Friday, September 18, 2009

Hari Raya

Wah, pejam pelik pejam pelik dah nak raya rupanya ye? Lagi dua hari je kot? Macam tak percaya pulak! I don't belieeeeeeeeevvvvvvvvveeeeeeeee this!

Alhamdulillah! alhamdulillah! alhamdulillah! Bersyukur sangat ke hadrat yang Maha Pencipta kerana memberi aku kesempatan untuk aku lalui bulan Ramadan yang penuh keberkatan itu. Sebenarnya perasaan sedih juga menyusuli diri ini kerana aku hanya dapat menikmati bulan Ramadan sekejap sahaja. Waktu berlalu begitu pantas sekali. Mmmmm.....




KENANGAN


Beli PS2
Bila dah nak menjelang raya ni, selalu teringat raya-raya yang sebelumnya and then buat perbandingan. Raya tahun lepas dapat banyak duit raya la, raya tahun ni kurang rm50 la, macam-macam. Tak boleh lupa semua tu. Yang tak boleh lupa lagi, once upon a time la masa tu aku budak sekolah lagi dan aku memang gila games or erti kata lain Die Hard Fans dengan games. Masa tu pS2 top lagi. Aku dengan adik aku buat satu pakatan rahsia suruh kumpul duit raya. Kebetulan masa tu, lepas ry seminggu memang time adik aku bersunat. Yes! Memang tepat pada masanya awak! Memang banyak la dana yang akan terkumpul nanti untuk beli benda tu. Campur duit raya, campur duit adik aku sunat. Wah, cukup-cukup. Dan sampai la waktunya untuk kitorang berdua melancarkan propaganda!

Afif: Amar, kau cakap la ngan ibu.
Adik: Ala, kau yang nak beli kau la yang cakap.

Kami berdua bergaduh+bertengkar+bertikam tekak bagi menentukan siapa yang harus menyebarkan propaganda tersebut. Akhirnya si abang yang baik hati ni menyerah diri.

Ibu: Cukup ke duit awak nak beli benda tu?
Afif: Cukup bu. Cukup.
Ibu: Mana awak dapat duit?
Afif: Ala, kongsi duit raya angah dengan Amar la.
Ibu: Heyy...membazir je beli benda tu.
Afif: Ala bu, boleh laaaa. Pleaaassseeee....

At last......... SUCCESS! SUCCESS!

Kitorang dapat jugak beli benda tu! Hehehe~


Bunyi Meriam


Ni paling tak boleh blah sekali. Malam raya benda ni every year berlaku dekat kampung aku, Perak. Selalunya family aku akan bergilir-gilir malam raya tidur di rumah belah mana belah mana. Macam orang lain jugak. Tapi ibu dengan ayah aku ni satu kampung . So senang la sikit. If tahun lepas malam raya tidur kat umah nenek belah ayah, tahun ni belah ibu pulak. Camtu la. Tapi if malam raya belah ayah, benda ni la yang berlaku.

KEBOOMM!! BOMMM!! BAMM!!! DUM!! DAMM!!

Pastu keluar pulak kata-kata kesat daripada mulut makcik-makcik aku.

"Eh, *^%$#!" "Mak kau #$%^&!" dan sebagainya.

Position dorang meletakkan senjata api ciptaan sendiri ni pada 9o darjah barat, 50 darjah timur, 13 darjah kutub selatan dekat surau sebelah rumah nenek aku. Senjata dia tak nak mengalah la awak. Besar gedabak! Kalau tak silap aku 3 bijik semuanya. Bunyinya menggegarkan papan-papan rumah nenek aku. "Weayh, sengal la korang! Nak perang tunggu time perang la! Aku nak tidur ni doh! Besok raya kot! Tak bangun raya aku karang. Nak main, main dalam rumah diam-diam sudah! Heiii...kau tunggu la aku buat nuklear nanti. Mati korang semua!", berkata aku dalam hati je..... heeeeee~ Ikutkan hati aku nak je join dorang semua main sekali. Di sebabkan dorang tak kenal aku dan aku kenal dorang, so tak boleh la nak join! Geram pulak rasanya.

Main MercunBenda ni pun aku tak boleh lupa jugak. Pasal benda ni la aku dah tak berani main mercun lagi. Ia berlaku masa aku darjah 3 or 4 camtu ar.. Masa tu aku main mercun padi. Tak macam laju pulak dia nak meletup. Sumbu dia terbakar begitu pantas sekali. Tak sempat aku nak baling dah meletup kat tangan. Nasib baik mercun padi tu kecik je. Walaupun begitu aku still jugak main berulang kali. Tak puas hati awak coz tak sempat baling. Aku main dan terus bermain sampai la kesepuluh-sepuluh jari aku jadi macam ni...
p/s: Bukan putus, just melecur je.

p/s: Nampak sangat aku ni bebal+sengal

Sebenarnya banyak lagi la kenangan-kenangan aku masa time dulu-dulu nak sambut raya aku nak cerita. Tapi takut nanti 5hari pulak korang kena baca semua kisah aku tu. So aku cerita jela yang mana agak menarik kat korang.

p/s: Sebenarnya semua benda-benda ni la yang mewarnai hidup kita. Tak kira hitam ke kaler itu atau berwarna-warni kaler itu, ia tetap kisah yang menarik bagi aku untuk dipahat dalam ingatan yang sangat terhad ni.

p/s: Gambar-gambar tersebut hanyalah hiasan semata-mata, tidak ada kena mengena dengan tauke mercun atau abang tentera laut! Heh!

SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI AMPUN DAN MAAF DIPINTA JIKA TERDAPAT KEKASARAN BAHASA DAN MENYINGGUNG MANA-MANA PIHAK DALAM SEMUA ENTRY.

2 comments:

  1. sebak di hati bila tibanya kesah u ttg wang raya . beraya di kampung dan bermain mercun .
    wang raya : tahun ni da tak dapat la kot kan . haha
    beraya di kg : i ne ade kg , sedih2
    mercun : i hanya bleh main mercun pop-pop tu aje . owhhh , apela nasib . haha

    p.s : suka baca pengalaman raya u ni . kalau tulis panjang2 hingga 5hari diperlukan utk selesaikan pembacaan pun takpe , i tak kesah sbb best la kot bace pengalaman hidup org ni.. (bole la ckp cmtu sbb u tak tulis sepanjang tuh kan , hoho)

    ReplyDelete
  2. Nurika~
    eh, muke i cm budk2 kowt coz xde jggut ngn misai juz pimples je. Heh! So bly la mnyamar jd bdk bwh umur thn dpt duet ry! (^_^)

    ala cian. U wt cmni...
    semua kg2 org kg aku jgk! heheh~
    so kg i kg u jgk. Dtg la anytme anywy!

    ok la. Mercun jgk kan? Lgpun u xleh maen bnde2 extreme2 ni. Kne muke, bdn dan lain2, abes cacat jdnye, dh x comei dh! ;)

    owh really? Nnt i wat biografi afif n i publish n jual kt u sorg je eayh? u bc la smp lebam. Heh. ;.D

    ReplyDelete