Thursday, May 27, 2010

Mike Tyson Tumbuk Cikgu


Mike Tyson tumbuk muka cikgu? Serious? Cikgu anak dia ke? Atau cikgu memandu? Tak pun cikgu memasak bini dia. Cikgu memasak bini dia? Macam salah je ayat ni? (^_^)

Sajeje nak buat gempak la awak. Bukannya Mike Tyson si Juara Tinju yang kena gigit telinga tu la. Ni cerita pasal tajuk front page dekat surat khabar Harian Metro semalam (26 Mei 2010) la.


Pelajar Tumbuk Muka Bertubi-tubi
BELASAH GURU


KUALA LUMPUR:
Seorang guru lelaki sebuah sekolah menengah di ibu kota bukan saja dimaki-hamun,
malah turut ditumbuk berulang kali pada muka menyebabkannya mengalami
kecederaan. Difahamkan, dalam kejadian Isnin lalu, pelajar Tingkatan satu
berusia 13 tahun terbabit hilang kawalan selepas didenda guru itu kerana tidak
membawa buku teks mata pelajaran diajarnya.


Itu la sebahagian daripada isi kandungan yang ada dalam surat khabar Harian Metro semalam. Sedikit terperanjat jugak la bila tengok muka hadapan paper tu semalam. Hey, apa dah jadi dengan dunia sekarang ni? Mana perginya rasa hormat pelajar-pelajar terhadap guru-guru mereka. Baru berusia 13 tahun sudah berani melawan guru. Lepas tu dia terima padahnya sebab dia dibuang sekolah serta merta. Gelap sungguh masa depan budak tu segelap cermin mata hitam yang di-tinted-kan. Ishk ishk ishk..gelap sungguh tu. (^_^)

Macam mana perkara sebegini boleh berlaku? Salah ibu mengandung? Salah masyarakat? Atau salah cikgu-cikgu sendiri? Siapa kita nak salahkan?

*Kenapa cikgu tu tak melawan?. *Cikgu tu lembut la!. Banyak la kau punya cikgu tu lembut. Aku rasa cikgu tu ambil tindakan yang bijak sebab tak melawan balik. Apa sangat la tumbukan budak berusia 13tahun tu. Kalau cikgu tu lawan balik sure budak tu kena campak ke wad. Mungkin la. Makin hari makin hilang rasa hormat pelajar-pelajar terhadap guru-guru mereka. Makin lama di biarkan, jatuh la martabat seseorang guru tu.

Ibu bapa kena la ambil serious tentang perkara ni. Jangan la selalu bersangka baik terhadap perangai anak-anak di sekolah. Yela, kalau ada laporan daripada sekolah mengatakan anak mereka telah melakukan sekian sekian sekian, ibu bapa cepat saja nak salahkan balik guru-guru di sekolah. So, bila terjadi perkara sebegini masih nak salahkan guru-guru?

Oleh itu, semua pihak haruslah memainkan peranan mereka tak kira la kerajaan, masyarakat dan individu itu sendiri sebelum luka yang sedia ada menjadi bertambah parah.

..SEKIAN..
p/s: Kesian dekat cikgu-cikgu weayh selalu jadi mangsa keadaan.

No comments:

Post a Comment