Pukul 2.30p.m, 1 November 2009 Nota MKT dibuka. Seterusnya menelaah, menghafal dan....kroh! kroh! kroh! Eh, wake up Afif! Wake up! Focus kembali. "Why we should study MKT?" "To get an A in final exam." "Eh, bende yang aku merepek ni? Focus-focus! First chapter introduction of marketing." "Bla..bla..bla..dan bla..bla..". Begitulah gamaknya masa aku tengah study MKT243. Baca sekejap, hayal. baca sekejap, hayal. Pergghh..bila nak habis semua chapter macam tu. Tapi bukan itu pun aku nak cerita. Cerita kali ni yang aku nak story-mory dengan korang ialah 'Trip to Melacca'. Tarikh pun sudah dinyatakan di atas. Sebenarnya, dari tarikh tersebut, lagi 3 hari je nak final untuk paper MKT. Tapi aku dan rakan-rakan aku yang lain boleh pergi jalan-jalan pulak ke Melaka. Gila! Gila! Sebenarnya aku memang tak nak follow dorang pun. Niat aku satu je, untuk study! study! study! Tapi entah macam mana aku boleh ter-influence entah dengan pujuk rayu member-member aku.
Afif: "Chapter 3 tu pasal aa...err... Hah, pasal Consumer Decision Making.
Awieb: Fif, jom ar pegi Melaka lepak rumah aku.
Afif: Malas ar. Aku nak study doh.
Awieb: Alah, korang ingat kitorang tak study ke kat rumah aku nanti. Kitorang study doh.
Bidan: Entah fif. Jom la doh. Jom laaa..
Shah: Ala, kat rumah Awieb nanti kita study la sama-sama. Discuss sama-sama.
Afif: Malas ar. Lagipun duit takde ni.
Shah: Ala pip, aku pun duit takde ni. Jom la.
............2 minit........
Bad Afif: Afif pegi fif. Pegi je.
Good Afif: Jangan Afif. Nanti kau tak study kat sana. Nanti kau akan enjoy je kat sana.
Bad Afif: Pegi je fif. Kau ingat dorang ni tak study ke kat sana hah? Dorang study jugak nanti. Lagipun study group ni senang masuk.
.................................
Afif: Ok, aku tanya korang sikit. Apa itu positioning?
Bidan: Ala, positioning ni macam kau letak sesuatu produk tu kat mane, kat mane.
Afif: Ooooo..... Ok, aku join. Lagipun bosan pulak aku dekat sini sorang-sorang.
Shah: Hah, macam tu la.
Dasyat betul iman aku diuji tadi sampaikan aku ter-influence nak pegi. Korang memang s*%#n. So cukup la korum kitorang semuanya 6 orang. Aku, Bidan, Shah, Awieb, Kecik dan Opie. Kitorang pegi dengan 3 buah motosikal (tak suka betul aku naik moto dengan dorang ni. Bawak macam orang gila!). Dalam pukul 4 tepat kitorang gerak dari kampus. Tapi sebelum nak gerak, moto Awieb awal-awal lagi dah buat hal dah. Takde minyak! Sengalnye Awieb! Kitorang terpaksa tolak moto dia menggunakan moto jugak sejauh 50KM (ye kot?) dari kampus untuk sampai ke stesen minyak.
6.30p.m
Tepat jam 6.30 petang, kitorang sampai dekat rumah Shaari yang berada di Masjid Tanah, Melaka. Kitorang memang dah berjanji nak singgah rumah dia pun. Kitorang singgah untuk solat asar seketika. Lepas selesai solat, mak Shaari menjamah kitorang goreng pisang, keropok lekor dengan kopi panas. Tapi yang tak boleh belahnya masa kejadian ni la..
Opie: Weayh, capaikan tisu tu sat.
Afif: Nah.
Suddently satu makhluk keluar daripada bekas tisu tu. Bentuk seperti naga, tapi kecil sedikit. Tergolong dalam keluarga buaya, sesumpah, biawak dan sesangkut paut dengannya. Dapat tangkap tak? Adooiii! Cicak-man la awak! Lambat sangat.
Reaction:-
Shah-Cool
Bidan-Cool
Shaari-Cool
Kecik-Tercengang
Opie-Menggelupur+Kalut+Kelam kabut
Afif-Berdiri menyanyikan lagu negaraku
Awieb-Berganjak daripada kedudukan asal ke tempat yang lain sambil melompat sedikit
Afif: Wieb, kau asal?
Awieb: Aku geli giler ngan binatang tu.
Opie: Sama la aku pun.
Awieb: Kau asal pulak?
Afif: Aku bukan takut, tapi geli jugak. Aku dengan keluarga-keluarga cicak ni memang agak tak berapa mesra.
