Showing posts with label Lawok Doh. Show all posts
Showing posts with label Lawok Doh. Show all posts

Monday, February 27, 2012

Macam Mana Kau Boleh Berada Dalam Kereta Aku Wahai Makhluk Allah?!

Ok, nak story sikit. Ala, sikit je. Harap sudi baca tanpa ada perasaan nak skip-skip baca (aku selalu buat macam tu).

Semalam or yesterday, Aku pergi kenduri rumah member, akak dia kawin. Banyak gila aku melantak! Semalam pulak ada lauk favourite aku. Memang tak rugi la aku makan sikit masa breakfast. Aku tak tambah 2 3 kali tapi aku amik terus banyak (sebab time tu orang tak ramai dan aku ada geng yang sama kebulur macam aku). Huhuhuh~

Nak dipendekkan cerita, lepas kenduri, aku dengan 3orang (perempuan) lagi kawan nak bawak jalan-jalan sorang member aku (a boy) yang datang dari jauh (bukan oversea pun, overtheriver je. Johor). So, first plan pergi Subang Prade. Kitorang tak buat apa pun. Semua orang masa tu jadi bodoh. Tak tau nak buat aktiviti apa dekat situ. Aku pun bodoh samalah! ^_^ Cancel plan dekat situ, plan lain bawak dia pegi Mid Valley.

Kejadian yang agak memalukan ni berlaku masa aku nak keluar daripada Subang Prade Mall tu. Lepas menghulurkan duit RM1.50 untuk bayar parking, palang pos tiket pun dibuka! Tak sampai beberapa meter daripada palang pos tiket kereta aku bergerak, aku ternampak (it was ternampak, bukan sengaja nak nampak), satu makhluk Allah, cantik punya dalam kereta aku. Aku nampak dia kecik besar kecik besar je dari jauh. Dari sudut pandangan aku, memang cantik je dia duduk dalam kereta aku tu. Aku dengan makhluk tu memang dah lama tak puas hati! Memang aku pantang nampak! Allahuakbar (hah, terus ingat Tuhan kau!)!

BINATANG LEKAT! BINATANG LEKAT! (weayh, kalau Cicak-man ke takpe la)

I told my friend yang duduk dekat seat sebelah (takkan dia duduk atas riba aku pulakkan), S**. Masa tu pun, dalam kereta aku cuma aku dengan dia dua orang je. Member aku yang lelaki tu naik kereta lain. "ape tu weayh?". Haha, bangang! Lagi nak tanya. "CICAK DOH!!", aku tanya, aku jawab!! Dengan menggelupor yang sangat teruk. Member aku tu pun menjerit! Apa la dia ni, ingat nak tolong aku halau MENATANG tu ke. Ok, memang tak la. Sebab dia perempuan. Aku paham! Tapi yang aku pon menggelupor sekali pehal?? I told her try to be cool eventhough I was not cool at that time and I can't be cool and I cannot pretend to be cool! Huhuh~

Bukan takut! Tapi MENATANG minyak yang penuh tu seperti ada aura yang bila mana aku tengok je, terus tergeli seluruh tubuh aku ni. Lagi pun color dia TAK MENARIK LANGSUNG! Color kulit pokok! BESAU plak tu! Damn!! Tanpa berfikir panjang, aku terus berhentikan kereta tang tu jugak! Tak pikir dah kereta yang ada dekat belakang. Aku suruh Si S** keluar! Lepas tu terus otak fikir laju. "Apa nak buat? Apa nak buat?"(tak fikir pun. Lagi pun takleh fikir apa masa tu tengah tak cool). Ok, first thing aku kena buat, alihkan kereta ke tepi jalan. Macam mana nak alih? Aku bukan Incridible Hulk nak angkat kereta letak tepi. Takkan nak masuk! Oh, tidak! Aku tak sanggup nak tengok muka dia yang innocence tu! Dengan keberanian yang jitu, aku masuk jugak dalam kereta tu. Masa dalam kereta, aku siap warning dia tau, "Kau duduk diam-diam dekat situ! Kau bergerak, aku smackdown kau kat situ jugak!". Ternyata, dia memang takut dengan aku. Dia duduk diam-diam je dekat penjuru depan kereta aku tu (near dashboard) dengan buat muka yang annoying dan innocence!

Pendekkan cerita lagi, aku call kawan mintak tolong nyah benda tu dari kereta aku (masa on call tu, aku tak bagitau pun ada problem dengan menatang tu. Just cakap ada problem je). Aku try jugak guna jampi 'KEH KEH KEH' macam dalam cerita Hantu Kak Limah Balik Rumah tu, tapi tak berkesan (ok itu joke je). Last-last aku alihkan sendiri dengan kudrat dan tulang 4 kerat aku dengan sebatang kayu (kira aku hero la masa tu kan?). Dan ianya sukses!!

Akhir kata, ada tak siapa-siapa yang anjurkan kelas bina jati diri hanya khas untuk melawan binatang melekat seperti itu? Kalau ada, aku nak attend! Hahahaha~


Lebih kurang macam ni la color die. p/s: masa nak google gambar ni pun aku dah terasa geli tengok semua spiesis menatang ni.

..SEKIAN..

p/s: It was rainy day at that time.

Thursday, February 23, 2012

Cerita Pasal Salah Hantar SMS Lagi


Ok, masa dan waktu kejadian aku dah lupa bila. Tapi berlaku dalam hujung bulan tahun lepas kot, if I not mistaken. Tengah makan dekat kedai dengan 2 orang lagi member. Jumpa member lagi sorang (Junior) dekat kedai makan yang sama jugak. Lepak punya lepak punya lepak punya lepak kitorang makan.. Tengah sedap melantak, SMS masuk dalam phone aku (message alert tone lagu...).

Aku baca, lepas baca aku tersengeh sendiri. Lepas tu tak tahan takut terkentut sebab tahan gelak, ku lepas jugak gelak aku. Bahahahahahahahahahahahahahahahahaharudin!! Lebih kurang la gelak aku macam tu. Member aku dekat situ semua pelik termasuk orang yang salah sms dekat aku tu (Member yang aku jumpa dekat kedai makan). Dia tanya asal aku gelak melampaui jangkaan dia. So, disebabkan aku tak boleh nak cakap, aku tunjuk je la phone aku tu dekat dia. Lepas dia habis baca, dia terus belah dari situ tinggalkan aku dan kawan-kawan yang lain. Dan dia sempat meninggalkan pesan sebelum belah, "Kalau kau kecoh, aku langgar kau dengan basikal!" (Ok, that was a joke. Dia tak cakap pun nak langgar aku dengan basikal).

Kawan-kawan lain terpinga-pinga nak tau. Benda kelakar SANGAT mana boleh tak SHARE dengan kawan-kawan. Huhuhu.

