Friday, June 4, 2010

Saya Pilih Awak Sebagai Moskot!

Setiap kejohanan tahunan especially kejohanan sukan mesti nak kena ada moskot. Syarikat-syarikat telekomunikasi pun ada moskot mereka tersendiri. Ala, sekarang ni rumah-rumah sukan masa kejohanan sukan tahunan sekolah-sekolah pun dah pakai moskot. Begitu jugak blog aku ni. Blog aku pun aku nak letak moskot jugak. Dah lama aku fikirkan nak letak moskot dekat blog aku ni sejak dari perang dunia ke-2 lagi (mengarut la u!). Setelah sekian lama aku mencari-cari objek atau binatang apa yang sesuai nak di letak dengan kriteria-kriteria seperti berikut:
  1. Mudah untuk dilukis menggunakan 'Paint'.
  2. Tak serabut sangat bila tengok.
  3. Rasa macam comel je bila letak dekat blog.
  4. Nak bagi nama pun senang nanti.
  5. Tidak perlu banyak color.
Hah, itu la kelayakan untuk 'benda' yang aku nak jadikan moskot. Setelah di-interview dan di selak-selak resume-nya, akhirnya aku berjaya menemui benda yang sesuai untuk dijadikan moskot untuk blog aku ni. Korang mesti dah nampak dahkan?? Tu, orang-orang putih yang ada dekat header, dekat bawah header dan dekat side bar blog ni. Ye, itu la moskot untuk blog ni! Nama dia Mr. Circle, sebab kepalanya bulat. Bukan apa, saja je nak ada moskot ni supaya nanti blog aku akan diingati dan mana la tau boleh menjadi penarik perhatian untuk orang singgah selalu dekat blog aku nikan. Insya-Allah..

Mana datang ilham?
Entah la. En. Ilham ni memang susah untuk kita duga kehadirannya. Kalau dia datang tak pernah bagi salam. Tau-tau sudah duduk itu dalam kepala juga.

Diharap Mr. Circle ni dapat la menceriakan blog aku ni yea??

..SEKIAN..


p/s: Kalau awak bagus buat kerja Mr.Circle, akan saya up gaji awak dan awak akan saya naikkan pangkat menjadi Supervisor dalam blog ni. YEAY! hahahah...

5 comments:

  1. haha.. comel betul la moskot awk 2~

    ReplyDelete
  2. naaawa~
    hehehe.. jgn puji sgt, nnt kembang die. (^_^)

    ReplyDelete
  3. hik2..teringat zaman dulu2,x pandai lukis pnye psl..lukis kple bulat cam maskot ni..haha..;p sangat cute~

    ReplyDelete
  4. hahaha..comel lah moskot bloh ni! entry ni kelakar gak. :)

    p/s: Jom tengok nota cinta kat belog Hana :)

    ReplyDelete
  5. are_nyss~
    skg jelaslah ktdk pandaian kite utk melukis satu bnde tu boleh d jdkan satu seni. btul x?
    cnthnya org2 lidi. Skg dh leh jd satu sni.

    Anne Boleyn~
    yekew? hehehe.. tnx. Insya-Allah.. (^_^)

    ReplyDelete