Sunday, April 8, 2012

Apa Yang Menarik Masa Zaman Sekolah Rendah Dulu (Special Edition 90's)

Assalamualaikum wtb...

Tiba-tiba teringat zaman-zaman sekolah rendah aku plak. So, aku macam nak share dengan korang apa kenangan-kenangan yang aku tak boleh lupa dan masih teringat masa zaman sekolah rendah. For those yang start bersekolah rendah pada tahun 1997 (darjah satu) dan menamatkannya pada tahun 2002 (darjah enam), mari kita sama-sama mengembalikan saat-saat keseronokan pada zaman tu.

Bermulanya Sesi Orentasi
Aku masih ingat lagi masa aku mula-mula masuk sekolah darjah satu. Memang berat hati nak bangun pagi-pagi (aku sekolah sesi pagi) untuk hadir ke sesi orentasi. Sampai-sampai sekolah, pergghhhh... Tak dapat nak bayangkan macam mana aku nak tempuh hari-hari persekolahan yang mendatang tanpa mak bapak aku disisi. Huhuhu.. Macam budak-budak lain, perasaan bila ditinggalkan keseorangan. Nak menangeh pon ade. Tapi aku tak! Wa macho beb masa dulu. Aku tahan je nampak mak bapak aku nak belah. Budak-budak lain dah meraung-raung dah.

RMT (Rancangan Makanan Tambahan)
Sapa masih ingat benda alah ni. Alaa, yang dapat makan free tu la setiap kali rehat. Yang paling aku ingat budak-budak yang dapat RMT ni bleh kuar rehat 5minit awal selepas pengawas sekolah rehat. If I'm not mistaken lah. I still remember maa... Tapi aku tak dapat pun RMT ni. Padahal aku bukan anak orang kaya pun. Tak paham aku!

Subjek PJK (Pendidikan Jasmani dan Kesihatan) Paling di Gemari.
Budak-budak mana yang tak suka main? Bila hari yang ada PJK je, dan-dan tu semangat nak pegi sekolah. So, kalau kita sekolah sesi pagi, PJK dia di awal pagi. Kelas yang paling malang sekali bila PJK hari Isnin sebab ada perhimpunan. Selalunya PJK lepas perhimpunan. So kalau Guru Besau ada ucapan panjang lebar (biasa kita akan dapat detect perhimpunan tu panjang lebar, dia akan mintak murid-murid semua duduk bersila) memang sekejap je la waktu PJK tu. Kalau malang lagi, tak dapat nak merasa langsung waktu PJK. Damn!! Sesi petang pulak, PJK waktu last sekali. Memang heaven lepas PJK terus balik. Tapi kena tahan la sekejap sebab pakai baju sukan dalam uniform sekolah. Yang tak boleh belah, seluar sukan pun nak pakai sekali. Sampaikan pakai uniform, nampak lebihan seluar trek terkeluar pada bahagian kaki. SAKAI habis. Hahahaha...

Sebelum Masuk Kelas Kena Beratur Di Luar Kelas Dulu
Biasanya awal pagi dan lepas rehat. Kadang-kadang nak balik pun kena beratur dekat luar kelas dulu. "Angkat jatuh! Angkat jatuh!" <--- (waktu perhimpunan pun ada jugak). Ayat paling familiar pada masa tu. Kadang-kadang kalau nak main-main, aku dengan kawan aku bergurau masa dia suruh angkat tu, aku angkat member aku, masa suruh jatuh tu, aku jatuhkan member aku. Bahahaha.. Macam b****!

Fesyen 
Untuk budak-budak perempuan aku samar-samar dorang punya fesyen yang menjadi ikutan pada masa tu. Tapi kalau lelaki, TANCHO (minyak rambut kaler hijau) menjadi kegemaran ramai.  Sebab bila pakai banyak-banyak rambut boleh jadi keras+berkilat-kilat macam pakai gam kasut dekat kepala. Lepas tu, style rambut belah tengah ada jambul tinggi macam bukit. Kalau pakai songkok, jambul kasi keluar, songkok pakai kebelakang sikit. Fesyen ni aku dengan kawan-kawan aku gelar masa sekarang 'Rambut Belah P****'. Guys yang tau, diam-diam ye?? Hahaha...


Presenting, TANCHO!! Masih ada lagi di pasaran.




Tulis Nama Di Papan Hitam
Masih ingat tak korang bila dalam kelas, cikgu belum datang, akan ada ketua kelas pergi berdiri di depan papan hitam dan buat macam ni...


Ingat tak?? Siapa bising dia akan tulis nama dekat papan hitam ni. Kalau korang ditangkap buat bising dua kali, maka, nama korang akan dicatat dua kali. Hahahaha.. Nak gelak-gelak pon tak boleh. Memang masa ni ketua kelas mempunyai power sampaikan budak-budak semua jadi bangang mendiamkan diri macam patung. Yela, takut nama naik dekat papan hitam nanti. Nak-nak yang nak masuk mengajar tu nanti cikgu yang garang nak mam***!