Contain message tersebut ialah:-

"Mama mucuk sgt!!" (Siap bold, highlight color merah dan besarkan tulisan lagi)

What the hell man!! hahahaha~
(Ok, nasib baik time ni bukan tengah makan rambutan atau durian kalau tak boleh tercekik kot. Apa gila anta mesej dekat aku cenggitu. Kalau nak ingat aku gay sebab takde awek dari dulu, tak payah nak anta sms cenggitu sangat la dekat aku. Kecik hati member. Hahaha~)
Aku pun tak tau apa yang dia bualkan melalui sms dengan awek dia. Eh, of course aku tau dia tengah mesej dengan awek dia kalau ghupe sms-nye cenggitu. Tapi boleh jadi dengan anak jiran! (Ah, what ever dude!)


Ok, I have another story. Kisah salah hantar sms jugak.

I can't remember when it was happen but I'm very very sure orang yang salah anta sms tu. Hahaha.. Nama dia S****** (a girl). While I was driving prudently (cewah), macam biasa la, sms yang tersalah anta ni memang masuk tak semena-mena kan? I can't remember where we went at that time but... I still remember the contain of the message. Hahaha..

Ayat dia lebih kurang macam gini:-

"B, ble u nk smp kL. Cpt la dtg kL, I da tak sabar nk jmp dgn u, b. Rindu rsenye."

Haram J**** apa hantar sms macam tu dekat aku! nasib baik aku tak langgar signboard '110km/j' atau pembahagi jalan pada masa tu. Gila tak terkejut baca sms macam tu. Tebiat ke apa minah sebelah aku ni. Bila masa pulak aku couple dengan dia? Dan kalau aku couple dengan dia pon, aku dah ada sebelah dia kot. Lepas tu, aku gelak la sorang-sorang. Member aku tu pelik. Mungkin dia ingat aku kena sampuk or maybe dia ingat aku berada dalam tertekan pada masa tu kot. Tak pun dia ingat aku dah tebiat (patut aku rasa macam tu). Macam biasa la, bila kelu lidah tak terkata sebab penat gelak, aku tunjuk la phone aku tu dekat dia. Habis dia baca, muka terus bertukar merah dan aku tau perasaan dia pada waktu tu. Of course rasa nak terjun dari kereta aku. Tak pun, tarik sepender sangkut dekat muka. Hahahaha.. Hey, macam-macam kerenah.

Morale of the story, don't get to excited when you are in love or having a very very romantic conversation, or chatting with your BF/GF dan jangan baca sms while driving takut dapat sms macam aku ni, kan ke payah. Huhuhu~

..SEKIAN..

p/s: Mentang-mentang la aku takde girlfriend, sajeje dorang nak hantar mesej macam tu dekat aku. Nak bagi aku jelous la tu. Huhuhuh~



Tuesday, February 21, 2012

Malunya Salah Hantar Mesej




Ok, mesej di-type.. teet, tiit, toot, tuut, taat (penipu bunyi mesej macam tu).

Then, contact number keluar banyak. Cari, cari, cari. Ok jumpa. Tekan send..

Kandungan mesej: "Kau kt mne?"

Mesej di-reply: "S.alam la, umh mmber aku. Sape ni?"

Dalam hati, mak aih? Jauhnya dia ni lepak..

Aku reply balik, "Afif laa.. Adoii.."

Dia balas, "Afif mana?"

Dalam hati, asal kau boleh tak kenal aku ni?? Pelik!! Aku check balik contact number aku hantar tadi.

Ok, dah agak!! Salah send!! DAMN!! Malu beb..

Terus aku tak balas.

Aku tinggalkan phone aku dan aku berlari jauh-jauh.. Sejauh planet Pluto daripada Bumi agar phone aku tidak kelihatan juga kedengaran bunyi.

Lari tanpa toleh belakang. Lari dengan memakai kotak di kepala sambil menggantungkan tag 'AKU YANG SENGAL UBI BERISI'.

Macam mana boleh silap orang ni. Bodohnyeeeeeeeeeeeeeee!! Adehhh....

Berkali-kali kata diri bodoh!

..SEKIAN..

p/s: Kalau boleh contact number tu biar panjang asalkan tak sama. Kalau dah dekat-dekat, ni la ghupe jadinye.

Wednesday, November 2, 2011

Oh, Kawanku Si Sasa Takut Akan Wanita!


Assalamualaikum wtb.. Hah, aku dah kata aku banyak sangat masa terluang sebab tu asyik update je blog ni. Hahaha.

Ok, kali ni nak story sikit pasal kawan aku sorang ni. Dia seorang berbadan sasa, tinggi lampai dan muka ala-ala Korea (mata sepet). Kalau korang tengok ada satu rancangan Korea, Running Man tu, ada sorang mamat tu yang berbadan sasa. Muka kawan aku tu lebih kurang macam dia la. Kadang-kadang aku bahan dia Rahmat Mega. Hahaha. Pun lebih kurang jugak. Tapi yang tak boleh belah mamat ni pantang jumpa perempuan yang dia betul-betul minat dan pemalu dengan perempuan (aku pun lebih kurang je).

Ni ada satu kisah pasal dia. Masa tu KARISMA (Karnival Sukan Mahasiswa) UiTM sedang berlangsung. Mamat (member aku) ni minat gila dekat seorang budak perempuan (takkan laki pulakkan). Dia jugak dari kampus yang sama (UiTM Segamat, Johor). Tapi dia main untuk team bola jaring. Kali pertama member aku ni jatuh hati dengan dia start dari latihan pusat lagi. Masa tu coach kami (Bola Sepak) buat sesi latihan bersama budak-budak bola jaring. Dari situ la hati member aku ni dah terpaut pada Si Dia. Tiap saat, tiap ketika member aku ni tak habis-habis mention nama Si Dia. Tiap saat, tiap ketika tu jugak la aku terpaksa berlari ke toilet kerana muntah. Hahahaa..

Nak di jadikan drama Melayu, member aku ni dah tak boleh simpan dah perasaan dia lama-lama. Dia nak jugak dapatkan nombor phone Si Dia dan berkenalan dengan lebih rapat. Hah, masa ni la segala perkara terbongkar. Rupanya member aku Si Badan Sasa ni pemalu dan penakut jugak orangnya. Wa ingat lu gentle bro!! Adooiii... Buat malu je. Badan je ketak-ketak. Ok ok. Teruskan dengan story.... Oleh kerana tidak tahan dengan godaan aku dan kawan-kawan lain suruh berkenalan dengan Si Dia dengan lebih rapat (mintak nombor phone), dia pun mintak la tolong Aqif sebab Aqif ni kenal dengan Si Dia. So, Aqif had makes some plan for Si Sasa. Plan dia lebih kurang macam ni:-
Aqif ajak kawan dia yang satu team dengan Si Dia ajak lepak bawah kolej. Manakala Si Sasa pulak perlu tunggu sebentar di dalam bilik sementara menunggu message green light daripada Aqif. Dah dapat green light barulah Si Sasa turun dan berjumpa Si Dia.

