Kalaulah nak kahwin tu ikut harga pasaran barang entah macam mana la eayh? Dapat tak korang bayangkan macam mana? Hahaha.. "Kenapa Afif? Kenapa tiba-tiba cakap pasal kahwin." "Bukan apa awak, teringat masa dekat kelas Macro hari tu. Lecturer ada cakap pasal kahwin ikut harga pasaran barang." "Ni kes dah takde idea nak post apa la nikan?" "Betul tu! Hahahahaha." Sebelum aku mula mengarut lebih lanjut, apa kata korang change sendiri ayat-ayat 'harga' tu sebagai hantaran kahwin sebab nanti takut tersalah tafsir pulak.
Ok, dah dapat gambarannya belum korang semua. Aku dah dapat sikit-sikit dah. Hahaha. Pantas dan efficient-nya Afif Ahnaf ni! Mesti la. Bab-bab kahwin ni memang cepat saya berfikir awak. Hahaha. Gurau! Gurau! Kalaulah nak kahwin tu ikut harga pasaran memang sakit dan huru-hara la kot jadinya kan? Mana tak huru-hara, cuba korang bayangkan harga boleh mintak diskaun dekat bakal mentua. Pastu, kalau dah situasi tu berlaku of cause akan berlaku tawar menawar betul tak. Mungkin conversation yang biasanya hanya berlangsung 3 4 jam akan jadi 3 4 hari (proses meminang). Yela, kena fikir la patut ke bagi diskaun, nak letak berapa harga, relevan tak harga tu dengan pasaran sekarang dan sebagainya. (^_^)
Seterusnya, harga untuk pasangan yang nak dipinang tu telah ditetapkan oleh parent mengikut grade dan kualiti. Jangan salah faham ye. Maksudnya disini, kalau anak perempuan dia ada diploma ke, ijazah ke, belajar dekat luar negara ke ataupun seorang doktor atau setaraf dengannya, dia punya harga lebih mahal sikit. Kalau macam tu, ramai la wanita-wanita bakal doktor dan setaraf dengannya lambat kahwin. Hahaha. Yela, kalau si lelaki tu kerja biasa-biasa je, gaji pulak tak sampai 10K tak ke lama nak menunggunya untuk meminang. Tapi bagus jugak buat kaum adam. Biar dia bersemangat sikit untuk belajar rajin-rajin dan mencari pekerjaan yang dapat mendatangkan hasil yang lumayan jika nak dapat pasangan yang A-Class (nasihat untuk diri sendiri jugak).
Point yang terakhir pulak, akan pack la tarikh di hujung tahun dengan KENDURI! KENDURI! KENDURI! Kenapa pulak? La, awak ni. Of course la. Kata kahwin ikut harga pasaran. Selalunya hujung tahun kan selalu ada 'Y-E-S'! Apa pulak Y-E-S tu? Y-E-S tak tau? 'Year End Sale' la awak. Hah, masa tu kalau kahwin mesti murah sikitkan? So, semua pasangan sibuk la nak kahwin hujung tahun. Hahahahaha.
Tapi kalau diperhatikan dan dilihat secara berhemah (???) sekarang ni memang kahwin ikut harga pasaran pun kan? Yela, barang-barang hantaran tu takkan tak ikut harga pasaran. Sekarang ni makin maju negara, makin banyak la barang-barang yang akan naik. Uishh, kalau sekarang ni pun perbelajaan untuk kahwin paling cikai pun 20K termasuk hantaran, macam mana la masa aku dan rakan-rakan sebaya aku nak kahwin nanti. Ishk..ishk.. Dunia dunia!
..SEKIAN..
p/s: Renung-renungkan dan selamat beramal.
hahahaha ,
ReplyDeletebernas gak point2 u kali ni .
terdiam dan berfikir gak i sesaat dua :D
(fikir ape je sesaat dua????) hehhh
dah renung2kan dah , tapi blum bleh dibuat amal coz blum tiba masanya lg . hohoho
nurika~
ReplyDeletexpe la. sesaat dua berfikir pon dh kira ok drpd x berfikir lgsg kn? (^_^)
Hahahaha. btol2.
afif, kalau macam ni kita takyah kawin la jawabnya. kita melangut kat uptown jela tunggu orang datang meminang :p
ReplyDeletehaha
haziq zainal~
ReplyDeleteha'ah..cdgn yg agk bernas. tggu la smp lipas bertgn pun xkn ade yg nk dtg pinang. :P
haha. kalau macam tu tukar port la. lepak blok I macam hari tu :D
ReplyDelete