. Tugas leader ni berat. Bukan bos ok tapi leader. Tanggungjawab leader tu kena bawa kawan-kawan korang naik sama-sama sekali ke atas. Kena pimpin tangan.




Ok jom siapa nak join kerja ni? Kalau nak gaji 5 angka dan travel FREE setiap tahun, bulan ni buka vacancy untuk 10 orang terawal je. 


Cukuplah setakat ni dulu... Nanti share cerita lagi ok. Siapa nak ikuti update aku setiap hari boleh follow insta @afifahnaf atau nak tanya apa-apa detail tentang kerjaya ni boleh whatsapp 013-772 7213..














Sunday, February 15, 2015

Kereta Paling Jimat Minyak Buatan Malaysia

Assalamualaikum wtb,

Kereta apa yang murah dan penggunaan minyak yang sangat jimat ya?

Jawapannya

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

AXIA!!


Percaya tak?!

Gambar di bawah untuk membuktikan kereta ini memang paling jimat dalam penggunaan minyak.




Gambar 1 - Baru lepas isi minyak full tank di stesen minyak gombak. Full tank RM49.58. Meter sudah 12kilo. Sewaktu saya dapat kereta, meter 11kilo. 






Gambar 2 - Keesokan harinya (masa deliver kereta) sesudah sampai di Port Klang rumah customer. Minyak tidak luak sedikit pun. Tiada unsur penipuan. Kalau tak percaya boleh tanya kawan-kawan yang dah beli kereta Axia ni. 



Kereta Axia sangat bersesuaian kepada remaja yang baru sahaja habis belajar dan baru sahaja dapat kerja yang ingin mempunyai kenderaan sendiri. Memang jimat!


Kalau berminat boleh hubungi saya :-

0137727213

Free gift?? Macam-macam adaaaa..




Thursday, December 4, 2014

Rumah Kos Rendah Untuk Pelaburan Jangka Masa Panjang Yang Menakjubkan


Assalamualaikum wtb,

Adakah anda sedang mencari rumah kos rendah bagus untuk pelaburan? 

Atau anda seorang bujang pendapatan bawah RM 5000 dan ingin membeli rumah pertama mampu milik? 

Saya ada sebuah rumah apartment kos rendah untuk dijual.

Apartment Idaman di Damansara Damai.

- 3 bilik 2 bilik air.
- Tingkat 4 (atas sekali)
- luas 650sqft
- basic unit
- sedang ada penyewa (RM 300/sebulan)









 Kenapa saya katakan rumah ini bagus untuk pelaburan. 

1. Kawasannya yang sangat baik dan strategik untuk diduduki kerana :-

A) dekat dengan bandar-bandar (kL/damansara/pj/subang)
B) kemudahan yang banyak seperti bas, klinik, balai polis, sekolah rendah dan menengah.
C) dekat dengan supermarket (econsave/maxvalu)
D) Persatuan penduduk yang aktif
E) kadar jenayah rendah

2. Permintaan tinggi dpd penyewa kerana :-

A) dekat dengan kolej (2minit)
B) sewa murah (sehingga rm550 sebulan)
C) di tengah-tengah bandar (ke KL 20min/shopping mall one utama 15min)
D) access mudah untuk public transport (teksi/bas/komuter)

Ok mungkin point-point di atas dapat menarik sedikit hati anda untuk membeli rumah ini bukan? Sebenarnya banyak lagi sebab untuk anda membeli rumah ini sama ada untuk diduduki atau disewakan.

Tahun ini market value bagi rumah di Apartment Idaman ini sudah mencecah RM90k (by valuer JB Jurunilai) dalam masa 12 tahun. Sesuatu yang agak baik untuk rumah kos rendah.

Jika anda berminat boleh contact/whatsapp nombor saya (0137727213

Harga saya bukak RM80k. Boleh nego sampai jadi. Hehe



Saturday, September 20, 2014

Status Layak Tapi Buat Loan Tak Pernah Lulus



Assalamualaikum wtb..

What's up guys?! As I promised before. Sedikit ilmu untuk dikongsi bersama. So entry hari ini berkaitan dengan pinjaman perumahan. Selalu bermain difikiran kita, layak ke tak aku nak buat loan dengan bank untuk beli rumah? Apa ciri-ciri untuk aku layak buat pinjaman perumahan? Berapa gaji sebulan untuk aku layak beli rumah tersebut? Dan macam-macam lagi. Those anak-anak muda (macam aku) yang bercita-cita untuk memiliki rumah sendiri tu, teruskan niat. Invest dekat property bagus sebab property adalah sesuatu yang nilainya tidak susut as compare to barang-barang lain. Tapi... Tapi nilai property itu juga boleh jatuh bergantung kepada sesuatu keadaan, tempat dan masa.
Kalau korang banyak duit, lebih baik korang laburkan duit korang ada dekat sesuatu yang bernilai dan nilai dia susah nak jatuh daripada korang labur duit korang yang percentage susut nilai dia tinggi.

Bagaimana yang dikatakan kita layak tapi bila nak buat loan tak lepas? Ada dua kemungkinan mengikut pengalaman aku memproses loan orang.

