Apa yang akan terjadi sekiranya PTPTN dimansuhkan dan belajar di IPT secara percuma?? Apa akan jadi weayh? Before aku ulas benda ni lebih lanjut, aku nak tegaskan disini bahawasanya aku bukanlah orang kuat kerajaan mahupun pembakang dan aku ingatkan dekat korang awal-awal bahawasanya entry ini tidaklah mempunyai unsur-unsur berat sebelah (bias).
Kenapa perlu PTPTN dimansuhkan?
Sokong : Kau nak menggalakkan golongan macam kita (anak-anak muda) berhutang ke dol? Belum bekerja dah di bebani hutang! Macam mana kalau tak sempat nak bayar sebelum mati nanti? Kau nak roh kau tergantung antara langit dengan bumi ke sampai kiamat?
Bangkang : Eleh, kalau takde PT pon korang berhutang jugak. Kereta, rumah! Korang ada duit cash ke nak bayar semua tu? Hutang jugak nanti. Itu pun hutang tu sempat bayar. Selamat la kau dekat akhirat besok.
Sokong : Itu dah bekerja nanti takpe laa. Ni belum bekerja dah di bebani hutang. Pastu tambah hutang rumah, kete. Kalau kawin, hutang jugak. Adooiiii....
Bangkang : Habis mana nak cekau duit untuk sambung belajar? Ada orang nak sedekah ke?
Sokong : Sebab tu kita sokong PTPTN mansuh, belajar free kat IPT.
Bangkang : Lepas tu? Semua orang jadi malas? Itu kau nak tengok? Anak bangsa kita dah la PEMALAS semuanya.
Sokong : Asal kau cakap macam tu?
Bangkang : Berapa ramai yang pinjam duit PTPTN tu gunakan sepenuhnya duit pinjaman dorang hanya untuk kos belajar? Setakat yuran dekat IPTA tu, berapa sangat. Itu pun kerajaan dah tanggung sikit. Tinggal bape kerat je kita kena bayar. Kadang-kadang buku pun kita tak beli yang baru sebab mahal. Yela takut duit PT habis tak dapat nak enjoy. Kalau boleh carik senior-senior beli secara pukal dengan dorang. Dapat jimat kos. Itu takpe la kalau lepas tu kite study pastu dapat 4 flat. Emmmphhh, tak sampai semester 6, dah lingkup. Dismiss! Quit sebab tension belajar! Cube kau bayangkan kalau belajar free?
Sokong : Dorang tu semua bodoh!! Aku tak buat macam tu pun. Aku guna sebaik mungkin dan simpan sedikit untuk masa depan. Tapikan kalau belajar free dapat bagi peluang dekat orang-orang miskin atau yang tak berkemampuan untuk sambung belajar.
Bangkang : Alhamdulillah sangat kalau semua geng-geng kita macam kau. Habeh, PT ade ni tak bagi chance kat dorang ke?
Sokong : Itu hutang!! Hutang bro! Hutang! Kau bayangkan eayh kalau hutang PT dekat 15, 000 (lima belas ribu), lepas belajar menganggur pulak. Tak pun dorang dapat kerja yang tak berapa baik. Macam mana dorang nak cover balik untuk bayar hutang PT tu? Beban hidup beb!!
Bangkang : Kau ulang balik soalan kau tu? Tak pun kau pahamkan balik soalan kau tu? Kau tanya aku macam tu? Patut aku yang bertanya soalan sedemikian rupa dekat kau! Sekarang kau sediri dah bagi penjelasan tentang betapa malasnya bangsa kita nanti kalau PTPTN dimansuhkan dan belajar secara free. Bro, PTPTN memang la bagi pinjam. Tapi kau tak perasan ke sebenarnya dorang menggalakkan kita berusaha dengan lebih rajin dan gigih. Kau tau kan kalau kita gred dengan keputusan yang sangat cemerlang, pinjaman akan bertukar menjadi biasiswa. Maknenye kita akan dikecualikan daripada bayar balik PTPTN tu. Tak caya kau tekan link ni. Metro Ahad Online. Kau bayangkan eayh kalau kita dapat belajar free tanpa perlu memikirkan soalan siapa dan di mana datangnya duit kau nak bayar buku, yuran pengajian tu semua. Kau rilek je. Otak pun lapang. Kalau aku la, ok, kalau aku la seorang yang malas macam ni, macam sekarang ni, kau ingat aku kisah ke nak belajar dah kalau belajar pun free? Takde beb. Aku takkan belajar betul-betul. Aku akan target cukup-cukup makan je. Belajar free je kot. Come on! Buat apa nak pikir tu semua. Asal lepas dapat degree sudah la. Kerja pun confirm-confirm dapat. Bro, bagi aku, jika PTPTN mansuh, belajar pun free, makin ramai mahasiswa menjadi semakin malas. Lagi-lagi bangsa kita bro. Banga Melayu. Sekarang pun dah malas entah macam mana kalau PTPTN mansuh pastu belajar free. At least, dengan adanya PTPTN lepas tu dia buat pulak skim pengecualian pembayaran balik tu, secara tak langsung, ia mendidik bangsa kita untuk lebih berusaha keras. Kita ni, manusia yang tak pernah cukup dengan apa yang ada. Memang betul, aku akui semua tu. Aku sendiri tak pernah puas dengan apa yang aku ada. Malah yuran yang hanya RM700 tu pun aku masih merungut mahal sedangkan dekat IPTS lagi mahal. Tapi tu la, manusia tak pernah bersyukur dan puas dengan apa yang ada. Bro, dalam kesulitan pasti ada jalan keluarnya. Jika kita tak nak di bebani hutang, usaha la dapatkan result cemerlang.
