Tuesday, December 4, 2012

Allah Sudah Memperingatkan Tanda-Tanda Akhir Zaman

Nauzubillah..  Mari saksikan benta video dibawah ni.


Antara tanda-tanda akhir zaman.

Ahli Ibadah Yang Bodoh Dan Qari Yang Fasik;- 
Daripada Anas r.a. ia berkata bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: Kelak, di akhir zaman, akan ada ahli ibadah yang bodoh dan para qari yang fasik;- (Riwayat Ibnu ‘Adi).


رَبَّنَا لاَ تُزِغْ قُلُوبَنَا بَعْدَ إِذْ هَدَيْتَنَا وَهَبْ لَنَا مِن لَّدُنكَ رَحْمَةً إِنَّكَ أَنتَ الْوَهَّابُ

"Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami dan kurniakanlah kepada kami limpah rahmat dari sisiMu; sesungguhnya Engkau jualah Tuhan Yang melimpah-limpah pemberianNya" (Al-Imran: 8)

Sesungguhnya Allah swt itu yang membolak-balikkan hati.

..WALLAHUALAM..


Sunday, December 2, 2012

Masih Belum Berakhir



"I would like to clarify once again – there will be no Palestinian state without an agreement guaranteeing the security of Israel's citizen, there will be no Palestinian state before the State of Israel is recognized as the Jewish people's state, and there will be no Palestinian state before the Palestinians declare the end of the conflict." 

Netanyahu, B. (December 2012). After UN vote, Israel to suspend PA funds. Retrieved from http://www.ynetnews.com



Wahai orang-orang beriman, ingatlah..

"Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut ugama mereka (yang telah terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka): "Sesungguhnya petunjuk Allah (ugama Islam itulah petunjuk yang benar". Dan demi sesungguhnya jika engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya (wahyu yang memberi) pengetahuan kepadamu (tentang kebenaran), maka tiadalah engkau akan peroleh dari Allah (sesuatupun) yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepada mu." (Surah al-baqarah: 120)

"Tidak akan berlaku kiamat sehinggalah seluruh umat Islam berperang dengan seluruh Yahudi. Umat Islam akan membunuh mereka sehinggakan apabila mereka bersembunyi di sebalik batu dan pokok, tiba-tiba pokok-pokok dan batu-batu itu bersuara menjerit memanggil umat Islam agar datanglah kamu ke sini dan bunuhlah orang-orang Yahudi itu, kecuali pokok 'Gharqad', kerana ia adalah pokok Yahudi". (Hadith Sahih riwayat Al-Bukhari dan Muslim).


Gagahkan iman mu,
Kentalkan jiwa mu,
Latih keteguhan mu terhadap,
Agama mu,
Tuhan mu yang Esa,
Jiwa yang kental, 
Iman yang teguh,
Membawa keberanian untuk berjihad di jalan Allah..

..WALLAHUALAM..


Wednesday, November 21, 2012

Lagi Pencerahan Isu Boikot McDonald

Video ini boleh menjelaskan sedikit kekeliruan korang tentang isu Boikot Israel..



..WALLAHUALAM..

p/s: Moga terjawab segala kekeliruan nak boikot. LOL! insya-Allah....

Tuesday, November 20, 2012

Sambungan Dari Isu McDonald (Entry semalam)

Nampaknya isu ni semakin hangat diperkatakan di laman-laman social. Ada ramai yang tidak bersetuju, ada ramai yang bersetuju untuk memboikot barang-barang Israel. Malah tadi lecturer subjek entreprenuership aku pun nampak seperti tidak bersetuju dengan cara rakyat-rakyat Malaysia memboikot barang-barang Israel terutamanya McDonald. 

McDonald menjadi isu besar dalam hal ini kerana, dia adalah antara penyumbang terbesar income kerajaan sebab cukai dan tak dinafikan jugak memberi banyak peluang pekerjaan kepada rakyat Malaysia. Malah, banyak lagi produk-produk yang pengasasnya berbangsa Yahudi (Israel) ada di Malaysia. Masalah ini membuatkan most of product yang kita guna pakai tak kiralah makanan ke, pakaian ke, service ke, kebanyakkannya yang mewujudkannya adalah orang-orang Yahudi itu sendiri. In other word, kita tidak boleh lari untuk tidak menggunakannya (produk-produk Israel). Harus diingat, tak semua bangsa Yahudi itu jahat dan tak semua orang Islam itu baik. Kita tidak tahu ke manakah arah tuju keuntungan mereka yang mereka peroleh (firma-firma yahudi) ini akan disalurkan? Mungkin ke dana ketenteraan Israel atau mungkin tidak. Kita semua sedia maklum bahawa Amerika adalah sekutu utama negara Zionis itu. Sejak dulu lagi, Amerika telah memberi bantuan berupa dana kepada negara Israel itu terutama dalam hal ketenteraan. Masuk tahun ini hampir beratus billion dolar telah disalurkan. Sejauh mana kesahihan berita ini? Tapi boleh jadi ianya benar. Wallahualam. 

Kalau kita bukak balik atau belek balik al-Quran, Allah telah berfirman dalam ayatnya:-

"Sekali-kali tidak akan redha orang-orang Yahudi dan Nasrani sehinggalah kamu mengikut jalan-jalan hidup mereka." (Al Baqarah: 120)


Apakah tujuan Allah berpesan melalui ayat ini di dalam al-Quran? Tentu sekali Dia suruh hamba-hambaNya yang beriman berhati-hati dengan musuh-musuh Islam ini. Bukan maksud kita dah cop Yahudi dan Nasrani 'JAHAT', bukan.. Tapi berhati-hati dengan kebaikan yang mereka lakukan. Boleh jadi ada muslihat boleh jadi mungkin memang mereka-mereka ini telah mendapat hidayah. Siapa tahu kan.. Eh? Macam lari tajuk pulak. Ok berbalik kepada McDonald di Malaysia ni. Boikot atau tidak? Boikot atau tidak? Kalau kita boikot, McDonald tutup, rakyat Malaysia kurang peluang pekerjaan. Kalau kita boikot pun banyak lagi dana-dana dorang (Israel) datang dari tempat lain. Macam takde function pulakkan? Lagipun banyak lagi produk-produk Israel ada dekat pasaran Malaysia dan siapa yang bertanggungjawab, sudah tentu kerajaan Malaysia. Dan lagipun, most of product tu sendiri kerakyatan owner firmanya kita tak tau. Boleh jadi dia American tapi bila di kaji selidik, mak bapak berdarah Yahudi. Hmmm... Korang pahamkan? Sekarang hampir kesemua produk yang top dekat dunia dari Amerika tapi pengasasnya berbangsa Yahudi. Kira Yahudi ni boleh kata ada dekat mana-mana je dekat Amerika tu. Lagipun, dorang dah plan untuk buat kerja ni berkurun lama dah pun. Sejak zaman nenek moyang kita lagi. So takleh lari dah dari barang-barang Israel. 


So, macam nilah. Bagi aku la. Ini pendapat aku la. Aku tak nak kata yang makan McD tu semua barua Israel. Yang tak makan McD dan boikot tu True Muslims. Tak. Takleh kato gitu sebab aku dulunya pun selalu sangat makan McD. Dalam al-Quran sendiri pun takde menceritakan hukum-hukum makan McD itu boleh buat orang berdosa besar atau jadi kafir. Bagi aku, ia suatu hak individu untuk memboikot atau tidak. Lagipun kerajaan sendiri tidak menetapkan untuk memboikot produk-produk Israel. So takde guna jugak. Dari ayat 'Boikot' itu sendiri ia adalah sebagai satu tanda kita memprotes atau menunjukkan 'ketidak-sokongan'
 kita kepada sesuatu perkara. Jadi macam ni, ia bergantung kepada niat. Kalau niat kita tidak mahu lagi makan McD atau guna barang-barang Israel yang kita tahu kerana ingin menunjukkan rasa kebencian kita terhadap musuh Islam itu di atas perbuatannya dan juga mencari redha Allah, insya-Allah dapat pahala. Kalau korang rasa, "Aku sehari tak pekena burger McD ni rasa nak sepak orang je." pun tak jadi masalah nak terus tidak memboikot sebab masih takde fatwa yang mengeluarkan kenyataan, makan atau guna segala produk Yahudi itu haram. So kita tak tau apa hukumnya bukan? Ini semua kerja-kerja para ulama. Terpulang as long as kita sentiasa mendoakan keselamatan, kesejahteraan saudara-saudara kita yang berada disana cukuplah. Nak pegi berjihad ke sana pun masih bukan waktunya. At least kita ada jawapan untuk dijawab bila Allah tanyakan apa yang kita lakukan bila saudara-saudara kita ditindas dan dizalimi. At least kita masih boleh beri jawapannya iaitu doa. 