1. Record dalam CCRIS/CTOS teruk.
2. Tiada record dalam CCRIS

Bagaimana yang dikatakan rekod di dalam CCRIS/CTOS itu teruk? Ok pada yang tak tau atau tak faham apa fungsi CCRIS atau CTOS boleh tanya mr Google.com. So dalam rekod CCRIS tu ada state semua loan yang penah kita apply, sedang apply dan record-record payment kita untuk satu tahun. So kalau kita lewat bayar installment, sebagai contoh tarikh due bayar 22 October 2014 tapi kita terlewat bayar 25 October 2014. So dalam CCRIS akan keluar angka 1 dekat bulan yang kita lewat bayar tu. So next month kalau lewat bayar lagi dia akan keluar angka 2 pulak. So kalau nak clear, bayar la untuk bulan berikutnya on time atau sebelum due date. Dekat situ dah ada bad record. Tapi setengah bank tak amik kira sangat angka 2. Tapi setengah bank amik kira walau satu. So make sure record korang punya rekod bersih. Kalau boleh nak ada angka 0 je sepanjang tahun. Itu maknanya pay on time. CTOS pula merekodkan segala transaksi yang berkaitan dengan saman atau pembayaran yang berkaitan dengan telekomunikasi dan sebagainya. Kalau korang black listed pun masuk la dalam CTOS. Saman banyak tak bayar pun masuk CTOS. So bila dah ada bad record dari segi pembayaran, korang rasa bank nak bagi pinjam duit ke? Kita amik contoh la, korang ada kawan. Dia nak pinjam duit dekat korang tapi korang tau dia jenis yang tak penah bayar balik, lambat bayar dan bla bla bla. Korang rasa? Nak ke bagi pinjam? Sama jugak la macam bank.

Tiada record dalam CCRIS. Ini boleh jadi kalau korang tak penah apply mana-mana loan dari mana-mana bank. So takde record langsung dalam CCRIS pasal payment korang. Dah macam tu tiba-tiba korang nak apply loan dengan amount yang besar. Yelah, loan rumah bukan sikit. Banyak chot! So at least ada la record dalam CCRIS korang. Tak kisah la kredit kad pun boleh.

Kesimpulannya, kepada yang bercita-cita nak beli rumah sendiri tu, semua benda ni kena jaga. Takut nanti korang dah ada duit nak bayar downpayment rumah dan gaji korang pun mampu, tapi hantar application untuk apply loan, reject pulak. Frust dekat situ ok. Nak tunggu payment cantik balik at least 6 bulan. So at that time rumah korang nak beli tu dah kena kebas. Be careful anak-anak muda. Ok.

..SEKIAN..


p/s: Boleh contact aku di talian 013-7727213 or email ke afifahnaf90@gmail.com jika ada sebarang pertanyaan dan ingin mendapatkan nasihat tentang pinjaman perumahan. Nak mintak aku tolong carikkan buyer rumah yang nak dijual pun boleh. Tinggalkan pertanyaan dekat komen dibawah memang tak dilayan. Heee~ 

Thursday, September 18, 2014

Salam Perkenalan Sejak Sekian Lama

Assalamualaikum wtb...

Ya Allah, seriously lama gila tak ber-blogging. Hari tu ada menulis dan post sekejap. Lepas tu tinggal balik. Seperti semangat untuk meluahkan segala yang terbuku di dalam hati tu dah tak macam mula-mula aku create blog ni. Kesuntukan masa salah satu faktor jugak. Masih ada lagi tak follower aku dekat dalam blog ni ye? Hmmmm... Tak apalah. Dah lama aku tinggalkan, comment ada banyak jugak orang tinggal. Ada yang negative, ada jugak yang positive pasal isu-isu yang penah aku bangkitkan sebelum ni. Ada jugak yang bagi semangat suruh aku teruskan berkarya. Memang buat aku lagi semangat la nak sambung kerja ni di kala masa terluang kan.Untuk permulaan sejak beberapa bulan yang lepas aku tinggalkan dunia blog ni, aku nak summarize sikit kehidupan aku sekarang. Hehehe..

Umur aku sekarang boleh dikatakan sawo-sawo matang. Aku dah jadi orang yang bekerjaya. Kerja takdelah gaji cecah sampai 5 angka tapi aku bersyukur sangat apa yang aku buat sekarang dan yang penting seronok dan ikhlas. Kerja apa ya? Nanti tau ok? Baca dulu sampai habis. Haha. Aku juga sekarang dalam proses untuk mendirikan masjid. Auuuwwwhhhhh... siapa kawan-kawan yang follow blog aku mesti terkejut. Hahaha. Dah selamat bertunang bulan lepas dengan gadis pilihan. Macam mana aku jumpa gadis tersebut, itu semua kerja Tuhan. I just follow the flow. Hihihi. Alhamdulillah, so far, sangat happy dengan beliau. Nak cerita kisah cinta kami memang boleh buat novel. Sangat menarik. Kalau ada masa nanti aku cerita ok?

By the way, tujuan aku mulakan semula aktiviti ber-blogging ni sebab aku ada something nak buat guna blog aku ni. Antaranya aku nak share sikit ilmu atau experience yang aku dapat dalam hidup. Nak kata aku dah berjaya belum lagi la. Tapi ada ilmu-ilmu yang aku rasa nak share dengan bloggers dan readers semua. Moga ia bermanfaat pada generasi akan datang. Selain itu, aku nak jadikan blog aku tempat aku bekerja memandangkan kerja aku ada kaitan dengan marketing, so aku tak boleh biarkan medium yang dah di-create ni terbuang begitu saja.

Apa kerja aku buat actually? Actually aku bekerja sebagai Mortgage Sales Executive (MSE) di Affinbank Berhad Branch Taman Tun. Salah satu special branch yang buat sales untuk mortgage loan sahaja. Satu lagi branch dekat HQ sendiri. Dekat KL tu, sebelah menara Public Mutual. Korang dah dapat tangkap apa entry yang bakal menyusul lepas ni? Hihihi.. Oklah, aku bagitau dia punya bayangan. Inshaa Allah, dengan adanya medium ini (blog), aku nak share ngan korang hal-hal berkaitan property ni sebab sekarang ramai orang dah tau kepentingan melabur duit dekat property especially bangsa Cina. Diorang dah jauh kehadapan dah bab-bab main property ni berbanding kaum-kaum lain. So, dengan adanya sedikit ilmu yang aku ada, yang aku dapat daripada universiti-universiti maplay dengan bergurukan kawan-kawan yang dah lama berkecimpung dalam industry property ni, aku boleh share apa yang aku tau. Lagi-lagi bab-bab nak buat loan dengan bank. Haaaa... ni ramai orang masih tak tau pasal buat pinjaman loan ni. Molek la aku share. Nak nak pulak followers aku majority umur muda-muda lagi.

