Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam.
Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Yang menguasai hari pembalasan.
Hanya pada Engkau aku sembah dan hanya pada Engkau aku meminta pertolongan.
Tunjukkan kami jalan yang lurus.
Iaitu jalan orang-orang yang telah Engkau anugerahkan nikmat kepada mereka, bukan jalan orang-orang yang kau murkai dan bukan pula jalan mereka yang sesat.
Allah Maha Besar
Maha Suci Tuhanku yang Maha Besar dan dengan puji-pujianNya.
Allah mendengar pujian orang yang memujinya.
(Tuhan kami bagi Engkaulah segala pujian)
Allah Maha Besar
Maha Suci Tuhanku yang Maha Tinggi dan dengan puji-pujianNya.
Ya Allah, ampunilah dosaku dan rahmatilah daku, lindungilah daku, angkatlah darjatku, rezekikan daku, berilah aku petunjuk, selamatkanlah daku dan maafkanlah akan daku.
Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah. Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya. Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah. Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad.
Segala penghormatan yang berkat
solat yang baik adalah untuk Allah. Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat
Allah serta keberkatannya. Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah
yang soleh. Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik
saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah. Ya Tuhan kami,
selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya. Sebagaimana Engkau
selawatkan ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim. Berkatilah ke atas
Muhammad dan atas keluarganya sebagaimana Engkau berkati ke atas Ibrahim dan
atas keluarga Ibrahim di dalam alam ini. Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi
Maha Agung.
Setiap kali kita solat, kita sudah pun mengagung-agungkan Tuhan kita semesta alam. Setiap perlakuan dalam solat diiringi dengan puji-pujian kepada yang Maha Esa serta doa kita kepadaNya. Bayangkan jika kita tidak pernah langsung untuk mendirikan solat, apakah tanda kita bersyukur kepadaNya? Apa balasan kita terhadap semua nikmat yang telah diberikan olehNya? Walaupun segala nikmat yang dikurniakan oleh Nya tidak ternilai harganya dan tidak mampu untuk kita (hambaNya) membalas. Kita adalah hamba yang paling sombong dan bongkak serta alpa. Renung-renungkanlah..
..WALLAHUALAM..
sembahyanglah kamu walau dalam apa jua keadaan sekali pon :) solat itu tiang agma..
ReplyDelete:)