Monday, June 28, 2010

Adik Beradik Aku Hati Kering Bukan Macam Aku

Menurut kitab Dewan Bahasa dan Puaka Edisi Sendiri, Hati Kering bererti hati yang telah dikeringkan di tengah panas untuk dijadikan ulam seperti ikan kering. Percaya akan statement ini bererti Afif berjaya jadi seorang penipu besar yang terhebat. Takde yang percaya?? Alhamdulillah..saya bukan seorang penipu besar. (^_^) Ok ok serious. Hati Kering adalah ayat yang aku kenal daripada kawan-kawan aku yang jugak mat-mat motor suatu ketika dulu. Hati Kering ni lebih kurang macam takde perasaan takut terhadap perkara yang menyakitkan la. Yela kot.

Ni nak story-mory sikit Hati Kering. One day, sedang syiok menonton televisyen sambil kaki tergantung di udara (???), perhatian aku teralih kepada kakak dan adik-adik aku yang sedang dok tekun menghadap laptop. Dalam hati ku memaki, "Apa benda la dorang ni tengok sampai tertonggeng-tonggeng, terkinja-kinja, tergedik-gedik dari tadi?". Disebabkan aku memang jarang jaga tepi kain orang sebab diri sendiri pun jarang pakai kain, aku ignore-kan je la. Cewah! Ignore tu. Guna 'biarkan' jekan boleh. Hahahaha..

Tiba-tiba adik lelaki aku mengalihkan perhatian aku yang sedang menonton Tv walaupun pada masa tu aku tengah berangan. (^_^) Dia mengajak aku men-join mereka menyaksikan satu benda yang mereka dari tadi duduk menyaksikannya. Aku pun dengan rasa marah sebab mengganggu angan-angan indah aku tu bangun la jugak tengok apa benda yang mereka dok tengok dekat laptop aku dari tadi.

Perrrgggghhhhh...rupa-rupanya mereka tengah menyaksikan video yang dapat menggugurkan iman..eh, menggugurkan jantung dan paru-paru aku dekat salah satu blog. Blog tu memang menayangkan gambar-gambar, perkara-perkara dan video-video yang mengerikan. Kalau korang nak tau lebih lanjut boleh klik dekat sini -------> Kari Ngeri.

Mana-mana entah dorang jumpa blog ni. Adehh... Korang tengok dan nilai la sendiri. Mungkin ada yang dah familiar dengan blog ni. Aku tak mahu cerita lebih lanjut. Selamat menggugurkan jantung dan paru-paru anda.

Ni la header untuk blog tu. Saya dapat tunjuk bahagian atas-atas je awak sebab saya tak berani nak pergi bahagian bawah-bawah. Bukan apa, ilmu Hati Kering saya belum cukup tinggi la awak. Ahahaha..

..SEKIAN..

7 comments: