Wednesday, May 11, 2011

Balik Kaki Ayam



Korang selalu tak hilang kasut@selipar bila pergi solat Jummat or terawih or solat berjemaah dekat masjid? Apa? Tak selalu pergi masjid?? Ishk ishk ishkk...Tak sama dengan la kita. Hahahaha.. Teruk betul la 'KITA' ni kan??

Tapi mesti korang pernah rasa pengalaman pulang dengan 'Kaki Ayam', betul tak? Kejadian-kejadian seperti ini perlu kita tangani segera. Kenapa? Korang bayangkan, kita dah la pergi masjid nak dapatkan pahala. Bila balik terus dapat dosa. Of course dosa maki orang. Itu takpe lagi, kalau dosa bunuh orang ke pukul orang ke macam mana?? Sia-sia la pahala yang baru kita dapat. So, lebih baik kita cegah perkara ni segara sebelum ianya selalu terjadi dekat kita dan ia akan jadi sia-sia la kita pergi mendapatkan pahala.

Kadang-kadang kita sendiri pun tak paham kenapa selipar@kasut yang kita pakai tu 'Si Pencuri' begitu berminat nak rembat kan? Kalau selipar@kasut yang korang pakai tu memang mahal dan dah tercatat dekat dalam buku world record Selipar@Kasut termahal dekat dunia takpe la jugak, ni selipar@kasut yang paling-paling cikai kita bawak dan 'si pencuri' tu pun dah tau selipar@kasut tu memang murah dekat kedai. Tapi kadang-kadang kita silap jugak sebab bawak selipar yang tak kurang lebihnya macam selipar jamban masjid. Tu memang la meng-contribute-kan kepada kehilangan selipar@kasut. Then, orang-orang yang datang masjid tu pakai. Kalau sorang dua takpe, ni lebih daripada tu yang pakai. Yang jadi punca kehilangannya sebab dorang tak letak dekat tempat asal balik.

Tu la yang payahnyakan bila bawak yang buruk ala-ala selipar jamban pun hilang, bawak yang cantik tertarik kau memang the boom pun hilang jugak. *sigh~ Tak paham betul la. So, apa perlu korang buat nak hindarkan diri daripada pulang berkaki ayam bila bertandang ke masjid.



  • Pakai selipar@kasut sebelah lain dan sebelah lagi lain.
Tapi cara ni korang kena la ada keyakinan yang tinggi dan ketebalan muka korang mesti la macam 'Tembok Besar Cina'. 

  • Beli rantai yang berkunci dan rantai kedua belah selipar@kasut korang.
Macam mana cara dia? Don't ask me. Lu orang pikirlah sendiri. 

  • Tepek selipar@kasut korang dengan lumpur.
Jangan kata si pencuri, orang-orang yang datang masjid nak pinjam pakai pun pikir 25 kali. (Nampak benor kedekutnya tu)

  • Letak selipar@kasut dalam kereta sahaja.
  •  
Tapi make sure korang park kereta korang betul-betul depan pintu masjid la yea? Tapi kadang-kadang cara ni bahaya jugak bagi orang yang selalu terlupa. Dia terlupa yang dia dah letak selipar@kasut dia dalam kereta tapi dia bantai boleh mencari selipar@kasut dia dekat sekitar masjid. Pastu tak jumpa. Bila tak jumpa, mula la maki hamun si pencuri. Padahal...

  • Letakkan selipar@kasut anda di port yang berbeza.
Pahamkan? Contohnya, sebelah kanan selipar@kasut korang tu korang letak la dekat depan tangga masjid dan sebelah lagi letak la tempat lain. Bawah tangga masjid ke, dekat tandas masjid ke. Cara ni selalu aku guna pakai. Memang berkesan. ^___^  Jangan pulak korang buat sebelah letak dekat masjid dekat rumah korang, sebelah lagi korang letak dekat masjid kampung sebelah pulak. Parah tu..


Terpulang kepada korang nak guna cara yang mana ye. Sebarang kesan sampingan yang berlaku dekat korang, aku tak bertanggungjawab. Hahahaha..

..SEKIAN.. 

Monday, May 9, 2011

Adakah Korang Tergolong Dalam Golongan Anti-Sosial?



