Thursday, May 24, 2012

Bagai Kucing Dalam Kalangan Harimau

Aku terasa diri sangat kerdil,
Bila dikelilingi harimau yang sangat besar dan garang.
Takut,
Mendiam,
Tidak berani bergerak,
Hendak tunjuk taring,
Hidup segan mati tak mau,
Nak keluar kuku apatah lagi.

Harimau masing-masing bergembira,
Mengaum kuat-kuat,
Biasalah,
Berada dalam kalangan masing-masing.
Jika ada tikus dalam kalangan kucing,
Sudah tentu aku juga seperti harimau.

Aku terus mendiam di tengah-tengah mereka,
Masih mencari ruang dan waktu untuk menjadi sebesar mereka.
Makan waktu sudah tentu.
Aku dah biasa merasa keadaan begini.
Bagai terpinggir,
Terpinggir jauh-jauh,
Seperti tiada siapa peduli.
Tapi nasib baik seekor dua harimau yang mengecilkan saiznya,
Tidak keluarkan taringnya,
Tidak tunjuk belangnya.
Cuba bergaul menjadi kucing seperti aku.

Tidak mengapa,
Terus berusaha,
Tidak putus asa,
Maha Pencipta ada bersama,
Minta kepada Dia,
Apa yang kamu rasa...
Moga cepat aku menjadi besar seperti harimau.

..SEKIAN..

Lek lu der.. Layan lagu ni dulu. Huhuhuh~



Monday, May 21, 2012

Video Community Service

Ok kali ni aku nak share dengan korang video yang telah aku edit masa aku dan budak-budak kelas Marketing BM2203A melakukan aktiviti community service di Puchong pada 5 Mei yang lalu. Actually, aku takde benda nak post sebab tu aku share video ni dengan korang semua. Hope you'll enjoy. Happy watching!!



..SEKIAN..