Tuesday, November 30, 2010

..bersambung..

ok..ni sambungan untuk last entry aku. First, korang enjoy dulu tengok video kat bawah ni. Nanti baru aku cerita lebih lanjut. Tengok, jangan tido pulak. (^_^)



Apa yang kita lalui semalam tidak mungkin akan sama apa yang kita lalui hari ini dan juga hari esok. Genre (peristiwa pahit, manis) mungkin sama tetapi plot cerita mungkin berbeza. Oleh itu, apa yang kita lalui, sematkan ia di hati pahatkan ia di dada dan jadikan ia kenangan paling indah yang mungkin sukar untuk lenyap di ingatan (melainkan kau hilang ingatan). That's why I love making video. So, bila kita tengok balik video-video seperti ini mungkin akan dapat mengalirkan air mata (untuk perempuan je).

Cakap pasal pingat yang aku dan kengkawan dapat tu (pingat gangsa), it's really meaningful to me and my friends. Something that you hard to achieve, once you get it, you will know how meaningful it is (if broken, sila betulkan).

Kalau nak cerita pasal semua pengalaman pahit kitorang masa liga IPT dulu, memang aku tak percaya apa yang kitorang dah achieve sekarang. It has been 4 years coach kitorang mengharapkan sesuatu dari pasukan bola sepak Johor yang dibimbingnya sejak sekian lama. Finally, kitorang dah capai dan realisasikan impian coach kitorang. Itu sebab ia menjadi satu kenangan yang paling best dalam hidup semua players even pingat tu gangsa je.

THIS IS THE BEST MOMENT IN MY LIFE BUDDY!!! YEAH! THE BEST MOMENT IN MY LIFE!
(macam menang gold medal kat sukan Olympic je)

..SEKIAN..

Thursday, November 25, 2010

The Best Moment In My Life

Hampir 2 minggu lebih, akhirnya berakhir sudah Kejohanan KARISMA di UiTM Shah Alam. Memang banyak benda aku nak cerita pada entry kali ini. Tapi mungkin akan makan masa yang agak panjang untuk membacanya jika aku cerita dekat korang dari A sampai Z. Tambahan kalau korang mengeja. Memang 3 kali raya la jawabnya baru habis.

Sukar untuk aku meluahkan dengan kata-kata bagaimana perasaan gembira, teruja dan duka aku dan rakan-rakan (Team Bola Sepak) yang lain sepanjang menjalani latihan pusat sehinggalah tamatnya kejohanan ni. Banyak kenangan aku dan rakan-rakan lain bersama. Rasa sungguh sukar untuk menerima semua ni yang ia sudah berakhir semalam. Rasa semacam tidak puas saja kitorang bergurau, bergelak ketawa bersama-sama. Pahit getir juga kitorang lalui bersama. Nak cerita satu persatu mau tercabut jari-jari aku ni karang. Apa yang boleh aku kongsi bersama hanyalah video ni. Korang tengok la eayh. Mungkin dengan menonton video ni dapat korang rasa jugak apa yang aku rasa.


Kenangan ni pasti aku tak dapat lupakan sepanjang hidup aku.. Thank's kawan-kawan for everything.

..SEKIAN..

p/s: Lantak pi la korang nak kata aku ni over macam menang emas ke apa ke. Janji aku bangga dengan diri aku dan kawan-kawan aku semua sebab apa yang kitorang dah capai ni dah dapat menutup mulut-mulut yang berbau longkang yang memandang rendah keupayaan kami. Aku rasa ni pencapaian terbaik pasukan Bola Sepak Johor yang rata-rata pemainnya bukanlah terdiri daripada budak-budak Sport Science.

p/s: Video part 2 coming soon..