Dalam masa menunggu green light tu, aku telah menjadi mangsanya. Si Sasa boleh tanya tips bila first time nak berhadapan dengan perempuan seperti apa patut cakap dan sebagainya. Dengan karisma yang menjulang tinggi dan lagak gaya seperti pakar motivasi, aku pun bagi la beberapa tips. Padahal aku pun tak pernah alaminya. Aku bagitau based on cerita drama dan pengalaman kawan-kawan lain je. Hahahaha.. What a pathetic! Tapi semuanya seperti di terima dan ekspresi mukanya seperti mengatakan, 'boleh diterima akal jugak idea Afif nih!!'. Hahaha.. Setiap minit dia bagitau dekat aku perasaan gemuruh dan gementar dia nak jumpa dengan Si Dia. Dan setiap minit tu jugak la aku rasa loya tekak dengar dia cakap macam tu. Hahaha. Layan je la. Tak layan kecik hati pulakkan?

15minit kemudian dia dapat green light daripada Aqif. Ni pun satu hal jugak. Dah 5minit dapat green light tapi still tak pegi-pegi jumpa pulak. Korang nak tau apa jadi? Sebelum turun ke bawah kolej tu aku dah buat satu plan untuk dia. Plan dia:-
Aku dan Si Sasa turun bawah buat-buat nak ambil something dalam kereta Si Sasa. Dan dengan lakonan yang mantap Si Sasa kena buat-buat terperanjat jumpa Aqif dan kawan-kawannya (including her) lepak. 

Hahaha.. Ok tak idea aku? Tapi yang buatkan aku dan Si Sasa lambat jumpa Si Dia, Si Sasa ni boleh nak terkentut la, nak terbe*** la. Hahahaha..Macam-macam alasan dia bagi nak lari. Lastly, berjaya jugak ketemukan mereka berdua. Dah jumpa tak nak macam lama pulakkan bersembang. Ajak balik pun tak nak. Hahaha..Sampai info pasal bapak Si Dia pun dah berjaya di gali. DASYAAAATTTT!!!

Persoalannya di sini siapa kaum yang lemah sekarang ni?? Hahahaa.. You can see it brother!

..SEKIAN..    

p/s: Tapi sayangnya Si Dia sudah berpunya. Punah harapan Si Sasa. =__="

Sunday, May 15, 2011

Kisah Memalukan Dalam Hidup



Assalamualaikum wtb... Hahahaa.. Selesai sudah kerja-kerja pen-touch-up-pan (pronouns kasi betul) blog aku. Bagai nak gila aku cari idea nak bagi nampak blog aku lebih COOL daripada biasa. Akhirnya... COOL tak?? Hahaha..

Ok, sedikit entry sebelum aku balik ke kampus untuk menyelesaikan MISI yang wajib aku selesaikan. 'Kisah Memalukan Dalam Hidup'? Takkan korang tak pernah alami. Tipulah kan? Sekali dua pasti berlaku dekat korang. Kalau ada apa dia? Share la sikit.

Aku akui memang banyak kisah yang memalukan sepanjang aku hidup ni. Kisah ni ada di antaranya yang typical berlaku di antaran kita-kita. Kebanyakkannya mesti pernah alami keadaan seperti :-


Tersalah bercakap dengan orang.
Takkan la tak pernah terjadi situasi seperti ni? Mesti pernahkan? Ok, aku bagi contoh. Korang tengah syok jalan-jalan window shopping dengan member-member korang. Sambil jalan-jalan tu mesti korang sembang-sembang dengan member korang kan? Tapi saat kisah yang memalukan tiba bila mana tengah dok syok sembang, korang ternampak akan satu barang favourite korang dalam satu kedai. Korang pun tanpa toleh ke kiri ke kanan, korang pun bagitau la member korang dekat sebelah. Tapi alih-alih, dekat sebelah korang tu orang lain yang entah bila masa dan dari mana entah dia muncul. Korang pun saling pandang-memandang sambil melemparkan senyuman sinis. Kawan korang pulak tersangkut dekat satu kedai kerana asyik belek barang yang entah nak dibeli atau tidak. 

Orang lain ingat kita perkerja dekat kedai tu atau kita sendiri ingat orang tu pekerja dekat kedai tu. 
Ni pun aku rasa ramai dah pernah alami situasi macam ni. Memang best kalau kita tengah tunggu member-member lain beli barang dan kita pulak macam nak tercabut kaki berdiri sambil posing maut dekat celahan baju dan seluar tunggu dorang beli barang. Tapi akan bertambah best bila tiba-tiba ada awek tegur kita. Wah, best kan?? Tapi yang tak bestnya awek tu tegur sebab dia suruh kita carikan baju saiz S yang dia nak dan kita pulak dengan buat muka cover macho cakap, "Awak, saya bukan pekerja kat sini.". Yang peliknya, kenapa kita pun berkongsi kemaluan malu dengan orang tu? Pelikkan?

Tersalah panggil orang 
Ni pun ramai jugak yang pernah alami. Tersalah panggil member. Alah, biasa sangat la ni kan. Dari jauh memang nampak macam member kita, gaya jalan pun sama. Style rambut. Eh, serba-serbi samalah kalau tengok dari jauh (mungkin yang rabun macam aku je kot). Nak-nak pulak kita tengok dari belakang (Hah, yang ni untuk orang yang tak rabun jugak), memang sama. Apa lagi, kita pun jerit laa panggil nama dia dari jauh. Tambah pulak member korang panggil tu memang bertahun-tahun tak jumpa. "Jah! Jah! Oiii, Jah! Pekak ke ape budak ni?". Korang jerit memang tak ingat plak tu. Yela, dah lama tak jumpa kan? Tak puas hati korang jerit sekali lagi, "Jah! Aduhai..". Sekali dia toleh ke belakang, hambik kau! SALAH orang pulak. Agak-agak apa korang terfikir masa dia toleh ke belakang. Sempat tak korang pun nak toleh ke belakang sama (berpaling)? Sempat tak korang nak buat excercise tangan atau menggeliat? Kalau sempat ok la. Kalau tak? Tak ke malu?


Itu antara kejadian yang memalukan yang biasa terjadi dalam kalangan kita. Ok, nak story sikit kisah memalukan seseorang dekat korang. Baca elok-elok eayh?

Ada sorang mamat ni pergi ke stesen minyak untuk membeli sebutir bom tangan......................... Adoi, korang ni, of course nak isi minyak. Dengan macho dia berjalan ke kaunter pembayaran. "Kak, pam 3 20ringgit ye?". Dia pun keluarkan dompet yang penuh dengan duit bersepah-sepah (Bukan banyak duit tapi duit tak tersusun). Dihulurkannya duit kertas RM10 dua keping kepada akak kaunter tu. Selang beberapa saat, "Eh, kak. Isi 30ringgit la.". Dihulurkan pulak duit kertas RM50. So, jadi semua dekat tangan akak tu ada berapa? Pandai. Ada RM70 dekat tangan akak tu sekarang. Then, akak tu pulang baki RM10 empat keping. Mamat ni tiba-tiba jadi keliru. Dia dengan tak segan silu mintak akak tu baki lagi RM10. Korang paham setakat ni? Bagus. Akak tu meng-explain dekat mamat tu, "Betul la, tadi adik bagi bla..bla..bla.. Akak pulang la balik 40ringgit. Betul lakan?". Mamat ni pun tak nak malu punya pasal, dia cakap akak tu kurang bagi lagi RM10. Akak tu malas panjang cerita, dia pun bagi la RM10. Mamat tu berlalu dengan happy dan terus mengisi minyak keretanya. Lepas isi minyak, dia pun masuk ke dalam kereta dan berfikir sejenak pasal hal tadi. Tiba-tiba dia tersedar yang memang akak tu pulang baki dengan betul dan mamat tu memang silap. So, apa mamat tu buat? Kerana tidak mahu menanggung malu untuk pulangkan duit baki RM10 tu balik, dia dermalah duit tu dekat tabung masjid. HABIS... Hahahahaha... Korang nampak tak dekat situ? Nampakkan keBODOHAN dia yang terserlah ayunya. Hehehe..