Daripada dialog yang aku reka sendiri tu, aku luahkan pendapat aku melalui persoalan hati (Sokong) dengan pemikiran jawapan sendiri (Bangkang). So, ini hanyalah pendapat aku dan apa yang aku rasa. Bagi aku, setiap orang berhak meluahkan pendapat masing-masing, asalkan tidak menyinggung mana-mana pihak dan menyentuh sensiviti masyarakat pun sudah ok. Mungkin yang melakukan demonstrasi terhadap pemansuhan PTPTN tu jugak salah satu cara untuk meluahkan perasaan dan memberi pendapat. Aku tak sokong dan aku jugak tidak mengutuk cara mereka. As long as tidak ada cetusnya kekecohan sampai tertumpahnya darah sudah la.
..SEKIAN..
as salam :)
ReplyDeletesecara jujur saya sokong kata2 anda
klau mansuh PTPTN dn bgi bljr free dkt U ..nnti mkin ramai lah yg malas nk bljr..sbb dorang fikir x pe,aku bljr x bgus mane pon ade org support -.-
biasanya yg bantah PTPTN ni jenis yg mohon dkt semua pihak,buat muke x tau malu nk dptkn tndtgn semua pihak..tup tup dpt duit PTPTN
lps dpt duit PTPTN terus enjoy..prgi shopping lah,prgi melancong
lps dh hbis bljr..merugut ada hutang bnyk -.-
dasar kacang lupakan kulit
waktu dpt duit..puji melambung,beli mcm2
bila dh hbis bljr,kutuk sana sini sbb x dpt byr hutang -.-
saya setuju.
ReplyDeletebtul jugak tu. kalau nk bg pendidikan free, mmg makin lama org makin malas n tak menghargai.cube la tgk budak2 sekolah skrg. dpt pndidikan free, yuran dimansuhkan. pegi skolah pon main2 je. tak serius.
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDelete"lau bjaya mansuh n pengecualian pembayaran dilaksana,sape nk tanggung kos berbilion y ditanggung gov skang?...economy negara blh jtuh merudum coz ptptn jugak sbhgian besar y menjana ekonomi negara kalau pemansuhan PT djlankan scra tibe2.."
Deletemy cmmnt:- tp klau boleh biarlah sbhgn pndptn krjaan bkn dr hsl byrn blk pnjmn, krn itukn riba (ade interest). krajaan ptut ikt kata2 'Rakyat di dahulukn pncapaian di utamakn' means pnjamn PTPTN wthout any interst rate. kn lbh molek. buat aml melalui pnjmn tu. mgkn generasi soh mnsuhkn sbb PTPTN got interst rate kot kn? mmg x msuk akal klau krajaan nk tgung berbillion2 rggt jst for education. tp dlm Islam jgk mnekankn agr kte mndpt pndptn dr sumber yg halal. mgkn klau PTPTN wthout interst rate ngera lebh diberkati. just my opinion.
PTPTN ade interest 1% korang kata riba,korang buat pinjaman bank interest melambung2 xkata plak riba, xsuruh plak cari dari sumber yang halal, kalu korang buat bisnes contoh bisnes jual kerongsang,knape xjual harga modal?kenapa jual lebih dari harga modal??buat amal kanPTPTN 1% tu upah pentadbiran diorang, PTPTN bukan kerajaan.tugas diorang mengagihkan dan pinjaman kepada pelajar, gaji kakitangan PTPTN bukan kerajaan yang tanggung,diorang tanggung sendiri,
Deletetme ksh ats pndgn anda smua. ^_^
ReplyDeletePTPTN tdk patut d'mansuhkan
ReplyDeleteparents saya yg brgaji rm9000 pon t'kial-kial nk sara kami (2 org adik beradik yg mlnjutkn pljrn di U )
walaupon saya tdk m'gambil PTPTN tpi saya rasa kesian dkt org yg x mampu ,walaupon yuran free (if jadilah) mcm mana org miskin nk teruskan khdpun dkt U ? duit belanja mknn lah , duit beli kertas2 lah dn mcm2 lgi .
Harap2 sgt PTPTN x mnsuh ..klau tak,peluang untuk org x mmpu yg ingin m'lanjkan pljrn dkt IPTA mkin nipis .
setuju! dua tuju! dan bertuju2!