Konklusinya, nak boikot pun tak jadi masalah tak nak boikot pun tak jadi masalah. Seelok-eloknya boikotlah walaupun tak terkesan sedikit pun at least orang lain tahu bahawa kita betul-betul menentang keras tindakan Zionis tu. 



..WALLAHUALAM..

p/s; Kepada yang beria-ia nak suruh kerajaan Malaysia pegi anta kapal perang, jet pejuang ke Gaza bantu Gaza tu, hentikanlah sebab mungkin belum sampai waktunya lagi. Allah dah janji bahawa kemenangan pasti akan datang pada Islam. So, masih belum tiba waktunya lagi. Eh, tak perlu risaulah. Kalau besok adalah hari seperti yang dijanjikan Allah, besok jugak pejuang-pejuang Palestine tu dapat hancurkan Zionis sebab janji Allah itu pasti. Jadi tak payah la nak kutuk-kutuk kerajaan Malaysia beli jet mahal-mahal la ape la. Kerja kita sekarang menginfakkan harta dan berdoa. Jangan putus melakukan dua perkara tu sebab perancangan Allah ni hanya Dia saja yang tau. 

p/s: kepada yang masih belum baca entry aku pasal McD tu boleh scroll ke bawah. TY.

Monday, November 19, 2012

McDonald Malaysia Tidak Menyalurkan Sebarang Bantuan Wang Kepada Negara Israel?

Baru-baru ni kecoh kenyataan yang mana McD Malaysia telah mengeluarkan kenyataan yang berbunyi atau menyalak atau menyeru..


Sudah baca? Paham? Hmmm... What do you think

What I can say... Ni sume adalah sebahagian dari marketing strategi je ni. Lol! Eh, betul-betul! Ni semua adalah cara untuk syarikat McDonald di Malaysia untuk menggelakkan rakyat-rakyat Malaysia daripada tidak terus menjalankan kerja-kerja memboikot produk Israel. Salah satunya ni la dia.. McDonald!! Mengikut statement yang telah dorang keluarkan tu, aku tak berapa setuju la dorang punya statement tu. Kepada budak-budak business mungkin boleh tangkap apa yang cuba aku sampaikan ni. McDonald ni adalah salah satu perniagaan yang berkonsepkan FRANCHISE. So kalau korang nak tau apa itu perniagaan berkonsepkan FRANCHISE ni, korang bleh Google.

Walaupun McDonald ni organisasi yang ditubuhkan dibawah rang undang-undang Malaysia, tapi mereka masih lagi memberi wang kepada pengasas McDonald (Israel) sebab segala brand, produk-produk serta yang berkaitan dengan McDonald, dorang kena bayar untuk mendapatkannya. So, soalan aku, McDonald kat Malaysia ni dorang dapatkan lesen McD tu dari siapa?? Palestine?? Kerajaan Malaysia? Tidak sama sekali. Sudah tentu mereka kena bayar dekat pengasas McD tu untuk menggunakan brand dan produk dorang. Hmmm...

Aku ada terbaca satu lagi statement di Twitter. Bunyinye lebih kurang macam ni,

"Korang nak jadi bangang boikot McD kenapa? Cube korang kaji dulu sebelum buat sesuatu. Most of owner McD dekat Malaysia ni adalah orang Melayu sendiri. Orang Islam. So punca rezeki dorang adalah daripada perniagaan McD itu sendiri. Dorang bayar zakat, dorang sumbang sesuatu dekat kerajaan Malaysia. Kalau sume dok boikot, kire korang tutup pintu rezeki dorang la. Ala, yang dok boikot McD ni pun masih pengguna FB, Youtube dan produk Israel yang lain. Asal x boikot sume tu? Asal McD?"

Siapa la yang keluarkan statement macam ni?? Haish.. Mana kita lebih utama? Saudara yang sengsara dekat Palestine ke saudara kita dekat Malaysia yang terpaksa tutup perniagaan sebab orang ramai dok boikot. Agaknya dekat padang mahsyar nanti Allah akan tanya dulu kenapa kita tutup perniagaan orang lain sebab nak selamatkan saudara kita yang menjadi mangsa kekejaman musuh Islam kot kan?? Bab, Youtube, Facebook tu pulak, takkan korang tak dapat lagi perbezaan dua produk ni. Korang pernah dengar tak satu statement ni, "Nak mengalahkan musuh, gunakan senjata apa yang dia guna.". Dalam hal ni, kalau kita pegi McD, makan dekat McD tu adalah salah satu cara nak lingkupkan perniagaan Israel tu, why not. Tapi boleh ke macam gitu? Facebook dan Youtube pulak korang boleh fikir secara bijak nak gunakan teknologi tu. Korang masih boleh guna tapi in terms of what purpose?? Misalnya, korang gunakan Facebook untuk sebarkan info-info yang boleh membantu umat Islam untuk menewaskan musuh Islam. Haaa, kan cara bijak tu. If makan dekat McD pun boleh buat, tak jadi masalah korang nak makan. 

Konklusinya, korang semua dikurniakan Allah akal fikiran yang waras dan bijak. Sebelum nak keluarkan sesuatu kenyataan atau nak menuduh atau nak melindungi sesuatu tu fikirlah dahulu. Tapi terpulanglah kepada individu untuk tidak memboikot McD ke atau pun mahu memboikot. Kalau korang rasa, tak boleh hidup tanpa makan McD dan nak membantu peniaga-peniaga franchise McDonald tu, silakan tidak memboikot. Tapi kalau korang rasa atau takut di akhirat besok kanak-kanak yang mati kerana menjadi mangsa kekejaman tentera Zionis tu menyuruh Allah bertanyakan satu soalan yang kita tiada jawapannya sebagai syarat untuk masuk ke syurganya, boikotlah dan bantulah mereka disana. Selain itu, doa akan keselamatan, perlindungan, ketabahan dan moga Allah mengurniakan mereka kekuatan iman itu juga sudah membantu. Ini hak individu... Aku hanya memberi pendapat. Jika ada yang tidak bersetuju, apa boleh buat.

..SEKIAN.. 

p/s: Menginfakkan harta ke jalan Allah, besar pahalanya dan ia sangat mulia disisi Allah. Aku yakin dan aku pasti peniaga-peniaga yang mampu memiliki Franchise McD ni kaya raya orangnya. 
p/s: nk mkn mcD tak salah. Tak berdosa pun. sebab ia halal dan daging-daging sume dari malaysia. Itu hak individu. Kalau dah McD bagi makanan free tu sebat je la. Hahah. Dah die bagi free. Itu rezeki. Ke camne aku ni? Lol!

Wednesday, November 14, 2012

Dubstep

Halo halo halo! Assalamualaikum wtb to all bloggers and readers. Siapa pernah dengar tentang Dubstep? Ye sekarang kalau kita perasan di corong-corong radio dan di kaca-kaca TV banyak gunakan Dubstep music sebagai music background untuk iklan-iklan dorang (firms).

Apa ni? Apa ni? Ok bagi siapa yang masih tercungap-cungap nak tau apa itu Dubstep, aku akan cite sikit sebanyak tentang Dubstep.

Dubstep ialah sebuah genre 'electronic dance music' (EDM) yang berasal dari United Kingdom. Apa itu EDM pulak? EDM kira genre muzik yang dimainkan di club-club malam. Contoh lain house music, techno music, disco music. Ala, muzik-muzik yang gunakan DJ table tu. Ala, yang ada piring hitam then digosok-gosok tu. Tapi Dubstep music ni lebih kepada gabungan bunyi drum dan bass (2-step garage). Kalau pahaman aku la, muzik Dubstep ni more into sound-sound effect masa zaman game tape tu. Kalau korang gamers la. Daripada bunyi-bunyi tu dorang jadikan alunan muzik. Kira ganti bunyi gitar, piano dan insturment muzik yang lain.

Dubstep bukan sekadar muzik. Dance pun ade. Kalau macam hip-hop music inti die break-dance. Hah, Dubstep pun ada tarian die jugak. Lagi style aku rasa daripada break-dance. Sekarang ni dah berleluasa la gunakan Dubstep music ni. Cite-cite Hollywood terutamanya seperti Transformers. Kira Dubstep music adalah trend muzik untuk zaman sekarang. Syarikat-syarikat pengeluar permainan video pun banyak pakai Dubstep sebagai menaikkan mood game mereka bila di mainkan. Bukan tu saja, lagu-lagu sekarang pun dah banyak yang cuba masukkan sedikit alunan bunyi Dubstep. Kalau korang penonton tegar rancangan Versus yang dimainkan dekat TV3 dulu tu, kumpulan Hujan ada bawak satu lagu yang ada elemen Dubstep muzik. Cakap banyak pun tak guna, nak sepak pun tak kena. Kat bawah ni aku ada sediakan beberapa video tentang Dubstep. Enjoy!

