Assalamualaikum wtb.. Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani.
Entry kali ni mungkin akan menarik minat kaum-kaum seperti saya (Kaum Adam). Mungkin la kot. Kalau korang tak berminat, aku tak tau la. Mungkin korang songsang agaknya. Nauzubillah..
Cerita pasal bidadari syurga, kalau korang baca mana-mana artikel, buku-buku, kitab-kitab atau bahan bacaan, mesti kebanyakkannya akan menceritakan betapa indahnya makhluk ciptaan Allah tu. Itu membuktikan bahawa makhluk ciptaan Allah itu benar-benar indah penciptaannya.
Sebelum aku ceritakan tentang entry aku kali ni, terlebih dahulu ingin sekali aku menceritakan kecantikan bidadari syurga ini. Bidadari syurga adalah makhluk ciptaan Allah yang sangat sempurna penciptaannya sehingga tidak dapat menjangkau akal fikiran (imaginasi) manusia. Kecantikan, kelembutan, kejernihan mengatasi wanita yang paling cantik yang ada di atas muka bumi ini. Korang memang sukar nak bayangkan betapa cantiknya mereka kan? 'Sama dengan' la aku pun. Allah SWT menyembut mereka dengan panggilan 'hur al-ain' iaitu wanita yang berkulit putih dan bermata lebar dengan bola mata yang sangat hitam bak mata rusa yang sangat cantik (Jangan pandai-pandai korang nak lukis sorang wanita bermatakan rusa walaupun korang sangat kreatif eayh). Suara mereka juga sangat merdu berkali ganda lebih merdu daripada suara yang pernah korang dengar dekat dunia ni.
Dalam hadis al-Bukhari daripada Anas bin Malik, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, "Andai seorang bidadari syurga turun menampilkan dirinya kepada penduduk dunia, nescaya teranglah apa yang ada di antara timur dan barat, penuh la apa yang ada di antara kedua-duanya dengan wangian. Tudung yang menutup kepalanya lebih indah daripada dunia dan seisinya.". Hah, masih tak dapat bayangkan? Memang tak laa.. Subahanallah, sangat indah ciptaan Maha Esa.
Betulkah Bidadari Syurga Sedang Memerhati Calon Suaminya Di Dunia?
Ya, mereka sedang memerhatikan calon suaminya di dunia. Kecintaan bidadari syurga terhadap suaminya sangat mendalam sehingga mereka sering kali mengintip calon suaminya yang masih di dunia lagi. Mereka sangat marah melihat calon suaminya disakiti oleh isteri-isteri mereka di dunia sehingga mereka berkata, "Celakalah engkau, ia hanya sementara bersamamu. Tidak lama lagi dia akan segera berpindah kepada kami." (Al-Tarmizi meriwayatkan daripada Muaz bin Jabbal sabda Rasulullah SAW)
Tapi siapa calon yang sedang mereka perhatikan itu?
Calon-calon itu ialah hamba Allah yang telah menyediakan mas kahwinnya untuk dipinang disyurga nanti.
Berapakah mas kahwinnya?
Bukan berapa, tapi apa. Mas kahwinnya ialah pelbagai amalan ibadah dan pengorbanan dijalan Allah. Mudah bukan untuk menyediakan mas kahwinnya? Hahahaha.. *Gelakkan pada diri sendiri.
Jangan kta mimpi mahu mendapatkannya kalau kita sendiri nak berzikir selama seminit pun payah. Kalau kita nak korbankan masa sujud kepada Allah pun susah. Ingat, seditik kita menurut kemahuan nafsu kita di dunia, sikit-sikit nikmat di syurga akan hilang.
..SEKIAN..
kalau ade button like...sure da tekan like da untuk entri ini!!!
ReplyDeleteEn.kasot, di syurga nanti dikatakan lelaki akan dikelilingi (dapat) bidadari. tetapi, adakah wanita akan dapat bidadara?
ReplyDelete*adakah (seperti) apabila kita hajati sesuatu di syurga, kita akan dapat seperti yang dihajatkan?
(jadi saya nak bidadara yang hensem)
?
cik ell,di syurga nanti wanita yg sudah berkahwin akan bersama dengan suaminya di dunia dahulu dan wanita yg belom berkahwin akan dinikahkan dengan lelaki yg belom berkahwin semasa di dunia dahulu,klau nk thu secara terperinci cik tnyalah dengan ustaz2,wallahuallam
DeleteAku Bukan JLo~
ReplyDeleteHahahaha... like dlm ht pon da bersyukur daa..
eLL~
Yg ni klakar.. sye xtau laa. mgkn la kot. buat mse ni xpnah plak dgr ade cite pasal bidadara.
