Tuesday, September 22, 2009

Pengalaman Raya 3 Hari

Assalamualaikum wtb....

Emmmm.....dah raya eayh? Cepat bebenor mase berlalunye. Dah 3 hari kita sambut raya (hari ini). Raya tahun ni hanya 3 hari je aku dekat kampung sebab raya ke-4 (besok/23 September 2009) akak dengan ayah dah kena kerja la awak. Macam raya tahun lepas jugak. Sekejap je raya dekat kampung. Walaupun sekejap, tapi macam-macam pengalaman aku dapat.


Malam Raya
Ingat tak before this aku ada cite pasal malam raya. Ala, pasal meriam tu. Hahaha. Tahun ni aku bermalam raya dekat kampung sebelah ayah (ala 1km je pun daripada kampung belah ibu). Tahun ni takde pulak bunyi meriam yang sangat kuat di malam raya. Takde jugak gegaran papan-papan rumah nenek aku tu. Hahahah. Mana taknye, kedudukan diorang dah berubah ke 90 darjah Timor Leste, 55 darjah Katulistiwa dan 5 darjah beruang kutub iaitu dekat tepi jalan mula-mula nak masuk ke kampung aku (Tak faham buka kamus dewan bahasa halaman 78). Kira-kira 1.5km daripada kampung belah ayah. Aku agak terkejut jugak la bila sesampainya kitorang semua di kampung tu.

Afif: Aih? Dah main kat sini pulak dah dorang ni? So kat sana dah takde la bunyi dan gegaran dari meriam tu nantikan?
Along: Yela tu kot.

Biasa la manusia, benda dah takde di cari-cari, bila ada di maki-maki. Heyyyy..macam tu la aku. Huhuhuhu~


Raya Pertama
Macam biasa la raya pertama. Sudah tentu kita menunaikan solat sunat Aidilfitri di pagi hari dan mendengar khutbah selepas selesai solat. Takkaaaannnnnnlah kita nak terus pegi beraya rumah orang pulak kan? Sungguh crowded keadaan di dalam surau masa tu. Ramai pulak orang yang solat dekat situ. Surau tu sebenarnya dah digunakan untuk menunaikan segala solat-solat sunat sejak berkurun lamanya daripada zaman datuk aku lagi sampailah la ni (sekarang). Dari jauh surau tu macam nak roboh je tapi still lagi dapat menampung 10 ekor ikan paus biru (agaknya la kot?). Lepas solat, macam biasa la. Kitorang semua dekat situ (makcik pakcik dan nenek sekali la tu) bermaaf-maafan la sesama bersama. Hahahaha. Ada yang menitiskan air mata, hingus dan sebagainya. Tapi aku tak. Kawan aku kata, seorang yang gentleman tak boleh menangis. heheheh. So aku ni gentleman la kan?

Tapi saat-saat ni yang aku tunggu-tunggu....iaitu pemberian duit raya. Hahahahahah.

Aku tengok je ayah, kakak, makcik, pakcik aku agihkan duit raya kepada budak-budak yang ada. Tiba-tiba....

Makcik 1: Nah, angah.
Afif: Eh, apa ni Cik Yayoh. Tak payah la angah dah besor dah.
Makcik 1: Ala, tak koje lagi takpe. Ambik la.

Dengan hati yang tak berapa berat+tak segan silu+tak tahu malu, aku ambik jugak! Hahahahha.
Lah, takkan nak tolak pulakkan. Orang nak bagi, ambik jela. Tolak rugi besar awak!

Tapi paling aku menyampah sekali.....eh, malas la nak cerita! Lihat je la kat bawah ni....


Tengok la dorang ni. Gila+Gedik+Mengada-ngada ambik gambar sana, ambik gambar sini. Pantang pakai baju lawa sikit...


Ni sorang lagi. Lihat la si adik lelaki aku tu. Tengok 2orang kakak dia mencapap (aku tak tahu nak describe ayat ni camne. Ni pengaruh kat UiTM Johor la ni ayat ni) dia pun sibuk-sibuk nak jugak.



Finally, aku jugak realize yang raya ni setahun sekali je. So aku pun join sekali. Hahahahah~ Jangan marah!



Malam Raya Kedua
Sudah menjadi kebiasaan family aku dan semua family belah ibu akan beraya di rumah moyang aku yang berada di seberang Perak (Sabak Bernam). Tiap-tiap tahun raya kitorang takkan tak beraya kat rumah moyang aku ni. Actually aku dengan adik-beradik aku yang lain tak suka sangat pegi bermalam dekat rumah moyang aku ni. Bukannya apa, hanya satu sebab je. Sebabnya nak melabur susah! Hahahahaha~ Macam B%^&H je kan alasan. Tempat melabur tu boleh dilihat oleh orang lain bila kita duduk tut... hahahahah~ Teruk kan? Korang tahu-tahu jela jamban orang dulu-dulu macam mana. Arkiteknya pun sendirian berhad je. So kitorang dah pakat adik-beradik jangan makan makanan yang boleh menyakiti hati perut.

