Tuesday, January 10, 2012

Entry Mengarut (Hanya Sebagai Exercise Jari Jemari)

Korang nak aku tulis pasal apa? Ada cadangan tak nak bagi aku tulis pasal apa kat blog aku ni yang korang belum pernah lagi baca dekat blog aku sebab aku pon kadang-kadang ada masa lapang, tak tau nak buat apa sehingga ulang alik dari sofa ke meja makan, carik makanan, bukak tudung saji walaupun tau takde makanan, garu kepala, tukar channel astro 15kali, tengok cermin dan cakap sorang-sorang, picit jeragat, menghadap laptop dan cakap, "apa nak buat ni???" semua tu dalam masa satu hari. Gila kau! Buang masa habis doh!!

Sempena meng-exercise jari-jari aku ni. So, entry kali ni memang takde arah tujuan dan akidah yang teguh. Kira macam buat karangan lari tajuk atau takde point langsung dalam karangan tu la. Tak pun buat karangan panjang-panjang tapi cikgu anggap itu hanyalah pendahuluan. Haaaa...lebih kurang macam tu la entry aku kali ni. Huhuhu~ Kadang-kadang air di tasik yang luas pun boleh kering ni kan pulak idea yang nak keluar daripada otak aku yang tak sebesar ikan paus di lautan antartika ni.

Aku tengokkan, most blogger yang selalu update blog dia tiap-tiap hari, kadang tu tiap-tiap jam ada je benda nak cerita. So, aku try la usha. Mana tau dapat sumber inspirasi, dan boleh gak tau apa dia post sampai idea kat otak dia tak pernah kering. Laju je keluar macam air terjun. Tapi.... Lah... Dua tiga kerat ayat je dia post. Huhuhu~ Hampeh! Kalau nak diikutkan mula-mula aku nak wujudkan blog aku ni, aku terpengaruh dengan kata-kata lecturer aku yang mana dalam ayat dia dia cakap, "orang yang tidak menulis adalah orang yang tidak bertamadun!". Oleh kerana aku nak jadi orang yang bertamadun, aku wujudkan la blog ni. Sudah hampir 2 tahun lebih aku ber-blogging ni. Aku boleh rasa yang ia memang berguna sebab kita boleh share something dengan blogger-blogger lain dan daripada benda yang kita share tu, ada setengahnya yang kita jugak boleh praktikkan lebih-lebih lagi ia berkaitan dengan agama Islam. Plus, kita dapat melatih otak kita untuk generate idea dengan lebih berkesan.

He'eh, makin lama menaip makin banyak pulak idea nak keluar nak cerita. Huhuhuh~

Sebelum aku tamatkan penaipan (taip) aku ni, aku ada satu puisi (aku pun tak tau nak kategorikan ia sebagai puisi ke pantun ke sajak ke) yang sangat mendalam maksudnya yang boleh membuatkan korang terfikir-fikir maksud tersirat dan bila korang dapat akan maksud tersirat, korang boleh gunakan sebagai pegangan motivasi hidup. Trust me. 2 minggu aku cari ilham dan reka ayat yang mendalam ni. Baca tau!! Penat je buat. Kesian aku kalau korang tak nak baca. Huhuh~


Setiap cerita pasti ada penciptanya,
tanpa pencipta cerita, cerita bagai tidak kukuh untuk dibawa dari telinga ke telinga
Laut tanpa ombak mungkin tasik atau sungai
Bila sudah kering, kena bagi basah
baru subur tanaman diladang
hasilnya juga bukan kepalang
Kalau tahu cara tak semestinya tahu buat
Badan sasa bukannya pasti kuat
Setiap pekara terjadi fikir ada hikmah
Bukan sengaja diberi musibah
Tiba satu pekara kita akan rasa ia satu rahmat
Bukan semua benda di dunia konspirasi
tapi banyak juga konspirasi
hari ini
bukan semua kata-kata pemimpin
mereka berterus-terang
banyak juga dustanya
Berhati-hati
tidak perlu gusar
tidak perlu risau
kita punya khazanah berharga
di dunia sangat berguna
di akhirat mendapat syafaatnya
Selagi masih punya iman di dada
walau sebesar kuman
jangan sekali sia-sia
sentiasa bersyukur
berdoa
bertawakal
Moga sentiasa dilindungiNya
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Dapat maksud tersirat?? Kalau dapat aku orang pertama akan pelik sebab itu semua mengarut je. Benda tu aku buat sekali lalu je. Apa yang terlintas dekat kepala otak aku tulis la. Lagipun aku bukan budak sastera pun dulu. Aku budak akaun!! Hahaha.. Tapi kalau korang rasa ada benda yang memang tersirat. Aku No comment! ^_^  Kata entry mengarut! PEACE YO!!

..SEKIAN..

Tuesday, December 20, 2011

Cuba Gantikan Perkataan Biasa Kepada Luar Biasa


Selalu tak kita bila lepak dengan kawan-kawan, kita akan selalu atau mungkin kadang-kadang akan terdengar perkataan-perkataan baru untuk menggantikan sesuatu perkataan yang kononnya dah tak best or tak relevan untuk digunakan lagi. Sebagai contoh OMG untuk menunjukkan sesuatu perkara itu sangat dahsyat atau sesuatu benda yang 'surprise'.