Deleteas salam..sekadar secebis pandangan..bagi saya ,alangkah indahnya perkara ini dibawa berunding bersama,cetuskan
ReplyDeletesebuah keadaan menang2 antara kedua pihak..sewajarnya bagi saya,ptptn ini tdk prlu dimansuhkan,kerana eianya memberi kepentingan kepada pelajar2.namun begitu,kadar 1 prtus yg dikenakan itu seharusnya dimansuhkan kerajaan dan pemberiaan ptptn secara percuma kpada 1st class level perlu disusun semula.sbgai cntohnya,spti y kta sdia mklum glgan pljr y mndapat 1st class level tdk plu mbyr pjmn itu smula..,dan mengapa tdk ntk 2nd class lvl dan kebawah dbri pgurgan byarn ptptn..krna mrka jga mmpnyai potnsi sbgai mdal insan ngra..andai pljar y mmpnyai pointer 2.5(sbgai cnthnya)kebawah mrka ini y plu mbyar pnuh,krna tidak cmrlg..
sya SETUJU bang!! mari kte usulkn perkare ni. ^_____^
Delete^^ ini mungkin adalah penyelesaian y tbaik bagi saya..siapalah kita nk usul perkara sebegini..:(
Deletesebagai contoh org akan jadi malas bila pendidikan diberikan secara percuma.
ReplyDeletetime sekolah dulu, boleh dikatakan semua org pergi tuition. kt tuition, elok senyap tekun belajar. sebab apa, sbb parents spent beratus bayar yuran bulanan.
tp kt sekolah, cikgu ajar kt depan, kt belakang sibuk bersembang. x kisah pun. sbb sekolah kan free n dah pergi tuition pun.
cuba kalau kt sekolah tu kena bayar yuran bulanan. harus semua tekun belajar. silap2 tuition pun x amik.
just my 2 cent!
kaaannnn??? ^_^
Deletesetuju!! manusia selalunya tak pernah bpasu hati dgn apa yang ada
ReplyDelete'bpasu hati' tu bntg ape pulak?? ^^
Deleteok love this entry..
ReplyDeletesgt setuju..memang tak ptt ptptn dimansuhkan sbb pelajar xde point untuk buatkn diorang berusaha keras..
lingkup bangse kite kalau semua bende kerajaan nak suap..
manja sangat!
bagus entry awak. pelik.pelik.pelik. pelik dgn segelintir org melayu ni. tengok gambar atas tu pun dah memalukan. 'kami memerlukan kebajikan' camtu tak ada beza la dgn peminta sedekah. logik akal peminjam kena bayar balik, lepas ni minta pula bank mansuhkan loan bank, loan kereta. tengok je la britain yg dulu hebat, sekarang dlm krisis ekonomi sebab byk sgt bagi benefit pada rakyat tapi income tak ada. n siapa yg jujur 100% study loan guna utk study. apa hukumnya pulak pasal tu kan kalau pandai ckp pasal riba segala.
ReplyDeleteapa kata lepas ni mansuhkan ptptn, kemudian siapa nak belajar buat pinjaman bank. lepas tu berarak la depan bank, tgk diorg layan ke tak.
Melayu tolonglah berubah..cina hidup belajar hidup susah..sebab itu mereka senang sekarang..jangan mengharapkan subsidi sahaja
ReplyDeleteTAPI UNTUK BUDAK DIPLOMA MACAM SAYA, WALAUPUN POINTER SAYA ALHAMDULLILLAH 3 POINTER KE ATAS, PTPTN TETAP TAK TUKAR JADI BIASISWA PUN. KITAORG MASIH TETAP KENA BAYAR HUTANG PTPTN WALAUPUN KITA ORG NH DEANLIST ;( SEDIH KAN?
ReplyDeleteaku harap PTPTN mansuhkan dia pnya charge yg melampau...sekian.
ReplyDeleteaku agree sangat-sangat. aku antara budak yang pemalas nak score dan belajar rajin-rajin walaupun aku tahu aku kena bayar balik 42k yang aku dapat daripada ptptn. dan bagi duit free suruh belajar dekat student macam aku hanya membazirkan duit rakyat! haha :D tapi bila fikir balik kan, baik duit tuh bagi kat aku daripada beli handbeg rosmah :) lagi aku rasa rugi.
ReplyDelete*just an opinion
miss aaainaa , ko jangan propaganda terlebih sudah! dasar pemalas cakap pemalas, tak payah lapik dan fitnah orang lain. ni lah contoh, org gila politik mcm miss ainaaa. ahli bersih kot. pirahhh
ReplyDeletehbat la entry kasot puteh ni. hahaha. ade jugak idea aku nak jawab interview esok! gracias! :P
ReplyDeleteyeah....really agreed with u.... if dimansuhkan.... yang ditangung just yuran pelajaran..... cam ne ngan makan?mnom?sewa umah? minyak kreta/mtor? n enjoy2 uw... tipoo la law amik ptptn x gune tok smua uww.... sanggop ke krajaan tanggung smua tu?? dgan gaji pensyarah, tkang kebun, maintanance bgunan IPT uw.... huhuhuhu....
ReplyDelete