Wednesday, September 9, 2009

B-E-N-G-A-N-G

Assalamualaikum......

Hasrat hati ingin la berbuka dekat restaurant yang up sikit bersama rakan-rakan yang lain dengan bermenukan ikan bakar dan sebagainya. Plan ni dah buat 3 hari awal dah.


Afif: Mal, kita buke pose kat luar nak? Ajak Sanat dan yang lain.

Mal: Cara gak tu.

Afif: Bila agak-agak?

Mal: Kena tanye tuan punya kete ar.

Afif: Ok set!


Musyawarah pun diadakan la bagi men-decide hari dan masa yang sesuai. Kata sepakat semua Ahli Majlis Jejaka Perasan (aku tak! Haaaaaahahahaha) telah bersetuju bahawa hari dan masa yang sesuai jatuh pada hari Rabu, Orbit yang ke-32 pusing 5 kali bersamaan 9 September 2009 waktu Kutub Utara berpaksikan saksi-saksi yang seksi lagi seksa.


Salah seorang dari ahli kami Mr. Karjo (banyak pulak nama dia ni dalam blog aku) telah membuat tempahan 'kiss me through the fon' sehari sebelum, sebuah restaurant yang terkemuka di Tanah Segamat ni.

Karjo: Hello, Restaurant ___________ ke?
Staff: Ye betul. Boleh saya bantu?
Karjo: Saya nak booked meja untuk berbuka puasa untuk besok boleh?
Staff: Eh, boleh. Takde masalah. Dialu-alukan.
Karjo: Kami nak order makanan sekali boleh?
Staff: Boleh. Apa yang encik nak? Kat sini semua ada.
Karjo: Bagi kami set_____________ dan___________dan___________.
Staff: Ok. Air taknak ke?
Karjo: Air kitorang order sesudah sampai nanti.
Staff: Ok. Terima kasih kerana menggunakan perkhidmatan kami. Sila cuba sebentar lagi (???)!

Lebih kurang macam tu la dialog dia. Aku ada tambah-tambah sikit. (^_*)

Settle semua kerja. Hari dah di tetapkan, meja dah booked, makanan dah order, tinggal makan je nanti bila dah sampai sana. Wah, tak sabar nak makan ikan bakar!

Hari Yang di Nantikan
Kitorang patutnya bertolak pada pukul 6. Tunggu si mangkuk, tunggu si Lahabau, tunggu si Sengal, kitorang bertolak dalam 6 lebih.

Sorang-sorang menyusur turun dari blok.
Afif: Adoooiiii, lambat la kau Mal! Janji pukul 6 nak tolak, ni dah 6 lebih dah! Tension la camni. Adoooiiiii!!!!
Mal: Ciku (Arai) ar siap lambat. Nak setting rambut la ape la. Sanat bleh bantai outing kejap plak tadi!
Ciku: Adoi! Kecoh ar..
Karjo: Bising la korang ni.


Dalam Perjalanan
Si tuan punya kereta ni (Sanat) bawak kereta macam orang hilang arah tujuan. Alasannya nak cepat nanti lambat sampai. Dia cilok sana, dia cilok sini. Perggh, ikut hati nak je cabut enjin kereta MyVi 258cc (??????) dia tu! Nasib baik la awak tuan punya kereta. Di jangka sampai dalam 6.45, tapi si Karjo nak beli kek la, Sanat nak isi minyak la, Mal nak pegi bank la, trafik light lagi, kol 7 baru sampai ke destinasi.


Sesampainya
Sampai je kat tempat yang sepatutnya, kitorang rasa pelik+heran. Asal kosong je nih? Pelik? Pegi betul-betul depan kedai.......
Lah, T-U-T-U-P awak!! (+.+")
Impossible is Nothing!! Impossbile is Nothing!!


Sanat: Weayh, tutup doh! Camne ni?
Mal: Tau takpe! Camne aritu dia boleh amik reserve kite?
Afif: Adoooiiii!!!! Camne ni? Dah nak berbuka dah ni! Call la orang tu!

