Friday, September 11, 2009

Diberi Peluang

Bismillahirahmanirrahim.....


Heheheh. EXCITED! EXCITED! EXCITED!


Besok (hari ini) bermula la aku punya kerja baru untuk tambahan scene bagi iklan kami. Aku dan Mr. B diberi peluang oleh Miss A1 (leader) untuk kitorang berdua sumbangkan idea kitorang dalam iklan tersebut memandangkan presentation untuk iklan tu di lanjutkan sehingga minggu depan kerana ramai lagi group yang tak siap lagi pembikinan iklan tu.


Leader: Weayh korang, sempat ni kalau kita buat balik kita punya iklan ni. Kali ni bagi Afif yang leader. Buat la apa korang nak buat.
Afif: Wah, perli nampak.
Leader: Eh, taklah. Aku cakap yang betul. Aku just nak bagi peluang kat korang je. Nanti cakap aku ni apa pulak.
Mr. B: Kau touching ke?
Leader: Eh, taklah! Aku ok je.
Afif: Tak sebenarnya kitorang bukan nak buat balik pun. Malas dah kitorang ni. Kau punya tu pun dah ok dah kot?! Tapi kitorang just nak tambah scene je pastu nak masukkan brand logo dalam iklan tu.
Leader: Scene ape?
Afif: Nanti aku buat story board dia dulu. Pastu kau tengok ar..
Leader: Ok.


Lebih kurang macam tu la dialog dia...


Wah, aku bukan main excited lagi dia cakap macam tu. Balik je daripada kelas MKT malam tu aku terus fikirkan jalan cerita untuk dimasukkan ke dalam iklan yang sedia ada tu. Tapi tak tau jugak scene yang aku nak masukkan ni dapat relate tak dengan scene yang sedia ada tu.



Create Story Board
Bersengkang mata jugak la aku memikirkan scene apa yang sesuai. Sampai tak boleh tidur awak malam tu because excited sangat. Dah la besoknya ada kelas ECO. Pukul 8 plak tu. Aku bila dah excited, kisah pulak semua tu. Sedar tak sedar dalam 2 jam jugak la aku buat story board tu. Lepas siap tu, aku tunjuk kat Mr. B. Aku terangkan scene ni nak masuk kat part yang mana la, apa la, itu la, ini la, Mr. B pun bersetuju. Nasib baik dia tak banyak cekadak. Kalau tak..... (^;^)

Scene yang aku buat tu ada unsur-unsur action sikit. Heee~



Submit Story Board
Keesokan harinya, after sahur, aku tidur balik untuk cover balik masa aku tak tidur semalam. Pergh, bangun pagi pegi kelas ECO mata rabak! Dalam kelas, lecturer cakap apa pun aku tak tahu dah. Fikiran terbayang-bayangkan bantal, bantal peluk dan katil. Tak macam sakit pulak otak den ni hah tahan ngantok! After kelas ECO ada pulak kelas MKT. Itu takpe la sebab nak submit akunya story board kat leader. Sesudah habis je kelas......


Afif: Mr. B, nak tunjuk ke story board ni?
Mr. B: Tunjuk je la.
Afif: Segan doh!

(ngado-ngado boto la Afif ni! Semalam beliau yang excited sangat. Apo-apo jolah jang oii!)


Mr. B: Alah, kau ni. Kecoh ar. Meh sini.
Afif: hahahahah....
Mr B: Miss A1, ni hah story board kitorang.
Leader: Oh, yeke? Ok la. Kita discuss kat luar.


Cerita punya cerita dia setuju.


Afif: Tapi aku nak shoot je dulu scene ni. If tak relate dengan jalan cerita kau, tak payah la kita ambik. Ok tak?
Leader: Ok. Ok.
Afif: K, bagus. Tapi aku nak pinjam kau punya camera. Boleh tak?
Leader: Boleh je. Tapi aku balik weekend ni.
Afif: Takpe. Scene ni just aku dengan Mr B je.
Leader: Korang jaga elok-elok camera tu boleh tak?
Afif: Wuish, mesti la. Tapi mahal ke camera tu?

(DUSH! DUSH! DUSH! Soalan yang agak kebodohan di situ. Dah tentulah mahal awak! Camera digital kot?)

Leader: Of coz la. Olympus kot? Ok la. Bye korang.


Excited! Excited! Excited!
Tak tahu kenapa excited macam ni. Kisah pulak aku kan? Heeeee~ So besok bermulalah penggambaran tersebut.

Isya-Allah after settle semua, dah present, and dah 100% video iklan tu complete, I will show the video yang kami semua hasilkan kat blog ni. TUNGGUUUUUU!!! (^o^)


p/s: Nak thanks kat our leader coz bagi peluang kat kitorang untuk kitorang tambah scene kat iklan tu. Tapi jika tak berjaya iklan tu mendapat tempat kat hati para juri nanti. I'm Sorry!!!

No comments:

Post a Comment