Di hening malam macam ni memang banyak idea nak buat entry. Dalam tengah menunggu episode Naruto Shippuden buffering sambil bertemankan liga EPL (Chelsea v Man U) yang tiada siapa pun yang menonton (*Bajet macam aku je yang bayar bil elektrik selama ni) sebab aku tak minat dengan dua team tu, tiba-tiba terkeluar fikiran, "Apa la aku nak buat besok. Masuk ni dah seminggu aku duduk rumah je menghabiskan beras.". Kalau keluar pun habiskan duit jugak. Macam mana tu?

Cerita pasal bab-bab tak keluar rumah time cuti ni, teringat member aku penah cakap dekat aku, "Kau ni anti-sosial la!". Suka hati haiwan belaan dia je cakap aku anti-sosial. Takkan la tak keluar rumah pun anti-sosial ye dak? Aku bukan tak nak keluar, tapi.... Bila nak plan lepak dengan member-member, tiba-tiba otak jadi blank. Tak tau nak pegi mana? Bila dah plan baik punya, hati aku plak berat untuk keluar lepak. Adeh.. Aku sendiri pun tak paham kenapa dengan aku ni. Tapi itu tak bermakna aku adalah seorang yang ANTI-SOSIAL kan??

Aku adalah seorang manusia yang memang susah nak diajak keluar lepak. Tapi kalau sekali aku dah keluar lepak, sampai pagi baru balik. Aku juga seorang manusia yang kalau diajak keluar lepak, aku akan pikir 28hari. ^_^ hahahaha.. Gurau gurau. Seriously, aku seorang manusia yang PALING PEMALAS sekali dekat dunia kalau nak keluar lepak (Yo yo ooo je). Kalau aku keluar pun setakat nak pegi main futsal je la. Lepas tu balik rumah balik. Kalau member ajak pegi minum lepas main futsal pun aku akan pikir dua tiga kali. Hahaha.. Terukkan? Masih lagi menganggap aku ANTI-SOSIAL? Pergghhhh.... memang teruk.  

Ni nak cite sikit pasal seorang makcik (rakan ibu) yang mengatakan aku sebagai seorang lelaki yang baik sebab tak keluar malam. Hahaha.. Cerita dia macam ni,

Kejadian ni berlaku kalau tak salah masa aku form 5. Kawan ibu datang ke rumah malam-malam atas urusan apa entah aku pun dah lupa. Aku duduk dihadapan tv dengan kusyuk tanpa menghiraukan beliau (kurang ajar ini anak orang). Cerita apa aku tengok pun aku dah lupa. Tiba-tiba dia tegur, "Ini anak akak yang sulong ke?". Typical question. Ibu menjawab, "Tak lah, ini yang nombor dua.". "La yeke? Dah besar dah.". Apa yang besar entah. Hahaha.. Dia sambung lagi, "Tak keluar rumah plak dia kak malam-malam macam ni?". "Dia jarang keluar rumah malam-malam macam ni.". "La, yeke?! Bagusnya la hai. Bila kawin nanti, takde la isteri risau sebab suami tak suka keluar rumah.". Aku dengan selamba bangang buat-buat tak dengar apa yang beliau cakapkan sambil melakonkan watak seorang budak yang kusyuk tengok cerita kegemaran ramai iaitu 'Power Rangers'. Padahal hati rasa macam nak berjoget-joget dan berlari-lari anak satu taman. ^_^ Dia tak tau lepas je dia blah aku terus keluar rumah. Hahahaha.. Lawak-lawak..

Hey, tak paham betul la kan. Tak keluar rumah je, anti-sosial. Selalu sangat keluar rumah SOOOO-SIAL plak. Tapi apa-apa pun, kita jangan peduli apa orang nak kata tentang kita selagi mana kita tahu kita macam mana, betul tak. So, jangan ambil kisah sangat apa yang member-member nak judge kita sebab manusia menilai melalui apa yang mereka lihat melalui pengalaman dan kebanyakkannya mereka tidak mengkaji lebih mendalam. Yela, takkan la nak judge orang on-the-spot pun nak buat research. Itu keje gila beb.

..SEKIAN..

p/s: Oh ya.. Perlawanan Man U menentang Chelsea berkesudahan dengan Man U menang dengan jaringan 2 berbalas 1.
p/s: Cerita naruto yang aku tunggu buffering akhirnya masih buffering lagi. TENSION betul!! Tidur lagi baik! ^_^