Hah, kan.. Bila ada je benda nak tulis, banyak la post entry aku buat. Hahaha. Kali ni agak bosan sikit kot sebab cerita pasal aku lagi.
UiTM FC, satu kebanggaan untuk UiTM yang melahirkan banyak pemain-pemain yang berkualiti. Ramai pemain-pemain yang pernah bermain untuk UiTM FC dah berjaya menjadi pemain-pemain yang berkelas tinggi. Ada yang mewakili negeri, ada yang mewakili negara.
Ini impian aku sejak aku mula-mula memasuki kampus UiTM Segamat lagi. Aku tahu sebelum aku diterima masuk ke UiTM, aku berangan-angan untuk mewakili universiti dalam permainan bola sepak. Impian mula-mula aku telah terlaksana iaitu bermain untuk UiTM Johor dalam Liga IPT. Banyak pengalaman aku timba dari situ dan banyak juga kenangan-kenangan yang tak dapat aku lupakan.
Bermain dan mewakili universiti adalah suatu benda yang menghairahkan dan memberi kepuasan kepada aku. Bukan kerana mengejar glamour atau ingin menjadi popular sehingga ramai yang mengenali tapi kerana aku ingin menyumbangkan sesuatu di tempat aku belajar. Untuk menyumbang dari segi akademik memang jauh sekali kerana aku tiada kelebihan itu. Tapi Allah telah kurniakan aku dengan bakat ini. Jadi, aku takkan lepaskan peluang. Mungkin ini disebabkan keturunan. Ayah juga seorang pemain bola yang hebat di zamannya. Sering dia menceritakan kehebatan dia bermain suatu ketika dulu. Di mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi kan? Alhamdulillah.. Aku bersyukur.
Sekarang aku telah melangkah ke satu lagi tapak. Aku telah berjaya menjejakkan kaki aku di dalam pasukan UiTM FC. Walaupun bukan dalam skuad utama, tapi aku rasa sangat bertuah sebab diberi peluang untuk menunjukkan bakat yang aku ada. Macam aku kata tadi, UiTM FC telah melahirkan banyak pemain-pemain yang berkualiti. Kalau korang perasan, ada satu player Malaysia yang bermain di posisi pertahanan tengah, tinggi lampai dan bermata sepet sebelah. Dia adalah salah satu pemain yang pernah bermain untuk UiTM FC. Keterujaan aku dapat sama-sama menghadiri latihan dan bermain dengan mereka cukup buat aku teruja.
Sekarang, aku kena bijak membahagikan masa sebab ada dua benda aku kena fokus iaitu pelajaran dan bola sepak. Aku bukan inginkan kerjaya sebagai pemain bola sepak sebab aku ada perancangan aku sendiri tapi tidaklah juga sebagai sekadar suka-suka untuk bermain bola sepak. Bola sepak sudah menjadi darah daging aku. Minat yang mendalam terhadap sukan ini membuatkan aku terus bermain dan bukanlah cita-cita aku untuk menjadikan ia sebagai kerjaya. Tapi kalau ditakdirkan suatu hari bola sepak adalah kerjaya aku, aku terima dengan hati yang terbuka. Perancangan Allah ni kita tak tau betul tak? Dia lebih tau apa yang terbaik untuk hambaNya. Apa yang aku mampu hanya berusaha, berdoa dan bertawakal kepada Nya.
So, morale of the story, jangan pernah berhenti melakukan apa yang kita minat dan putus asa daripada terus berusaha untuk mencapai sesuatu yang di impikan. Percayalah, jika di situ terletaknya rezeki diberi Allah, ia tidak akan lari jauh dari kita. Kita hanya perlu percaya akan Allah swt. Lagipun untuk menjadi Islam sejati, kita perlu percaya kepada 6 perkara itu bukan? Insya-Allah.. Jika inginkan sesuatu, cari jalan ke arahnya dan jangan sesekali letakkan beribu alasan dan halangan untuk ke sana. Insya-Allah..
..SEKIAN..
p/s: Sejauh mana hebat kita bermain bola, sekaya mana kita di dunia, sebijak mana kita dalam pelajaran, jangan sesekali tinggal solat 5 waktu. Itu pesan ayah ibu untuk aku yang boleh aku kongsikan.
No comments:
Post a Comment