  Ini tarian dubstep. One of my favourite video. Cool eyh?

Skrillex adalah salah sorang pejuang muzik dubstep yang popular. Nama sebenar beliau Sonny John Moore. 'First of the Year' one of his best dubstep music. 

Selain tu, sekarang dah ada orang yang berani buat Dubstep music dengan menggunakan mulut (beatbox). Cool kan manusia ciptaan Allah ni?? Untuk video-video lain, korang boleh tengok dekat Youtube

..SEKIAN..

p/s; Kalau dulu masa zaman-zaman diploma, aku suke scremo, hardcore music. Sekarang dubstep pulak layan. Tapi...masih tak boleh lawan kecintaan aku dengan music-music old skool May, Search, Wings, Exists and etc. 

p/s: Music-music jugak, al-Quran jangan lupa baca dan selalu dengar. Dapat pahala baca, dapat pahala dengar. Insya-Allah..

Tuesday, October 30, 2012

10 Permainan Yang Hampir/Sudah Pupus

Ingat tak zaman kita masa kecik-kecik dulu especially yang lahir dalam lingkungan tahun 88' hingga tahun 90'.  Bermacam-macam permainan yang pernah kita ada atau kita mainkan masa zaman kita kanak-kanak dulu tak kiralah di rumah bersama anak-anak jiran mahupun di sekolah (dalam kelas atau waktu rehat). Kita perlu akui bahawa ada antara permainan yang kita mainkan dulu ada yang hampir dilupakan dan ada juga yang sudah lama lupus ditelan dek zaman. So dekat sini aku listkan antara 10 permainan yang agak popular masa zaman aku dan sekarang jumlah dimainkan sudah sedikit dan mungkin budak-budak sekarang dah tak kenal atau tak pernah nampak dekat tepi-tepi jalan (budak-budak main)  atau di kedai-kedai.

1. Tepuk daun terup



Hah, permainan ni sangat popular masa zaman aku. Sesuai dimainkan bersama anak-anak jiran. Permainan ni aku tak berapa hebat sangat atau bahasa kasar zaman sekarang 'Noobshit'. Favourite ayat masa main permainan ni, 'KELEPET'. Lol!

2. Tutup botol



Ni jugak sangat popular pada suatu ketika dulu. Sangat sesuai dimainkan bersama anak-anak jiran dan jugak kenduri-kendara bersama sepupu-sepapat. Dekat sekolah pun kadang-kadang main jugak masa hujung-hujung tahun, masa time cikgu tengah sibuk tanda kertas periksa dan mintak murid-murid buat kerja masing-masing.

3. Dam Ular



Masih ada di pasaran tapi budak-budak sekarang dah tak pandang dah benda ni sebab diorang lagi prefer main game dalam iPad dan tab. Lagi best katekor!!

4. Happy Family



Haaaa, ni budak-budak perempuan suka la main benda ni. "One happy family" di laung bila dah complete 4 kad dalam tangan. Ada lagi dua adik beradik permainan ni iaitu 'Donkey' dengan 'Old Maid'. Korang leh Google image tengok.

5. Barbie Doll Mini



Aku tak tau nama benda alah ni. Ni pun sangat popular masa zaman kanak-kanak aku dikalangan budak-budak perempuan.

6. Baling Guli



Perggghhh.. Ni permainan favourite aku masa dulu. Selain bola, aku main gak benda ni. Waktu dimainkan tengah-tengah hari masa weekend. Penuh guli aku satu balang dulu. Lepas tu kejap je habis. Nak penuhkan balik pegi gelanggang pertarungan balik. Hahaha..

7. Main Titik-Titik



Walauweyh! Rindu giler nak main benda ni. Sure korang pun pernah main masa time rehat atau time cikgu takde dalam kelas atau hujung tahun lepas periksa. Buku math aku banyak sebab nak main game ni je.

8. Pistol Letup



Haaaa... Ni permainan paling epic pernah aku main masa zaman kanak-kanak aku. Peluru tak kuar pun tapi yang kuar bunyik dengan asap. Style la kalau main polis-polis. Ada lagi ke tak mainan ni ye??

9. Kapal Terbang Polistrin



Ni antara yang aku masih ingat. Top gak masa aku umur 7 hingga 8 tahun. Kira ni menggantikan roket kertas la. Datang dalam pelbagai model dan size. apa yang penting muncung plastik kat depan kapal terbang tu yang main peranan. Kalau korang boleh refresh balik permainan ni sangat cool!

10. Game Tape



Fuh, to all gamers! Jangan dilupa binatang ni. Tau la da ade PS3/Xbox360 sekarang sampai lupa bagaimana korang leh jadi gamers tegar. Game favourite masa zaman ni, 'Ninja Turtle', 'Contra' dan 'Street Fighter'.

Apa-apa pun semua ini hanya tinggal kenangan kerana hidup berubah mengikut peredaran zaman begitu juga benda, gaya hidup dan lain-lain. Tapi harus diingat satu benda yang tidak pernah berubah sampai bila-bila dan ia relevan mengikut zaman sampailah kiamat. Apa?? Kalamullah.. Al-Quran nur qarim.. ^^

..SEKIAN..

Wednesday, October 24, 2012

Manusia Sebaik-Baik Kejadian



Berkata para Malaikat,
"Kenapa mahu diciptakan khalifah di muka bumi yang akan membuatkan kerosakan dan pertumpahan darah? Padahal kami sentiasa bertasbih dengan memuji dan mensucikan Engkau ya Rabb."

Jawab Allah swt,
"Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui."

Harut dan Marut dipilih dikalangan para malaikat yang terbaik untuk dikurniakan nasfu untuk merasai dan diuji bagaimana manusia yang diciptakan dengan nafsu.

Nabi Ibrahim antara contoh terbaik betapa teguh dan taatnya iman baginda kepada Allah swt.

Harut dan Marut ternyata hanyut dengan nafsu sehingga berzina dengan isteri orang.

Nabi Ibrahim sekian lama tidak dikurniakan cahaya mata tapi bila dikurniakannya baginda diuji dengan bermacam ujian. Akhirnya turun perintah Allah kepada Nabi Ibrahim A.S untuk menyembelih anaknya. Satu-satunya anak yang dia miliki kini Allah telah datangkan ujian paling besar. Nabi Ibrahim dan anaknya Ismail A.S menjalankan perintah tanpa mengeluh.

Terbukti bahawa Allah lebih mengetahui apa yang kita (makhluNya) dan para malaikat tidak ketahui.

Bersujudlah para malaikat kepada Allah dengan penuh rasa ketakutan kerana Allah telah membuka semua mata langit dengan melihat betapa indah dan terbaiknya ciptaan Allah ini (manusia).

Melalui cerita ringkas ini, terbukti bahawa kenapa Allah lebih mengasihi ciptaanNya manusia dan memberi darjat kedudukan yang tinggi di sisiNya kepada manusia beriman dari para malaikat.

Masihkah kita masih lagi enggan mahu bersujud ke atas segala nikmat yang diberi? Masihkah lagi kita mahu berkira untuk menginfakkan harta ke jalan Allah?

SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA KEPADA SELURUH FOLLOWER, BLOGGER dan PEMBACA BLOG KASOTPUTEH. 

..SEKIAN..

Sunday, October 14, 2012

Personaliti Anak Ke-2 Dalam Keluarga



Wahai anak kedua di dalam keluarga. Korang boleh tengok personaliti dibawah yang aku post ni. Mungkin 80% nya benar sebab aku anak kedua jugak. Almost 90% benar. Adakah ini fakta atau auta? Lets see.. Hmmm..

ANAK MANJA EMAK
Sebab apa-apa pun mesti dia akan diutamakan oleh ibu.
P/s: Hmmmm... not so true sebab aku lah yang paling nakal dan selalu saja kene rotan ngan ibu sebab terlampau nakal. Tapi aku sayang mak aku!

ANAK DEGIL
Anak kedua dikatakan lebih degil, keras kepala dan tidak mendengar kata. Semua dia aje yang betul. Dalam ramai adik-beradik, dia paling ketegaq. Kemahuan dia kuat. Kalau buat sesuatu sungguh-sungguh. Kalau tak nak tu, tak naklah jawabnya. Boleh dipujuk tapi selalunya tak berapa jalan.
P/s: Ala, macam ade sikit-sikit betul je. Hahah.. Dalam keluarga, aku memang keras kepala sikit. Aku je nak betul. Kena ubah ni. Kena lebih bertolak-ansur. Hehehe..

TAK PANDAI PUJUK
memang anak nombor dua ni tak pandai pujuk makwe atau pakwe dia.
P/s: Hmmmm.. dok tahu kawe. Kawe dok ado gewe. Agu ano?? Hahaha..

