Friday, December 18, 2009

Penat


PENAT! PENAT! PENAT!

Itu yang aku boleh describe diri aku untuk hari ini. Banyak tenaga aku telah disedut keluar daripada badan ni. Kenapa eayh? Hari ni, aku membantu makcik aku mengangkat barang-barang di rumahnya untuk dibawa ke rumah barunya atau erti kata lain dia nak pindah rumah. Eleh, setakat angkat barang, tak la letih sangat. Oiissshhh...ringan mulut berkata, berat lagi telinga yang mendengarnya ni (peribahasa jumpa tepi jalan). Letih awak. Tingkat 4 kot rumah dia. Mana ada lif. Mana ada escalator. Itu semua dugaan tu. Terjelir lidah aku sampai lutut, jantung bagai nak beralih peranan dah dan paru-paru pulak dah tak sedarkan diri bahawasanya dia ialah paru-paru yang berfungsi sebagai organ pernafasan dalam badan manusia.

Huih, bunyi macam penat betul Afif hari ni. Ye, memang! Penat sangat. Penat tengok orang angkat barang. Hahahaha. Sebenarnya tak la penat sangat. Mula-mula tadi tu gimik je. Hehehe. Eh, tapi penat jugak tengok orang angkat barang. Cuba korang ingat balik peribahasa

'Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul.'

Hah, tengok ayat yang first tu. Mata memandang pun dah berat. Kira aku pun penat jugak la. Huhu. Aku ada jugak tolong sebenarnya. Angkat barang-barang yang biasa-biasa je. Macam kotak, plastik baju dan sebagainya. Khidmat tenaga manusia hari ni dah lebih daripada cukup dah. Di tambah pulak dengan 3 orang lagi pekerja asing (Indonesia) yang aku tak tahu tiba-tiba datang membantu. Ah, lantak la. Janji benda berat-berat semua dia angkat. Lagi pun aku mana boleh angkat barang berat-berat. Kan aku muda lagi. Kita kena ikut peraturan. Yang paling tua angkat barang dengan berat yang tinggi beratnya, yang muda angkat berat yang paling rendah beratnya. Hahah.

Cerita pasal 3 orang pekerja asing ni, aku memang suspect dekat dorang ar sebab korang bayangkan la almari sudut yang sederhana besar dipikulnya sorang-sorang ditambah pulak dengan beban di tangan. Daripada tingkat 4 di bawa turun ke bawah. Perggghhh.. apa yang dorang makan? Vitamin apa yang dorang ambil? Tangkal apa yang dorang ni pakai? Rilex je angkat. Muka tak bersalah langsung angkat barang berat. Tak rasa berat ke? Semua persoalan tu bermain di fikiran aku. Mungkin dia dah biasa sebab pengalaman bekerja sebagai buruh binaan kot? Aku ajukan soalan yang bermain di fikiran aku kepada pakcik aku lagi sorang. Dia boleh jawab, "Ala, dorang hanya berbekalkan rokok Gudang Garam je.". Huh? 2 saat jugak la aku berfikir? Baru teringat member aku cakap rokok tu bagi tenaga yang luar biasa dekat dorang kalau hisap. Diulang sekali lagi, hisap ye bukan makan. Ooo..patut la.

..SEKIAN..

Video ni untuk korang yang penat baca blog aku. Penat aku tengok budak ni menyanyi. Hahahah. ENJOY!!