Aku bakal jadikan blog aku ni tempat untuk iklan jual beli property. Contoh kalau ada bloggers atau readers yang nak jual rumah tapi takde buyer, let me help you ok.

Ok la, setakat tu je kot aku nak bercerita. Inshaa Allah. Jumpa untuk lain entry. Stay tuned guys.


..SEKIAN.. 

Tuesday, March 4, 2014

DNA Gear: Bermulanya Langkah Ke Dunia Perniagaan

Assalamualaikum bloggers, readers and followers. Kekok pulak rasanya tangan nak menaip ni. Maklumlah, blog sendiri ni dah terasa macam asing sangat untuk aku. Lama gila tak meng-update. Kesibukan masa membantutkan aku untuk aku menulis blog. Dahulunya ia sebagai hobi sekarang terpaksa menghadkan. Tambahan, kekeringan idea untuk meng-update blog sedang dihadapi. Sama macam cuaca di Malaysia sekarang. Kemarau.Sedar tak sedar aku dah pun menamatkan pengajian degree aku dalam jurusan pemasaran. Bagi best student macam aku yang rajin mengulang kaji pelajaran bila lagi 24jam exam nak bermula, kata motivasi 'grade on time' adalah memadai. Hahaha....

Untuk membuktikan yang aku tidak membuang masa mengambil jurusan business selama 5 tahun (Diploma 3tahun dan Degree 2 tahun), aku nekad untuk menceburi bidang perniagaan. So, untuk permulaan, aku bukak satu online business  yang menjual barangan aksesori smartphone kerana modalnya lebih kecil dan itu yang termampu aku untuk permulaan. Ye aku tau ramai dah orang buat business ni. Aku sendiri tengok dekat insta je dah berpuluh orang buat benda sama. Tapi niat kena teruskan. I take it as a challenge. Nak buat business yang belum pernah orang buat lagi, otak aku dah la bukan innovator punya otak macam Bill Gates dengan Steve Jobs. Untuk memulakan langkah pertama ni pun tak mudah seperti disangka. Banyak benda aku plan semua tak jadi. Alhamdulillah, tanpa putus asa dan berusaha keras, akhirnya dapat jugak aku setup satu online business. Dengan ilmu marketing yang aku pelajari selama 2 tahun dan business selama 3 tahun, akan aku cuba mengaplikasikan apa yang telah aku pelajarinya. Inshaa Allah..

To all bloggers, followers and readers, kalau rasa nak tau apa yang lainnya DNA Gear, just follow instagram DNA Gear (@dnagear) dan Facebook page DNA Gear untuk mendapatkan update-update tentang produk-produk yang terdapat di DNA Gear.

Akhir kata, aku harap business ni mendapat sambutan menggalakkan dan berkembang lebih lagi serta mempunyai pengikutnya tersendiri. Inshaa Allah. Aku juga berharap aku masih lagi mempunyai followers di blog ini. Hahahaha.


p/s: Oh btw, masih belum launch lagi. Inshaa Allah lagi dua tiga hari. Stay tuned!!! 

..SEKIAN..

Wednesday, October 23, 2013

Bercakap Atas Dasar Pengalaman Atau Logik Akal Semata

Assalamualaikum wtb,
Hai semua bloggers!! Ya Allah, lama gila tak menulis blog. Hampir 8 bulan aku tidak menulis blog sejak bila kali terakhir aku menulis pun aku tak tau. Serius ini adalah satu nikmat dimana aku dapat menulis blog. Aku rasa blog ni bukan setakat bersawang je malah berlumuran lumut, tanah dan ulat-ulat.

Sedikit perkembangan tentang diri aku. Sekarang aku tengah buat praktikal di satu syarikat penyiaran TV yang terkenal dekat Malaysia (Wohoaaa, takburnya!!). Dah lebih 2 bulan aku dekat sini. Suasana yang sangat berbeza di tempat kerja pernah aku kerja sebelum ni. Yelah, kerja dekat syarikat penyiaran TV ni kan dapat jumpa ramai artis. Pada awalnya memang jakun, batak, teruja dan seumpama dengannya. Dah lama-lama, tengok muka artis pun naik jemu (Takbur lagi). Rasa macam aku pulak artis tak layan sangat dorang. Hahaha.

Ok first entry since last 7 month, bercakap atas dasar pengalaman atau hanya berfikir sekadar logik akal. Mana korang lebih cenderung? Setiap orang yang lahir atas muka bumi ni pasti akan menghadapi masalah. Bahkan, kucing sendiri ada masalah. Lembu pun ada masalah. Kehkehkeh.. Tak kiralah sama ada besar atau kecil masalah tersebut. Tapi tidak perlu risau, setiap masalah pasti ada jalan penyelesaiannya cuma cepat atau lambat dan adakah kita ketemu jawapannya atau tidak. Kebiasaannya kita akan minta nasihat kawan-kawan, keluarga ataupun kaunselor. Bergantung kepada masalah yang kita hadapi.

Bercakap tentang meminta nasihat kawan-kawan, ada dua kategori nasihat yang akan keluar dari mulut mereka sama ada nasihat yang dikeluarkan atas dasar pengalaman sendiri atau logik akal mereka yang mana kenyataan dikeluarkan melalui pembacaan, penglihatan atau pendengaran. Bagi aku sendiri, bercakap atas dasar logik akal tidaklah banyak membantu berbanding orang yang memberi nasihat dan mengeluarkan kenyataan berdasarkan pengalaman mereka sendiri kerana orang yang bercakap atas dasar logik akal, mereka tidak dapat menerangkan secara terperinci bagaimana seseorang itu perlu lakukan bagi menyelesaikan masalah yang dihadapi dan kebarangkalian untuk kita yang sedang hadapi masalah ini akan berdepan jalan yang tidak pasti. Berbeza dengan orang yang mengeluarkan kenyataan berdasarkan pengalaman mereka sendiri. Mereka lebih tahu apa yang harus dilakukan kerana mereka secara tidak langsung akan menyelami perasaan kita yang sedang menghadapi masalah dan mereka juga boleh memberi seberapa banyak pendapat kepada kita yang boleh kita guna pakai. Nampak sama dengan kawan yang hanya memberi nasihat atas dasar logik akal tetapi kepastian yang diberikan peratusnya agak berbeza kerana kawan yang telah mengalaminya sudah pun tahu keputusannya. Dapat apa yang cuba aku sampaikan? :D

Keseluruhannya, kedua-duanya mempunyai pro and cons sebab mungkin orang yang bercakap atas dasar logik akal itu banyak membaca dan pengetahuan mereka lebih luas tetapi keberkesanan atau kepastian atau terkesan itu mungkin cenderung kepada orang yang bercakap atas dasar pengalaman.