Semua dalam rumah tu melihat gelagat kitorang bertiga kelam kelibut bila tengok cicak tu melompat keluar dari bekas tisu tu. Kitorang bertiga hanya mampu gelak je.
Azan Maghrib telah berkumandang. Kitorang still lagi dekat rumah Shaari. Niat dan nawaitu sebenarnya nak gerak pegi Pengkalan Balak (kawasan pantai), tapi kitorang boleh bertengkar pulak dekat rumah Shaari tu. Tajuk pertengkaran kitorang ialah 'Solat Jamak dan Kasar'. Kitorang membangkitkan persoalan, boleh ke jamak, kenapa tak jamak dekat rumah Shaari je, bila sampai rumah Awieb nanti Awieb tak boleh jamak dan sebagainya sampaikan mak si Shaari tu pun join sekaki. Heheheh. Tu la akibatnya kalau semuanya buta agama. Hahahaha. Dulu mak hantar pergi sekolah agama panjat pagar la, pegi singgah cyber cafe la, masa ustaz ajar pasal solat jamak pulak pegi bantai tidur la. Hey, macam-macam hal. Akhirnya, kitorang sebulat suara mengatakan "Solat jamak dekat rumah Shaari!". Yeah! Settle masalah! Lepas selesai solat, kitorang meneruskan perjalanan kitorang ke destinasi yang sebenarnya iaitu 'Pengkalan Balak'.
Hampir 2jam jugak la kitorang lepak dekat Pengkalan Balak. Siap makan+main air dekat pantai. Hasrat hati nak la bergambar dekat pantai tu. Of coz view dia cantik kan? Tapi, hampeh. Golap la awak! Tak nampak apa pun. Dah malam kan memang la tak nampak apa. Dalam pukul 8 lebih kitorang gerak daripada situ dan terus menuju ke rumah Awieb yang berada di Alor Gajah. Tapi masa nak hampir sampai dekat rumah Awieb, kitorang semua berhenti dekat sebuah rumah yang agak besau..
Awieb turun pergi ke pagar rumah tersebut. "Huishh....Kaya jugak Awieb ni. Besar giler rumah dia.", berkata aku dalam hati. Aku pun turun daripada moto Bidan. Yang aku peliknya asal dorang semua tak turun daripada moto dan gelak-gelak.
Itu bukan rumah Awieb pun! Dorang kenakan aku! SENGALL!!! Afif terkena! Yeah!
Hah, padan la muka aku pun. Selalu sangat kenakan orang. Ambik ubat! Dorang semua kenakan aku sebab aku sorang je yang first time datang rumah Awieb. Menurut cerita dongeng, hehehe, siapa yang first time datang rumah si Awieb ni, kena macam aku jugak. Kuang hajau! Tunggu la korang datang rumah aku nanti.
Ni la rumah Awieb yang sebenar-benarnya. Uishh...luar je macam ni, dalam macam condo kot! Terbaek wok rumah dia! Best jugak lepak!
Sampai rumah Awieb ni dah pukul 10lebih dah. Janji untuk study sama-sama ditangguhkan dulu. Kitorang keluar semula bersiar-siar dekat Melaka. Pergghhh.. Sengal! Dalam pukul 1 lebih baru kitorang balik. Janji tadi yang tak tertunai, kitorang tunaikan jugak setelah pulang. Tapi aku....bukak kejap nota, terlelap sampai ke pagi. Tak tau apa jadi dengan yang lain. Tanya dorang, dorang cakap study. Tapi entah la.. hahahahah.
2 November 2009
Pergghhhh...dorang ni, dah pukul 1 lebih tak bangun-bangun lagi? Agaknya letih sangat la tu study semalam (yela tu!). Sebelum kitorang nak gerak balik, sempat jugak aku, Shah, Kecik dan Opie merasa buah kelapa fresh yang dikait daripada pokok dekat rumah Awieb ni.
Yeah! Masa untuk kait buah kelapa. Dalam hati Opie "Apasal la sengal sangat si Shah ni. Guna hikmat beruk kan senang."
Lepas dah jatuh buah kelapa tu, nak minum dan makan isinya mesti la kena belah dulu menggunakan parangkan. Parang yang si Awieb bagi ni nak sembelih cicak pun tak lepas. Tumpul giler.
Nikmatnya sangat terasa bila minum air kelapa dan makan isinya dengan angin sepoi-sepoi bahasa.
...SEKIAN...
p/s: Afif, MKT tak selesai lagi. Study! Study! Wish me luck kawan-kawan!
bestnya mkn buah kelapa...segar dari pokok pulak tuh..
ReplyDeleteatiqah~
ReplyDeleteYEAH!! sedap giler. (^_^)