Ya Allah, segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam. Yang telah memberi rezeki kepada semua manusia di muka bumi dan yang lebih mengetahui apa yang ada di langit dan di bumi. Alhamdulillah, sedar tak sedar dah pun berakhir final exam aku. Maka itu berakhirlah pengajian aku sebagai pelajar diploma jurusan Pengurusan Perniagaan. Insya-Allah.. Apa yang terjadi sepanjang 3 tahun pengajian aku di UiTM Johor Kampus Segamat mungkin sudah lama tercatat di dalam buku kehidupan aku yang penulisnya adalah Dia Maha Pencitpa. Apa yang belum berlaku, bakal berlaku dan telah berlaku dia sahaja yang tahu. Mungkin inilah perjalanan aku yang telah ditetapkan. Tetapi masih jauh lagi perjalanan aku untuk mencapai kejayaan selagi ajal belum menjemputku. Apa yang harus aku lakukan hanyalah terus berusaha, berdoa dan berserah kepadaNya. Kita hanya mampu merancang tetapi hanya Dia yang menentukan. Eh, dah lah. Panjang pulak muqadimah aku ni. Memandangkan aku dah pun menamatkan pengajian aku (walaupun belum secara rasmi), aku ingin sekali berkongsi cerita aku dengan korang semua sepanjang pengajian aku kat UiTM Segamat.
Segamat,
Macam-macam persepsi orang sekeliling berkata tentang Segamat sebelum aku masuk ke situ. Tempat jin bertendang la, susah nak keluar ke bandar la, kiri kanan penuh hutan la dan macam-macam lagi pandangan negatif. Positifnya sikit je. Tapi takpe, aku gagahkan diri jugak nak pergi ke sana. Yela, bukan senang nak dapat tawaran masuk universiti ni memandangkan result SPM aku takde la bagus sangat plus aku sanggup tinggalkan career untuk main bola sepak (macam la main Malaysia) aku semata-mata nak sambung study. Ayah ada cakap, "Ala, takpe Ngah. Dekat U nanti boleh main bola jugak.". Alhamdulillah, syukur sangat ada parents yang selalu support aku.
Hey, Segamat taklah susah sangat nak menjalani kehidupan seharian seperti mana yang digembar-gemburkan tu. Cuma perlu tahan sebab susah nak cari tempat entertainment because takde tempat untuk lepak-ing macam Mid, OU, Pertama ataupun TS (Ini pun bukan cara dan tempat aku untuk ber-entertainment). Mungkin aku bukan dalam kalangan orang-orang loaded kot sebab tu tak kisah. Aku hanya mengambil masa sebulan dua je untuk sesuaikan diri. First datang situ merungut jugaklah sebab nak pergi town bukan main payah lagi. Nak kena tunggu bas depan pagar UiTM, nak naik bas kuning (provide by UiTM Segamat) kena bayar RM2 (kalau tak salah la) ataupun nak cepat naik teksi sapu. Dekat bandar Segamat pulak takde apa yang menarik pun. Takde pun tempat nak tengok wayang dan sebagainya. Nama je bandar tapi taraf masih pekan lagi. Lebih kurang macam tu la. Yang ada hanyalah pasaraya-pasaraya (Giant, Billion, Mirwana, Upwell) biasa je. Tak lupa Mcd, KFC, Marrybrown dan McDota sebagai penghias bandar Segamat tu. Wait a minute. McDota???
McDota
Cerita pasal McDota ni konsep dia sama seperti konsep fast food restaurant yang lain cuma nama dia je ala-ala McDonald sikit. If I'm not mistaken, dia hanya terdapat di Segamat je dan sepanjang aku hidup dekat Segamat tu, tak pernah aku jejak kan kaki dekat dalam McDota restaurant tu. Kedai tu sampai sekarang tak bungkus-bungkus lagi. Mungkin masyarakat dekat situ masih dapat menerima McDota kot kan? Hahaha.. McDota McDota..
Bowling
Tak ketinggalan juga Segamat jugak ada pusat bowling (sekarang dah lingkup). Cuma pusat bowling dia berkonsepkan di dalam gudang bukannya seperti pusat-pusat bowling lain macam dekat tempat korang tu yang ada dalam shopping-shopping mall. Aku hanya sekali je menjejakkan kaki dan bermain bowling sepanjang 3 tahun kat Segamat. Yang menyedihkan segala-segalanya dikawal manually. Daripada nak key-in nama players hinggalah nak key-in score. Semuanya orang dekat kaunter yang monitor. Hahaha. Kesiankan. Tapi aku tak kisah sangat sebab aku tak minat langsung pun main bowling.
Oklah, mungkin sampai situ je kot aku nak kongsi dengan korang. Cerita panjang-panjang karang korang tak nak baca. Next entry aku share ngan korang apa yang interesting (jangan ingat Segamat takde benda yang interesting eayh) dan apa yang selalu aku dengan kawan-kawan aku buat bila nak entertainment dekat Segamat.
..SEKIAN..
Mcdota..pernah dgr tapi blom try lagi.. syieda pun ex student uitm.. ^_^
ReplyDeletesalam perkenalan
hahaha.. cepat la update cerita.. i pon bru lg kt uitm sgmt ni.. so x biasa lg la.. btw,segamat is getting better kot dr segi development.. pelan2 kayuh org kata..
ReplyDeletelepas ni tak nampak dah awak dekat segamat :')
ReplyDeleteanyway, good luck in your future :)
Penah studi kt sana, batch 05/06...Mula2 mmg ssah nk survive...But, last sy sngt sedih nk tinggalkan sgmt...Uitm d hatiku..he
ReplyDeleteSyieda_Joy~
ReplyDeleteReally?? btw nce to meet u.
Why Farouk~
ReplyDeletemaap.. nnt i updte. bsy dgn KARISMA. anywy, wlcome to uitm sgmat.
Anonymous~
ReplyDeleteSiapakah awk??
Zuliza Mohadin~
ReplyDeletesalam perkenalan akak senior. ^_^
salam...hye..suke bce your story..sy bkn student uitm sgmt..but,sy org sgmt..sy agree dgn opinion awk tntg sgmt..takes time untuk maju ke depan..
ReplyDeletehudhuda~
ReplyDeletethnx..
adik2 ...
ReplyDeleteaku ni ex uitm segamat.
kem salam burger segamat k!
pengalaman itu kenangan terindah. >.<
ReplyDeletejemput dtg segamat skang. dh x mcm dulu. nk apa semua ada.
ReplyDeleteBakal pelajar dkt sana.. Huhu
ReplyDeletePengalaman satu benda yang tkkn dilupakan
ReplyDelete