Yup, ape sje yg ktew mahu Allah akn kabulkan mse tu jgk. sbb syurga ialah tmn yg plg3 indah dan kekal abadi.
tapi, tak adil la kalau lelaki je yang berteman. wanita pun nak bidadara jugak. kan?
ReplyDeleteekceli ustaz pernah cakap 'akan dapat' bidadara juga. siriyes
eh, tak la tak la....
ReplyDeleteperempuan tak akan dapat bidadara lah.
huhuhu.
tapi di syurga nanti, Allah bagi nikmat bahawa, perempuan muslimah yang baik adab budi pekerti and mentaati Allah dan suami nya, dia akan lagi chantik dari bidadari syurga. :)
walaupun di dunia dia tak berapa chantik tapi sekiranya taat pada perintah Allah dan taat pada suami,
Allah kurniakan dia kechantikan berape kali ganda ntah dari bidadari syurga.lupe lak.hehehe.
time tu nanti, suami yang ditaati nya akan terkejut tengok isteri die sbb terlaluuuuuu chantik mengalahkan bidadari yg plg chantik di syurga nanti.
Wallahualam. :)
Dye Kronniesar~
ReplyDeleteAgreed!!
Suka entri ni.hehe.Ainul Mardiah,bidadari syurga yang saya selalu dengar orang sebut.btw,nice blog!
ReplyDeleteZuratul Ain~
ReplyDeleteThnx a lot.. alwys keep in touch.
Salam,
ReplyDeletebukan kaum adam je berminat.
kaum hawa pon minat juge (:
haha,btw first time dropping by.
nice blog !
AD~
ReplyDeletehahaha..tu latu. thnx!
best entry ni..
ReplyDeletetp,,seyes,,mcm x adil pulak untuk mak2 kalau ayah dapat bidadari kat syurga nnti.. nnti mak2 kita x berteman la ye..??
huhu..
*teringt kata2 mak- abg, nnti kat syurga abg kena pilih sy jgk. JANGAN pilih bidadari. LOL!! XD
cAnDy A.N.A~
ReplyDeleteBg kaum hawa tdk perlu khuatir sbb spt yg mmber ktew mention kt ats, wanita yg taat akn suruhan Allah dan mentaati pd suami, mrk sume akan klhtn lbh cntek dpd bidadari syrga. (^_^)
kawan-kawan sume, satu je yg perlu korg igt.. Allah itu Maha adil.
ReplyDeleteencik kasut puteh..boleh tak saya nak share entry ni..sangat menarik
ReplyDeletehalimatus sadyah~
ReplyDeletebe my pleasure.. nywy thnx krn sudi share thz entry..
sangat sukeee en3 nih.huhu!
ReplyDeletebidadara?
ReplyDeletehurm...
saya dah jeles kalau hubby ada bidadari nanti... huhuhu.. tak pasal2 cemburu buta!
ReplyDeletesalam.. suke entry ni. kalau bole sy nk copy ekkk...
ReplyDeletekita x mampu gmbar nikmat syurga tu mcm mna..so utk elakkan timbul perasaan x puas ati or dengki,baik kita yakinkan diri bahawa Allah tu Maha Adil..drpd sekecil2 benda pn Allah akan titikberatkan.Allah x kan zalim pada hambaNya yg dh berusaha tuk dptkn syurga.so klu kita berhak utk dpt segala nikmat tu,minta je la apa kita nak,insyaAllah dapat.even sya sndiri nk mintak bidadari syurga jgak,wpun sya prmpuan(jgn pikir lain,sya x buat benda2 terlarang okey) ,sebab disyurga nnti kita bleh mntak apa sja yg kita dh tahan or lawan nafsu msa kt dunia.ada yg kata x mungkin akn dpt,tpi spa yg memberi segala nikmat tu?manusia ke Allah?spa yg decide kita dpt ke x?manusia ke Allah?even kita nk bidadara ke,pelayan2 kacak ke,spa yg bagi?manusia ke Allah? x perlu pikir adil ke x adil sebab x dapat bidadara or pelayan2 kacak,sebab apa je kita nak,Allah akn bagi kt syurga.so tetapkn hati,bahawa syurga itu milik Allah dan hanya Dia yang berhak menentukan segala nikmat..yg penting,kita kena usaha lawan nafsu ddunia n masuk syurg,baru leh dpt semua nikmat tu kan.peace.=)
ReplyDelete