Sunday, January 29, 2012

Siapa Aku Untuk Mempertikai Rezeki Allah



Dahulunya aku mengeluh,
Kenapa ayah tidak diberi kekayaan seperti orang lain?
Ada rumah besar, kereta besar, pergi melancong sana sini.
Aku teringin..
Dulu aku akui, pernah aku malu dengan kereta ayah yang dah old school tu.
Kereta dibeli pada tahun 93.
Umur sama dengan adik aku kalau kereta tu masih lagi ayah guna.
Pergi mana-mana dengan kereta tu saja.
Kereta tu jarang buat hal.
Tapi sekali buat hal, duit keluar laju macam air.
Tapi sekarang kereta tu dah lupus.

Banyak benda aku pertikai.
Kenapa ayah tak buat business macam orang lain?
Cepat sikit kaya.
Fikiran seperti orang bodoh saja kan?
Ingat senang?
Tapi aku tak pernah fikir.
Yang aku tahu malu saja.

Kadang-kadang kalau pergi mana-mana keramaian,
aku lihat keluarga aku seperti terpinggir saja kerana ayah sering kali di undang di majlis keramaian
orang-orang yang nampak sentiasa penuh duit di dalam poket.
Itu apa yang aku lihat.
Kadang-kadang apa yang kita lihat tidak seperti apa yang kita sangka.
Tapi aku tak pernah fikir semua perkara itu juga.
Yang aku tahu malu saja.

Kemasukan aku ke universiti telah banyak mengajar aku.
Dan juga takdir Allah menemukan aku dengan dia dan berkawan dengan dia hingga ke hari ini telah banyak mematangkan aku walaupun pada subjektifnya tidak nampak.
Terima kasih Allah, terima kasih awak untuk itu.

Aku tidak lagi mempertikaikan
Kadang tu aku terasa sangat bodoh!
Kenapa aku begitu.
Kesian ayah.
Aku menjadi semakin malu untuk meminta-minta daripada ayah.
Kalau di kampus, aku selalu ditanya ayah
"Masih ada duit lagi Ngah?"
Kadang-kadang, walau cukup untuk sehari tu je duit, aku tetap cakap
"Banyak lagi."
Kadang tu aku tak nak mintak walaupun tengah kering.
Biar ayah tanya, baru aku cakap duit takde.

Makin lama aku makin sedar.
Rezeki seseorang hanya pada tangan Allah.
Allah yang memberi.
Aku tidak lagi mempersoal apa ayah nak lakukan.
Biar orang kata ayah tidak pandai nak mengubah hidup untuk jadi lebih baik.
Dari dulu hanya mengharapkan duit kerajaan saja.
Hey, siapa kau nak mempertikaikannya?
Biarlah, janji ayah bahagia..
Ayah tak merompak!
Ayah tak mencuri!
Ayah tak meminta pada orang lain!
Ayah tak berhutang!
Ayah tak menyusahkan orang!
Rezeki Allah datang dalam pelbagai rupa.
Duit banyak itu hanya sebahagian rezeki sahaja.

Di tempat kerja, aku menyaksikan bermacam rupa manusia
Munafik
Fasik
Yang kaya tidak pernah cukup dengan kekayaan.
Berjudi.
Seolah-olah judi tiada hukum haramnya dalam Islam.
Bercakap seperti ilmu agama penuh di dada
Tapi kau tidak pernah mempraktikkannya.
Kau tak lakukannya.
Mungkin aku tak nampak bila dan di mana kau lakukannya.
Takpelah.
Sesungguhnya Allah tahu dan nampak segalanya.
Selalu ingin bersangka baik
tapi tidak pernah nampak buktinya.
Hmm..

Alhamdulillah,
Ayah tidak terjebak dalam semua perkara yang aku sebutkan di atas.
Ayah tak pernah tinggal solatnya.
Ayah tak pernah nak berjudi.
Ayah tak pernah nak meminta-minta
Malah, ayah juga tidak pernah berkira dengan anak-anak.
Lagi-lagi dalam pelajaran.
Ayah sanggup habiskan duit demi itu.

Ya Allah, berikan aku kesempatan untuk membalas dan memberi apa yang terbaik untuk kedua ibu bapa ku.
Aku mahu mereka melihat aku berjaya.
Moga kau beri kesejahteraan hidup kepada mereka
dan pelihara mereka seperti mana mereka pelihara aku sewaktu aku kecil
dan jadikan aku anak yang soleh.
Moga diberi semua kesempatan ini sebelum mataku tertutup selamanya.

..SEKIAN..

p/s: sekadar berkongsi sebahagian pengalaman hidup. Moga kita sebagai anak-anak tidak mempertikaikan apa yang ada pada kedua ibu bapa kita selagi mereka tidak melanggar dan taat kepada suruhan yang Maha Esa.

Thursday, January 26, 2012

Apa Pendapat Kau Tentang Politik Kita (Malaysia)?




Biasa tak dengan soalan sebegini? Pernah tak korang tanya pada diri sendiri? Atau penah tak korang ambik kisah? Mungkin ada yang tidak. Mungkin ada ya sangat-sangat-sangat mengambil berat tentang politik kita sehinggakan mempunyai cita-cita untuk masuk ke salah satu parti politik yang ada di Malaysia. Dan mungkin jugak ada di antara kita (anak muda/mahasiswa/bakal pemimpin) yang ingin menubuhkan parti politik dengan visi dan misi sendiri.