BERCINTA
Dia kalau bercinta, sangat setia dan sanggup berkorban.
P/s: You can try me! LOL!

HITAM/PUTIH
Bukan kaler ye! Ini pasal apa yang dikatakan semua dipegang. Kalau hitam, hitamlah ia. Kalau putih, putih la. Degil tak boleh toleransi.
P/s: maksud anda lurus bendul? hahaha~ Tapi aku minat kaler hitam dan putih.

HATI
anak nombor dua ni juga nampak je keras, tapi hati dia lembut. Satu lagi, pe'el dia, takleh ditegur.
P/s: errrr....

BERDIKARI
Very independent. Memang betul. Tapi kalau terlebih independent pun payah. Mudah bergaul dan very take care.
P/s: Mudah bergaul ade kena mengena dengan berdikari ke? Ke beli kari? ke camne?

ARAHAN
Payah untuk menerima arahan. Dia lebih suka buat hal sendiri. Pendek kata tak boleh kerja dengan orang lain.
P/s: Aku elok je buat group assignment dengan member lain. Tak ade gaduh pun. 

PEMAAF DAN CARING
tidak di nafikan anak nombor dua ni pun pemaaf dan caring. Tapi awas, jangan bagi diorang marah kalau diorang marah faham-faham je lah!
P/s: aku kalau marah bertukar hijau kadang-kadang jadi power rangers pink. Ahaha~

PAKAIAN
nak semua up to date dan semua nak kemas.
P/s: So true. Hahaha~


So, bagaimana pulak korang Si Nombor Dua yang lain? Ada yang sama tak perangai macam ni? Kalau benar bagai dikata, this is fact. Solute siapa yang telah membuat kajian ke atas anak nombor dua. Atau mungkin ianya secara kebetulan. Wallahualam..

..SEKIAN..

p/s: Lepas ni carik personaliti anak first pulak ye awak. ^^


Solat

Allah Maha Besar

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam.
Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Yang menguasai hari pembalasan.
Hanya pada Engkau aku sembah dan hanya pada Engkau aku meminta pertolongan.
Tunjukkan kami jalan yang lurus.
Iaitu jalan orang-orang yang telah Engkau anugerahkan nikmat kepada mereka, bukan jalan orang-orang yang kau murkai dan bukan pula jalan mereka yang sesat.

Allah Maha Besar

Maha Suci Tuhanku yang Maha Besar dan dengan puji-pujianNya.

Allah mendengar pujian orang yang memujinya.
(Tuhan kami bagi Engkaulah segala pujian)

Allah Maha Besar

Maha Suci Tuhanku yang Maha Tinggi dan dengan puji-pujianNya.

Ya Allah, ampunilah dosaku dan rahmatilah daku, lindungilah daku, angkatlah darjatku, rezekikan daku, berilah aku petunjuk, selamatkanlah daku dan maafkanlah akan daku.

Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah. Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya. Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah. Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad.


Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah. Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya. Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah. Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya. Sebagaimana Engkau selawatkan ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim. Berkatilah ke atas Muhammad dan atas keluarganya sebagaimana Engkau berkati ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim di dalam alam ini. Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Agung.

Setiap kali kita solat, kita sudah pun mengagung-agungkan Tuhan kita semesta alam. Setiap perlakuan dalam solat diiringi dengan puji-pujian kepada yang Maha Esa serta doa kita kepadaNya. Bayangkan jika kita tidak pernah langsung untuk mendirikan solat, apakah tanda kita bersyukur kepadaNya? Apa balasan kita terhadap semua nikmat yang telah diberikan olehNya? Walaupun segala nikmat yang dikurniakan oleh Nya tidak ternilai harganya dan tidak mampu untuk kita (hambaNya) membalas. Kita adalah hamba yang paling sombong dan bongkak serta alpa. Renung-renungkanlah..

..WALLAHUALAM..

Friday, October 12, 2012

Adakah Solatku Diterima Allah?


Adakah solat ku diterima Allah
Jika aku masih lagi tidak takut melakukan maksiat
Maksiat mata
Maksiat telinga
Maksiat mulut
Maksiat hati

Adakah solat ku diterima Allah
Jika masih tidak tahu cara beristinjak dengan betul

Adakah solat ku diterima Allah
Jika setiap kali solat, mata masih lagi meliar ke kiri ke kanan
Masih memikirkan soal duniawi ketika solat

Adakah solat ku diterima Allah
Jika hati masih lagi tidak takut akan azab Allah
Tidak gentar akan neraka jahanammNya
Tidak khuatir akan malaikat yang akan bertanyakan soalan dan menyiksa hamba yang gagal

Adakah solat ku diterima Allah
Jika aku masih lagi belum mempunyai kekuatan untuk menutup aurat dengan sempurna
Masih lagi bergaul bebas lelaki dan perempuan tanpa batas..

Walaupun kita rasa kita tidak pernah meninggalkan solat 5 waktu, pernah tak sesekali kita terfikir bahawa adakah solat yang kita lakukan itu diterima Allah? Pernah tak? Khusyuk tak kita ketika kita solat? Adakah kita betul-betul menumpu perhatian kita sepenuhnya tanpa memikirkan hal lain seperti mana yang boleh kita lakukan sewaktu menonton cerita, bermain permainan video?

Jika kita masih lagi melakukan maksiat-maksiat, tidak mampu lagi untuk menutup aurat dengan sempurna dan hal-hal lain yang melanggar perintahnya, mari sama-sama kita perbaiki kembali solat-solat kita moga ia menjadi lebih sempurna agar ia diterima Allah..

Ya Rabb, khusyukkan aku dalam melakukan solat, ikhlaskan hatiku dalam melakukan ibadah, jangan kau palingkan hatiku daripada agama Mu, tetapkan iman ku dan teguhkan ia, pelihara panca inderaku dari segala perlakuan maksiat, lindungi aku dari godaan hawa nafsu dan kau terimalah solat 5 waktu ku.




..WALLAHUALAM..

Tuesday, October 9, 2012

Dunia Ini Tidak Adil?

Dunia ini tidak adil?

Orang gemuk, tak cantik, tak hot, tak hensem post gambar dekat FB 2 3 kerat je yang like.
Comment kalau bersepah pun orang yang sama. Dorang chatting dekat gambar tu. Tu yang nampak banyak.

Orang cantek, hot, body mantap, hensem, post gambar dekat FB, like dekat 100 orang. Comment dekat 200 lebih. Tuan punya gambar tak reply satu pun.

Jadi yang tak cantik, tak hot, tak hensem tu kufur nikmat. Lupa nak bersyukur kepada Allah apa yang telah diberikan. Merendah diri sampai tak nampak mana kebaikan akan kejadianNya.

Yang cantik, hot, hensem pulak meninggi diri. Kutuk si hodoh itu ini sampai lupa jugak nak mensyukuri nikmat pemberian kelebihan dariNya. Ada tu lupa untuk bersujud tanda syukur ke atas segala nikmatNya.

Dunia ini tidak adil?
"Hidup memang palat!!" Masih ingat akan kata-kata hikmah ini dalam satu cerita?

Hidup ini memang palat? Hmmm... Allah yang menciptakan kehidupan. Allah yang mengaturkan segalanya. Palatkah Dia?? Dunia ini tidak adil? Manusia lupa, mereka yang banyak membuat kerosakan di muka bumi ini. Bukan tumbuh-tumbuhan, bukan jin iblis dan bukan juga Dia Maha Pencipta.

Sebelum Adam mahu diciptakan malaikat sudah awal-awal lagi tidak bersetuju takut-takut kalau mereka akan memberi kerosakan. Ternyata ia benar. Tapi Allah lebih mengetahui setiap apa yang Dia ciptakan..

..SEKIAN..

Monday, October 8, 2012

Soal Hati



Kata orang, ikutkan hati mati.
Nak buat keputusan kadang-kadang perlu dengar kata hati.
Naluri hati ibu kuat kepada anak-anaknya.

Ini semua soal hati.
Kadang hati manusia boleh berubah dalam sekelip mata.
Semalam ini, esok mungkin boleh jadi itu.
Hati, nasfu, iman semua berkait.

Dengan hati juga kita menyayangi dan juga di sayangi.
Sayang orang sepenuh hati, sayangnya sampai mati.
Tapi hati-hati kerana ia perangkap diri.
Kerana hati makan hati.
Sayanglah Pencipta hati kerana itu lebih bererti.

Allah yang membolak-balikkan hati.
Berdoa agar kita tidak tergolong dalam hati yang dipalingkan daripada agama.
Nauzubillah..
Hati ini mudah benar berubah.
Kuatkan hati dengan banyakkan berdoa.
Kuatkan hati dengan banyak menyebut namaNya.
Kuatkan hati agar semua kata hati benar.
Kuatkan hati.
Kuatkan hati.
Kuatkan hati.
Kerana Pencipta hati itu menyampaikan sesuatu dengan menggerakkan hati.

