Monday, May 3, 2010

Goodbye Semester 3.. I need plan!

Sedar tak sedar dah grade pun aku (for this semester la). Pagi tadi last paper untuk final exam aku iaitu paper B-com atau nama saintifiknya Business Communication. So how your exam? Overall, boleh la tapi aku tak expect untuk dapat lebih daripada apa yang aku target. Apa yang aku target? Heh..heh..

So, apa yang aku nak buat untuk semester break kali ni? Hah, yang ni kita tak tau nih. Hahahaha... Aku kena buat something yang dapat bagi profit, oppss I mean benefit dekat aku. Jadi , aku kena la plan dari sekarang. Apa yang aku nak buat?

1. Cari seberapa ramai awek-awek dekat kL yang melepak tak tentu hala tu dan ajak dorang pegi masjid.
Comment kawan-kawan: Tak boleh, sebab kau sendiri pun bukan rajin pegi masjid. Hahaha..teruk, teruk!

2. Mintak kerja as a CEO dekat syarikat-syarikat besar yang ada di Malaysia.
Comment kawan-kawan: Owh, terbaek doh idea ni. Silap-silap bukan jadi CEO, nak jadi cleaner pun tak dapat sebab orang ingat kau gila.

3. Kahwin?
Comment kawan-kawan: Aku kata kau bingai karang kau tak nak mengaku.

4. Travel satu Malaysia?
Comment kawan-kawan: Tak kisah tapi kalau kau duduk dalam van pos laju. Kau nak belanja kawan-kawan keropok lekor sorang satu pun kau pikir 15 kali kentut.

5. Makan tidur makan tidur sepanjang cuti sem ni?
Comment kawan-kawan: Kalau itu boleh buat kau nampak berisi, nampak macam orang cukup makan, its ok sayang ku. Tapi masalahnya, it useless! So, tak payah. Buang masa dan mungkin ibu kau bosan tengok muka kau nanti. Hahaha..

So, aku kena la ambil masa lagi seminggu untuk fikirkan plan. Tapi selalunya aku buat macam ni, dah lagi 3 minggu nak masuk belajar balik baru la aku dapat idea. Haiyaaa..sangat lambat berpikir la u! CHOI!! Apa-apa pun kita kena enjoy dulu! Betul tak kawan-kawan. Cukup la tu sampai sini. Panjang-panjang karang bukan korang nak baca pun kan? Cepat ngaku cepat! Hahahaha.. Ok, kawan-kawan jumpa lagi di lain waktu. See you all next sem! Auuuwwww... Hahaha.. Moga kita dapat result yang terbaek!

..SEKIAN..

p/s: Ya, I almost forgot. Kena balik balik ke kampus 7 haribulan nih. Game dengan UTM untuk liga IPT tak settle lagi.

Saturday, April 24, 2010

Apa Alasan Korang Nak Pegi Ke Sana?

Mak aih, tajuk. Panjang gila la Afif. (^_^) Dah boleh buat lirik lagu yang takkan masuk mana-mana carta radio ni walaupun station radio tuh dah bankrup (memang la..adoooiiii). Hehe..

Setiap orang mungkin punya alasan tersendiri kenapa mereka nak pergi sesuatu tempat tukan? Kebanyakkan orang teringin dan sering berangan ingin pergi ke tempat luar daripada negara sendiri. Contoh London, Paris, Las Vegas dan banyak lagi. Jarang kita jumpa orang nak pergi ke tempat yang dalam negara je. Contoh:

Kawan Baik: Kalau kau dapat peluang pergi melancong, kau nak pergi mana?
Si Berangan: Kalau aku? Aku nak pergiii.....err...aaaa... Nak pergi Pulau Pangkor je la sebab aku tak pernah pegi situ kot. Lagi pun aku tak berduit sangat.
Kawan Baik: Kan aku tanya kalau kau diberi peluang. Contoh macam kau menang contest ke, orang ajak dan segalanya ditanggung ke.
Si Berangan: Pulau Pangkor sudah. Lagi pun Malaysia banyak tempat-tempat menarik ape.
Kawan Baik: Sumpah lepas ni aku malas tanya kau soalan macam ni lagi. Buang masa betul!
Si Berangan: Laaa..yang kau emo ni kenape? Kau tanya aku, aku bagi la jawapan aku. Itu pun kena marah? Tak paham la aku dengan kau ni.

