Sunday, September 4, 2011

Adakah Itu Tabiat Atau Tebiat?




Korang pernah terfikir tak bila mana satu tabiat korang selalu atau terbiasa lakukan dan tidak boleh untuk tinggalkan kadang-kadang korang rasa itu bukan tabiat tapi tebiat. Macam-macam tabiat manusia ada dekat muka bumi ni. Ada orang lain tengok pelik, kadang-kadang tu ada yang menjijikkan dan ada pula yang kelakar.


Suka Beli Surat Khabar Tapi...
Aku mempunyai satu tabiat yang aku rasakan pelik. Aku suka sangat beli surat khabar. Kalau sehari tak beli jiwa aku macam kosong sangat. Semacam ada yang tak kena. Tapi yang menyebabkan ia menjadi pelik, aku jarang baca. Maksudnya, aku selalu beli tapi kadang-kadang tak pernah baca langsung. Hahaha. Pelikkan? Korang rasa ini tabiat ke tebiat??


Suka Menghidu
Aku ada sorang kawan dan dia mempunyai tabiat suka sangat menghidu. Aku rasa perkara ni dialami oleh 3/10 manusia di muka bumi ni. Yang membuatkan tabiat ni pelik, dah dia tahu kasut tu memang dah terpijak taik kucing, dia lagi nak hidu benda tu, Lepas tu kalau bab makanan, dia suka sangat cium bau makanan tanpa tujuan. Plus, dia suka hidu kuku kaki yang telah di potong. Dia akan ambik kuku kaki yang dipotong tu tadi dan terus cium baunya. Adoooiiii... Korang rasa ini tabiat ke tebiat??


Gigit Kuku
Yang ni korang mesti dah biasa tengok orang yang suka menggigit kukukan? Orang macam ni biasanya, kuku dia selalu pendek dan tak pernah panjang. Yelah, tiap-tipa hari gigit je kejenye, macam mana kuku tu nak panjang. Tapi setakat ni aku belum pernah jumpa lagi la yang suka gigit kuku kaki. Kalau ada mungkin itu jugak menjadi persoalan adakah itu tabiat atau tebiat.


Goyang Kaki
Ini bukanlah peribahasa tapi ini adalah satu tabiat yang kebanyakkan orang suka melakukannya. Kita boleh lihat spesies-spesies ini di dalam dewan-dewan peperiksaan. Ini jugak adalah sebahagian tabiat aku masa dalam dewan peperiksaan. Tujuannya untuk memanaskan kepala otak. Hahah. Tapi ia akan menjadi persoalan sama ada ianya tabiat atau tebiat bila kaki digoyangkan secara extream sampai meja-meja semua terangkat.


Banyak lagi sebenarnya tabiat-tabiat manusia yang bila difikir-fikirkan balik mungkin ia adalah tebiat bukan tabiat. Apa-apa pun tanpa tabiat-tabiat, hidup kita tak diwarnai dengan keceriaan untuk kita tersenyum sendirikan?

..SEKIAN..

4 comments:

  1. such a great entry..
    baca smbil guling2 kat lantai sebab teruja membaca entry yg sempoi but nice.. adakah ini tabiat atau buang tebiat?? hehe..

    ReplyDelete
  2. Biey~
    Really?? I didnt expect that. nywy thnx. ^_^

    p/s: owh, itu bkn tabiat atau buang tebiat tp itu kerenah. mcm2 kerenah. hahah.

    ReplyDelete
  3. elo..elo..Slamat Hari Raya..
    urm...cuma nk share tabiat utk Surat Khabar.. mmg tetiap hari beli, klu awal2 biasa pagi la.. just tawaf aje, bila dh ada masa senggang baru baca. Once dh start baca..., xleh sapa kacau n amik masa lama nk abiskan sbb baca sume except iklan.. :)

    **
    xkisah la tebiat @ tabiat @ kerenah. Coz..,the basic thing is that everyone wants happiness, no one wants suffering. And happiness mainly comes from our own attitude, rather than from external factors. If your own mental attitude is correct, even if you remain in a hostile atmosphere, you feel happy. Betul tak???

    hihihihi...

    ReplyDelete