Tamat la sudah sedikit kisah-kisah yang memalukan dalam hidup. Lumrah dunia kot benda-benda ni terjadi. Kalau takde perkara-perkara seperti ini, tak berwarna la kehidupan kita. Betul tak?? Allah tu Maha Bijaksana dan Dia Maha mengetahui segala apa yang Dia buat.

..SEKIAN.. 

p/s: Siapa mamat dalam cerita tu? Biarlah aku dan Allah saja yang tahu.

Friday, April 29, 2011

Bagai 10 Tahun

Fuyoooo...lama gila aku tak jenguk blog aku. BerSAWANG dah. Sawang ni boleh buat jala agaknyakan? Masih ada lagikah followers aku kat sini? Macam takdo jo. Takpelah. Takde pun aku tak kisah (siapa kata aku tak kisah?). emmm... macam mana nak mula? Adoi.. Seperti tiada idea mahu MENCARUT dekat sini. Hah, oklah. Memandangkan aku dah start cuti semester, so aku nak buat conclusion la sepanjang semester 5 yang dah aku lalui ni.


Semester kali ni memang gila-gila punya busy sehinggakan nak tengok muka sendiri dekat cermin pon tak sompek. Hah, korang bayangkan la kalau sekarang ni aku tengah ada masa nak pegi tengok dekat cermin. Lepas tu satu kejutan berlaku dekat muka aku seperti 'Muka aku berubah ke muka JUSTIN BEBEL'. Hah, tak ke koma aku dekat depan cermin tu jugak. Ok, di pendekkan cerita, semester ni tekanan menghadapi peperiksaan akhir aku memang gila-gila terasa. Tapi alhamdulillah aku tempuhinya dengan sabar dan tabah. 


Sebelum aku habiskan carutan aku ni, aku nak cerita satu peristiwa kelakar yang berlaku baru-baru ni dekat korang. Ia berlaku ketika aku dan student-student yang lain menduduki peperiksaan di dalam dewan utama UiTM Johor. Seorang budak perempuan duduk dihadapan aku. First kelakar yang dibuat sewaktu semua student sibuk nak ambil tempat duduk. Sedang aku meng-usha orang di sekeliling, tiba-tiba pandangan aku teralih dekat dia (budak perempuan yang buat lawak tu). Nak tau kenapa? Boleh dia TERBAWAK buku nota yang setebal-tebal alam ke dalam dewan peperiksaan. Aiyoooo... Nervous sangat ke kak sampai buku setebal-tebal alam pun boleh tak perasaan terbawak. Tapi lawak yang dia buat tu masih tidak berjaya menggeletek ulu hati aku ni. Hah, lawak yang bakal aku cerita ni pasti dapat menggugat iman dan nafsu ketawa korang. Lawak dia kali ni memang FIRST CLASS. Sumpah kelakar! Nak tau apa dia buat? Dia boleh bantai tanya kawan dekat sebelah dia dah boleh mula menjawab ke belum setelah 45minit kitorang semua mula menjawab. Hahahahahaha.. Korang bayangkan la macam mana keadaan aku yang sedaya upaya cuba menahan gelak masa tu. Rasa nak terkentut pun ada. Hadooiii.. Kejam sungguh dia buat lawak time-time macam tu. Macam kawan aku kata, dia berangan nak jadi PUTERI kot sepanjang 45minit tu. Hey, dunia dunia.. 


Emmm..rasanya itu je la entry aku kali ni. Just nak bersih-bersihkan sawang-sawang yang ada je. Any other entry I'll update later. For those who still keep in touch with KASOTPUTEH's BLOG, thank you very much. 


..SEKIAN..  

Saturday, January 29, 2011

"Aduhai, kantoi pulak!!"



Semalam (28 Januari 2011) kelas EcoMal (Ekonomi Malaysia) ada quiz. Tapi aku dan kawan aku sorang (Pae) ni memang betul-betul terlupa ada quiz. Aku tau pun sebab aku bukak Facebook (sempat online kejap) sebelum pergi kelas dan tertengok status budak perempuan kelas aku yang di pos 8jam lepas yang bertulis, 'sedang mencarik mood nak study ecomal..owh.otak ingat umah je nie..adoyai..cuaca plak sejuk..ish dugaan tol...'. Oh, Tuhan! Mati aku! Ada quiz ke kat kelas nanti? Mati! Mati! Tapi aku sempat menela'ah (betul ke ayat aku ni?) buku EcoMal kejap. Pada waktu genting macam tu sempat lagi aku berkhayal, "Kalaulah aku ade superpower macam Kyle XY yang boleh selak je buku tapi semua masuk kan ke bagus.".


Jam menunjukkan tepat pukul 9.45pagi. Hon di bunyikan depan rumah Pae. Ton! Tooooooonnnnn!! "Halahmak kawan aku sorang ni. Dah lambat kot!". Pukul 10.30pagi baru kitorang sampai ke kelas. Dah sampai depan kelas, nak masuk kelas tu pun kitorang boleh bergaduh. 


Aku: Pae, masuk la dulu!
Pae: Kau laa masuk dulu.
Aku: Aku masuk dulu?
Pae: Muke aku macam tak mandi. Kau masuk dulu.
Aku: Ape kene mengene? 


Alih-alih aku yang masuk dulu. Pintu sikit-sikit di tolak dan mata meliar melihat ke dalam kelas. "Sonyap jo kelas ni.", bisik hati. Perlahan-lahan pintu dibuka. Lecturer dan kawan-kawan dalam kelas semua menoleh ke belakang. Salam diberi. Lecturer sepatah haram pun tak bercakap. Agaknya dah biasa kot dengan kami yang kerap datang lewat. Maklumlah, kami 2orang je lelaki dalam kelas tu. Tiba-tiba lecturer bersuara suruh ambil kertas quiz di mejanya. "Mampos, memang ada quiz hari ni! Nasib baik sempat baca sikit tadi. Insya-Allah boleh jawab!".