Apa-apa pun, apa yang telah terjadi, apa yang sedang terjadi dan apa yang bakal terjadi, hanya Allah sahaja yang tahu kerana Dia yang Maha Mengetahui. The best place to complain is only on sajadah and ask for His help because He the only one what the best for us.

..SEKIAN..

p/s: rasanya skill penulisan aku makin kurang. Huhuhuh.. Jumpa lagi di lain entry, Inshaa Allah.. 
p/s; note to myself, Welcome Back KASOTPUTEH. Haaaaaa~  

Saturday, February 23, 2013

Mari Berhibur Dengan Ulasan-Ulasan Viewer

Korang biasa tak baca comment-comment dekat top-top blogger seperti Blogserius.blogspot atau mungkin Akustressgiler.blogspot?? Tak pun baca comment-comment dekat Youtube yang memaparkan video-video WIN, LOL dan sewaktu dengannya.

Aku sedikit tertarik untuk baca comment-comment tu semua sebab kadang-kadang viewer ni comment ikut sedap mulut. Ada pulak yang kelakar habis dan ada pulak yang comment tak dak kena mengena dengan apa yang dipaparkan. Tapi itu semua sangat menggelikan hati. Memetik dari kata-kata Mat Lutfi, Vlogger terkenal dekat Malaysia tu, di dalam sebuah videonya bersama seorang lagi Vlogger terkenal Anwar Hadi, "Kita dapat melihat perbezaan orang educated dengan tak berapa nak educated dengan comment-comment mereka serta mentaliti masyarakat kita terhadap sebuah paparan itu.". Lebih kurang macam tu la kata dia.

So, dari situ kita dapat menilai mentaliti atau pemikiran masyarakat kita terutama anak-anak muda seperti aku ni. Hmmmm... So, kalau korang nak menghiburkan hati sambil dapat buat observation tentang pe'el-pe'el orang kita, boleh baca comment-comment tu bila korang singgah dekat top-top blogger and video-video Youtube yang WIN, LOL ataupun FAIL. Blog aku ni tak payah tengok comment la. Orang pun takde nak comment. Hihihi..

Friday, February 22, 2013

Mencintainya Kerana Allah swt



Bayangkan terdapat dua gambar dihadapan anda. Satu gambar seorang wanita kurus dan cantik. Satu gambar lagi, gambar seorang wanita berbadan sedikit berisi (Chubby/Gempal) dan tidak terlalu cantik. Anda disuruh membuat pilihan untuk menjadi calon isteri anda. Mana satukah yang anda pilih? Saya percaya 98% lelaki akan memilih gambar yang first tu bukan? Termasuklah aku! Hihihi.. Ini sebelum aku atau mungkin korang mengenal lebih lagi perempuan itu. Yelah, orang kata tak kenal maka tak cinta.

Sudah menjadi sifat semulajadi yang dijadikan Allah, lelaki hanya tertarik kepada perempuan yang cantik. Tapi tidak bermakna tarikan itu akan membawa kepada jatuhnya hati seseorang lelaki. Cantik itu hanyalah benda subjektif. Banyak alasan yang dapat diberikan kenapa seseorang lelaki itu memilih perempuan itu sebagai teman hidupnya. Ada jawapan kerana sifatnya, ada juga kerana kepandaiannya dan macam-macam lagilah. Semua alasan-alasan atau sebab-musabab ini aku klasifikasikan sebagai CANTIK tadi. Ye. CANTIK. CANTIK boleh dihuraikan dengan banyak benda.

Setiap manusia yang hidup di muka bumi Allah ni Allah telah sediakan pasangan hidup masing-masing (jodoh). Kita kenalah mencarinya dan bukannya hanya duduk di tikar sejadah dan hanya tahu berdoa tanpa usaha. Jadi, memilih pasangan biarlah kita cintakannya kerana Allah swt dan bukan hanya kerana kecantikannya sahaja. Cintai manusia kerana Allah? Hmmm... Apakah yang dimaksudkan dengan cintai manusia itu kerana Allah? Aku jugak tidak punya jawapan yang tepat untuk diberikan. Aku tinggalkan korang dengan ayat ini dan selebihnya korang fikir-fikirkan sendiri.

"Masih ada yang memandang setiap kekurangan dan kelemahan pada diri seseorang itu sebagai suatu kelebihan pada dirinya. Dia ialah orang yang mencintainya kerana Allah swt."


p/s: Jika nikmat bercinta itu telah dirasai sebelum diijab kabulkan, apakah lagi nikmat yang tinggal sesudah diijab kabulkan nanti??

