Assalamualaikum wtb.. Waaaaaaahhhhh, sudah lama rasanya tak bukak blog and update. Biasa la, abang busy sekarang. Dah semester akhir dah kan. Makin busy laa (buueeekkkk).. Sekarang tengah cuti mid-term, so ada masa la nak mencarut dalam blog ni.
Tengok tajuk dah macam tajuk lagu 'Kenapa Aku Pergi Tengok Wayang Sedangkan Rumah Aku Ada DVD' by Kumpulan Jambu, panjang nak m****s. Kali ni nak story sikit pasal ada sesetengah pihak yang tidak berpuasa hati dengan budaya ragging yang telah lama diamalkan di Malaysia untuk budak-budak junior sama ada di asrama mahupun di universiti. Baru-baru ni kecoh kampus aku pasal ada seorang hamba Allah yang tidak berpuas hati dengan benda ni dan telah poskannya ke wall FB dewa-dewa kami sebab adik beliau nak berhenti belajar kerana tak tahan di-ragging dengan senior. Tak tau la kesahihan cerita ni. Tapi kalau betul la, come on. Awak tu dah besar. Takkan kena ragging sikit dah tak tahan brader.
Sebenarnya, ragging ni banyak kelebihannya terutama di universiti. Orang yang tidak mengalaminya memang bila mendengarkan perkataan ragging, terus set mind "Ragging itu sangat tak berperi kemanusiaan,". Itu kepada orang-orang yang hanya membaca bahan-bahan tertentu dan tidak mengalaminya. Mungkin bahan bacaan yang menyatakan ragging tu sangat tidak berperi kemanusiaan adalah kes 1 dalam 1000. Dan aku tau pernah sekali satu kes berkenaan ragging menjadi punca kepada kematian. Tahukah kita di sebalik cerita itu?? Takkan? So, jangan membuat kesimpulan dengan hanya melihat subjektifnya.
Aku sendiri ramai kawan-kawan yang pernah kena ragging masa aku mula-mula masuk universiti. Takde pun yang masuk ICU. Takde pun yang mati. Elok je dorang semua. Masih ada mata, masih ada kaki dan masih ada tangan. Yang best tu, siap boleh
Kepada Brader-Brader yang terasa hati. Brader boleh bayangkan tak sekiranya brader orang lama dekat sesuatu tempat dan dengan tiba-tiba ada orang baru datang bertandang di situ. Yang menyedihkan orang baru tu tak pernah tegur brader, tak pernah nak bagi salam atau melemparkan senyuman. Jangan kata senyuman kerang busuk, senyuman kambing tak mandi pun tak nak bagi. Hah, apa perasaan brader?? Mesti menyirap je urat kepala kan? Itulah tujuan ragging sebenarnya brader. Aku bukan menggalakkan sangat ragging-ragging ni sebab dulu aku sendiri pun
Cukuplah tu sampai sini. Nak melahirkan rasa tidak puas hati aku memang panjang lagi tapi malas la. Korang semua dah besar. Bukan budak tadika lagi nak menangis di bawah ketiak mak. Kalau rasa ragging tu satu penyeksaan, jangan duduk dalam komuniti tapi duduk la korang dengan anak-anak patung.
Bila kita seorang melawan dengan sekumpulan dari apa segi pun, yang berada dalam kumpulan pasti akan menang. Bukan bertujuan untuk mengumpul pengikut untuk pergi bergaduh, tapi sebagai kekuatan masyarakat. Masyarakat yang hidup dalam kalangan masyarakat. Kekuatan akan hadir bila kita saling tidak musuh-memusuhi.
..SEKIAN..
p/s: Aku mengaku aku dan kawan-kawan aku dah ragging budak-budak junior. Mula-mula sebelum kenal, semua buat muka kerek tapi lepas kena ragging, jumpa dekat luar semua main tolak-tolak kepala. This is how we live in the community.
