Tuesday, October 27, 2009

Aktiviti Menjelang Final

Yeah! Akhirnya... Sejak kebelakangan kedepanan kekananan dan kekirian ni sibuk dengan assignment yang terbengkalai la, sibuk dengan test la, agak sukar bagi aku untuk mencuri masa bagi membolehkan aku menulis blog. Tapi, seperti yang aku cakap tadi, akhirnya... dapat jugak aku curi masa untuk post blog. Ni kalau dalam undang-undang ada tertulis 'mencuri masa adalah satu kesalahan di bawah Akta 1234 kurungan kandang harimau' aku memang bersalah dah. Tapi nasib baik curi masa tu bukan satu kesalahan. Pesanan bagi yang kaki curi tu, baik korang curi masa la lagi baik daripada curi duit ke, barang ke kan. Heheheh. (^_^) Ok la berbalik semula kepada perkara sebenar yang aku nak story. Pejam pelik pejam pelik, lagi 2 hari dah nak start final (29 Oktober 2009). Final aku di mulakan dengan paper BEL260. Tapi..... Nama je nak dekat final, aku dengan geng aku telah melakukan perkara songsang menjelang final.

Pergi Ke Sagil
Hahaha...Korang jangan fikir lain. Bukan songsang yang menyalahi hukum agama eh, tapi cara kitorang menyambut hari menjelang final tu je salah. Orang patutnya bukak buku ke, buat revision ke kan? Ni tak, pergi berseronok pulak. Tapi bak kata kawan-kawan aku, "Biar berseronok-seronok dulu baru la bertension-tension kemudian.", hah, korang ikut la kalau korang rasa dah cukup gila. (^_^) Hah, back to the story, semalam (26 Oktober 2009), aku dan beberapa orang lagi rakan pergi ke Sagil ataupun Gunung Ledang untuk bermandi-manda. Tak macam ramai pulak yang pergi kan. Ada la dalam sepasukan bola sepak tapi campur 4 buah motor dan sebuah kereta yang disewa la. Orang yang terlibat dalam aktiviti songsang ni, aku, Bidan, Shah, Awieb, Acab, Opie, Karjo, Sam, Ajam, Kecik dan Arai. Ramai kan? Yang tak boleh belahnya, si Karjo dengan si Bidan sampai-sampai je kampus daripada bercuti terus ikut jugak. Sengal! hahahah.

"Sepanjang perjalanan ini..." Eh, hahahah. Tau tak, kitorang datang sini semuanya wangi-wangi tapi sampai je tempat di tuju dah busuk balik dah. Hehehehe. Fuh, agak jauh jugak la perjalanan kitorang nak ke air terjun tu. Agak-agak 3 hari jugak la baru sampai. Tapi kalau mengesot la. (^_^)

Setelah penat mendaki, berehat sebentar mengambil gambar.


Emmphh..korang, aku pun nak jugak!



"Hai awak, saya dah sampai!", kata Ajam kepada Puteri Gunung Ledang. Akhirnya..sampai jugak kitorang tempat yang dituju.

Agak lama jugak la kitorang spend time dekat situ. Ingat dapat la jumpa Puteri Gunung Ledang ke. Mmmmppphhh....haram! Dapat pulak jumpa. Huhuhuhu. Dalam pukul 6 lebih kitorang beredar dari situ.

Tepung Dan Telur

Aktiviti songsang kami di teruskan lagi setelah pulang daripada bermandi-manda. Gila betul. Memang happening gila kitorang masa tu. Tajuk 'Tepung Dan Telur', mesti korang dah dapat agak bahawasanya kitorang main masak-masak. Salah la awak. Benda ni la yang kitorang guna untuk sambut birthday kawan kitorang yang dah 2hari berlalu iaitu Opie. Memang ingat masa hari jadi dia tu kitorang semua nak kenakan dia, tapi dah semuanya balik bercuti, tak dapat la nak buat. So kena la tunggu semua balik daripada bercuti.

Afif: Wieb, camne dengan plan kita nak kenakan si Opie tu?

Awieb: Oish, takkan la tak jadi. Tapi aku ade 5 biji telur je.

