Saturday, June 12, 2010

Kisah Silam Mengajar Kita Menjadi Lebih Dewasa..

Dalam hidup ni kalau takde pengajaran dalam hidup, hidup kita tidak akan berubah. Jadi mendapat pengajaran dalam hidup adalah sesuatu yang perlu dalam setiap kehidupan manusia. "Ehem, Afif nampak macam serious je kali ni.". Sape kata aku nak serious? Hahahahaha... Tak tak.. Tak mau serious-serious sangat walaupun entry kali ni a bit emotional. Heeee.. Tak kisah la pengajaran yang kita dapat tu manis ke, masam ke, pahit ke ataupun kelat-kelat. It still pengajaran right??

So, korang masih ingat lagi tak zaman kanak-kanak korang dulu macam mana?? Nakal? Baik gila? Sopan santun? Hyperactive? Aku? Aku masa kecik-kecik boleh di kategorikan sebagai sangat NAKAL. Ye, Afif Ahnaf memang seorang yang sangat nakal sewaktu zaman kanak-kanak dia. Hanger-hanger dekar rumah tu semua habis aku makan (????). "Kau serious ni??". Hahaha.. Salah. Salah. Semuanya habis patah dekat aku je. Adik beradik aku mana pernah kena macam tu. Aku sorang je.

Ye, kalau dikenang kembali macam mana sikap dan perangai aku dulu, tak sangka pulak aku boleh jadi seperti sekarang. Jadi seperti apa?? Hah, yang ni kita tak tau. Nak dengar kisah zaman budak-budak aku yang sangat nakal tu tak?? Mesti la tak nak! hahahah..

Aku dulu boleh dikatakan tersangat la nakal sehinggakan Ibu dan Ayah aku boleh botak kepala memikirkan hal anak dia sorang ni. Nak tau apa aku buat sampai macam tu? Mesti la tak nak! (^_^) Seingat aku masa tu aku darjah 2. If I not mistaken la. Kalau mistaken aku main game Tekken kejap lagi eayh? Hihihi.. Masa tu Ayah tanya dekat aku sama ada aku dah solat ke belum and then jawapan aku dah. Padahal aku tak solat pun. Aku just duduk dalam bilik senyap-senyap selama 3-4minit dan keluar semula. Last-last kantoi jugak! Kuasa Allah.. Padan muka. Tau apa Ayah aku buat?? Ayah aku tak bagi aku duit belanja selama 3 hari dan aku kena pergi sekolah jalan kaki. :'( Kesian tak?? (^_^)

Aku jugak pernah stole duit Ayah sebanyak RM200 sebab nak beli Gameboy Advance. "Serious??". Serious la! Jahat tak aku?? Ni semua pengaruh rakan sebaya la ni. Ahaha.. Tapi kantoi jugak. Ishk..ishk..ishk.. Ayah tak pukul aku pun sebab suara dia dah boleh gugurkan jantung aku dan terbalikkan paru-paru aku kebelakang.

Dengan Ibu pulak aku memang kena teruk. Pernah tu, aku balik lambat daripada main bola. Dah magrib baru aku balik. Then Ibu kunci pintu tak bagi aku masuk. Meraung-raung aku dekat luar. Hahahaha.. Aku kena rotan teruk sebab tipu Ibu. Hihihih.. Memang teruk Afif Ahnaf ni!

Itu la serba sedikit tentang sejarah silam aku. Tapi kisah-kisah itu mengajar aku menjadi lebih dewasa. Kerana didikan Ibu dan Ayah seperti itu, aku menjadi seperti sekarang. Seperti mana? Aku tidak lagi mengecewakan Ibu dan Ayah, aku tidak lagi mencuri dan aku tidak lagi ponteng solat. Terima kasih Ibu. Terima kasih Ayah kerana mendidik aku dengan baik sekali. Jika tidak didenda kerana aku menipu dan mencuri, mungkin sekarang aku menjadi penipu besar dan pencuri terhebat dekat Malaysia ni. Sekarang aku sangat takut untuk melakukan perkara-perkara itu walaupun perkara itu nampak biasa je di mata orang. Jika tidak dirotan kerana menipu Ibu solat jugak, mungkin sekarang aku asyik tinggal solat.

So, pengalaman dan pengajaran mengajar kita untuk mengatur langkah yang lebih baik di masa akan datang. Ingatlah, sesuatu perkara yang berlaku dalam hidup kita pasti ada hikmahnya.. Wallahualam..

..SEKIAN..

Ni ada video untuk tontonan anda semua. Enjoy!!

5 comments:

  1. siapa la kita tanpa sejarah, kan. XD

    ReplyDelete
  2. sy sgt suke entry ni .
    1 : dpt tau sejarah sila afif ahnaf
    2 : dpt tgk muvee yg u buat tu

    sgt wow~lah !
    suka sgt :')

    ReplyDelete
  3. Nona Nadzirah Anak PakDin~
    Btul3.. Tnpe siapa la sej tnpe kite jgk. Tp sye benci bce buku sjrh! Ahahah..

    ReplyDelete
  4. haha. sy pun, sejarah will be the last subject i will choose even tu wajib diambil dlm SPM.

    ReplyDelete
  5. Nurika Jianie~
    O'oo.. hbs laa. mgkn lps ni u akn lbh berht2 dgn tgkh laku i kn?? (^_^)

    p/s: Afif still bad boy..

    ReplyDelete