Tuesday, August 28, 2012

Kalau Bercinta Tak Perlu Tunjuk Kemesraan Satu Dunia

Assalamualaikum wtb.. Haaaa~ Kan aku dah kata, kalau ada idea tu, memang banyak la benda nak mencarut-carut dekat blog ni. 

Kali ni entry pasal cinta lagi.

Hati: Kau ok tak Fif?? Lain macam kau ni. 

Mulut: Ok laaa.. Aku ok. Cuma kadang-kadang meluat tengok couple sekarang ni post macam-macam dekat status Pesbuk dengan Tuiter pasal pasangan masing-masing. 

Hati: Jeles ah tu? 

Mulut: Ada la sikit. Hahaha. Takdelah, kau tak rasa meluat ke tengok couple-couple (kawan-kawan korang sendiri) dekat laman-laman sosial yang tunjukkan kemesraan yang terlampau? Tak rasa? Asal aku rasa meluat? Hahaha.. 

Hati: Kau tak payah nak jeles la. Kau tu jeles sebab single lagi dari dulu sampai sekarang. LOSER!

Mulut: Wow, pedihnya lawak kau ni! Bukan ada sifat iri hati atau hasad dengki. Kalau ada dah lama aku santau mereka dan hancurkan kebahagian mereka semua. Haaaa~ Tapi demi Allah aku tak jeles langsung. 

Hati: Ala, kau ni. Biasa la orang bercinta. Ghairah la nak tunjukkan kemesraan.

Mulut: Kau rasa perlu ke wei? Perlu ke hebah satu dunia, satu Pesbuk, satu Tuiter, kaulah paling The Most Sweet Couple yang pernah lahir atas muka bumi ni? Perlu ke?

Hati: Maksud kau? 

Mulut: Maksud aku, cer kau tengok ye dekat Pesbuk atau Tuiter. Kebanyakkannya couple-couple ni post ayat-ayat yang paling manis dan kadang tu ada yang sanggup post gambar pakwe makwe masing-masing buat caption, "You are my HERO! I luv u so much!" atau, "Cinta kamu till Jannah!". Ada tu pulak siap bley chat status lagi dengan gaya mesra yang melampau sampai semua orang tau. Eh, ape? Dah takleh sms da? Dah tak boleh nak call dah? Ada tak? Mesti kau pernah terjumpa punyalah.

Hati: Err.. Ada kot? So, apa masalahnye dengan kehidupan kau yang tak berapa nak bahagia ni?

Mulut: Amboi, bergurau kasar lagi. Ok ok. Kau bayangkan the negative side if they do that. Kalau orang yang ada hasad dengki dengan mereka, jeles dan sebagainya, kau rasa orang tu nak tengok je ke? Aku rasa tak. Setan bila dah datang menghasut, beyond expectation beb. Haha. Kau pikir ye, mungkin ada diantara kenalan mereka akan cucuk sana, cucuk sini. Ada pulak tu jadi hackers lepas tu sebar berita tak benar pasal pasangan masing-masing. Kau rasa hubungan dorang akan kekal ke sampai jinjang pelamin? Lagi satu, dosa bro. Dosa. Kau tak terpikir ke dosa yang akan kita dapat. Aku rasa tak payah terangkan kot dosa apa yang akan kita dapat. Kau dah paham sendiri. 

Hati: Betul tu. Ala bro, dalam bercinta dan untuk ada pasangan ni, mesti pegang pada prinsip. Prinsip trust each other.

Mulut: Memang la kene yakin dan percaya pada pasangan masing-masing tapi kalau dah jarum di cucuk sampai dekat 10 batang, orang mana yang tahan sakitnya? Mesti bergolak jugak. 

Hati: So morale of the story?

Mulut: Morale of the story, kalau kau bercinta, tak payah la sibuk-sibuk nak tweet ayat paling sweet dekat pasangan kau atau post status ayat paling meleleh dekat jantung hati sampai 200 orang followers retweet or reply atau 1000 friends kau like. Tak perlu. Tak perlu. Kalau nak, wish je terus through sms atau kalau gatal sangat nak tweet gak, Direct Message kan ada. Bagi aku bro, bercinta tak perlu nak diheboh-hebohkan sampai satu dunia tau kau ada bf or gf. Apa tujuannya? Nak menunjuk yang kau paling sweet couple dalam dunia? Nak bagitau semua orang bf gf kau ensem? kacak? Bergaya? Cun? Comel? Hot? Kawin pun belum tentu lagi. Lain la kalau dah kawin. Hah, itu jam baru kau tau kalau bergaduh, semua yang manis jadi pahit. Semua yang baik jadi buruk. Semua yang cantik jadi hodoh. Kesimpulannya, bercinta, diam-diam je asalkan kau dengan pasangan kau tau isi hati masing-masing. Tak perlulah bagi semua orang tau. I just share my thought bro. 

Hati: Aku harap bila kau dah sampai waktu bercinta nanti janganlah cakap je ye. Nanti takut orang kata cakap tak serupa bikin pulak. 

Mulut: Ingatkan aku bro. Insya-Allah..