Tengok je kertas soalan quiz, memang ada harapan nak dapat kosong sebab quiz tu quiz chapter 2 tapi aku baca pagi tadi chapter 1. DIE! DIE! DIE!! Aduh!! Aku pandang kawan aku dan dia pandang aku sambil tersengeh. Aku menggelengkan kepala. Lagi sekali hati berkata-kata, "Mati aku. Mati!!". Mula la suatu akal yang jahat sedang menyerap ke dalam hotak. Aku toleh member aku dekat sebelah. Laju je dia tulis. "Siot, dia sempat study rupanya!! Habis aku!". Pandang semula ke kertas aku. "Apa aku nak mencarut dekat kertas ni??". Pandang semula ke sebelah. "Jahanam, kau tengok buku rupenye.". Ada buku yang di sorokkan bawah beg beliau. Aku pun apa lagi. Tarik kertas dia, dan salin jawapan cepat-cepat. Kawan aku dah siap pesan, jangan tiru bulat-bulat nanti kantoi. Balas aku, "Jangan risau!"


"Ok, lagi 5 minit.", kata lecturer. Tapi sebelum habis, lecturer macam dapat hidu yang kitorang meniru. Dia suruh hantar jugak walaupun belum cukup 5minit. Aku dan member aku pun keluar pergi ke toilet lepas hantar kertas. 


Pae: Mati doh. Dia macam dah tau kita meniru. Apa nak jawab nanti.
Aku: Tu la tu. Aku pun rasa. Kau jawab je la kita ada tiru sikit-sikit tapi tak semua. 
Pae: Jom la masuk.
Aku: Kau pegi dulu. Aku nak kencing jap.


Padahal, mahu mencari idea untuk memberi alasan bila ditanya lecturer nanti. 5minit jugak la aku dalam toilet tu. Aku cuba memberanikan diri masuk. Perlahan-lahan aku tolak pintu kelas.


Lecturer: Ahnaf!!


Halahmak, lecturer ni panggil nama yang aku tak suka orang panggil pulak. Nak panggil Ahnaf tu panggil la nama depan sekali. Tapi memang dia suka panggil nama tu. 


Lecturer: Awak nak mengaku tak yang awak ada meniru tadi?


Aku hanya tersengeh dan menunjukkan isyarat 'sedikit' padanya.


Lecturer: Haa..mengaku dah. Senang kerja saya.


Kantoi sudaaaahhh!! Korang nak tau tak apa punca lecturer aku dapat kesan yang aku tiru. Jawapan untuk soalan pertama aku dengan kawan aku tu sama. Dah la sama. Lepas tu salah pulak tu. Memang kantoi laa. Dan yang kelakarnya, aku ni ada la rabun ayam sikit, member aku tulis jawapan 'proverty eradication' aku pegi bantai tulis 'proverty education'. Hahahaha... Nasib baik hukuman yang diberi cuma markah saja ditolak. Kalau dia bagi gagal terus masa Test 1 nanti, masak aku.


Morale of the story, sentiasa alert bila ada quiz dan jangan sekali-kali cuba meniru jika korang tidak biasa melakukannya..

Friday, January 21, 2011

Kawan Ku Yang Sengal

Tengah hari tadi (21 Jan 2011), member rumah ku balik dengan satu rungutan yang begitu simpati bila aku mendengarnya.. rasa nak masukkan dia dalam rancangan 'Bersamamu' je.

Nauf: Adoii.. malang betul nasib aku. Semalam nak cucuk plug, satu rumah black-out sampai ke pagi. Hari ni aku langgar kete orang plak. Adoooiiiii... Malang malang..

Afif: Asal? Kau langgar Mercedez ke BMW??

Nauf: Kelisa..

Afif: Laaa... kelisa jew.

Nauf: Tula, nasib baik Kelisa jew.

sesaat kemudian..

Afif: Entah-entah kete aku tak?

Nauf: Kete kau la yang aku langgar tu!

Afif: Hah, kete aku???

Haram jaddah!! Kereta aku jadi mangsa. Sengal punya member! Cakap awal-awal langgar kereta aku kan senang. Takde la aku tertunggu-tunggu tendang kau.. Nasib baik tak teruk.

..SEKIAN..

Thursday, January 20, 2011

"I'm Your Lecturer."





Tengah hari semalam, aku menghantar message pada lecturer Malaysia Economic aku untuk meminta izin skip kelas beliau pada petang tu bagi menyelesaikan tugas yang sangat-sangat important.



Aku: Salam mis, ptg ni sye xdpt hdr ke klas mis sbb sye ade krja yg terpkse d uruskn hr ni. Sye kne pg ke Melaka utk urusan HR trip.


Tunggu punya tunggu, miss aku tak reply-reply pun message aku. Marahkah? 


20minit kemudian..


Teet teet (bunyi message received)


No name: Siapa sye ni??


Eh, eh.. Pahal pulak ni? Tanya aku mana la aku tau siapa. Aku pun reply la balik..


Aku: ?? Mne sye tau. Awk spe?


sekali dia reply balik.. 


No name: I'm your lecturer. Awk tu sape nme??


MY GOD!! Ahahahaha...terlupa pulak aku nak mention nama masa message tadi. Patut la dia tanya 'siapa 'SAYA' ni? Baru aku tahu.. Adehh...malu weayhh... 


Aku: Owh.. Sori5 mis. Haha. Xpasan no mis. Sy Afif Ahnaf mis.

..SEKIAN.. 

p/s: morale of the story, Ah lu pikir la sendiri!

Thursday, December 9, 2010

Pakcik, Kami Nak Pergi Makan Laa..


Assalamualaikum wtb.. Cerita ni aku belum pernah post lagi dekat mana-mana media massa mahupun media elektronik. Kira cerita ni exclusive dan khas hanya terdapat dalam blog ni je. Korang yang membacanya amat bertuah kerana korang dapat baca kisah ni. "Memang la ngeng! Dah cerita kau!". Ahahahaha.. Ok ok.

Kisah yang amat kelakar, mengaibkan dan memalukan ni berlaku semasa KARISMA bulan lepas. Tak sempat aku nak post masa benda tu berlaku. Sekarang dah ada ruang nak bercerita aku ceritakan dekat korang. Are you ready??

Ok, Bismillahirrahmanirrahim..
Cerita ni berlaku masa malam aku dan teammate aku yang lain nak keluar makan lepas match dengan Perlis. Ceritanya bermula bila coach (kami) call aku:

Coach: Ne, kat mane?
Afif: Bilik coach.. Kenapa?
Coach: Nak kuar pegi makan tak?
Afif: Emm..boleh jugak.
Coach: Ok, kalau nak, bas nanti tunggu dekat luar depan kolej Melati (UiTM Shah Alam). Pukul 8 bas tunggu dekat situ. Bagitau yang lain.
Afif: Baik coach!

Apa lagi, bergegas aku bagitau semua kengkawan aku sebab jam pun menunjukkan pukul 7.30. Tepat jam 8, kitorang semua pergi la ke tempat yang diberitahu coach kami tadi. Tunggu punya tunggu punya tunggu bas tak sampai-sampai.

Afif: Hello coach. Coach dekat mana??
Coach: Kat bilik.. Kenapa?
Afif: Bas tu tunggu dekat mana?
Coach: Depan kolej Melati.
Afif: Takde pun coach. Dah berjanggut kitorang tunggu.
Coach: Yeke.. Tunggu dekat situ, nanti dia datang la tu.
Afif: Baik coach.

