Monday, September 7, 2009

Mana Anda Pilih?

Di atas terdapat 2 gambar yang berbeza. Mana satu yang korang pilih? Jawapan dan alasannya simpan dahulu dan menilainya nanti setelah korang habis baca pos aku ni.

Bismillahirahmanirrahim.....

Hasrat ku ingin melepaskan bosan setelah menyiapkan nota CTU 151 (dah nak test baru sibuk nak buat nota). Aku pergi ke bilik sahabatku yang berada di sebelah bilik ku. Masuk memberi salam dan melihat Ajam dan juniornya sedang bersantai di atas katil. Acab pula sedang duduk di bangku mentelaah nota CTU 151. Lalu aku ternampak makanan yang agak sedap di pandang mata. Meminta keizinan tuan punya makanan untuk aku menghabiskannya (makanan tu pun dah tinggal sikit la). Mencapai kedua-dua makanan tersebut lalu makan. Hehehehe~ Lepas makan, aku ambil satu majalah yang berada di atas katil Ajam itu. Kemudian Sam pula masuk ke dalam bilik itu. Kemudian..........

Ajam: Afif, apa yang kau faham pasal CTU bab 1 ni?
Afif: (diam kebodohan) (Pasal tak habis baca lagi)
Ajam: Sam, apa yang kau tahu pasal Bab 1? Terangkan kat aku.

Sam memberikan jawapan apa yang difahaminya dengan penuh ikhlas dan bersemangat.

Ajam: Oh, macam tu. Afif, apa yang kau faham plak?
Afif: Apa yang aku faham eayh? Bab 1 ni ada semua pasal CTU151 dan dia tak mengandungi subjek lain seperti Costing, Marketing dan lain-lain.

Kemudian Acab ketawa dan berkata.....

Acab:Hahaha. Ajam kau rasa tengok si Afif ni pakai suar pendek tak berbaju, agak-agak kau dia dapat jawab ke CTU?
Ajam: Aish, boleh jawab la. Kau jangan pandang pakaian seseorang tu. Mana tau dia ada sedikit ilmu.

Keadaan di situ diam sebentar.

Ajam: Ok, cab. Kau penah dengar cerita kertas putih tak? Kalau tak aku nak cerita kat kau.

Ajam kemudian mengambil satu kertas lalu melukis seperti gambar di atas.

Ajam: Apa yang kau nampak Cab?

Acab memberikan jawapannya dengan menerangkan gambar tersebut.

Ajam: Mana yang kau pilih?
Acab: Ok, kalau aku aku pilih bulat putih dikalangan hitam.

Alasan jawapan Acab tu- Bagi aku kita bagai yang putih tu. Yang putih tu melambangkan kebaikan. Pastu kita di kelilingi benda-benda yang tidak baik (warna hitam). Walaupun begitu kita still lagi boleh survive dengan benda-benda tu dan tak terpengaruh.

Lihat jawapan yang diberikan Ajam pulak- Kalau aku, aku pilih yang hitam di tengah-tengah tu. Sebabnya, lihat kisah Ustaz Akhil Hayy tak? Tengok apa yang di lakukannya sebelum ni? Berdakwah sana sini. Orang memandangnya tinggi dan elok. Tapi setelah penceraiannya tu......... Sebab tu aku pilih yang hitam di tengah-tengah tu. Biar la kita hitam di kelilingi dengan orang baik-baik. Biasa la manusiakan mesti ada buat salah. So, if aku buat salah sikit orang tak kisah sangat. Tu sebab aku nak orang aggap aku dan pandang aku ni jahat tapi aku dan Allah sahaja tahu aku sebaliknya.

Kesimpulan yang dapat disimpul-simpulkan disini ialah manusia biasanya akan melihat apa yang dilakukan seseorang itu sebelumnya. Jika seseorang itu baik sebelumnya kemudian membuat sedikit kesalahan mereka akan terus mempertikaikannya. Jika seseorang itu jahat sebelumnya dan membuat sebesar mana kesalahan sekali pun, mereka tidak akan berkata tentangnya.

p/s: Hah, apa pulak jawapan korang? Simpan dan buat perbandingan sendiri. Setiap individu mempunyai pandangan yang berbeza. Fikir-fikirkanlah..........
p/s: Pasal aku pakai suar pendek tak berbaju tu sebab keadaan pada waktu tu panas that's why la. Jangan judge yang lain plak eayh? Tak suka! Tak suka! heeeeeee~

7 comments:

  1. part p/s yg last tu, i tak jugde yg bukan2 pun , dun worry be hepi . hoho

    entry U yg ni buat i teringat kursus motivasi yg i penah attend dulu .

    Menurut kajian, orang yang bila diperlihatkan sahaja diagram atau gambar ni lalu they choose black dot yang dikelilingi white area bermaksud,
    mereka memiliki perwatakan spt yg berikut :
    -MUDAH NAMPAK PERKARA BURUK TERLEBIH DAHULU
    -ADA YG MENGKATEGORIKAN MEREKA SBG SEORG NEGATIVE THINKER

    manakala yang nampak white dot yg dikelilingi black area pulak,
    -BERFIKIRAN POSITIF DAN TERBUKA
    -LEBIH BANYAK NAMPAK KEBAIKAN DALAM SESUATU PERKARA BERBANDING NGAN KEBURUKAN

    tu je yg dpt i kongsikan . sekian, tq. hee :)

    ReplyDelete
  2. Nurika~
    Serious eayh u x judge bkn2. Oh, thnk u ika, thnk u vry2 much! ;)

    itu menurut kajian la kan? Tp kalau menurut kaji cuaca, ulangkaji dan Kajima Hirosan stiap org memiliki persepsi dan pemikiran yg berbeza. Adakalanya ikut-ikut kajian ni x bleh pkai sangat. Betul x ika? heeeee~ :)

    ReplyDelete
  3. Afif~
    yeah, u r most welcome . heee

    err, hahh, betul sgt la kata u tu, i sokong laa kot.. ngehh

    ReplyDelete
  4. Nurika~
    Mcm x ikhlas je nk sokong. Xpe la... Huuuuu~
    :(

    ReplyDelete
  5. afif, minx maaf...
    aq terpksa copy and paste...
    nnty aq letak nama blog ko kat post aq tu erk!!!
    aslmualaikum!!!

    ReplyDelete
  6. afif, i ikhlas lew ..
    betul la tu kan setiap org ada perbezaan pendapat, pendirian dan pandangan .
    i sokong apa yg u katakan tu .
    Tak nafikan pun . Siyes ni =|

    ReplyDelete
  7. sebenarnya aku memilih titik putih yang dikelilingi oleh background yang gelap.cuba kita tengok langit waktu malam,dalam kegelapan terdapat beberapa butir bintang yang berkilauan. didalam kejahatan akan ada kebaikan yang menyusul,bermaksud xsemestinya orang yang jahat 2 sememangnya jahat, sejahat manapun seseorang tu pasti terselit kebaikan.. renung2kanlah....

    ReplyDelete