Monday, March 15, 2010

Mari Ke Bank Negara

Wah, macam 2 tahun je rasa tak update blog nih. Ceh ceh... Apeee laaaa! Kenapa itu boleh berlaku ye? Sebab semenjak dua menjak 3 menjak ni, aku sangat busy yang teramat la sangat busy-nya sampai nak pakai baju pun tak sempat, busy sampai nak tengok muka awek-awek dekat UiTM ni pun tak tertengok dan busy sampai nak makan pun terlupa walaupun dah hampir 3 kali melantak. Wah, busy sangat tuh! (^_^) Tapi kali ni, aku curi kejap masa aku sebelum nak pergi mandi dan sementara idea tengah ada untuk mengarut ni, aku post la blog ni. Ni baru je balik dari lawatan ke Bank Negara kot. Penat tak hilang lagi.

Ye, cerita pasal Bank Negara ni, memang nak story pun pasal Bank Negara. Apa aku buat pergi Bank Negara ni? Aish, takkan la tak merompak! Of course aku datang nak merompak! Hahahahaa. Takde la awak, sebenarnya pada hari ni
(15 March 2010), kelas aku D3B2 membuat lawatan sambil makan angin ke Bank Negara untuk subjek Macroeconomics atau nama saintifiknya ECO211. Lecturer yang bertanggungjawab bawak kitorang ke Bank Negara ni ialah En. Azim. Bukan kelas kitorang je, ada lagi dua kelas yang join sekaki plus 3 lagi orang lecturer tapi dari kos yang berbeza. Satu daripada kos Accounting dan lagi satu daripada kos Investment. Kitorang pergi dengan menaiki 3 buah lori ayam yang berbau kambing gurun. Hahaha. Gurau-gurau. Kitorang pergi dengan 3 buah bas UiTM.

Nak dipendekkan cerita, banyak benda yang telah kitorang pelajari hasil lawatan kitorang ke Bank Negara ni. Antaranya:
  1. Bagaimana wang kita dihasilkan.
  2. Siapa pembuatnya.
  3. Siri-siri keluaran wang dari dulu hingga kini.
  4. Ciri-ciri keselamatan yang ada pada wang kita.
  5. Bagaimana kitaran wang kita.
Dan banyak lagi la awak. Aish..nak sebut karang dua hari baru habis baca. Tapi memang best la dengan dia punya penceramah dia yang agak gila dan tak betul sikit tu, pengisian tentang apa yang nak disampaikan tu dan banyak lagi. Selama aku duduk kL ni, tu la pertama kali aku masuk menjejakkan kaki ke Bank Negara. Kalau setakat masjid negara ke, zoo negara ke, tugu negara ke dah tak terkira dengan jari kaki dah.
Ok ni ada sedikit gambar kenangan yang sempat dirakamkan sepanjang trip kitorang ke Bank Negara:

3 orang ni kalau tak mencapap dengan kamera aku tak sah. Suka-suka hati je buat kamera tu macam kita kongsi duit beli sama-sama. Huhuhuhuh.. jangan marah eayh?

Wah, tak gerak lagi bas dah tidur? APEEE LAAAA.... hehehe..

Tu la lecturer kitorang. Muda, perkasa dan sasa. Jiwa sangat muda. Kalau dah dalam bas yang ada TV, microphone dan cd lagu karaoke takkan la tak karaokekan? Baru saya tau sir kaki karaoke rupanya ye? Hampir 3cd jugak la sir sapu habis lagu dia. Hahahah. Tapi sir memang best la! Sporting habis!

Sesudah sampai ke destinasi yang dituju. Eayh? Pelik? Mana si Iqa? Owh, ya! Lupa pulak. Dia yang ambil gambar ni. Kalau tak mesti dia ada jugak dalam gambar ni. Huh!

Yeah! Rombongan Cik Halimah Jongang! Sayangnya tak dapat nak rakamkan kenangan dekat dalam bangunan Bank Negara. Hanya di luar bangunan je boleh. Ni selepas selesai lawatan.

Tadaaa... Sebelah kanan tu la penceramah yang aku bagitau tadi. Hahaha.. Gurau-gurau! Eayh? Aku nampak sangat pendek dalam gambar ni. Owh, yela tu. Position aku sangat ke depan rupanya. Heh. (^_^)

p/s: Ingin tahu apa maklumat yang kitorang dapat? Mudah sahaja. Hantarkan surat yang menyatakan anda juga ingin membuat lawatan sambil bersiar-siar di Bank Negara kepada Bank Negara. Atau dail nombor hotline Bank Negara yang tertera pada pen yang kitorang dapat. ?????? Macam mana? Lu fikirlah sendiri. Hehehe.

8 comments:

  1. kalau budak DIIM nak pegi boleh tak?

    ReplyDelete
  2. nur~
    hahahha. ok latu! Bank Negara jgk bunyinye.

    haziq zainal~
    jgn kate nk pg bank negara, istana negara pon korg boleh pegi. (^_^)

    ReplyDelete
  3. aiseh , kesian kat si dia yg pic nye di snap ketika sdg kroohh2.. huhu..

    eh , mcm seronok bgt je ! *jeles*

    hoho

    ReplyDelete
  4. "penceramah dia yang agak gila dan tak betul sikit tu" ...

    betul betul betul
    setuju. dia memang gila dan
    bukan tak betul sikit, tak betul banyak
    ;p

    -ghaz

    ReplyDelete
  5. Ghaz Sanusi~
    Ya Allah... Bro cmne leh jumpe blog sye ni? hahahahahaaaa.... Unbelieveble!!!

    ReplyDelete
  6. nurika~
    hahahah...spe soh tdo? kn dh kne snap!

    ReplyDelete