Thursday, February 21, 2013

Wasiat Buat Fatimah Az-Zahra

"Ya Fatimah,
Wanita yang membuat tepung untuk suami dan anak-anaknya, pasti Allah akan tetapkan kebaikan baginya dari setiap biji gandum, melenyap keburukan dan meningkatkan darjat wanita itu." 
"Ya Fatimah,
wanita berpeluh ketika mengisar tepung untuk suami dan anak-anaknya nescaya Allah menjadikan dirinya dengan neraka tujuh tabir pemisah." 
"Ya Fatimah,
tiadalah seorang yang meminyakkan rambut anak-anaknya lalu menyikat dan mencuci pakaiannya melainkan Allah akan menetapkan pahala baginya seperti pahala memberi makan seribu orang yang kelaparan dan memberi pakaian seribu orang terlanjang." 
"Ya Fatimah,
tiadalah wanita yang tidak memberikan bantuan kepada jirannya, melainkan Allah akan menghalangnya dari minum telaga kautsar pada hari kiamat kelak." 
"Ya Fatimah,
yang lebih utama dari segala keutamaan di atas adalah keredaan suami terhadap isteri. Andai suami tidak reda kepadamu, maka aku tidak akan mendoakanmu.Ketahuilah wahai Fatimah, kemarahan suami adalah kemurkaaan Allah." 
"Ya Fatimah,
apabila wanita mengandung maka malaikat memohonkan keampunan baginya dan Allah menetapkan baginya setiap hari seribu kebaikan serta menghilangkan seribu keburukan. Ketika wanita terasa sakit untuk melahirkan, Allah menetapkan pahala baginya sama dengan pahala para pejuang di jalan Allah. Jika dia melahirkan kandungannya, maka bersihlah dosa-dosanya seperti ketika dia dilahirkan dari kandungan ibunya. Bila meninggal ketika melahirkan, maka dia tidak akan membawa dosa sedikit pun. Di dalam kubur akan mendapat taman-taman indah yang merupakan sebahagian dari taman syurga. Dan Allah memberikan pahala kepadanya sama dengan pahala seribu orang melaksanakan ibadah haji dan umrah dan seribu malaikat memohon keampunan baginya hingga hari kiamat." 
"Ya Fatimah,
tidaklah wanita yang melayani suami selama sehari semalam dengan rasa tenang serta ikhlas, melainkan Allah mengampunkan dosa-dosanya serta memakaikan pakaian kepadanya di hari kiamat berupa pakaian yang serba hijau dan menetapkan baginya setiap rambut pada tubuhnya seribu kebaikan. Allah memberikan kepadanya pahala seratus kali beribadah haji dan umrah." 
"Ya Fatimah,
tidaklah wanita yang tersenyum di hadapan suaminya melainkan Allah memandangnya dengan pandangan penuh kasih." 
"Ya Fatimah,
tiadalah wanita yang membentangkan alas tidur untuk suami dengan senang hati, melainkan para malaikat yang memanggil dari langit menyeru wanita itu agar menyaksikan pahala amalnya dan Allah mengampunkan dosa-dosanya yang telah lalu dan akan datang." 
"Ya Fatimah,
tidaklah wanita yang meminyakkan kepala suami dan menyikatkannya, meminyakkan janggut dan memotong misainya serta memotong kukunya melainkan Allah memberi minuman yang didatangkan dari sungai-sungai syurga. Allah mempermudahkan sakaratul maut baginya serta kuburnya menjadi sebahagian dari taman-taman syurga. Allah membebaskannya dari seksa neraka serta dapat melintasi titian sirat dengan selamat."

Wasiat Rasulullah kepada puterinya Fatimah Az-Zahra RA ini dapat kita jadikan sebagai iktibar. Moga memberi manfaat kepada kaum Hawa. Inshaa Allah..

..WALLAHUALAM..

Tuesday, February 19, 2013

Mat Rempit Sejati (CooL)

Ini barulah orang panggil Mat Rempit sejati. Tapi tak sempit sangat kot dorang ni sebab dorang ni cool giler babeng. Buat stunt menggunakan Super Bike. Respect. Tak macam budak-budak muda kat negara kita. Baru moto bunyi macam moto bot dah sibuk nak preng sana preng sini (kondemnisasi).


Thursday, February 14, 2013

Di Antara Bintang



Maafkan aku yang selalu menyakitimu
Mengecewakanmu dan meragukanmu
Tersadar aku bila kamu yang terbaik
Terima aku, mencintaiku apa adanya

Di antara beribu bintang hanya kaulah yang paling terang
Di antara beribu cinta pilihanku hanya kau sayang
Takkan ada selain kamu dalam segala keadaanku
Cuma kamu ya hanya kamu yang selalu ada untukku

Maafkan aku yang selalu menyakitimu
Mengecewakanmu dan meragukanmu
Tersadar aku bila kamu yang terbaik
Terima aku, mencintaiku apa adanya

Di antara beribu bintang hanya kaulah yang paling terang
Di antara beribu cinta pilihanku hanya kau sayang
Takkan ada selain kamu dalam segala keadaanku
Cuma kamu ya hanya kamu yang selalu ada untukku

Di antara beribu bintang hanya kaulah yang paling terang
Di antara beribu cinta pilihanku hanya kau sayang
Takkan ada selain kamu dalam segala keadaanku
Cuma kamu ya hanya kamu yang selalu ada untukku

Di antara beribu bintang hanya kaulah yang paling terang
Ya cuma kamu dan hanya kamu yang selalu ada untukku
Dan paling mengerti aku

Tuesday, February 12, 2013

Hikmah Sentiasa Berselawat

1. Doa akan dimakbulkan Allah SWT.
Nabi Muhammad SAW bersabda;
"Setiap doa adalah terhalang, sehingga berselawat atas Nabi SAW." 
(Hadis Riwayat Ad-Dailami)

