Ye, cerita pasal Bank Negara ni, memang nak story pun pasal Bank Negara. Apa aku buat pergi Bank Negara ni? Aish, takkan la tak merompak! Of course aku datang nak merompak! Hahahahaa. Takde la awak, sebenarnya pada hari ni (15 March 2010), kelas aku D3B2 membuat lawatan sambil makan angin ke Bank Negara untuk subjek Macroeconomics atau nama saintifiknya ECO211. Lecturer yang bertanggungjawab bawak kitorang ke Bank Negara ni ialah En. Azim. Bukan kelas kitorang je, ada lagi dua kelas yang join sekaki plus 3 lagi orang lecturer tapi dari kos yang berbeza. Satu daripada kos Accounting dan lagi satu daripada kos Investment. Kitorang pergi dengan menaiki 3 buah lori ayam yang berbau kambing gurun. Hahaha. Gurau-gurau. Kitorang pergi dengan 3 buah bas UiTM.
Nak dipendekkan cerita, banyak benda yang telah kitorang pelajari hasil lawatan kitorang ke Bank Negara ni. Antaranya:
- Bagaimana wang kita dihasilkan.
- Siapa pembuatnya.
- Siri-siri keluaran wang dari dulu hingga kini.
- Ciri-ciri keselamatan yang ada pada wang kita.
- Bagaimana kitaran wang kita.
Ok ni ada sedikit gambar kenangan yang sempat dirakamkan sepanjang trip kitorang ke Bank Negara:
p/s: Ingin tahu apa maklumat yang kitorang dapat? Mudah sahaja. Hantarkan surat yang menyatakan anda juga ingin membuat lawatan sambil bersiar-siar di Bank Negara kepada Bank Negara. Atau dail nombor hotline Bank Negara yang tertera pada pen yang kitorang dapat. ?????? Macam mana? Lu fikirlah sendiri. Hehehe.
I hate you Mr. Froggy! Hahaha...tak pasal-pasal emo plak. :)