Hebat sungguh ciptaan Mu ya Rabb...

..SEKIAN..

Wednesday, September 5, 2012

Kita Marah Tapi...



Kita marah orang tanya kita Islam ke kafir
Tapi kita tak pernah tunaikan solat 5 waktu.

Kita marah bila orang pandang-pandang 'barang baik' kita
Tapi kita sendiri tak menghalang pandangan mereka dengan menutup aurat.

Kita marah bila orang menghina Allah, Rasul dan agama kita
Tapi kita hanya mampu mencaci maki mereka tanpa bertindak apa-apa.

Kita marah bila ada orang lain ajak adik atau kakak kita tidur dengan mereka di bilik
Tapi kita lupa yang kita keluar masuk bilik usung adik dan kakak orang lain.

Kita marah bila orang kata kita bodoh
Tapi kita sendiri yang malas untuk menjadi pandai.

Kita marah bila orang lain buat salah
Tapi bila kita buat salah kita tak dapat terima.

Kita marah bila orang kutuk belakang kita
Tapi bila kita kutuk orang tak ingat dunia.

Kerana marah kita hilang pertimbangan,
kerana marah kita hilang akal,
kerana marah kita seperti dirasuk syaitan.

Kawal amarah mu kerana apabila seorang anak adam di kuasai dengan perasaan marah, itu yang membuat syaitan menyukai kita dan memudahkan lagi untuk dia menghasut kita. Banyakkan bersabar..

..WALLAHUALAM..

Monday, September 3, 2012

Cerita Cinta Ustaz Don Patut Di Bukukan

Siapa tak kenal kepada personaliti TV Al-Hijrah dan penceramah bebas Ustaz Don Daniyal. Kerana mukanya yang macho dan suci itu, ramai wanita tertarik dan berimpikan suami seperti beliau. Dah la ensem, kacak, bergaya, penuh ilmu agama di dada. Kan awak kaaaaaaannnnnnn???? Haha. Tapi sayangnya, dia dah pun berkahwin minggu lepas dengan gadis pilihannya. Dengan ini aku akan list-kan upacara majlis perkahwinan yang dibuat. MESTI BACA!! :-


1. Majlis dibuat secara sederhana tetapi indah. Majlis dimulakan dengan selawat.

2. Husna memakai inai di pergelangan tangan sahaja iaitu bukan ditempat aurat, inai tidak berkekalan dan luki
san berbentuk bunga/tumbuhan tidak berbentuk haiwan atau menyerupai makhluk.

3. Make up Husna tidak tebal, Ustaz Don berkata dia berkahwin kerana diri Husna sendiri, dia tidak mahu melihat Husna menjadi orang lain dengan bermakeup tebal atau memakai bulu mata palsu.

4. Tiada inai di tiga jari Ustaz Don kerana inai di lelaki dipakai hanya untuk tujuan berubat sahaja.

5. Selepas ijab qabul nikah Ustaz Don meminta izin kedua pihak keluarga untuk Husna bersembahyang sunat bersamanya.

6. Sebelum menyarungkan cincin di jari Husna, Ustaz Don memegang bahagian depan kepala Husna sambil menyebut nama Allah dan mendoakan keberkatan baginya.




(Credit to FB Fan Page Ustaz Don)


*Sunnah Rasulullah s.a.w. bagi pasangan yang baru berkahwin. Suami meletakkan tangan di ubun kepala isteri, dan berdoa :

" Ya ALLAH, aku memohon kepada-Mu kebaikannya, dan kebaikan segala yang Engkau ciptakan pada dirinya. Dan aku berlindung kepada-Mu daripada keburukannya dan segala keburukan yang Engkau ciptakan pada dirinya" (Riwayat Abu Daud no.1260)

7. Tiada sesi bersanding atau merenjis, pelamin hanya untuk tempat mengambil gambar bersama family dan rakan.

8. Kesemua hantaran di kedua belah pihak berbentuk makanan. Pengantin ingin berkongsi kegembiraan dengan seluruh family ketika membuka hantaran. Tujuan ini juga adalah kerana pengantin tidak mahu hantaran al-Quran/kitab diletak sama level dengan hantaran kasut, baju dan lain-lain.

Nampak tak bagaimana Ustaz Don mengamalkan apa yang pernah dilakukan Rasulullah dalam majlis perkahwinannya. Aku rasa hampir keseluruhannya apa yang dianjurkan dalam Islam. Disebabkan Ustaz Don ni dah menjadi public figure, secara tak langsungnya dia akan mempengaruhi masyarakat di Malaysia terutama masyarakat Islam, aku rasa Ustaz Don mesti wujudkan satu buku dari kisah percintaannya, bagaimana sebelum dia bertemu isterinya tu sampai dah diijab kabulkan. Aku rasa mungkin cara dia bercinta jugak mengikut apa yang telah disyariatkan oleh Islam. 

So, sangat moleklah bagi menjadikan pengajaran, teladan kepada semua pasangan yang baru, sedang mencari, dan bakal melangsungkan perkahwinan. Mungkin kita boleh ambik kisah-kisah cerita hidup dia. Lagipun aku tengok perkahwinan dia buat memang bertepatan dengan Islam. Moga dengan wujudnya buku itu, semua masyarakat akan mengubah cara kita melangsungkan perkahwinan yang mana pada hari ini majlis perkahwinan kebanyakkannya lebih kepada adat dan bukan agama Islam. Insya-Allah..

"Jangan sampai adat kita di agamakan dan agama kita di adatkan."

Moga berkekalan hingga akhir hayat.. 
(Gambar dicurik dari fan page Ustaz Don di FB)

..WALLAHUALAM..


Saturday, September 1, 2012

Nama Anak Tengku Cleopatra? What a Name..

Assalamualaikum.. Mesti ramai dah baca kisah tentang pemberian nama anak Que Haidar ni kan?? Kalau tak silap aku berita ni masuk 2 hari lepas dekat Metro. Katanya ramai yang mencemuh dan ada jugak yang memberi sokongan.

So apa pendapat korang? Siapa Cleopatra yang di ambil namanya tu jadikan nama anak? Hebatkah orang itu? Baikkah keperibadian dia? Ada tak disebut-sebut Allah dalam kalamNya? Adakah dia diantara ahli-ahli syurga? Siapa Cleopatra sampai Que Haidar namakan anaknya dengan wanita ini?

Cleopatra adalah ratu mesir sekitar 69 ms. Apa yang aku tahu, dia bukanlah wanita hebat sepanjang zaman dan berkeperibadian yang mulia. Yang paling penting dia bukan seorang Islam sejati. Kalau nak tahu lebih lanjut pasal Cleopatra, sila Google.

Dalam Harian Metro ada sesi bersoal jawab dengan Que tentang nama anaknya itu. Aku baca, dia tidak kisah dan tak mempeduli apa orang lain nak kata tentang nama anaknya tu. Dia yakin nama yang diberikan tidak akan memberi kesan kepada personaliti seseorang. Bagi dia, jika ibu bapa mendidik dengan baik, baiklah akhlaknya. Lebih kurang macam tu la dia menjawab pertanyaan wartawan itu. Dia juga ada menyatakan orang-orang yang tidak bersetuju dan mencemuh nama yang telah diberikan kepada anaknya itu berfikiran kolot. Wallahualam.. Kalau berita tu tipu, maknanya aku tipu koranglah.

Apa-apa pun dah terang lagi bersuluh yang awak letak nama awak tu Tengku Cleopatra. Tak kisahlah apa jawapan awak. Tapi saya sangat tidak bersetuju dengan nama itu. Siapa kata nama tu tak beri kesan dekat personaliti. Nama adalah sebahagian doa untuk orang empunya nama. Nama yang baik memberi berkat kepada si empunya nama. Kalau awak nak tahu, di akhirat nanti Allah akan panggil dengan nama yang telah diberikan. Bagaimana di padang mahsyar nanti nama anak awak dipanggil tanpa ada sebarang makna yang baik. Saya tak tahu apa ada dalam fikiran awak tentang meletakkan nama anak awak masa tu. Banyak lagi nama yang indah-indah dalam Islam dan ada antara nama-nama itu telah menjadi sejarah yang dapat dijadikan contoh sepanjang zaman seperti Siti Maryam dan Asiah. Banyak lagi lah aku rasa..

Bro, di harap bro sedar akan hal ini. Jangan kerana inginkan nama anak yang nampak moden dan sedap, kita terkeluar dari landasan Islam sebenar. Moga diberi hidayah.. Insya-Allah..

..WALLAHUALAM..