Kitorang pun tunggu la lagi.. Sampai satu masa ada van UiTM Johor lalu. "Haaa.. ni la kot. Naik van beb! Bagus betul la coach ni.". Elok je bas tu berhenti depan kami, kami semua tanpa menunggu walau sesaat pun bulu hidung gugur, terus naik van tu. Ada la dalam 2 3 orang (termasuk aku) dah masuk dalam van tu. Tapi yang peliknya pakcik driver tu boleh tanya kitorang nak pergi mana pulak. "E'eh, apa punya soalan la pakcik ni? Mesti la nak pergi makan pakcik.", bisik hati aku. Tiba-tiba salah sorang member aku menyampuk dengan suara yang lantang tanpa segan silu, "Bawak kitorang pergi makan pakcik." . Nak tau pakcik tu jawab apa??

"KORANG SAPE?? KORANG NI URUS SETIA JOHOR KE?? VAN NI NAK AMBIK URUS SETIA!"

My God!! Maknanya?? Maknanya, kitorang dah salah naik kenderaan la awak. Haduiii... Malu beb! Malu!! Yang paling menanggung keperitan malu tu budak-budak yang dah naik van tu laa.. Aaaarrrggggghhhhhhhhh!!! MALUNYAAA!! Kitorang semua lepas tu takde cakap banyak dah. Belum sempat kaki nak jejak ke tanah keluar dari van tu, kitorang semua dah bantai gelak. Pakcik tu pun dengan rasa..... (Entah aku pun tak tau apa pakcik tu rasa) dia pun belah daripada situ.

Hahahahaha.. Sumpah, kenangan ni bersama kawan-kawan memang tak boleh lupa. Rupa-rupanya bas yang kitorang nak naik tu tak tunggu dekat situ tapi dia tunggu dekat tempat lain. Adeh..

Hah, pengajaran yang dapat di ambil daripada kisah memalukan ini ialah, bertanya dahulu sebelum sesat jalan. Dah termalu macam ni, mana nak sorok muka?? Dalam poket? Tak dapat la awak.

..SEKIAN..

p/s: Tuhan saja yang tahu betapa malunya kitorang masa tu.
p/s:'NE' tu nama nickname aku yang coach aku bagi masa KARISMA. Aku ada partner nama dia 'CIN' --> Aqif. So bila kitorang bergabung jadi la CINA. Hahaha..apa-apa je la coach aku ni.

Friday, September 3, 2010

Ya Allah Kuno Jugak Aku Rupanya


Kisah ni memang memalukan bagi budak-budak yang membesar dengan teknologi seperti aku(90-an). Kalau lahir pada tahun perang dunia mungkin boleh di maafkan lagi. Tapi kau?? Lahir sesudah merdeka kot. Dan sepanjang waktu pembesaran tulang keting, tulang rusuk, tulang belakang dan sewaktu dengannya, kau dikelilingi teknologi.

Kisah ini berlaku semalam (2 September 2010) di dalam kelas Arab (BAB151). Seperti biasa, ustaz akan tiba lewat 15minit. Kadang-kadang tu 20minit. Kadang-kadang tu kelas lagi 30minit nak habis baru dia muncul. Adehh.. Yang paling frust kelas dah nak habis baru dia cakap kelas cancel. Fuyoh! Cannot go lah!

Setelah 15minit kitorang tunggu, ustaz pun masuk dengan wajah yang sangat berseri-seri. "Emmm..apasal la berseri-seri sangat ustaz aku hari ni? Oh, ya! Dia dah cukur jambang dia dan potong sikit rambut dia. Sebelum ni jambang penuh.". Ok. Persoalan terjawab. Seperti biasa, mukadimah ustaz sebelum mengajar ialah bercerita dan buat kelenjar ketawa kitorang pecah.

Sedang sedap dok dengar ustaz buat lawak, tiba-tiba dia mengadu panas.

Ustaz: Air-cond rosak ka??
Kami: Ok je ustaz. Kitorang sejuk je.
Ustaz: Saya panas ni. Hah, air-cond tak rasa pun.

Ustaz datang menghampiri tempat duduk aku sebab controler untuk air-cond tu berada dekat dengan aku. Pada controler tu tidak tertera suhu darjah salsiusnya.

Ustaz: Rosak ke air-cond tu?
Aku: Entah la ustaz. Rosak la kot. Takde kuar nombor pun.

Ustaz sambung balik bercerita. Dalam 15minit kemudian dia complain lagi pasal panas. Dia datang balik tengok controler air-cond tu.

Ustaz: Bang, bang. Kamu tekan je la punat dia bagi turun darjah salsius dia tu sikit.
Aku: Baik ustaz. Ok ustaz?
Ustaz: Ok. Terima kasih.

Tapi ustaz masih tak puas hati. Kali ni dia sendiri pergi check dekat controler tu. Tiba-tiba..

Ustaz: Emmmmppphhhh...patut laaaa. Haish, kamu ni!!
Aku: Pasai apa ustaz??
Ustaz: Kamu set dekat fan. Orang set cool la baru sejuk.
Aku: Eayh, ye ke ustaz??
Ustaz: Haisshhh..apa la kamu ni.
Aku: Hahahaha.. Maaf la ustaz. Rumah saya takdak air-cond.
Ustaz: Rumah saya pun takdak.

KUANG! KUANG! KUANG!

Oh, tetiba terasa dunia aku gelap seketika. Macam biasa la kalau benda dah agak macam kelakar, satu kelas la ketawa. Aku cuba tahan malu tapi tidak berjaya kerana muka aku berubah menjadi warna merah. Oh, mana nak sorok muka aku?? Dalam poket? Adeh, tak muek pulok!! Hahahahahah.. Afif! Afif! Sungguh kuno kamu ni rupanya. Sepandai-pandai aku main game dekat komputer, pandai lagi ustaz aku setting air-cond! Aduhai..balik aku kena study semua jenis air-cond lah. Eeeee...maluuuunyeeeewwwww. (^_^)

..SEKIAN..

p/s: Sebelum nak habis kelas, ustaz ada cakap nak usulkan supaya pihak UiTM Johor letak guide cara penggunaan air-cond kat setiap kelas. Ustaz ni bergurau kasar la tu.
p/s: Currently at home menikmati cuti 3 minggu yang diberi.

Wednesday, August 11, 2010

Hah, Kan Orang Dah Kata..

Orang kata kalau jahat mesti dibalas jahat. Baik pulak of course dibalas baik. Jangan ingat korang buat jahat akan terlepas dan tak dapat balasannya. Kadang-kadang tu nawaitu baru nak buat jahat pun dah kena balas tang tu jugak.

Ini ada satu kisah tentang jahat dibalas jahat. Cerita ni cerita aku sendiri. (^_^) Ceritanya
bermula begini...