2. Memperoleh syafaat (pertolongan/jaminan) Baginda SAW di akhirat kelak.
Sabda Nabi SAW,
"Barang sesiapa yang berselawat kepadaku pada waktu pagi sepuluh kali dan pada waktu petang sepuluh kali, ia akan memperolehi syafaatku pada hari kiamat." 
(Hadis Riwayat Thabarani) 
3. Allah SWT akan berselawat ke atasnya dan mengangkat sepuluh darjat dan menghapuskan sepuluh dosa.
Rasulullah SAW bersabda;
"Barang siapa yang berselawat ke atas ku 1 kali, maka Allah SWT akan berselawat kepadanya sepuluh kali selawat dan Allah menghapuskan sepuluh dosa dan mengangkat sepulu darjat kepadanya." 
(Hadis Riwayat Ahmad, Nasa'i dan Al-Hakim)
4. Dihapuskan dosa oleh Allah SWT
Baginda bersabda;
"Barang siapa yang berselawat kepadaku pada hari Jumaat dua ratus selawat, maka diampuni dosa baginya dosa dua ratus tahun." 
(Hadis Riwayat Ad-Dailami)
"Telah datang kepadaku utusan dari Tuhanku 'Azzawajalla maka dia (Jibrail) berkata: Barang siapa yang mengucapkan selawat kepada mu dari umatmu, Allah SWT mencatatkan baginya sepuluh kebaikan dan menghapuskan darinya sepuluh dosa dan mengangkat Allah baginya sepuluh darjat dan menolak Allah atasnya (membalas) yang seumpamanya." 
(Hadis Riwayat Ahmad)
5. Diberi rahmat oleh Allah SWT.
Rasulullah SAW bersabda;
"Barang siapa berselawat kepadaku satu kali, maka Allah menurunkan rahmat kepadanya sepuluh kali." 
(Hadis Riwayat Muslim) 
6. Diberi Allah cahaya diakhirat
Sabda Nabi SAW;
"Barang siapa yang berselawat kepadaku pada hari Jumaat seratus kali maka ia datang pada hari kiamat dengan cahaya. Sekiranya dibahagi antara makhluk semuanya maka cahaya itu akan memenuhinya." 
(Hadis Riwayat Abu Nu'aim) 

Ini adalah antara hikmahnya jika kita sentiasa berselawat. Banyak lagi hikmah-hikmah berselawat antaranya sudah pasti kita akan sentiasa ingat akan Rasulullah dan timbul rasa kecintaan kita terhadap Rasulullah. Allah berfirman;
"Sesungguhnya Allah dan para MalaikatNya selawat kepada Nabi. Hai orang-orang yang beriman, berselawatlah kamu kepadanya dan ucaplah salam penghormatan kepadanya." (Surah al-Ahzab: Ayat 56)
Dan,
"Barang sesiapa mentaati rasul maka dia telah mentaati Allah.." (Surah An-Nisa': Ayat 80)

Moga berselawat akan menjadi amalan harian kita dan semoga kecintaan kita terhadap junjungan besar Rasulullah tidak pernah pudar. MARI BANYAKKAN BERSELAWAT. Inshaa Allah..

..SEKIAN.. 




Monday, February 11, 2013

Duhai Si Pemimpin



Duhai Si Pemimpin,
Perbetulkan tali leher mu, perkemaskan sut mu.

Duhai Si Pemimpin, 
Perbetulkan niat mu, perkemaskan keperibadian.

Duhai Si Pemimpin, 
jangan jadi zalim,
jangan hanya berlagak alim.
jujurlah dalam setiap kata,
tunailah setiap janji.

Duhai Si Pemimpin,
Jangan hanya menabur baja secubit dua jarinya,
dibawa tuaian melebihi peha dan betisnya.

Duhai Si Pemimpin,
Kucing di rumah sayang hingga menjadi naga,
anak dibiar terabai tidak berjaga.

Duhai Si Pemimpin,
Kamu hanya pemimpin untuk memimpin,
bukan pemilik untuk memiliki.

Duhai Si Pemimpin,
Jangan disampaikan kisah yang tiada jalan cerita takut nanti direka-reka.
Jangan disebarkan berita yang samar kebenarannya takut nanti jadi Si Pendusta.

Duhai Si Pemimpin, 
adillah dalam setiap pembahagian,
tegurlah dalam setiap kesilapan,
peganglah pada satu ajaran.
Bentuk dan didiklah demi masa depan.
Kelak dipersoalkan di hadapan Tuhan,
kerana kau hanya si pemimpin hamba-hamba yang hina disisi Tuhannya bukan siapa-siapa.

Hanya Si Pemimpin.

Sunday, February 10, 2013

Beer Ringan Keluaran Carlsberg Malaysia

 Mungkin ramai yang dah tahu. Mungkin juga masih ada yang belum. Di atas ini adalah minuman yang dikeluarkan (produced by) oleh kilang arak yang terdapat di Malaysia iaitu Carlsberg Malaysia. So sila-sila sebarkan kepada kawan-kawan, sedara mara dan sahabat handai yang masih belum mengetahuinya lagi. Inshaa Allah..

..WALLAHUALAM..

p/s: credit to this blog.. ohgadisitu.blogspot for this valuable information.

Friday, February 8, 2013

Wasiat Untuk Ali R.A

Wahai Ali,
bagi orang mukmin itu ada tiga tanda iaitu,
tidak terpaut hatinya pada harta benda dunia,
tidak terpesona dengan pujuk rayu,
benci terhadap perbualan dan perkataan sia-sia.

Wahai Ali,

bagi orang alim itu ada tiga tanda iaitu,
jujur dalam berkata-kata,
menjauhi segala yang haram,
merendahkan diri.

Wahai Ali,

bagi orang yang jujur itu ada tiga tanda iaitu,
merahsiakan ibadahnya,
merahsiakan sedekahnya,
merahsiakan ujian yang menimpanya.

Wahai Ali,

bagi orang yang bertakwa itu ada tiga tanda iaitu,
takut berlaku dusta dan keji,
menjauhi kejahatan,
memohon yang halal kerana takut jatuh dalam keharaman.

Wahai Ali, bagi ahli ibadah itu ada tiga tanda iaitu,

mengawasinya dirinya,
menghisab dirinya,
memperbanyakkan ibadah kepada Allah swt.

Wahai Ali,

takutilah engkau daripada memasuki tempat mandi (bilik mandi) tanpa memakai kain separas pinggang. Bahawasanya barang sesiapa memasuki tempat mandi tanpa kain separas pinggang maka dia akan mendapat laknat (mal'un).