Ya, aku dulunya sangat tak ambik kisah tentang politik yang berlaku di negara kita ini sekarang sedikit tertanya-tanya dan mula timbul beberapa persoalan yang masih membelenggu dalam diri ni. "Buat apa kau nak sibuk-sibuk. Bukan hal kita pun! Biar la dorang bergaduh sesama sendiri. Janji negara tak berperang sudah la.", "Ala, bro! Kalau pikir pun buat sakit kepala je. Baik buat hal kita sendiri.", "Belum tiba masa nak pikir semua benda tu la. Eleks sudaaaa...". Aku pulak macam pandai-pandai je nak kemukakan pendapat sendiri tentang politik dekat negara kita ni kan?! Hey, so what?? Bila lagi kita nak pikir? Nak tunggu jadi macam negara-negara timur barat? Arab? Macam Mesir, Libya dan bla bla bla baru nak... Asal doh? Kenapa weayh? Why hoh? Politik kita macam LAHANAT sehingga menyebabkan rakyat berpecah belah, terdapat banyak fahaman dan macam-macam lagi.

So, memandangkan umur pun dah 22 tahun (Dah boleh pegi mengundi eayh? Tapi daftar pun belum lagi nih.), boleh la aku jawab kan??

Aku andaikan politik yang ada di negara kita seperti isi rumah (Negara kita) dan mengandungi si bapa (kerajaan), si ibu (pembangkang) dan 10 orang anak-anak (rakyat). Dalam isi rumah mempunyai masalah ceiling bocor. Si bapa mempunyai pendapat atau fahaman atau solution sendiri yang mampu menyelesaikan masalah tersebut. Si ibu pula mempunyai perbezaan pendapat, fahaman mahupun solution daripada si bapa. Anak-anak pula ada yang bersetuju dengan si bapa, ada pula yang bersetuju dengan si ibu dan ada pula yang tak ambik kisah. Semua ini menyebabkan si bapa dan si ibu bergaduh. Masing-masing percaya akan pendapat, fahaman dan solution mereka itu mampu menyelesaikan masalah. Anak-anak pula menyokong ketua masing-masing. Dan yang tak menyokong pula mengharapkan segara masalah itu akan selesai tanpa mengganggu ketenteraman mereka. Kalau diganggu, lari rumah menjadi objektif utama.

Yang jadi persoalan aku dekat sini, kenapa si bapa dan si ibu tak duduk berbincang cuba mencari penyelesaian tentang masalah itu bersama-sama. Mungkin kedua-duanya mampu bergabung kesemua pendapat, fahaman dan solution itu bersama. Mana tau berhasil. Tak berhasil buang yang tak boleh pakai tu dan create cara baru. Tapi.... Manusia ni. Rambut je sama hitam. Hati lain-lain.

Korang faham apa yang cuba aku sampaikan ni? So, bagi aku, parti-parti politik yang ada dekat Malaysia ni semua sama. Masing-masing pentingkan diri sendiri termasuk orang-orang yang tak ambik tau langsung. Tapi kalau ambik tau pun, apa kita boleh buatkan?? Takpe la.. At least ada la ambik tau daripada takde langsung. Masing-masing nak capai kepentingan masing-masing. Kepercayaan terhadap bangsa sendiri jugak takde lagi-lagi sesama Islam.

Kenapa tak amik contoh zaman para nabi lagi-lagi zaman kepimpinan Nabi Muhammad SAW atau zaman pemerintahan khulafa' al-rasyidin? Setahu aku la, dorang takde parti-parti politik ni. Semua sama. Cuma kalau ada masalah dan perbezaan pendapat je baru dorang akan duduk sama-sama berbincang (majlis syura).

Kalau di tanya aku undi parti mana masa pilihan raya nanti (daftar pun belum!), aku akan pilih....aaa...eerrrr... aku pun tak tau!!

Bagi aku kita sebagai umat Islam wajib memilih pemimpin yang beragama Islam, yang menunaikan tanggungjawabnya mengikut syariat Islam dan lain-lain.

Firman Allah swt:-

"Janganlah orang-orang mukmin mengambil orang-orang kafir menjadi wali dengan meninggalkan orang-orang mukmin. Barang siapa berbuat demikian, niscaya lepaslah ia dari pertolongan Allah, kecuali karena (siasat) memelihara diri dari sesuatu yang ditakuti dari mereka. Dan Allah memperingatkan kamu terhadap diri (siksa)-Nya. Dan hanya kepada Allah kembali(mu)." (Ali Imran : 28).


"Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengambil orang-orang kafir menjadi wali dengan meninggalkan orang-orang mukmin. Inginkah kamu mengadakan alasan yang nyata bagi Allah (untuk menyiksamu)?" (An-Nisa : 144).


"Wahai orang orang yang beriman! janganlah kamu mengambil orang orang Yahudi dan Nasrani itu sebagai teman rapat,kerana setengah mereka menjadi teman rapat kapada setengahnya yang lain,Dan sesiapa diantara kamu yang menjadikan mereka teman rapatnya,maka sesungguhnya,ia adalah dari gulungan mereka itu,sesungguhnya Allah tidak memberikan pertunjuk kapada kaum yang berlaku Zalim!" (Al Maidah : 51).


"Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu menjadikan bapa-bapa kamu dan saudara-saudara kamu sebagai orang-orang yang didampingi jika mereka memilih kufur dengan meninggalkan iman dan sesiapa di antara kamu yang menjadikan mereka orang-orang yang didampingi, maka merekalah orang-orang yang zalim." ( At-Taubah : 23).

..Wallahualam..

p/s: Aku sekadar menyuarakan pendapat. Jika salah, sila tegur! ^_^