Monday, March 1, 2010

Kalaulah...3

Kalaulah suara katak tu lagi sedap daripada suara manusia entah apa yang akan terjadi pada seluruh dunia nikan? Dapat tak korang imagine? Mesti la tak! Sebab ni mengarut je kan? Hanya orang yang mempunyai imaginasi yang melampau-lampau tingginya yang dapat bayangkan sebab dorang suka mengarut. Apa yang aku mengarut nih? Hahaha..

Aku dah dapat bayangkan dah sikit. Sikit je eayh. Ok, kalaulah suara katak tu lagi sedap daripada suara manusia, mungkin yang ada dekat dalam rancangan AF tu semuanya mr dan mrs katak! Wah, camno tuh? Sapo nak jawab? Dorang menyanyi sikit pun kita tak faham tapi kita boleh duduk terpacak depan TV tanpa memikirkan soal masa depan seperti 'bila nak kahwin', 'bila nak menenangkan perut yang sedang dalam kelaparan', 'siapa nak kahwin dengan makcik jiran aku' dan sebagainya.

Lepas tu, kalau dah masuk AF, mesti la dorang jadi glamour betul tak? Masa tu ramai la manusia-manusia yang sibuk nak jadikan mereka special girlfriend and boyfriend. Eh, aku ada sebut pasal special girlfriend dan boyfriend eayh? Oh, silap silap. I mean special pet. Sampaikan orang yang geli dengan binatang tu sanggup buang perasaan geli mereka semata-mata nak bela si katak ni. Bila dorang dah popular, dah takde dah jumpa dorang dekat dalam longkang ke, dekat dalam hutan ke atau tempat-tempat yang berkaitan. Mungkin kita akan jumpa mereka di dalam rumah-rumah mewah seperti dekat kondo, banglo dan sewaktu dengannya. Wah, meriah tu.

Seterusnya, peribahasa tentang 'seperti katak panggil hujan' akan diubah kepada 'seperti manusia menyanyi guruh dilangit yang hadir' oleh Dewan Bahasa dan Pustaka. Ya Rabbi, teruk sangat dah tu bunyinya kan? Dan mungkin jugak peribahasa 'seperti katak dibawah tempurong' pun mungkin tak wujud dah.

Ada lagi, kalau suara katak tu lagi sedap daripada suara manusia, mungkin Siti Nurhaliza atau Faizal Tahir akan kehilangan job mereka untuk buat show. Kesian merekakan? Tak pasal-pasal kena cari job lain. Lagi pun kan, sekarang ni pun kita dah ada artis katak terkenal. Siapa? Lah, lupa la tu. Crazy Frog la siapa lagi. Kan katak tu.

Ok la, dah tak tau nak mengarut apa dah. Hahaha... Apa-apa pun semua ini tidak akan berlaku la. Jangan risau eayh kepada sesiapa yang bercita-cita nak jadi penyanyi tu sebab manusia adalah sebaik-baik kejadian yang telah diciptakan oleh Allah.

I hate you Mr. Froggy! Hahaha...tak pasal-pasal emo plak. :)



..SEKIAN..

7 comments:

  1. apa yg hendak disampaikan sebenarnya nie?

    ReplyDelete
  2. chaer~
    xde pape pun. hnye mengarut smate2. tp dlm entry ni ade msg sbnrnye kalau dibce btul2. :)

    ReplyDelete
  3. hehe..tertarik dgn isi entry ni.. suruh org berfikir sebenarnya.. (-.^)

    ReplyDelete
  4. afif ialah seorang penulis yang selalu luahkan sesuatu perkara dengan cara yang orang lain tak penah terfikir ! hebat !

    ReplyDelete
  5. Nurika~
    tme ksh atas pujian anda! (^_^)

    ReplyDelete
  6. but i likes froggy...^_______^

    ReplyDelete
  7. cikinot~
    ahahaha.. I hate froggy!!

    ReplyDelete