Wahai Ali,

janganlah engkau memakai cincin pada jari telunjuk dan tengah. Sesungguhnya itu adalah apa yang dilakukan oleh kaum Lut.

Wahai Ali,

sesungguhnya Allah mengagumi hambaNya yang melafazkan istighfar.

Allah berfirman;

"Hai malaikatKu, sesungguhnya hambaKu ini mengetahui bahawasanya tiada yang mengampunkan dosa melainkan Aku. Hai malaikatKu, jadilah saksi bahawasanya aku telah mengampunkan dia."
Wahai Ali,
takutlah kau daripada berdusta. Bahawasanya berdusta itu menghitamkan muka dan diletakkan oleh Allah sebagai pendusta dan bahawasanya yang benar itu memutihkan muka dan diletakkan oleh Allah sebagai sadiq. Ketahuilah engkau, bahawa benar itu berkat dan dusta itu celaka.

Wahai Ali,

peliharalah diri engkau daripada mengumpat dan mengadu domba. Bahawasanya orang yang berbuat demikian itu diwajibkan ke atasnya seksaan kubur dan menjadi penghalang kepadanya di pintu syurga.

Wahai Ali,

janganlah engkau bersumpah dengan nama Allah, sama ada dusta atau benar, kecuali dalam keadaan darurat dan janganlah jadikan Allah permainan sumpah engkau. Sesungguhnya Allah tidak menyucikan dan tidak mengasihani orang yang bersumpah dusta dengan namaNya.

Wahai Ali,

janganlah engkau bercita-citakan rezeki untuk hari esok. Bahawasanya Allah mendatangkan rezeki engkau setiap hari.

Wahai Ali,

takutilah engkau dari membantah dan berkelahi dengan memaki hamun dan bersumpah seranah. Bahawasanya perbuatan itu pada awalnya jahil dan pada akhirnya penyesalan.

Wahai Ali,

sentiasalah engkau bersugi dan mencungkil gigi. Bahawasanya bersugi itu menyucikan mulut, mencerahkan mata dan diredai Allah. Menyucikan gigi itu dikasihi malaikat kerana malaikat amat tidak senang dengan bau mulut kerana sisa-sisa makanan pada celah gigi tidak dicungkil selepas makan.

Wahai Ali,

janganlah engkau melayani rasa marah. Apabila timbul rasa marah, duduklah engkau dan fikirkanlah mengenai kekuasaan serta kesabaran Allah ke atas hambaNya. Pertahankanlah diri engkau daripada dikuasai kemarahan dan kembalilah engkau kepada kesabaran.

Wahai Ali,

perhitungkanlah kurniaan Allah yang telah engkau nafkahkan untuk diri engkau dan keluarga engkau, nescaya engkau peroleh peruntukan daripada Allah.

Wahai Ali,

apa yang kau benci pada diri engkau, maka engkau bencikan juga pada diri saudara engkau dan apa yang kau kasih pada diri engkau maka kasihkan juga pada diri saudara engkau. Hendaklah engkau berlaku adil dalam setiap hukuman. Maka dengan demikian engkau dikasihi seluruh isi langit dan bumi.

Wahai Ali,

elokkan perhubungan antara masyarakat jiran sekampung dan antara ahli rumah engkau. Hiduplah dengan mereka sekaliannya dengan rasa persahabatan dan kekeluargaan, nescaya diletakkan darjat yang tinggi bagi engkau.

Wahai Ali,

peliharalah pesanan dan wasiatku. Inshaa Allah engkau akan mendapat kemenangan dan kelepasan.

Ini adalah wasiat-wasiat yang telah ditinggalkan baginda Rasulullah saw kepada menantunya iaitu Ali bin Abu Talib yang boleh kita ambil ikhtibar sebagai panduan hidup kita juga.

..WALLAHUALAM..

p/s: dipetik daripada buku "Biografi Agung Rasulullah SAW" oleh Rusydi Ramli Al-Jauhari keluaran Mustread Sdn Bhd. cetakan 2012.


Tuesday, January 29, 2013

Lafaz Niat Dan Niat

Assalamualaikum wtb... Hai rakan-rakan bloggers yang masih lagi membaca blog aku ni. Lama rasanya tak meluahkan kata-kata hati ke jari-jemari ni dekat sini. Rasanya dah hampir sebulan lebih kot. kesibukan yang keterlaluan dan tiada masa untuk meluangkan masa meluahkan idea-idea atau memerah otak untuk mencari ilham-ilham menceritakan perihal-perihal hati atau tidak kepuasan hati atau mungkin ilmu-ilmu yang berguna dihadapan binatang yang bernama komputer riba ini.

Ok panjang sangat mukadimahnya tu. Kali ni nak share dengan korang benda yang dah lama aku nak share. Iaitu tentang rukun solat yang pertama iaitu niat. Masih ramai aku rasa yang salah faham tentang rukun solat yang pertama ni. Kenapa aku nak cerita pasal rukun solat yang pertama ni ye? Sebab ianya sangat penting. Rukun solat jika salah satunya tertinggal maka tidak sah la solat kita keseluruhannya. Ok, dah lama aku perhati pakcik-pakcik bila aku bersolat jemaah di masjid kebanyakkannya atau mungkin sesetengahnya akan menitik beratkan lafaz niat dengan niat yakni yang mana lafaz niat dibaca sebelum takbiratul ihram dan niat dibaca dalam hati sewaktu mengangkat tangan (angkat takbir). Lafaz niat dibaca dengan kuat sehingga mengganggu jemaah disebelah manakala niat juga punca mengangkat takbir berulang kali. Juga mengganggu jemaah disebelah.

Yang menjadi persoalannya disini, kenapa perlu mengangkat takbir berulang kali? Ini disebabkan niat di dalam hati tidak dibaca dengan betul. Betul? Ye, sebab aku dulu pun macam tu. Aku akan angkat takbir berulang kali atau lama untuk memberi tempoh untuk aku niat dalam hati. Aku rasa perkara ini harus diperbetulkan.