Hah, korang pernah jumpa orang macam tu? Kalau pernah pun boleh kira dengan jari la. Kalau 1000 orang berfikiran macam dia, for sure ringgit kita takkan keluar ke negara lainkan? Tapi apa alasan korang kalau nak pergi ke sesuatu tempat tu?


London, England

Mungkin ramai nak pergi sini sebab permandangan kotanya yang sangat cantik, sejuk, dan boleh tengok perlawanan EPL (bagi lelaki mungkin perempuan jugak). Korang jugak mungkin teringin nak merasa mulut keluar asap dan pakai sweater tebal-tebal plus berbulu-bulu di bahagian tengkok macam dalam cerita omputih yang korang selalu tengok tu. Lagi, korang nak tengok dengan mata kepala korang sendiri macam mana keadaan sebenar London Bridge seperti tajuk lagu yang Fergie (Black Eyed Peas) nyanyi tu.


Paris, France

Salah satu kota yang tercantik dekat dunia. Mempunyai menara antara menara yang tertinggi di dunia. Juga dikenali dengan 'kota romantik' (betul ke? Aku main sapu je. hehehe..). Tu mungkin alasan korang nak pergi ke Paris kot? Lagi, korang jugak nak merasa naik Eiffel Tower dan bergambar dekat atas Eiffel Tower. Lepas tu upload gambar tersebut dekat facebook dan bila member-member tengok, WOW! Korang jugak nak merasa feel romantik kota Paris tu sendiri walaupun pada masa tu korang pergi bukan dengan orang tersayang tapi pergi sorang diri atau dengan keluarga.


Los Angeles, United States

Yea, tempat yang sangat popular dekat United States. Sudah tentu Hollywood jugak berada disini. YEAH! Aku tau apa alasan korang nak pergi ke Hollywood. Teringin nak berjumpa atau terjumpa artis-artis Hollywood yang selama ni hanya dapat ditonton dekat kaca TV je. Lepas tu bergambar dengan dorang, ambil signiture dorang dan sebagainya. Memang dapat awak. Dapat pulakkan nak buat semua tu. Ingat kerja dorang semua lepak dekat kaki lima Las Vegas tu ke. Lagi, korang teringi sangat nak berjalan dekat atas Walk of Fame. Keadaan akan jadi bertambah parah lagi kalau korang mengesot pulak dekat Walk of Fame tu. Yela, korang nak debu-debu Walk of Fame tu melekat dekat baju korang dan lepas tu korang nak frame-kan pulak baju tu dekat rumah. Adeh..kritikal betul ni.



Tokyo, Jepun


Tokyo, Jepun. Apa pulak alasan korang nak pergi sini. Nak jumpa gadis-gadis Jepun yang comel-comel, lelakinya yang kiut-kiut macam dalam cerita 'Hanazakari No Kimitachi' tu dan nak beli gadjet-gadjet yang takde jual dekat Malaysia. Lagi nak merasa sendiri mesin-mesin dorang yang kebanyakannya menggunakan teknologi tinggi. Tapi aku takut kalau korang pergi sana, korang la manusia paling pelik dan jakun sekali. Yela, dekat Malaysia takde benda-benda tu semua macam nak beli makanan pun guna mesin gedegang (vending machine). Nak kaler rambut pun masuk duit dekat mesin dah siap dah rambut korang di-kaler-kan. Lagi, bagi yang peminat anime-anime Jepun, of coz korang nak beli costume-costume anime kegemaran korang lepas tu pakai dekat Malaysia dan pada masa tu korang berasa bangga walaupun adik-adik, kakak-kakak, abang-abang dan mak bapak korang rasa koranglah manusia paling sakai sekali. Hahaha..Yela, rakyat Malaysia boleh pulak terima costume-costume anime tu semua. Dekat Jepun mungkin la.


Kalau itu la alasan korang, lantak korang la. Ada duit, ada orang sponsor, ada orang nak bawak, pergi sudah, tak payah bagi alasan-alasan macam ni. Tapi jangan lupa jugak Malaysia jugak banyak tempat-tempat yang menarik boleh dilawati. Penat je Siti Nurhaliza nyanyi lagu 'Cuti-Cuti Malaysia'. Lagipun kalau pergi bercuti dalam Malaysia, duit korang pun tak koyak dan ringgit Malaysia pun tak keluar banyak ke negara lain.


..SEKIAN..