Daripada cerita yang aku ceritakan melalui perbualan tu, aku rasa tak boleh nak salahkan mereka sebab mungkin takde siapa yang menegur. Yang sokong tu banyak. Sebab tu makin menjadi-jadi. Ye, aku faham sangat perasaan orang bercinta ni walaupun aku tak penah rasa macam mana, kalau tengok perangai kawan-kawan aku, aku dapat rasa jugak. Indahnyewwww.. Kan?? Semua benda dah tak ingat buruk baiknya. Di harapnya siapa yang membaca ni dapat berpesan-pesan kepada kenalan masing-masing yang ada perangai seperti ini. Kalau takut nak tegur, takut tersinggung ke apa, buat entry macam aku ni. Hahaha.. So kepada yang sedang bercinta tu, selalu-selalulah berdoa kepada Allah moga Allah melindungi korang dari terjebaknya perbuatan maksiat dan zina.

"Ya Allah, kau lindungilah hubungan kami daripada perlakuan maksiat dan zina dan kau kekalkanlah hubungan kami sampai syurga-Mu ya Rabb." Insya-Allah...

                       
Sekadar gambar hiasan

..SEKIAN..

P/s: Sekadar berkongsi apa yang aku rasa agar nanti aku juga tidak akan terjebak dalam hal sebegini. Sama-sama mendoakannya. Insya-Allah..


13 comments:

  1. hahaha betol aku sokong 100% tapi bukan cople ja kadang2 aku tengok pasangan dah kahwin pon sama meluat tgok status.. ayat bejauhan mcm nak matilah apa lah.. perlu ka tunjukkan kemesraan pada dunia? mengarut bukan... walaupun dah sah suami isteri pada2 la nk mesra pon adohai dunia...

    ReplyDelete
    Replies
    1. amboi.. hang pn single jga ka?? haha. gurau2.

      Delete
    2. single la x kahwin lagi hahaha... law x single pon aku x chewi la mcm tu.. insyallah aku tak.. :)

      Delete
    3. hahaha single n available :P muahahha chewi pada2 aih... kang orang coment lebih2 marah pulak hahaha

      Delete
  2. salam.
    betul betul, sekarang ni facebook bukan medium untuk bersosial jer, medium bermesra dah sekarang.mungkin dengan cara ni diorang boleh tunjukkan loyalty, and even to express love to their partner,tapi perkahwinan kan high level of intimacy,so xyah la nk tunjuk di facebook,kesian dekat member yang single ni,haha. Tanx for writing this, salam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. thnks krn kesanggupan untk mmbca blog ini. ^ ^

      Delete
  3. hahaha bes bes bes!! sokong jugak tu... sedikit sebanyak dapat beri pengajaran pada diri sendiri..
    sbb selalu gak buat pangai gedik2 nak update status camtu, pasni tk leh la buat lagi...kehkehkeh
    emm kalau nak share ni boleh tak dkt blog saya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. x perlu mntk izin slakn sja share lgpn bkn cpyrght. ^ ^

      Delete
  4. This blog is a bit cynical and negative. Learn to find joy in other people's happiness lah.

    ReplyDelete
  5. Seems u didnt read all my entry.. U .U

    ReplyDelete
  6. betul tu..akak pn skong :) lgkan dh brkahwin & halal bergaul pn tetap dilarang drpd mnunjukkan kemesraan yg melalmpau di khalayak..ape lg yg belum halal..insyaAllah sama2 kita ingatkan diri :)jmput follow kmbali,ye :)

    ReplyDelete
  7. "Ya Allah, kau lindungilah hubungan kami daripada perlakuan maksiat dan zina dan kau kekalkanlah hubungan kami sampai syurga-Mu ya Rabb." Insya-Allah..."

    thank you untuk ayat doa diatas. akan diamalkn InsyAllah. Sy dan pasangan berjauhan, saya belajar di London dia Malaysia, tp Alhamdulillah setakat ini sama2 berpakat tak nak "over" di FB, maksud di wallpost/comment/status semua tak nak lah nk lebih2, biasanya comment direct and straight to the point. nak manja sket kt inbox lah, xperlu dipublic. saya tak suka bc org yg selalu nak post over2 kt social networks berkenaan pasangan so saya pon tak buat.

    In my opinion, slalunya org yg nak over sgt in public via FB/twitter tu mungkin dia insecure/saja nak tunjuk org itu dia punya. itu sekadar pendapat and pemerhatian saya selama ini,


    Anyway, post ini menunjukan observation yg menarik :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. n FYI too, sbnrnye texting or chttng ngn psgn yg bkn muhrim (ur bf) ade dua hukum. 1st mkhruh n 2nd haram. makhruh bila txtng tnpa ada tujuan atau berfaedah. eg; chttng biasa2, tnye khabar, nyatakan kerinduan dll. haram pula bila ber-texting adenye unsur-unsur menaikkn nafsu syahwat tanpa sengaja atau dgn sngja. u knw wht i mean. wallahualam.. p/s: moga dipelihara seluruh umat Islam dr perlakuan2 mksiat especially couple di Malaysia. AMIN!

      Delete