Afif: Ala, ape susah. Tambah lagi sudah.

So keseluruhan telur yang digunakan untuk menyambut birthday-boy pada hari itu ialah 15biji semuanya.

Jam sudah menunjukkan tepat pukul 12lebih. Tidak syak lagi! Ini la masanya untuk kita semua kenakan dia. Yeah!

Afif: Kalau cara halus tak berjaya, terpakse la kite gunekan cara kasar. Betul tak kawan-kawan?

Kawan-kawan: Betul! Betul!

Memang tak jalan cara halus pun. Si Opie dah dapat agak dah kitorang nak kenakan dia malam tu. Kitorang pun terpaksa menggunakan cara kasar. Dengan hanya ber-boxer dan tak berbaju, kitorang semua pergi ke bilik Opie dan mengheret dia bawak masuk tandas. Dalam tandas tu telah tersedia bahan-bahan untuk kenakan si Opie. Meronta-ronta Opie malam tu nak melepaskan diri. Tapi dapat pulakkan. 15biji telur dan sebungkus tepung di baling tepat ke anggota badan Opie. Dah macam zombi dah aku tengok Opie malam tu. Lepas dia kena je, kitorang semua lari lintang pukang. Satu kolej kitorang lari. Hahahaha. Tapi keadaan sebegitu rupa dah terbiasa dah dekat kolej kami. Asal ada birthday member-member je, akan kedengaran la bunyi tapak kaki yang berlari-lari. Memang happening malam tu. Hehehehe.

p/s: Korang jangan la ikutkan sangat benda yang kitorang buat ni. Patutnya kita kena study or do revision before final. Tapi sekali sekala nak buat camni, ok jugak.

Ok la korang! Ni ada something untuk hiburan korang. Video ni untuk semua kawan-kawan aku yang mengenali diri ini dan takde kena mengena dengan yang hidup mahupun yang telah meninggal dunia. Hope you'll enjoy it!

Friday, October 16, 2009

Tennis Dan Pengalaman 2 Hari Bergelap

14 October 2009
5.00p.m

Tennis


Aqasha: Weayh, Is. Petang ni jom la main tennis.
Is: Jom. Tapi takkan kita dua je?
Aqasha: Budak-budak lain mane?
Is: Kan hari ni part 1 ade KO.
Aqasha: Lupe la. Kita dua sudah.
Afif: Korang nak main tennis eayh? Nak join! Nak join!
Is: Hah, ok. 3 orang baru.
Aqasha: Boleh la tu.
Afif: Korang tunggu jap eayh aku g siap.

Siap mengenakan pakaian yang sepatutnya untuk bermain tennis...


Lebih kurang macam dia ni la aku pada petang tu untuk main tennis. (^_^)

Itu la pertama kali aku bermain tennis, pertama kali aku pegang raket tennis dan pertama kali aku masuk ke gelanggang tennis. Aku follow budak 2 orang tu main tennis pun sebab dekat kolej takde eletrik petang tu dan bosan petang-petang tak tau nak buat apa. Sampai-sampai je dekat court tennis yang jaraknya 300km dari paras laut, 100m dari kolej kami, ramai gila yang ada dekat situ. Kaum-kaum adam tua sedang bermain tennis. Perrgghhh...tentu hebat dorang tu pabila melihatkan gaya mereka bermain. Aku, Aqasha (senior part 3 DBS) dan Is masuk ke court dengan bergaya sekali. Ya, hanya kami bertiga sahaja yang bermain pada petang tu. Ajak yang lain tak nak ikut. Kami bertiga jela. Ok, back to the original story. Raket tennis dan bola tennis aku capai. Tempat diambil untuk membuat pukulan. "Hah, Is! Ready tau? Aku nak pukul bola ni.", jerit aku kepada Is yang berada di side sebelah. "Ok, ok!". Bola di lambung dan raket dihayun sekuat hati.