Tuesday, August 28, 2012

Kalau Bercinta Tak Perlu Tunjuk Kemesraan Satu Dunia

Assalamualaikum wtb.. Haaaa~ Kan aku dah kata, kalau ada idea tu, memang banyak la benda nak mencarut-carut dekat blog ni. 

Kali ni entry pasal cinta lagi.

Hati: Kau ok tak Fif?? Lain macam kau ni. 

Mulut: Ok laaa.. Aku ok. Cuma kadang-kadang meluat tengok couple sekarang ni post macam-macam dekat status Pesbuk dengan Tuiter pasal pasangan masing-masing. 

Hati: Jeles ah tu? 

Mulut: Ada la sikit. Hahaha. Takdelah, kau tak rasa meluat ke tengok couple-couple (kawan-kawan korang sendiri) dekat laman-laman sosial yang tunjukkan kemesraan yang terlampau? Tak rasa? Asal aku rasa meluat? Hahaha.. 

Hati: Kau tak payah nak jeles la. Kau tu jeles sebab single lagi dari dulu sampai sekarang. LOSER!

Mulut: Wow, pedihnya lawak kau ni! Bukan ada sifat iri hati atau hasad dengki. Kalau ada dah lama aku santau mereka dan hancurkan kebahagian mereka semua. Haaaa~ Tapi demi Allah aku tak jeles langsung. 

Hati: Ala, kau ni. Biasa la orang bercinta. Ghairah la nak tunjukkan kemesraan.

Mulut: Kau rasa perlu ke wei? Perlu ke hebah satu dunia, satu Pesbuk, satu Tuiter, kaulah paling The Most Sweet Couple yang pernah lahir atas muka bumi ni? Perlu ke?

Hati: Maksud kau? 

Mulut: Maksud aku, cer kau tengok ye dekat Pesbuk atau Tuiter. Kebanyakkannya couple-couple ni post ayat-ayat yang paling manis dan kadang tu ada yang sanggup post gambar pakwe makwe masing-masing buat caption, "You are my HERO! I luv u so much!" atau, "Cinta kamu till Jannah!". Ada tu pulak siap bley chat status lagi dengan gaya mesra yang melampau sampai semua orang tau. Eh, ape? Dah takleh sms da? Dah tak boleh nak call dah? Ada tak? Mesti kau pernah terjumpa punyalah.

Hati: Err.. Ada kot? So, apa masalahnye dengan kehidupan kau yang tak berapa nak bahagia ni?

Mulut: Amboi, bergurau kasar lagi. Ok ok. Kau bayangkan the negative side if they do that. Kalau orang yang ada hasad dengki dengan mereka, jeles dan sebagainya, kau rasa orang tu nak tengok je ke? Aku rasa tak. Setan bila dah datang menghasut, beyond expectation beb. Haha. Kau pikir ye, mungkin ada diantara kenalan mereka akan cucuk sana, cucuk sini. Ada pulak tu jadi hackers lepas tu sebar berita tak benar pasal pasangan masing-masing. Kau rasa hubungan dorang akan kekal ke sampai jinjang pelamin? Lagi satu, dosa bro. Dosa. Kau tak terpikir ke dosa yang akan kita dapat. Aku rasa tak payah terangkan kot dosa apa yang akan kita dapat. Kau dah paham sendiri. 

Hati: Betul tu. Ala bro, dalam bercinta dan untuk ada pasangan ni, mesti pegang pada prinsip. Prinsip trust each other.

Mulut: Memang la kene yakin dan percaya pada pasangan masing-masing tapi kalau dah jarum di cucuk sampai dekat 10 batang, orang mana yang tahan sakitnya? Mesti bergolak jugak. 

Hati: So morale of the story?

Mulut: Morale of the story, kalau kau bercinta, tak payah la sibuk-sibuk nak tweet ayat paling sweet dekat pasangan kau atau post status ayat paling meleleh dekat jantung hati sampai 200 orang followers retweet or reply atau 1000 friends kau like. Tak perlu. Tak perlu. Kalau nak, wish je terus through sms atau kalau gatal sangat nak tweet gak, Direct Message kan ada. Bagi aku bro, bercinta tak perlu nak diheboh-hebohkan sampai satu dunia tau kau ada bf or gf. Apa tujuannya? Nak menunjuk yang kau paling sweet couple dalam dunia? Nak bagitau semua orang bf gf kau ensem? kacak? Bergaya? Cun? Comel? Hot? Kawin pun belum tentu lagi. Lain la kalau dah kawin. Hah, itu jam baru kau tau kalau bergaduh, semua yang manis jadi pahit. Semua yang baik jadi buruk. Semua yang cantik jadi hodoh. Kesimpulannya, bercinta, diam-diam je asalkan kau dengan pasangan kau tau isi hati masing-masing. Tak perlulah bagi semua orang tau. I just share my thought bro. 

Hati: Aku harap bila kau dah sampai waktu bercinta nanti janganlah cakap je ye. Nanti takut orang kata cakap tak serupa bikin pulak. 

Mulut: Ingatkan aku bro. Insya-Allah..

Daripada cerita yang aku ceritakan melalui perbualan tu, aku rasa tak boleh nak salahkan mereka sebab mungkin takde siapa yang menegur. Yang sokong tu banyak. Sebab tu makin menjadi-jadi. Ye, aku faham sangat perasaan orang bercinta ni walaupun aku tak penah rasa macam mana, kalau tengok perangai kawan-kawan aku, aku dapat rasa jugak. Indahnyewwww.. Kan?? Semua benda dah tak ingat buruk baiknya. Di harapnya siapa yang membaca ni dapat berpesan-pesan kepada kenalan masing-masing yang ada perangai seperti ini. Kalau takut nak tegur, takut tersinggung ke apa, buat entry macam aku ni. Hahaha.. So kepada yang sedang bercinta tu, selalu-selalulah berdoa kepada Allah moga Allah melindungi korang dari terjebaknya perbuatan maksiat dan zina.

"Ya Allah, kau lindungilah hubungan kami daripada perlakuan maksiat dan zina dan kau kekalkanlah hubungan kami sampai syurga-Mu ya Rabb." Insya-Allah...

                       
Sekadar gambar hiasan

..SEKIAN..

P/s: Sekadar berkongsi apa yang aku rasa agar nanti aku juga tidak akan terjebak dalam hal sebegini. Sama-sama mendoakannya. Insya-Allah..


UiTM FC Di Hatiku



Hah, kan.. Bila ada je benda nak tulis, banyak la post entry aku buat. Hahaha. Kali ni agak bosan sikit kot sebab cerita pasal aku lagi.

UiTM FC, satu kebanggaan untuk UiTM yang melahirkan banyak pemain-pemain yang berkualiti. Ramai pemain-pemain yang pernah bermain untuk UiTM FC dah berjaya menjadi pemain-pemain yang berkelas tinggi. Ada yang mewakili negeri, ada yang mewakili negara.

Ini impian aku sejak aku mula-mula memasuki kampus UiTM Segamat lagi. Aku tahu sebelum aku diterima masuk ke UiTM, aku berangan-angan untuk mewakili universiti dalam permainan bola sepak. Impian mula-mula aku telah terlaksana iaitu bermain untuk UiTM Johor dalam Liga IPT. Banyak pengalaman aku timba dari situ dan banyak juga kenangan-kenangan yang tak dapat aku lupakan.

Bermain dan mewakili universiti adalah suatu benda yang menghairahkan dan memberi kepuasan kepada aku. Bukan kerana mengejar glamour atau ingin menjadi popular sehingga ramai yang mengenali tapi kerana aku ingin menyumbangkan sesuatu di tempat aku belajar. Untuk menyumbang dari segi akademik memang jauh sekali kerana aku tiada kelebihan itu. Tapi Allah telah kurniakan aku dengan bakat ini. Jadi, aku takkan lepaskan peluang. Mungkin ini disebabkan keturunan. Ayah juga seorang pemain bola yang hebat di zamannya. Sering dia menceritakan kehebatan dia bermain suatu ketika dulu. Di mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi kan? Alhamdulillah.. Aku bersyukur.

Sekarang aku telah melangkah ke satu lagi tapak. Aku telah berjaya menjejakkan kaki aku di dalam pasukan UiTM FC. Walaupun bukan dalam skuad utama, tapi aku rasa sangat bertuah sebab diberi peluang untuk menunjukkan bakat yang aku ada. Macam aku kata tadi, UiTM FC telah melahirkan banyak pemain-pemain yang berkualiti. Kalau korang perasan, ada satu player Malaysia yang bermain di posisi pertahanan tengah, tinggi lampai dan bermata sepet sebelah. Dia adalah salah satu pemain yang pernah bermain untuk UiTM FC. Keterujaan aku dapat sama-sama menghadiri latihan dan bermain dengan mereka cukup buat aku teruja.