Pada Sabtu yang lepas (7 Ogos 2010), UiTM Segamat telah menganjurkan satu event iaitu sukan antara kos yang ada di kampus Segamat. Event ni memang tiap-tiap tahun di adakan. Tujuannya nak cungkil bakat-bakat terpendam bagi student-student UiTM Segamat. So, ni la masanya student-student nak tunjuk segala yang ada (I meant bakat!) dekat pihak UiTM Segamat supaya peluang untuk mewakili UiTM kampus Segamat dalam sukan antara seluruh kampus UiTM di Malaysia (akhir tahun ni) cerah. Kira event ni bukan event main-main la.

Al-kisahnya, aku mewakili kos aku (Dip. in Business Study) dalam permainan futsal.
Memandangkan selection untuk team aku ni dilakukan last minute. Apa orang kata tu, just tangkap muat je. Berlakulah satu masalah di mana pasukan aku mengalami masalah ketidak cukupan ahli. Masalah yang lagi besar, tiada seorang pun ahli pasukan kami yang boleh jadi Gol Keeper. Ni sikit sebanyak menjejaskan peluang kami untuk pergi ke peringkat separuh akhir. Hahahaha. Ayat tak boleh belah.

So, tanpa memikirkan masa depan dan menunggu bila bulan nak jatuh atas kepala, aku terus call member aku yang aku rasakan dialah orang yang paling sesuai untuk jawatan tu (Gol Keeper). Call punya call tak dapat dapat. Keadaan menjadi semakin genting (genting ke getir??) memandangkan perlawanan lagi beberapa minit nak mula. Nak dipendekkan cerita, last-last salah seorang teammate aku terpaksa mem-volunteer-kan diri jadi keeper. Not bad la dia keeper. Bolos dua je tapi kitorang tak berjaya pun ke peringkat separuh akhir.

Ok berbalik kepada tujuan cerita asal tadi, nombor yang aku call member aku tadi yang tak dapat-dapat tu, hantar message pulak dekat aku.
Dia: Ni cape? Tadi ade miskol eayh?

Tiba-tiba terlintas satu pemikiran jahat dekat kepala hotak aku ni. "Aik, dia tak tau no celcom aku ke? Hahahaha.. Ade can nak kacau dia nih!". Aku bab-bab mengacau orang memang suka. Aku pun teruskanlah niat jahat aku tu nak kenakan member aku ni. Aku berlakon yang aku ni seorang perempuan.
Dia: Awk ni cape?
Aku Jahat: Cbe la teke?
Dia: Takde mood la nak teke2 skg ni. Bgtau jela cpe?
Aku Jahat: Owh, maaflh. Sorry gggu awk. k bye.
Dia: Eh, chop2. nnt dulu. bgtau dulu ni cape?

Manusia ni, bila niat jahat dia plan macam nak berjaya je, akal fikiran mulalah memikirkan sesuatu yang lebih extream daripada apa yang ada. Aku terus ber-message dengan beliau dengan masih merahsiakan 'identiti diri palsu' dan dia pulak tak putus asa menanyakan siapa
aku. Sampai la satu ketika sewaktu aku keluar makan dengan member-member serumah. Dia menghantar message lagi untuk memastikan siapa aku sebenarnya.

Dia: Cepat la bgtau ni cape??
Aku Jahat: Ala..xnk. Teke la dlu.
Dia: xde clue ke? cmne nk teke? Umor brape? dok kt mne?
Aku Jahat: Ala umor mude lg. Bru 19thn. Dok dekat JB.
Dia: Adam eayh?Aku Jahat: Adam mne pulak ni? Sy p'puan kot.
Dia: Sye rse awk ni slh org kot. Klau knal sye bgtau spe sye?
Aku Jahat: Ala, awk _________ kn? Kos DBS. Btul x?
Dia: Owh, itu pkcik sye. Sy ank buah die. Sy pkai no die ni.

Tiba-tiba dunia aku jadi seperti nak meletup. Muka start jadi merah ke hitaman dan aku terasa nak masukkan kepala ke dalam lubang jamban je. OMG! Macam mana boleh tersalah orang nih. Adoyaiii.. Malu beb! Malu gua beb! Aku rasa nak terjun KLCC larh sekarang ni. Aaaaaaaaaaaa....Maluuuuuuuuuuuunyaaaa akuuuuuuuu!!


Hah, kan orang dah kata jangan buat jahat sebab nanti akan terima balik balasannya tuh. So, kalau nak buat jahat dekat orang tu, fikir-fikirlah selama 14hari ok?

..SEKIAN..

p/s: Di kesempatan ni, aku nak wish selamat menyambut bulan ramadan kepada semua umat Islam. Puasa biar penuh dan hati biar ikhlas dalam mengerjakan ibadahNya. Ok kawan-kawan. Hah, jangan buat kerja-kerja menganiaya orang macam aku buat ni sepanjang bulan puasa ni ye?

p/s: Text message tu tak 100% sama macam yang aku dan dia hantar tp fakta dia masih tak lari.

Sunday, August 30, 2009

Hari Yang Kelakar

Allahumma lakasumtu wabika amantu wa'alarizkika afthortu birahmatika ya arhamarrahimin..
Amin.....Selesai sudah puasa untuk hari ini.

Sesampainya aku dan Karjo kat Segamat daripada kL, aku dan Karjo terus berbuka bersama 4 lagi rakan kami di sebuah restoran yang berada di Segamat. We all (wah, nak muntah!) order makanan memang gempak! Tom Yam untuk 6 orang makan (Sengal+Bebal=Bangang siapa yang order tu kan?), telur dada, ikan 3 rasa (wah, meriah!), kangkong goreng belacan, udang goreng tepung dan sotong goreng tepung. Tengok menu tu pun dah dapat agak kitorang kena bayar berapa. RM100 awak! hahahaha~ Dah la Tom Yam nya rasa air masak (tawar la tu!), mintak Tom Yam 6 orang makan macam 2 orang makan je! Gila betul (sambil menggelengkan kepala). TAK BERBALOI LANGSUNG!!

After berbuka, of coz la solat maghrib dulukan? Hah, lepas tu la...kitorang or kami decide semua nak main bowling kat Segamat tu (jangan ingat Segamat bandar cikai-cikai eayh? Ade tempat main bowling tau!). Itu la first time aku jejakkan kaki dekat pusat bowling kat situ. Selama ni dengar member-member cerita je pasal tempat tu. Not bad la tempat dia. Boleh la daripada tak ada. Sampai je kat kaunter ________ (isi sendiri eayh? Tak tau la nak letak apa?), kitorang tempah la untuk bermain. Pegi 6 orang, yang main 4 orang je, aku, _______, ________, dan ________ je yang main. Ok la tuuu daripada pegi tak main langsungkan? Nak di pendekkan cerita, turn aku pulak untuk membuat balingan.




Lihatlah, bergaya bukan?? Heeeeeeeee~ Tapi kan, yang tak beznya lepas aku buat balingan tu, Ada suara ketawa menyusuli di belakang! Hahahahahahahahahahahhahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahah~ Ketawa rakan-rakan ku!

Makcik pakcik berada di sebelah turut hahahahahahahahaha jugak!