PAK!
Perrgghhh...home run siot bola aku pukul tu. Sampai keluar dari pagar court. Hebat kan?! Yeah, Afif hebat! Afif hebat! Begitu la jeritan suara hati ku sendiri. Hahahahah~ Sebenarnya bola tu tak patut keluar dari pagar court tu. Tapi macam mana boleh keluar pulak. Is dan Aqasha hanya mampu gelak. Pakcik-pakcik yang berada di sebelah nasib baik tak perasan (aku rasa dorang perasan la tapi buat-buat tak perasan). Heheheh~ Tu la akibatnya kalau first time main tennis tapi buat macam dah pro main tennis. Baju, seluar dengan kasut dah mengalahkan Rafael Nadal dah. Tapi bila main...... Mak aih, rasa nak maki je diri sendiri. Sumpah awak, ni last saya main.


p/s: Tolong la awak-awak sekalian. Kalau permainan tu first time korang main, jangan la budget sangat eayh (seperti perkara di atas)? (^_^)

p/s: Sumpah taknak main tennis dah. Hahahaha~





2 Hari Bergelap (14 October & 15 October 2009)

Yang ni paling tak boleh belah. Balik dari main tennis tu ingat dah ada la elektrik. Emmmpphhh...Haraammmm.. Ok, start dari sini, I'll tell you the story pasal pengalaman aku bersama rakan-rakan yang lain sepanjang 2 hari UiTM Segamat mengalami masalah bekalan elektrik. Puncanya masalah ni terjadi di sebabkan oleh main fuse UiTM Segamat terbakar. So, satu UiTM takde elektrik. So UiTM menggunakan inisiatif lain dengan menyewa 3 buah generator yang mana aku dapat tahu, sebuah generator di sewa dengan kadar rm10 000 sehari. Gila awak! Mahal tu. So, tu yang kengkadang asal malam je elektrik takde.

Ok, cerita pasal pengalaman ni, first day aku dengan kawan-kawan aku bergelap dekat UiTM ni, macam-macam benda yang menarik berlaku. Ok, aku cerita satu persatu.

First day tu memang tak boleh accept langsung perkara ni. Tapi nak buat camne kan, terpaksa la terima. Malam tu member-member aku semua keluar. Ada yang over night la, keluar cari ketenangan la, apa la. Member-member ada jugak ajak, tapi aku je malas. Aku just kirim Aweeb nasi goreng pataya je untuk mengisi perut yang sekian lama lapar. Agak lama jugak la aku tunggu member kesayangan aku tu balik bawak makanan. Sampai tertidur awak. Sedar-sedar pukul 12 lebih baru dorang balik. Pergghh... sampainya hati buat kawan mu ini kelaparan.

Aweeb: Weayh, kesian doh tengok Afif ni. Sampai tertidur tunggu kite.
Afif: Yela tu. Korang pegi mane giler lame sangat?



Tanpa berlengah, lilin di hidupkan untuk memudahkan aku makan. Yela awak, dah takde elektrik. Karang, ada cicak ke, kumbang ke, lalat ke main sauk je pulak. Sedang menikmati makanan tersebut, Karjo datang menyapa.

Karjo: Sian doh, aku tengok kau makan sorang-sorang. Biar aku temankan kau makan.
Afif: Sila-sila. Kau tak makan lagi ke?
Karjo: Dah, tadi dah makan dah dengan dorang sume. Saje nak temankan kau.
Afif: Yekew? Ni mane kau dapat makanan ni?
Karjo: Budak bilik aku. Dia taknak makan. Aku sebat la. Fif, this time dapat jugak kita makan candle light dinner bersama-sama kan?

??????? Pahal la si Karjo ni. Tapi aku memang suka melayan orang gila. Hahahahah~

Afif: Ye, betul tu. Finally, kita dapat gak makan candle light dinner. Kan sayang?
Karjo: Betul tu sayang, Nak i suapkan?
Afif: Boleh jugak.

Kami berdua gelak berdekah-dekah selepas itu. Macam B*^$H je.

Habis sudah kisah di malam pertama (????) kami semua bergelap. Tapi malam kedua ni yang paling menyeronokkan. Sebab, this time aku join dorang semua overnight dekat luar kampus. Sebenarnya, plan ni aku yang plan. Orang-orang yang join venture kali ni aku la of cause, Bidan, Aweeb, Syah, Opie, Shaari, Haikal, Kecik dan Ajam.