Sekarang, aku kena bijak membahagikan masa sebab ada dua benda aku kena fokus iaitu pelajaran dan bola sepak. Aku bukan inginkan kerjaya sebagai pemain bola sepak sebab aku ada perancangan aku sendiri tapi tidaklah juga sebagai sekadar suka-suka untuk bermain bola sepak. Bola sepak sudah menjadi darah daging aku. Minat yang mendalam terhadap sukan ini membuatkan aku terus bermain dan bukanlah cita-cita aku untuk menjadikan ia sebagai kerjaya. Tapi kalau ditakdirkan suatu hari bola sepak adalah kerjaya aku, aku terima dengan hati yang terbuka. Perancangan Allah ni kita tak tau betul tak? Dia lebih tau apa yang terbaik untuk hambaNya. Apa yang aku mampu hanya berusaha, berdoa dan bertawakal kepada Nya.

So, morale of the story, jangan pernah berhenti melakukan apa yang kita minat dan putus asa daripada terus berusaha untuk mencapai sesuatu yang di impikan. Percayalah, jika di situ terletaknya rezeki diberi Allah, ia tidak akan lari jauh dari kita. Kita hanya perlu percaya akan Allah swt. Lagipun untuk menjadi Islam sejati, kita perlu percaya kepada 6 perkara itu bukan? Insya-Allah.. Jika inginkan sesuatu, cari jalan ke arahnya dan jangan sesekali letakkan beribu alasan dan halangan untuk ke sana. Insya-Allah..

..SEKIAN..

p/s: Sejauh mana hebat kita bermain bola, sekaya mana kita di dunia, sebijak mana kita dalam pelajaran, jangan sesekali tinggal solat 5 waktu. Itu pesan ayah ibu untuk aku yang boleh aku kongsikan. 

Monday, August 27, 2012

Bagaimana Raya Korang Tahun Ni?

Assalamulaikum peepsssssss!!! Wah, lama rasanya tak update blog. Keras jari-jari aku. Ni nak type pun amik masa 15minit (jelas sekali penipuannya). Hmmm.. Hari ni (27 Ogos 2012) dah masuk raya ke-10 dah dan kebanyakkannya semua orang dah kembali ke kehidupan seperti biasa (Bekerja, bersekolah).

So, raya tahun ni macam mana? Ada yang dah berubah? Atau masih lagi sama seperti raya-raya sebelumnya? Yang berubah tu, adakah berubah kepada lebih baik atau berubah sebaliknya? Dan yang masih sama seperit raya tahun-tahun sudah tu bagaimana pula. Apa-apa pun kegembiraan atau kesedihan yang korang alami di hari raya diharapnya janganlah melupakan kepada orang-orang susah ataupun yang sudah tiada di dunia. Hari raya bukan untuk kita bersedih kenang orang dah takde ataupun yang dah terpisah dan tidak lagi  berada di samping kita. Raya untuk kita bergembira sebab dah dapat mengharungi ibadah puasa dengan jayanya. Kalau nak kenang orang takde tu patutnya tiap-tiap hari. Kalau masuk hari raya baru kita nak teringat orang dah takde, kita dah salah. Fahamkan maksud aku? Maksudnya, kalau kita tengok masyarakat kita, masuk hari raya je baru sibuk-sibuk nak ziarah kubur, baca yasin dan sebagainya. Kan lebih baik tiap-tiap hari kita kenang dan doa untuk mereka. Lagi-lagi bagi sesiapa yang ibu bapanya dah tiada.

Raya aku tahun ni pulak macam biasa. Aku tak sedih, aku taklah terlalu bergembira. Biasa-biasa je. Cuma keseronokan yang datang tu bila dapat sama-sama berkumpul saudara-mara di satu tempat dan membuat persediaan untuk menyambut raya. Itu yang hadirnya kegembiraan dalam diri. Secara tak langsung, dapat merapatkan lagi hubungan antara kita. Dan seperti biasa dan seperti raya tahun-tahun sebelumnya, aku pulang ke kampung (Bagan Datoh, Perak). Yela, satu kampung tu je pun yang aku ada sebab mak bapak aku satu kampung. Cuma tahun ni sedikit berbeza sebab tak bermalam di rumah nenek aku belah bapak aku seperti yang aku dan keluarga lakukan sebelum ni, kalau raya tahun lepas, malam raya tidur di rumah nenek belah ibu, tahun ni belah ayah. Haaa.. Camtu lah. Kenapa tahun ni tak? Oh, nenek belah ayah dah takde. Baru je tahun sudah. So, tahun ni, hanya rumah nenek belah ibu sahaja. Tapi walaupun begitu, ia tidak merubah mood beraya aku sebab bagi aku, tak perlu la sedih-sedih beraya sebab beraya untuk kita bergembira. Yang perlu kita sedih dan tangisi ialah bulan Ramadan yang berlalu pegi begitu sahaja.

Kalau cerita bab raya ni, yang paling aku suka, makanannya. Hehehe.. Favourite aku di pagi raya ialah rendang daging dengan lomang. Fuh, memang favourite. Kalau takde boleh demam. Haha. Benda dua ni wajib ada kalau tak aku amuk satu kampung. ^_^ Korang pun mesti ada juadah favourite di pagi raya kan?  Bukan apa, ini semua nak membangkitkan mood-mood raya. Kira macam kalau nak ngangkung tu kena ada barang-barang untuk seru hantu. Hah, kira lemang ngan rendang daging tu nak seru hantu raya aku la. Hahaha.

Rasanya cukup sampai sini je kot. Aku dah tak tau nak tulis apa. Apa-apa pun aku nak ucapkan kepada semua followers dan bloggers Malaysia, Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin. Kalau ada entry-entry aku yang menghina, memerli sampai ada yang terasa, maaf dipinta. Sekian sahaja dahulu dari tuan tanah kedaung blog KasotPuteh!

Baju ghayo den taun ni. cebisan kain PM kite aku amik buat baju. Ngeh3x. Next raya nak try pakai jubah pula. Pastu bergambar dengan awek-awek berjubah serba hitam. Oh, suwit saaangggaaaaattttt~ :,p

..SEKIAN..

p/s: Sedar tak sedar dah masuk 3 tahun aku ber-blogging. Thanks kepada semua yang sudi mem-follow blog aku yang tak best ni. Tak expect boleh cecah sampai 420 orang follower untuk orang macam aku ni. Hehehe. Bye!

Friday, August 17, 2012

Ramadan Terakhir



Andai ini Ramadan terakhirku,
khusyuklah setiap solatku,
Bersungguh-sungguhlah melakukan ibadah kepadaMu,
Banyaklah solat sunatku,
Ku habiskan duit simpanan untuk amal sedekahku,
Ku kunjungi masjid setiap lima waktu.

Andai ini Ramadan terakhirku,
Pasti ku basihi bibirku mengagungkanMu,
Pasti ku baca setiap malam kalamMu,
Pasti ku penuhi hari-hari siangku dengan mengingatiMu.

Andai ini Ramadan terakhirku,
Akan ku hindar segala perbuatan lakhnat,
Akan ku jauhi segala perkara yang sesat,
Akan ku tapis panca inderaku dari segala maksiat.

Andai ini Ramadan terakhirku,
Sudah tentu ku tingkatkan amal ibadah untuk mencari lailatulqadarMu,
Sudah pasti malam terakhir itu menadah tangan selama mungkin kepadaMu,
Sudah semestinya setiap sujudku bagai sujudnya malaikat Jibril kepadaMu.

Andai ini Ramadan terakhirku,
Merugilah bagiku mensia-siakan pintu taubat yang dibuka,
Merugilah bagiku tidak menghargai bulan yang dapat menghapuskan dosa-dosa.


..WALLAHUALAM..

Thursday, July 26, 2012

Baru Kau Tahu Erti Penyesalan..



Kali ni nak cerita pasal erti penyesalan.. Di bulan puasa yang mulia ni elok sangatlah kalau kita ni menyesali apa-apa sahaja perlakuan dosa yang pernah kita lakukan sebelum ini, erti kata lain, bermuhasabah diri. Aku tak nak terangkan bagaimana, macam mana dan bila mana kita perlu menyesal akan dosa-dosa yang kita lakukan. Aku akan menceritakan kisah di zaman nabi dan korang akan dapat morale of the story daripada cerita itu nanti.