Sunday, December 13, 2009

Manusia Boleh Berubah Sekelip Mata


Betul ke manusia boleh berubah dengan sekelip mata? Wah, bunyi macam magic je. Memang boleh. Tengok la sendiri dekat kaca-kaca televisyen tu. Ahli silap mata boleh ubah diri mereka dengan sekelip mata je. Jadi gajah la, harimau la, kereta la. Hebat bukan? Bukan itu sebenarnya aku nak cerita pun. Yang aku maksudkan dengan 'Manusia boleh berubah dengan sekelip mata' itu melalui sikap, perangai dan hatinya. Betul ke? Betul. Macam mana boleh berlaku? Setahu aku la, manusia berubah kerana pengaruh sesuatu keadaan ataupun disebabkan faktor lain. Begitu mudah? Ya, sangat mudah kita (manusia) berubah. Macam petik jari je. Secepat manakah manusia boleh berubah? Sangat cepat. Teringat akan isi kandungan buku yang aku baca tak habis-habis sampai sekarang (^_^) iaitu 'Dajjal Sudah Muncul Dari Khurasan' di mana, di saat kemunculan Dajjal itu, manusia boleh berubah dengan begitu pantas. Di pagi hari dia beriman, di petang hari dia kafir pula dan di petang hari dia beriman, kemudian di pagi harinya dia kafir pula. Begitulah perumpamaannya. Tetapi itu semua akan berlaku tidak lama lagi kepada kita. Takut pula aku bila teringatkannya. Tapi itu semua tentang perubahan iman manusia bila munculnya Dajjal nanti. Yang aku nak story tentang sekarang ni.

Lupakah korang, manusia mempunyai nafsu. Lupakah korang, manusia mempunyai hati. Dan lupakah korang manusia juga mempunyai penghasut (syaitan). Banyak la yang kita boleh kategorikan bagi perubahan manusia ni. Ada manusia yang berubah perangainya. Ini lumrah alam kot. Yela, cuba kita tengok perangai kita sewaktu kita budak-budak dulu dan cuba pulak korang bandingkan sendiri dengan perangai korang sekarang. Mungkin dah banyak berubahkan? Bertambah matang? Atau bertambah baik? Ataupun bertambah jahat? Kalau tak berubah dari dulu sampai la sekarang, mungkin ada yang tak kena la tu. Ada juga manusia berubah hatinya. Ini tak payah aku explain la kan. Korang tau sendiri la.

'Don't judge a book by it's cover'. Sering kali kita dengar peribahasa ni. Jangan la kita judge seseorang tu melalui mata kasar dan jangan la kita judge seseorang tu kalau kita tidak tahu hatinya. So, kalau korang melihat seseorang itu di mana pada hari ini dia sangat menyakitkan hati dan teruk perangainya, tidak semestinya dia akan begitu selama-lamanya. Mungkin esok atau lusa dia berubah. Dan jangan la pula korang ingat korang melihatnya di mana pada hari ini dia sangat baik hati dan sangat budi pekerti dia akan terus begitu. Aku juga tidak mengatakan bahawa jika seseorang itu baik hari ini, dia tidak mungkin akan terus begitu. Tidak! Tidak! dan Tidak! Mungkin dia boleh menjadi bertambah baik. Manusia awak. Kita tidak boleh duga. Apa-apa pun boleh jadi.

Ada satu kisah tentang seorang lelaki di mana dia seorang yang alim dan berhati mulia dengan seorang perempuan GRO of cause perangainya tidak berapa nak elokkan. Sudah tentu kedudukan lelaki yang alim itu dipandang tinggi masyarakatkan? Korang percaya tidak akan dengan sekelip mata kedudukan mereka itu berubah? Ya, perempuan GRO itu dulunya sangat dipandang hina dan dibenci masyarakat tetapi dengan kuasa Allah SWT dia berada di kedudukan lelaki itu pula. Jadi, apa yang sangat penting disini ialah berdoa. Berdoa agar di jauhkan segala perkara yang dimurkai oleh Allah. Jangan fikir korang sudah cukup baik tidak perlu berdoa kedapaNya. Kita manusia banyak melakukan kesilapan. Semua ni aku kongsi bukan untuk mengingatkan kawan-kawan aku di luar sana sahaja tetapi juga mengingatkan diri aku sendiri. Aku juga manusia yang sering melakukan dosa kecil dan dosa besar. Tiada manusia yang perfect tinggal di bumi Allah ini.


..SEKIAN..