Thursday, February 18, 2010

Siapa Wonder Girls??

I want nobody nobody but you! I want nobody nobody but you!

Mesti korang familiar kan dengan lirik tu? Ye, itu je pun lirik yang aku tau. Hahaha. Adeh, Afif ni. Asal nak cerita pasal ni pulak ni. Buang tabiat buruk ke apa? Memang pun! Dah banyak sangat dah tabiat yang buruk dekat dalam diri ni. So, untuk membuangnya aku post la entry ni.

Kali ni aku nak cerita pasal satu group yang datang daripada Korea dan namanya sedang meningkat naik. Tak lain tak bukan 'Wonder Girls'! YEAH! Beri tepukan gemuruh semua! Terdiri daripada 5 orang ahli. Semuanya orang tino blako. Yela nama pun Wonder Girls kan takkan la ahli group lelaki. Itu dah pelik dah tu. Hahaha. Nama-nama ahli ialah Cik Minah (vokalis), Cik Halimah Jongang (perosak gitar), Cik Rokiah Ronggeng (pengetuk lantai), Cik Bibah (back-up singa kelaparan) dan last sekali Mak Dara (conductor bus). Hahaha.. Mana saya tau awak nama-nama beliau. Hentam je semua tu. Malas nak buat research la.


Aku dah cakap dah dulu 'Benci Boleh Membawa Cinta'. Sekarang lihat. Apa sudah jadi pada Afif Ahnaf? Tak center dah otak dia. Mungkin otak aku dah terpusing 180 degree. Kalau dulu adik sendiri layan lagu dan video clip dia, aku kutuk. Aku maki. Aku dan aku.... hahaha. Kalau dulu budak-budak kolej pasang lagu dia kuat-kuat, aku kutuk jugak, aku lemparkan kata-kata pujian yang berbaur kutukan dalam hati. Tapi sekarang... Aku sendiri macam berminat pulak dengan group ni. Diulang lagi sekali! Aku macam berminat pulak dengan group ni. Macam sebelum ni yang aku kutuk member-member aku layan cerita 'Nur Kasih', last-last aku layan jugak. Sama jugak situasi dia sekarang. Aku macam terpegun tengok group dorang. "Haiyaaa..Afif! Apa sulah jadi ni. Memang otak lu sulah kebelakangan nampaknya pun ni.". "Mana wa tau apek. Hati wa mula sulah tetalik plus tak senang duduk dan keluh kesah dengan mereka-mereka ini pun.", Hahaha.

Aku jugak mempunyai alasan kenapa aku tertarik melihat group ni sama seperti aku mempunyai alasan kenapa aku layan 'Nur Kasih'. Hahahaha.. Ok, kenapa? Sebabnya kalau korang tengok ahli group dorang semuanya comel-comel kot. So, dorang macam ada tarikan magnet yang kuat sampaikan aku tak boleh nak kelip mata walau sekejap pun. Tanya la kepada semua member lelaki aku kenapa dorang minat tengok group ni pasti dorang akan jawab, "Adeh, kau ni Fif. Comel kot dorang semua. Kalau jadi awek aku, takkan ku lepas walau sedetik pun. Andaikan kau jadi milikku, selaluku nyanyikan lagu rindu. Andaikan kau dan aku bersatu, dunia ini berseri selalu (lagu Aril).". Hahahaha....

Itu je la sebab musabab kenapa aku tertarik dengan group ni. Lagu dia bukan best pun tapi di sebabkan mereka-mereka ni comel-comel blako, aku minat la nak tengok. Hahaha. Kesimpulannya seperti biasa, janganlah kita membenci kerana satu hari nanti pasti akan mencintai.

..SEKIAN..


Mari kita lihat adakah benar mereka semua ni comel?? Cayolah cakap den ni hah! Jangan salahkan aku kalau korang kena lempang dengan mak korang sebab dia panggil korang buat bodoh je menghadap benda ni ye? Selamat Menonton!

Tuesday, February 16, 2010

Oh, My Brother!!

Bila adik sendiri dah terlampau+kelampauan+melampaui kreatifnya, kita sendiri akan pening kepala melihatnya. Nak dibangga pun boleh jugak tapi bangga dalam pening. Yela, melihat hasil kerja yang dibuatnya. Kepala otak cuba mentafsir, cuba mengadaptasi, cuba mengolah dan berbagai-bagai lagi la cubaan yang dilakukan kepala otak ni untuk mengetahui makna kekretifan beliau. Mungkin dia saja yang tahu makna hasil kerja dia. Yela, kreatif kan. "Apa yang cuba awak sampaikan ni Afif Ahnaf?". Sabar awak! Sabar! Saya akan terangkannya nanti.

Cerita pasal adik aku ni, masa kecik-kecik dulu takde la kreatif sangat. Masa umur dia 2 bulan, aku suruh lukis muka aku, tak tau pun. Masa tadika, aku suruh dia buat istana pasir tak boleh pulak. Afiffffffff....Gila ke apa? Hahahah. Ok serious serious! Umur dia mula meningkat ke remaja ni, kepala hotak makin kreatif yang melampau.Ok sekarang aku terangkan.

Nampak tak gambar di atas ni? Ni kasut sekolah adik aku yang dulunya berwarna putih tapi kini dah bercorak-corak. Beliau menggunakan marker pen untuk buat corak ni. Tapi sengal jugak adik aku ni sebab guna marker pen untuk conteng kasut dia. Bila terkena air habis rosak. Mana dia dapat pengaruh? Ok, aku mengaku daripada aku sebab dulu masa aku sekolah menengah pun aku ada buat kerja gila ni. Hahaha.. Tapi aku conteng sikit je.

Next..

Aduh, apa pulak adik aku ni?? Ni la antara gambar yang diletakkan dalam myspace dia. Pelik kot tengok gambar ni. Risau betul aku tengok adik aku ni? Apa maksud gambar ni? Korang tanya la dia sendiri.

Next..
Emmmmm....nak cakap apa? No comment!

Next..
Adehhh... Sakit kepala! Apa pulak ni??? Masya-Allah.. Lagi satu gambar.

Next..
P/s: Afif sedang berdiri up-side-down dengan melontarkan vocal, "Aaaaarrrrrrrrrgggggggggggggggghhhhhhhhhhhhhhhhh!!!!".

Ok cukup la tu. Sebelum aku go down, baik aku stop dekat sini. Makin banyak aku tengok gambar dia yang macam ni, makin terkeluar bijik mata aku. Apa-apa pun aku harap adik aku ni tak la melakukan hasil kerja yang terlampau kreatif yang boleh mendatangkan tanggapan negatif masyarakat.

..SEKIAN..