Sebab apa member-member aku ketawa gila-gila? Sebab bola bowling yang aku nak baling tu kebelakang pulak peginya! Aduhai, malu tak terhingga la rasanya! Sampai nak jilat jari pun tak boleh (apa kena mengena plak ni Afif?). Peh, yang tak boleh blah, pakcik yang berada dekat sebelah kitorang. Gelak kuat-kuat pulak tu. Kuajak sungguh perangai dia kan? Nak buat macam mana, dah bola tu nak kebelakang, so biarkan jela dia kebelakang. Takkan nak halang kan? Dah tu hala tuju yang dia pilih. So...biarkaaannnnn!!!!! Is not my fault kan?! huhuhu~ Tapi memang malu gila la time tu. Nak sorok muka pun tak sempat. Tapi.....Tapi....



Dalam tak pandai main tu, dapat jugak 2 STRIKE! Eleh.....heeeeeeeeeee~

p/s: Kepada anda semua yang rasa tak reti or tak tahu langsung main bowling tapi nak main jugak, aku nasihatkan kat korang, main pakai la topeng sebab bila terjadi perkara sebegini senang nak cover malu! Ok tak? hahahaha~ PEACE!!!


Wednesday, August 26, 2009

Kawanku Tertipu

Cerita dimulakan dengan...........Bismillahirahmanirahim.
Cerita ni berlaku 2 hari lepas daripada tarikh ini (26 Ogos 2009) ketika aku dan 4 orang lagi rakan ku sedang bersiap-siap untuk pergi ke PI (Pusat Islam/Masjid) bagi menyempurnakan solat Isya' dan terawih. Is (bukan nama sebenar) sedang memakai kain pelekat. Tiba-tiba dia bersuara, "Doh, camne nak pakai kain pelekat ni doh! Aku pakai dari tadi asyik tak betul je. Senget la, itu la, ini la". Aku dengan bongkak dan takburnya bersuara, "Ya Allah, pakai kain pelekat pun tak reti? Teruknya manusia.". "Mane aku tau doh. Aku jarang pakai kain.", jawab Is. Aku membalas, "Tak reti pakai sibuk nak pakai. Cuba kau tengok aku pakai ni. Camni hah cara pakai die. Kau pegang belah kanan ni tapi yang belah kiri tu abaikan........", balas aku dengan bersemangat. Is menjawab, "Owh, macam tuh! Baru aku tahu."."Hah, kan dah ok tuh! Hey, nak aku jugak yang ajar.", jawab aku lagi. Korang tahu tak? Takkan?? hahahahah~ Walaupun dia dah tahu cara nak pakai tapi kain dia still lagi senget. Korang tahu tak lagi? Takkan?? Aku cakap ok sebab nak jaga hati dia. Dan korang tahu tak lagi? Takkan??
AKU PUN TAK RETI PAKAI KAIN SEBENARNYAAAAAA!!!!!!!!!!!!hahahahahahahahahahahahhahahahahahahahahhahahahah~ Lawak! Lawak! Kesian Is, mati-mati dia ingat aku reti pakai kain. Aku pakai pun kadang-kadang senget! Is pun tak tahu yang aku tak tahu pakai. huhuhuhu~ Is sudah tertipu! Is sudah tertipu! Padan muka dia! Padan muka!

p/s: Dialog tak reti pakai sibuk nak pakai dan bla bla bla tuh, sengaja aku tak continue sebab aku tak reti nak explain camne keadaan dia.

p/s: Kepada Is:- Kalau kau baca nih dan selepas itu jangan la plak kau pukul aku eayh? hahahaha~ ampun! ampun!

Sunday, August 16, 2009

Karjo Si Gila

Cerita bermula begini......
Cahaya terang telah mengganggu tidur ku. Lalu aku bingkas bangun dan berkata, 'Siamang betul ar...siapa yang bukak lampu aku nk tdur ni!' Hahahahahaha~ bosan an cite camtu? Ok la, cite tanpa menggunakan ayat berbunga. Back to the story td, aku pun terjaga ar sebab member aku dah bukak lampu. Lampu tu plak terang sgt. Emmmph...mmg ptut ar aku bgn. Aku pun tgk ar sekeliling dalam bilik tu. Aku tengok member aku semua tak tidur lg kecuali budak junior aku dari Sabah. Aku pun tengok ar jam kat hanset. Mak aih, dah pukul 4pg. Budak-budak ni asal tak tido lg? Still lg online plak tu. Mata apa dorang pakai niyh? Mata ikan ke? (dalam hati aku cakap). Hahahaha...ayat td ada yg aku tmbh utk menggempakkan cite. Pastu aku sambung blk berckp dlm hati. Mak aih, dah la aku tak solat (jangan salah sangka. Bukan solat sunat tahajud eayh, tp solat Isya'. Hahahahahah...). Pastu aku takde nak tunggu-tunggu dah, aku turun daripada katil amik ubat gigi ngan pencuci muka pastu terus pg bilik ayor bak kata orang perak. Lepas settle semua, cuci muka, gosok gigi and ambik air smbhyg, aku balik ar ke bilik balik kan, takkan la nak pegi main bola plak. Masuk je bilik aku terus capai kain dan terus solat Isya'. Ngan mata yang penuh keberatan sebab mengantuk, aku pun solat. Aku rasa aku solat tak khusyuk kot? hahahahah~ Biasa la, dah mengantuk (ala selama ni solat aku banyak tak khusyuk). Huhuhuhuhu.... Lepas je abih solat, aku naik semula ke katil untuk sambung balik tidur. Sebelum nak smbung balik tidur tu, aku nak melayan perasaan dengan mendengar lagu-lagu nasyid bagi menyenyakkan lagi tidur ku (orang patut baca doa tidur ke, ayat kursi ke kan). Lepas tu aku ambil hanset aku yang berada bawah bantal lalu menghidupkannya. Bukak je hanset aku tu kat wallpaper aku tu ada gambar aku tengah tidur ngan gambar member aku si Karjo (bukan nama sebenar) sambil tengah buat muka comel! Siapa tak paham aku bagi tau keadaan dia cmne. Alaa..cam ambil gambar berdua cmtu ar...tp aku tengah tidur, si Karjo ni plak posing wat muka paling-paling comel. Apa lagi aku pun berkata, '%$#^$#@ Karjo! %$#@^&* kau memang nak kena *&^% Karjo!'. Hahaha~ lebih kurang camtu ar ayat aku. Hei, tu la padahnya bila tidur mendahului member-member yang belum tidur. Kan dah kena. Hah, morale of the story kat sini, jangan la tidur lagi kalau member-member anda (yang ada perangai gila macam member aku) belum tidur lagi ok? Nak tidur biar tidur sama-sama. Takut terjadi perkara sebegini la. Sekian.

p/s: Cerita ini terjadi pada 16 Ogos 2009 pada pukul 4pg.
p/s 2: Terima kasih Karjo kerana sudi menghasilkan wallpaper yang agak menarik eayh? Luv u so much
p/s 3: Gambar tersebut tidak dapat disiarkan atas sebab-sebab menjaga saham diri. Heeeeeeeee~