Permainan (Edisi Lelaki)
1. Bola Kertas

Permainan paling femes di kalangan budak-budak lelaki. Biasa di mainkan pada akhir tahun. Masa cikgu sibuk tanda kertas exam dan dia suruh kita buat hal sendiri. Memang macam-macam hal jadi dalam kelas. Huhuhuh..

2. Lawan Pemadam


Koleksi pemadam masa ni memang sangat banyak. Kadang tu dalam pencil case penuh dengan pemadam pelbagai gambar dan size. Gambar pada pemadam juga memainkan peranan penting pada waktu tu. Kalau pemadam tu gambar Digimon ke, Power Rangers ke, ia lagi kuat+perkasa. Hahahaha..


3.Digimon


Uih, menate ni dulu sangat femous kot. Sikit-sikit nak battle. Pastu berkerumun la budak-budak nengoknye. Aku takde bende ni. Tak mampu nak beli. Hanya mampu melihat. Mahal kot menate ni dulu. Ade lagi satu yang sama lebih kurang macam ni. Kungfu ape ntah aku dah lupe nama dia.


4. Gameboy


















Game ni jugak popular suatu ketika dahulu. Benda alah ni pon aku tak mampu nak beli sebab mahal. Game dia paling famous masa zaman aku Pokemon. Ada lagi tapi aku tak ingat dah. Sebab tak penah ada benda ni.

5. Bola Botol
Aku tak pasti korang penah main tak benda ni. Permainan ni memang popular dekat sekolah aku. Main sepak-sepak botol (main bola guna botol). Botol Coca-Cola ke, botol mineral yang dah takde isi tu memang akan menjadi mangsa kitorang pada waktu tu. Waktu dimainkan pada waktu rehat. Memang favourite!


 Ade lagi tak? Ade lagi tak? Banyak sebenarnya kenangan-kenangan masa tu. Nak cerita memang tak cukup sehari (Ceh, padahal nak mengingatnya pun dah makan 2hari). So, if korang yang lain masih ingat, why not post entry yang sama especially girls. Aku nak tau jugak apa benda yang paling menjadi memori masa korang sekolah rendah dulu. Nanti aku bleh baca. Huhuhuh~

..SEKIAN.. 

11 comments:

  1. Kalau dah habih exam, budak-budak perempuan selalunye akan buat bulatan dan duduk bersila. Samada main batu seremban takpun main tepuk-tepuk peha. "Anak kambing biri-biri dalam periuk besar. Oh kambing sangt besar" lebih kurang camtu la lagu die.hee

    ReplyDelete
    Replies
    1. yeke?? hahaha.. xprasan pon mse sekolah2 dlu. tp yg igt bdk ppuan ske buat buku biodata. itu je.. heheh..

      Delete
  2. gila menggamit memory entry ni!so truu wehhh!

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan??? rndu la nk msuk sek ren blk. mse pntas berlalu. yg tggl hnyalah knangan.

      Delete
  3. tancho terbaek ,sampai sekarang suami ngan anak cik ina masih lagi pakai tancho : )

    ReplyDelete
  4. HAHA..best btoi.. tringt zaman sekolah awak 1995-2000. msa tahun 6 waktu rehat je msti main getah.. lawan dgn bdk2 kelas.. pastu batu seremban tu wajib.. tpi permainan ni masa tu bermusim. citer psl pemadam tu mmg syok bila ingt. pemadam nk yang besar je baru kuat.. buku biodata tu dah kelaziman la.. padahal kawan satu kampung je pun, nk juga minta biodata.huhu. dan yg pastinya budak2 laki suka ngusik budak pmpuan. ejek ngejek ni dh jd mkanan setiap hari..memory pling indah la dlm hidup kan3x..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ejek nme bpk pon mmg mnjd stu kelaziman ke kezaliman. hahahah.. buku biodata tu klau bleh buat cantek2. tulisan pon klau bleh cntek2. pstu pkai pen berkaler2. mknn kegemaran, mnuman kegemaran, idola, wjib.. huhuh~

      Delete
  5. hmmmm rindunya zaman kekanak dulu. takyah pikir ape. datang sekolah nak main je. mcm mane boleh dapat 5A entah aku pon taktau. aku sekolah darjah1 2000. masa tu gadget2 ni mane ade kan so mmg bnyk permainan boleh kita main. and paling memori adalah bile hujung minggu dudok depan tv pepagi tengok anime dragon ball ke digimon ke. wehh mmg menggamit memori betol. smpai skang kalo bukak anime2 lame ni boleh meleleh air mata sbb teringat zaman kekecik dulu. hmm nk buat cemana. masa cepat sangat berlalu. rase mcm taknak membesar

    ReplyDelete