Di zaman nabi, ada satu kisah, 3 orang pemuda pergi ke sebuah bukit untuk mencari emas. Di sebuah bukit itu terdapat satu gua. Di dalam gua itulah dipercayai tersimpannya emas itu. Sesudah sampainya mereka di bukit itu, mereka masuk pula ke dalam gua untuk meneruskan niat. Tapi dengan tiba-tiba, pintu gua itu tertutup lalu mereka terperangkap di dalamnya. Keadaan menjadi sangat gelap gelita. Batang hidung pun tak boleh nak nampak. Ketiga-tiga pemuda itu memikirkan apa yang harus dilakukan mereka. Pemuda 1 memberi cadangan untuk cari jalan keluar daripada gua itu sahaja dan membatalkan niat untuk mencari emas itu. Pemuda 2 pula mencadangkan supaya teruskan niat untuk mencari emas, alang-alang menyeluk pekasam. Pemuda 3 hanya mengikut sahaja mana-mana cadangan yang terbaik. Lalu mereka mengambil keputusan untuk meneruskan niat mencari emas.


Cari punya cari, mereka terjumpa satu loggokan batu (mungkin emas) di sekitar gua. Dengan keadaan yang gelap gelita mereka bertiga memberi andaian. Pemuda 1 menyatakan yang itu adalah batu sahaja. Pemuda 2 berkata itu adalah emas. Pemuda 3 pula menyatakan itu batu bercampur emas. Mereka masing-masing runsing perlukah mereka membawa keluar batu/emas itu? Tiba-tiba satu suara keluar dari entah arah mana dalam gua itu dengan berkata, "Kalau kau tak ambik rugi, ambik pun rugi!".


Lagi la mereka bertiga pening. Ambil rugi, tak mahu ambil pun rugi. Jadi yang mana satu? Pemuda 3 berkata, "Kalau aku ambik rugi tak ambik pun rugi? Hmmm.. tak payah ambik langsung lah!". Pemuda 2 pula berkata, "Kalau tak ambik aku rugi, ambik pun aku rugi? Ambik satu (seketul batu) pun jadi la." manakala Pemuda 1 pula berkata, "Hmmm..ambik rugi tak ambik rugi jugak? Ambik semua lah alang-alang.." Lalu Pemuda 3 mengambil seberapa banyak yang boleh masuk ke dalam guni.


Tidak semena-mena, pintu gua terbuka dengan tiba-tiba. Keluarlah mereka dari gua itu. Merek masing-masing melihat hasil yang mereka ambil di dalam gua itu tadi. Ternyata benda yang disangka batu tadi ialah emas. Lalu berkata Pemuda 1, "Kalau ku tahu itu emas, akan ku bawa lagi seguni emas itu keluar. Jadi dua guni. Menyesalnye!", Pemuda 2 pula berkata, "Cis, kalau aku tau itu emas, akan aku ambil lagi seketul  jadi dua pun sudah memadai.", dan Pemuda ketiga menyesal tak sudah kerana tak mengambil apa-apa pun, "Aduh, menyesalnya! Kalau ku tahu itu emas, akan aku ambil seketul pun jadi lah!".

Melalui kisah yang aku ceritakan ini, kita sebagai manusia akan menyesali perlakuan yang telah kita lakukan di dunia di akhirat kelak. Orang yang menyesal seperti Pemuda 1 itu ialah para sahabat nabi yang telah banyak beramal dan berbuat pahala pun masih menyesal. Seperti Pemuda 2 pula ialah kita yang mana di bulan puasa ni tak betul-betul mengambil peluang yang diberikan Allah swt untuk kita berbuat amal yang ganjarannya akan diberikan berlipat kali ganda. Tapi malang bagi kita sekiranya kita tidak berpuasa di bulan ramadan, malah lebih rugi bagi mereka yang juga meninggalkan solat. Dia seperti Pemuda 3 itu. Nauzubillah.. Ruginya.

Oleh itu, di bulan ramadan ini molek la sekiranya kita menyesali (bermuhasabah diri) dengan apa yang telah kita berbuat dosa sebelum ini sebelum kita menyesal tak sudah di padang mahsyar kelak. Banyak fadilat bagi orang yang berpuasa. Besar ganjarannya. Berlipat kali ganda pahalanya.

..WALLAHUALAM.. 

Wednesday, July 25, 2012

Awak Cantik Tapi Kenapa...?? Ala, sayangnya..

Awak cantik.. Saya suke tengok awak. Serius. Muke awak mengingatkan kepada saya akan seorang kenalan. Suara awak pon boleh tahan sedap. Saya lihat awak cukup sempurna. Cukup sifat itu sudah pasti. Subahanallah.. Indahnya ciptaan Maha Pencipta. Tiada cacat celanya kan? Tak tahu lah saya di mana timbulnya kecantikan awak tu. Itu rahsia kebesaran Maha Pencipta. Dia ciptakan manusia semua sama, ada mata, hidung, telinga, kening dan sewaktu dengannya. Tapi yang menjadikan ia suatu ciptaan yang sebaik-baik ciptaan ialah kecantikan pada wajah. 


Tapi awak, kenapa dijual suara awak tu? Awak tak tau ke suara wanitakan adalah aurat. Alahai, sayangnya awak.. Saya tengok, awak tutup aurat sudah cukup sempurna (saya tengok dalam gambar je la. Tak tau la awak keluar macam mana). Kenapa awak? Takde yang menegur awak ke? Tak payah la jual suara. Banyak lagi cara boleh buat awak famous amous dan popular. Simpan suara awak tu. Nyanyikan untuk suami awak nanti pon sudah dapat pahala. Jual suara tak dapat apa-apa pun la awak. Sayang..sayang.. 
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


Kan? Saya dah cakap awak cantik. Cantik. Tang mana cantik tak tau la. Saya suka tengok perempuan berjubah hitam dan menutup sempurna auratnya agaknya. Sejuk mata tengok. ^__^ Harap awak berhenti la daripada menjual suara. Insya-Allah.. Moga diberi hidayah kepada awak dan siapa-siapa yang mahu memulakan career-nya sebagai penyanyi wanita.

p/s: Sorry, kerana mencuri gambar ini daripada Official Facebook Ainan Tasneem. Aku hanya ambil gambar dia dan letak di blog sahaja. Tiada niat lain sama ada menjual atau menjadikan gambar ini sebagai koleksi peribadi. Wallahi.. 

Monday, July 23, 2012

Demam Di Bulan Puasa

Oh, seksanya bila demam..
Ku tahan. Redha je jika ini dapat menghapuskan dosa-dosa kecil ku.
Dah 2 hari tinggal solat terawih.
Malam ni mesti pergi.
Rasa macam dah sihat.
Tapi mata masih terasa panas.
Takpe, asalkan masih boleh berdiri.
Karang dah tak boleh langsung nak bangun,
lagi parah.

P/s: Lately entry aku semua bosan-bosan kan? Semua cerita perihal sendiri. Dah macam diari je. Haaaa~ Takde idea lah wak. Nanti datang idea mencurah-curah saya, baru tau. huhuh~ Selamat berpuasa kepada semua bloggers. Moga puasa kali ni lebih baik dari sebelumnya dan diberkati. Puasa puasa jugak, solat 5 waktu jangan lupa tunai. Kalau tak, sia-sia sahaja puasa. Kan??

Wednesday, July 18, 2012

Aku Hanya Si Bodoh Yang Masih Memakai Kotak Di Kepala

Bila 'Si Bodoh' mahu tersedar dari angan-angannya?
Bila 'Si Bodoh' mahu membuka kotak di kepala dan berjalan yakin wajah sendiri?
Bila 'Si Bodoh'? Bila?

Sedarlah dari tidur yang lena.
Tidur itu nikmat sementara.
Mimpi juga sebahagian kurnia.
Bangkit tidur, hilang nikmat kurnia mimpi.
Terus menjalani hari-hari. 

Sedarlah..
Orang lain telah lama bangkit dan mempersiapkan diri untuk keluar menempuh dunia nyata.
Kau?
Masih di atas katil lena di buai mimpi.
Bila mahu bangun?
Takkan selama-lama mahu merasa nikmat yang sementara?

Buka kotak..
Cermin wajah diri. 
Tanya apa yang dia mahukan?
Apa yang boleh buat dia gembira.
Peduli jerawat di muka.
Peduli jeragat pada wajah duka.
Peduli apa orang nak kata. 

Tanya pada wajah di cermin.
Apa yang buat dia gembira.
Gembirakan hatinya.
Hatinya hatimu jua.
Gembiranya gembiramu jua.
Sedihnya sedihmu jua.
Dukanya dukamu jua.

Yakinkan dia.
Percayakan dia.
Nikmat mimpi, angan-angan dan pengharapan itu tidak akan ke mana.

Sedarlah wahai 'Si Bodoh'.
Sedarlah bahawa hidup hanya sementara.
Dihadapan tak tahu apa halangannya.
Hidupkah matikah.
Kalau hidup, masih jauh.
Kalau mati, sedih sendiri.

Sedarlah wahai 'Si Bodoh'. Sedarlah.
Buka kotak mu di kepala. 
Berjalan berani mendada mendongak kelangit.
Jangan tunduk lagi.