Keadaan menjadi kecoh sekejap di dalam kereta.

Mal pun telefon restaurant tu balik.


Mal: Hello, ni_________ ke?
Staff: Ye, tapi kami tutup la hari ni.
Mal: Laa..yeke?? Hari tu kenapa amik reserve kitorang? Abih macam mana ni?
Staff:...........
Mal: Kenapa tutup?
Staff: Tukang masak kitorang takde la hari ni.


Mak aih, alasan tak boleh belah la awak!! Teruk gila jawapan! Tu jawab soalan essay tu sure gagal!

Mal: Abis, macam mana orang lain yang dah booked jugak? Dan kenapa tak informkan kat kami? Kami dah sampai kot?!

Terus dia letak telefon awak! Tak patut betul kan?

Semua mengeluarkan kata-kata kesat+kasar. Hahahahahah~

Azan pun dah berkumandang, kitorang hanya berbuka just air tin yang Sanat beli je dalam kereta sementara mencari tempat lain untuk berbuka! Dah la setin je airnya. Kesian kan?

Finally kitorang hanya berbuka puasa kat kedai mamak je! Tak boleh blah la awak!!! BENGANG+TENSION!!!!! KITORANG DAH KENA LAGI BEB!!

Macam mana la peniaga Melayu=Islam nak maju kalau macam ni?! Bagi alasan pun tak pandai. Aku bagi satu contoh jawapan terbaek untuk semua staff kat restaurant tu

" Maaf la cik, kedai kami baru je di bom tadi! Ni saya pun dah nyawa-nyawa ikan dah ni. Cik datang laen waktu je la cik ye?"

Hah, jawapan tu aku rasa akan membuatkan customer terharu lalu tak jadi nak marah. B*^#$ betul la korang!


p/s: Geram plak aku! Rasa nak mencarut je!! TIDAAAAKKKKKKK!!!!!!

p/s: Kepada rakan-rakan, sahabat handai better korang berbuka la di Masjid. Tak payah gatal-gatal nak buka di luar! Pahala dapat, duit pun tak membazir! Kan?Kan?Kan? :(

6 comments:

  1. kesian doh ko afif...
    nty mandi bunga erk afif...

    kita order pastu bungkus nthen mkn kat bilik... baru cara kan!!!

    ReplyDelete
  2. ryoma ekhizen~
    Yolah tu!

    aku rse kau yg ptut mnd bunga coz asl kuar ngn kau je nsb mlg, asl nsb mlg je kuar ngn kau!

    hahahah~ PEACE!!! :)

    ReplyDelete
  3. hehe..klakar gler ar cter ko afif..
    kcian2 xpela sabo jela eh bulan pose memang mcm2 dugaan sket..

    tp mmg klakar la..huhu.

    ReplyDelete
  4. AiN~
    Kau ptut kesian kat aku doh bukan gelakkan aku.

    sedey! sedey! :(

    ReplyDelete
  5. huhuh

    afif afif...

    memang i sokong statement u tu ttg peniaga melayu=Islam . banyak betulnya tuh . ECEHH (batu api betul , hee )

    takde, bukan ape u ,
    dorang patut lebih bertanggungjawab sebagai peniaga , kena bijak jaga hati pelanggan , alasan camtu tak munasabah ler , cliche sgt .
    bila la orang kita nak maju kalau itu cara mereka berhadapan ngan masalah . btw, tu bukan berhadapan ngan masalah yer, tapi lari . cess .

    ape pun, kesian sgt la kat afif & the geng .
    huhuh

    ReplyDelete
  6. nurika~
    ikutkan hati nak je kereta yang kitorang naik rempuh kedai tu. Nasib baik la bulan pose, kalau tak....
    (tak berani jugak nak buat...hehehe~)

    Sian kan?
    kan?kan?kan?

    ReplyDelete