Salah faham atau kekeliruan ini mungkin disebabkan pendidikan yang kita dapat sewaktu di bangku sekolah tentang dua perkara ini iaitu 'NIAT' dengan 'LAFAZ NIAT'. Masa aku sekolah rendah dulu, ustaz atau ustazah gigih mengajar kami lafaz niat (dalam bahasa arab) untuk solat, lafaz niat untuk berpuasa dan lain-lain. Dalam pada masa yang sama mereka juga mengajar kami niat di dalam hati. Iaitu lafaz niat harus diucap dalam bahasa arab dan niat bahasa melayu di dalam hati. Ini berlaku ketika pembelajaran subjek ibadah (bagi yang bersekolah agama). Perkara ini menyebabkan hal-hal di atas berlaku dan ada jugak yang tidak bersolat sebab mereka tidak tahu lafaz niat untuk melakukan solat tersebut. Perkara ini seperti menjadi kebiasaan atau mentaliti masyarakat kita. Masa aku sekolah dulu kawan-kawan akan tanya, "Kau dah solat asar ke?" "Dah." "Tipu!!" "Betullah!! Aku dah solat tadi." "Hah, kalau betul kau dah solat asar, apa niat solat asar?" "Errr... usolli..emm.." "Hah, tak tau. Tak solat la tu.". Biasa terjadi perkara ni waktu kecil atau mungkin sekarang ni pun masih berlaku lagi?

Ok mari kita perbetulkan apa yang dah salah dekat sini. First, kita kena tengok apa makna niat. Niat itu adalah lintasan hati. Contohnya macam korang niat nak membunuh tu, korang tak perlu nak lafazkan "Sahaja aku nak membunuh seseorang." sampai macam tu. Korang terus membunuh kan? Betul? Sebab korang mempunyai niat. Begitu jugak di dalam solat atau perkara lainnya. Tidak kisah la bagaimana lafaz niat korang sekali pun untuk melakukan solat tu asalkan korang tau berapa rakaat yang perlu dilakukan, solat apa yang hendak dilakukan. Solat korang masih sah dan korang boleh terus melakukan solat. Tidak perlu nak mengangkat takbir berulang kali sebab nak betul-betul mahu menyebut niat dalam hati tu. Kalau berulang kali mengangkat takbir itu berulang kali kan mengganggu jemaah lain sekiranya kita sedang bersolat jemaah. Kalau sorang-sorang kita solat pun kan dah menimbulkan was-was di dalam solat nanti.

Begitu jugalah tentang perkara-perkara lain yang ada kaitan dengan niat di dalam rukun melakukannya seperti berpuasa, melakukan solat sunat dan lain-lain. Harap perkara ini dapat disebarkan kepada rakan-rakan yang masih belum mengetahui tentang perkara ini. Islam itu mudah.. In shaa Allah.

..WALLAHUALAM..


Tuesday, December 4, 2012

Allah Sudah Memperingatkan Tanda-Tanda Akhir Zaman

Nauzubillah..  Mari saksikan benta video dibawah ni.


Antara tanda-tanda akhir zaman.

Ahli Ibadah Yang Bodoh Dan Qari Yang Fasik;- 
Daripada Anas r.a. ia berkata bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: Kelak, di akhir zaman, akan ada ahli ibadah yang bodoh dan para qari yang fasik;- (Riwayat Ibnu ‘Adi).


رَبَّنَا لاَ تُزِغْ قُلُوبَنَا بَعْدَ إِذْ هَدَيْتَنَا وَهَبْ لَنَا مِن لَّدُنكَ رَحْمَةً إِنَّكَ أَنتَ الْوَهَّابُ

"Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami dan kurniakanlah kepada kami limpah rahmat dari sisiMu; sesungguhnya Engkau jualah Tuhan Yang melimpah-limpah pemberianNya" (Al-Imran: 8)

Sesungguhnya Allah swt itu yang membolak-balikkan hati.

..WALLAHUALAM..


Sunday, December 2, 2012

Masih Belum Berakhir



"I would like to clarify once again – there will be no Palestinian state without an agreement guaranteeing the security of Israel's citizen, there will be no Palestinian state before the State of Israel is recognized as the Jewish people's state, and there will be no Palestinian state before the Palestinians declare the end of the conflict." 

Netanyahu, B. (December 2012). After UN vote, Israel to suspend PA funds. Retrieved from http://www.ynetnews.com



Wahai orang-orang beriman, ingatlah..

"Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut ugama mereka (yang telah terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka): "Sesungguhnya petunjuk Allah (ugama Islam itulah petunjuk yang benar". Dan demi sesungguhnya jika engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya (wahyu yang memberi) pengetahuan kepadamu (tentang kebenaran), maka tiadalah engkau akan peroleh dari Allah (sesuatupun) yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepada mu." (Surah al-baqarah: 120)

"Tidak akan berlaku kiamat sehinggalah seluruh umat Islam berperang dengan seluruh Yahudi. Umat Islam akan membunuh mereka sehinggakan apabila mereka bersembunyi di sebalik batu dan pokok, tiba-tiba pokok-pokok dan batu-batu itu bersuara menjerit memanggil umat Islam agar datanglah kamu ke sini dan bunuhlah orang-orang Yahudi itu, kecuali pokok 'Gharqad', kerana ia adalah pokok Yahudi". (Hadith Sahih riwayat Al-Bukhari dan Muslim).


Gagahkan iman mu,
Kentalkan jiwa mu,
Latih keteguhan mu terhadap,
Agama mu,
Tuhan mu yang Esa,
Jiwa yang kental, 
Iman yang teguh,
Membawa keberanian untuk berjihad di jalan Allah..

..WALLAHUALAM..


Wednesday, November 21, 2012

Lagi Pencerahan Isu Boikot McDonald

Video ini boleh menjelaskan sedikit kekeliruan korang tentang isu Boikot Israel..



..WALLAHUALAM..

p/s: Moga terjawab segala kekeliruan nak boikot. LOL! insya-Allah....