Ok, kat sini aku ada beberapa perkataan yang aku telah kumpulkan daripada kenalan aku. 

MENGANJING
Menganjing adalah perkataan dari budak-budak Johor (setahu aku la). Ia digunakan di kalangan kawan-kawan aku semasa aku belajar dekat Segamat. First ayat yang membuatkan aku tercengang. Ia digunakan di dalam struktur ayat seseorang itu telah dipersendakan atau untuk budak-budak KL, telah di-BAHAN ataupun nak menggantikan ayat MEMBAHAN orang itu. Contohnya:-

Majid: Hahahaha..kelakar siot rambut kau. Macam Abu Bakar Ela Mati La Ela Tu!! Hahaha..

Rosli: Aih, menganjing nampak??!



PENDING
Ini adalah ayat bahasa Inggeris kan? Biasa kalau kita hantar mesej dan mesej tu masih lagi belum delivered, perkataan pending ni akan keluar. Tapi di kalangan member-member aku ataupun budak-budak UiTM Johor, pending adalah ayat untuk menunjukkan seseorang yang lambat memahami mesej yang telah disampaikan atau tidak memahami apa yang diperkatakan oleh rakan lain atau kata nama lainnya blur. Contohnya:-

Jumat: Kau kene buat macam ni, macam tu, macam ni..bla bla bla bla dan bla... Kau paham tak?

So'od Abdul Kadir diam membisu.

Jumat: Adoi, kau ni. Pending laa...



LENGAH
Dalam kamus dewan edisi zaman Paleolitik, lengah membawa maksud sesuatu perlakuan yang dilambatkan (aku buat maksud sendiri tapi tak lari dari maksud sebenar). Kalau di kalangan member-member aku, lengah digunakan untuk menggantikan perkataan LAMBAT. Contohnya:-

Rentap Anak Ranggi: Sam cepat lah!! Aku dah lewat nak pegi kelas ni!! Aduh, lengah la kau ni!!



LEGEND
Legend dalam bahasa Melayu bermaksud Lagenda. Menunjukkan sesuatu perkara yang dah lama berlaku dan terdapat sejarah yang hebat mengenainya. Sebagai contoh Pulau Lagenda. Tapi di kalangan kawan-kawan aku, legend akan digunakan bila nak menunjukkan seseorang itu yang hebat suatu ketika dahulu atau nak menunjukkan seorang itu adalah senior yang hebat tapi telah meninggalkan kampus. Contohnya:-

Seman Kemut: Tu yang tergantung tu la seluar legend (sambil menunjukkan ke arah seluar yang penuh dengan kemuncup yang tergantung cantik di tingkap kepada junior-junior-nya). 



PERGH
Hah, camno nak pronouns binatang ni? Ok, peeerrrgggghhhhhhhhh... Haha. Aku nak bagitau pun tak tau camno. Biasanya perkataan ni digunakan untuk menunjukkan sesuatu yang dahsyat jugak la ataupun nak menunjukkan sesuatu perkara yang kecewa. Contohnya..

Dol Saad: (Dengan antonasi suara yang bersemangat) Peerrgggghhhhhh... terbaek giler awek tu!! 

..atau..

Dol Saad: (Dengan antonasi suara yang sayu) Pergh.. kau sebat makanan aku? Perggghhhh...



LEPAS TEKAK
Perkataan yang digunakan untuk menunjukkan sesuatu yang selfish. Contohnya:-

Kamal Adle: Berbulu betul aku dengan Salman Saad tu la. Dia bukan nak bagitau aku ada online quiz. Tau-tau dah tutup baru nak bagitau. Lepas tekak die je tau.

Junaidi Jumaat: Biasa la tu. Macam tak biasa.



Dan banyak lagi perkataan yang selalu kita dengar tapi jarang orang gunakan tapi bila digunakan, digunakan pulak dalam ayat-ayat yang macam tak kena tapi bila dengar terasa COOL!! Mostly, ayat-ayat dekat atas aku dapat sepanjang aku belajar dekat Segamat selama 3 tahun. Bercampur pulak dengan kawan-kawan yang datang dari pelbagai negeri dan daerah. Korang pun mesti ada ayat-ayat yang biasa korang guna pakai bila berbual dengan member-member korang. Sometimes kita akan merasa ia seperti sangat cool bila digunakan bila wujudnya conversation dikalangan kawan-kawan kita. Seperti wujudnya satu community yang menggunakan bahasa tertentu. Hahaha. Aku rasa la. Tak tau la korang.

Walau seteruk mana pun ayat yang korang guna untuk bersembang dengan kawan-kawan korang, walau sepelik mana pun ia didengar, walau se-CooL mana pun bila disebut, please, jangan lupa akan bahasa kebangsaan kita, jangan lupa untuk tidak merosakkannya dan jangan lupa penggunaannya yang betul. Bukan apa, takut terbawak-bawak dalam exam. Huuhuhu..

..SEKIAN..

p/s: Entry kali ni dah macam kamus dewan orang ramai je plak.

p/s: kalau ada perkataan kat atas yang korang pun guna jugak dan aku explain salah, let me know! TY