Malam tu memang happening gila sebab kami hang out dan overnight secara beramai-ramai. Paling aku tak boleh lupa bila aku, Bidan, Aweeb, Ajam dan Haikal mencari tempat untuk solat Isya'. Hampir 5 petrol pam kami search untuk solat tapi tak berjaya. Nak solat dekat masjid? For sure berkunci masjid time tu. Pukul 2pg kot. Last sekali jumpa juga. Dekat Petronas. Sampai je dekat petrol pam tu, ada sebuah bas yang membawa rombangan Cik Siti Wan Kembang sedang berhenti untuk memberi peluang kepada para penumpangnya untuk menikmati tandas di situ. Aku tak tahu pulak rombongan tu nak pegi mana. Rasa-rasanya pegi main layang-layang kot? Biar la. Back to the story, yang tak boleh belah time ni la. Bilik solat tu berkunci, tapi kitorang nekad jugak nak solat dekat situ sebab kami dah tak sanggup lagi nak cari. Ni je tempat yang ok pun.

Bidan: Weayh, pecahkan sudah pintu tu.
Haikal: Kau ada kad ke?
Afif: Pakai kad aku.
Haikal: Ala, kau buat lah. Aku segan doh. Ramai orang ni.
Bidan: Eh, jap. Jap. Ada orang la kad dalam.
Haikal: Yekew? Dia buat apa?
Bidan: Pakcik tue. Dia tengah tidur.
Afif: Kejut sudah. Cakap la kita nak solat.

Ahli-ahli rombongan yang sedang menunggu giliran untuk menikmati tandas yang berada di situ tidak di pedulikan kami. Hahahah~ Dorang semua pandang pelik.

Bidan: Pakcik, kami nak tumpang solat.
Pakcik tu bangun lalu dibukakan pintu bilik tu.
Packik: Masuk la.

Lalu Ajam dan Aweeb yang berada di motor kami panggil. Orang-orang yang masih menunggu giliran masih memandang kami pelik daripada kitorang nak ambil wuduk sampai la selesai solat. Kitorang memang sedar akan hal itu dan buat bodoh menjadi pegangan hidup kitorang masa tu. Hahahahah. Selesai solat kami cepat-cepat belah dari situ. Tak boleh belah awak. Kitorang nak solat pun dipandang pelik. Hehehehehehehe...
The end of the story before kitorang habiskan malam kitorang dekat Dataran Segamat, Kecik belanja kitorang semua McD. Duit dia hangus hampir rm100 sebab kitorang order McChiken 9 set dan tambah 4 Mcflurry. Hahahahah. Kayap Kecik! Dah la kocik, kena buli pulak dengan kitorang. Masa nak order tu, boleh bantai sembilan sembilan orang sekali ikut nak order termasuk aku la tu. Malu la awak. Orang yang berada dekat dalam McD tu semua pandang. Hahahahah. Dan paling bestnya, kitorang makan dekat parking kereta berdekatan stesen KTM dan bus stop Segamat. Seperti picture dekat bawah ni.

Pelik-pelik benda yang kitorang lakukan malam tu. Tu kalau ada kereta api lalu tu, mau tergelincir dari landasan tengok kitorang. Hahahahah. Apa-apa jela, yang pentingnya kitorang tak melanggar undang-undang Islam dan negara.

p/s: Thanks to Kecik yang sanggup berbelanja besar pada malam tu. Padan muka! Sapa suruh bagitau duit PTPTN dah masuk.

P/s: Part yang kitorang cari tempat solat tu, aku bukan nak show off yang kitorang ni alim ke ape ke, tapi mase tu kisah yang menarik untuk diceritakan, aku cerita la.

p/s: Sebenarnya sehingga hari ni (17 October 2009) UiTM still ada masalah dengan bekalan elektirk. Dan masa aku menulis blog ni, aku dah dekat rumah dah pun. Gila kau, nak tunggu sampai hari Ahad baru ada elektrik.