So on the way semua keluarga aku dan keluarga adik beradik mak aku nak pegi rumah moyang aku tu, kitorang singgah kejap la dekat rumah atuk sedara aku ni iaitu adik beradik nenek aku. Yang tak boleh blahnye tu, kitorang semua bantai boleh ambil gambar family pulak secara bergilir-gilir dekat rumah tu. First sekali of coz la family aku pasal mak aku ni yang first sekali. Diikuti keluarga pakcik aku dan seterusnya. Nasib baik la masa tu adik beradik mak aku ni tak cukup. Just ada 4 keluarga je time tu. Kalau tak, mesti kitorang semua dah kena hambat dah. Tapi salah atuk tu jugak. Kenapa di hias rumah cantik-cantik? Kan?kan?kan?




Raya Kedua
Yang ni aku malas nak cerita ni. Pada raya kedua ni, kami semua+adik beradik mak aku pergi beraya rumah sedara mara yang berada dekat situ. Di anggarkan 10 buah rumah la kitorang beraya pada hari itu. Tapi sesampainya rumah yang kedua lagi perut ni dah buat hal. Ni kes pagi tadi la ni, sarapan dekat rumah moyang aku.

Afif: Along, perut angah buat hal la.
Along: Yeke? Along pun sama la. Takpe, tahan je.

Rupanya kakak aku pun sama jugak. Hahahah~
Kitorang ni kalau bab tandas memang memilih sikit. Nak yang selesa je. Aku ingat nak tahan la sampai ke rumah makcik sedara aku yang agak selesa tandasnya tu, tapi......
Aku hanya berjaya menahan sampai rumah yang ke-3 je. Tak sempat pulak. Dah tak tahan dah, terpaksa la. Tapi benda yang tak best berlaku sewaktu di dalam tandas tu la. Fikiran dan hati hanya untuk satu tujuan. Tak kisah halangan yang menimpa, di mana jua, aku redah jua. Sedang aku mencari ilham di dalam kotak itu, aku tak perasan akan kehadiran seekor katak yang juga sedang men-join aku mencari ilham. Besar awak katak tu. Saya bukannya takut dekat katak tu awak, tapi katak tu je yang tak takut dekat saya. Nak tak nak aku kena la jugak stay bersama-sama dengannya di dalam kotak itu. Teruk sungguh keadaan aku masa tu!


Raya Ketiga
Raya ketiga ni tak ade yang menarik pun untuk di ceritakan tapi just nak bagi tahu jumlah duit raya yang aku dapat tu agak banyak. Dapat la tampung beli tiket Air Asia pegi balik pegi Bali. Hahahaha. Mana tak banyak, asal pegi beraya dapat duit raya, asal pegi beraya dapat duit raya. Nak katakan badan aku macam budak-budak tak mungkin. Nak kata aku buat muka kesian masa datang rumah dorang takde pulak. Entah la awak.

Begitulah pengalaman aku masa 3 hari beraya di kampung. Agak menarik bagi aku, tapi tak tahu la korangkan. Hehheheheheh~ BTW Thanks kerana sudi membaca.

p/s: Sori la post kali ini agak kurang senonoh sikit untuk dibaca. Nak buat macam manakan, dah itu pengalaman aku yang aku rasa menarik. So korang terpaksa la baca. Tapi aku cuba sedaya upaya untuk jadikan ayat-ayat aku tu lebih senonoh bila dibaca.
p/s: Sorry guys!! I'M SORRY!! Heeeeeee~ (^_^)
psas\\pp

4 comments:

  1. aduhh aduhh , sakit betul perut i membaca penulisan hasil luahan jiwa dan batin u nih . hahax .

    beruntung tuan punyer badan dpt mengumpul RM di hari raya . "pakcik kayo !" jerit afif sekuat hatinya . HAHA

    kesah u berdating ngan katak dalam kotak tuh mmg sgt menyentuh hati i . ngeh3

    apa2 pun , selamat hari raya , maap zahir & batin ;)

    ReplyDelete
  2. Nurika~
    owh tidak! owh tidak!
    please jgn sebar kat kaca2 tv eayh?
    malu i. hahahahah~

    nnt i blnje u skyjuice eayh?

    kn?kn?kn?

    selamat hari raya maaf zahir batin jugak! (^_^)

    ReplyDelete
  3. ehmm sama lah afif...
    aq dah kne tlng ayh aq kat kedai...

    x dpt beraya lg!!!

    ReplyDelete
  4. ryoma ekhizen~
    xpe2. bly dpt phla tlg ayah kau.

    ReplyDelete