Friday, January 8, 2010

Kalau sebelum ini hari jadi kawan-kawan kita, kita sangat suka prank si empunya tarikh lahir itu, kali ni aku rasa sendiri bagaimana perasaan mereka bila kena. Ya, pada hari Khamis tepat jam 12a.m. bersamaan 7 Januari 2010 (my birthday) aku dikenakan oleh kawan-kawan (kenapa aku???) dengan melemparkan telur dan tepung ke arah anggota badan aku. Pada mulanya aku memang tak sangka benda ni akan berlaku pada aku. Patutnya dorang bagi la aku kereta sebijik ke, teddy bear ke (Afif? Are you ok?), kilang coklat ke (melampau sangat tu!). Ni tak, telur dengan tepung yang dorang hadiahkan. Aku ingat dorang lupa dan tak akan kenakan aku macam kawan-kawan aku kena sebelum ni. Ternyata sangkaan aku meleset, terpesong dan tersasar sama sekali. Dorang memang dah plan baek punya dari awal lagi. Ok la, aku cerita la dekat korang apa yang terjadi pada malam tu dari awal sampai habis. Tapi korang jangan la baca sampai tertidur pulak eayh? Penat saya taip awak.

Jam 8p.m- 6 Januari 2010
Aku bersama 4 orang lagi rakan iaitu Opie, Shah, Awieb, dan Bidan keluar pergi ke bandar Segamat dengan nak celebrate birthday girlfriend si Shah dekat Pizza Hut. Tepat jam 8.45p.m kitorang sudah sampai sekitar bandar Segamat. Mana taknya, tempat tak booking lagi, kek tak beli lagi. Korang tau tak, malam tu aku jadi sangat blank dan blur tak pasal-pasal. Tak tau la kenapa. Nak dipendekkan cerita, lepas siap makan dan potong kek semua, kitorang gerak balik dalam pukul 10.45p.m. Sangat kenyang malam tu. Ter-over-dos makan pulak. Terima kasih la Shah eayh kerana sudi belanja kitorang tak pasal-pasal. Padahal nak celebrate birthday girlfriend je. Hahahaha.

Jam 11.55p.m
Perasaan bosan mula menyelubungi diri tak pasal-pasal. Macam-macam cara aku buat untuk hilangkan bosan ni termasuk la bergolek-golek di atas meja study
sambil menyanyikan 10 buah lagu hit. Hehehe. Still jugak bosan tu. Adoi! Tiba-tiba aku teringat pulak nak basuh sweater aku yang terkena sos masa makan tadi. Macam mana la Afif ni. Makan ikut baju ke ikut mulut? Sebelum pergi ke bilik air, aku singgah kejap dekat bilik Ajam. Masuk-masuk je, aku tengok member-member syok punya entertainment. Menari la, apa la. Apa lagi, takkan aku tengok je. Of course aku join sekali. Tak cukup dengan tu, aku kacau lagi member-member aku. Dengan berus di tangan, aku berus mereka semua dengan senang hati. Hahahah. Habis je berus sweater, aku balik bilik balik. Tapi perasaan bosan tu macam tak reti-reti je nak belah. Aku pun bengang, aku pergi balik ke bilik Ajam. Member-member aku mesti tengah heaven (seronok) lagi. Tapi kali ni aku masuk rasa pelik sedikit sebab bila aku masuk je, dorang semua senyum-senyum beruk dekat aku. Aku dapat agak satu disaster akan berlaku malam ni. Tiba-tiba..

YEAH! IT'S PRANK TIME BABEH!! Apa lagi, dorang semua heret aku bawak masuk bilik air arr.. dalam tu semua bahan-bahan sudah tersedia rapi. Meronta-ronta aku cuba melepaskan diri tapi tidak berjaya.

PRAP! PAP! PAK! PEK!

Berubi-tubi telur dan tepung dilempar ke arah aku. Malam tu aku dah macam kek bergerak dah. Habis je dorang buat kerja-kerja mengotorkan aku tu, apa lagi. It's time to main kejar-kejar pulak. Satu kolej aku kejar dorang. Menggelupur dorang lari. Happening gila malam tu kitorang berkejar-kejaran sampai pukul 2 pagi pun kitorang tak sedar. Korang tau tak sebelum dorang nak kenakan aku tu, banyak hint-hint dorang dah bagi tapi aku boleh tak perasan. Antaranya:
  • Sebelum menunggu girlfriend Shah dengan member-membernya datang, Opie dan Bidan pergi beli rokok sebentar dekat pasar raya yang berdekatan. Pada mulanya aku memang nak ikut dorang dah tapi tiba-tiba je aku terasa malas pulak. Bila dorang balik dari beli rokok je, dorang menelefon Awieb suruh dia bukak bonet kereta. Buat apa? Dorang nak letak telur dalam bonet tu la awak. Peliknya, boleh pulak aku tak nak check dalam bonet kereta tu.
  • Waktu makan dekat Pizza Hut tu, Opie ada bagi tahu aku suruh aku makan banyak-banyak sikit sebab malam ni nak guna banyak tenaga. Aku tanya la kenapa. Dia boleh cover baik punya cakap, "Yela, jap lagi nak naik tanggakan. Bilik kitakan dekat tingkat 3."
dan banyak lagi la awak hint yang dorang bagi. Sebab aku sengal sangat malam tu, aku boleh tak perasan semua benda tu. Entah-entah dorang dah baca-baca ayat masa aku makan pizza tadi tak. Paling aku tak boleh lupa, sebelum aku nak balik bilik tidur, dorang semua ramai-ramai nyanyi lagu happy birthday untuk aku. Terima kasih korang.

Walaupun bukan hadiah yang bernilai ratusan atau ribuan ringgit yang diberikan, namun cara sebegini rupa sudah cukup berharga bagi aku. Thank you to all my friends! To Awieb, Bidan, Shah, Opie, Mat Nor, Arai, Karjo, Sam, Ajam dan Acab terima kasih sangat-sangat sebab berjaya mengenakan aku. Thanks jugak kepada yang menghantar sms untuk wish birthday aku. Along (orang pertama wish birthday), Alang, ibu, ayah, Jamal, Iqa, Syakira, Nurika, Anis Zalikha, Ain, Farain, Nur, Pna dan kawan-kawan yang lain yang aku tak mention nama dia. Thank you very much!

..SEKIAN..

p/s: 7 Januari kali ini adalah kenangan yang paling berharga dan terindah buat diri ini.

p/s: I'm already 20 years old. I don't belieeeevvvveeeee this!

4 comments:

  1. happy belated besday la awk :)

    may all your wish came true .

    besday anda same dgn ibu sy .

    ReplyDelete
  2. happy birthday bro...
    wish u luck in ur life...

    erk888.blogspot.com

    ReplyDelete