Sunday, May 30, 2010

Tabiat Orang Kita (Versi 2)


Sebelum ni aku pernah jugak post entry pasal Tabiat Orang Kita ni. Kali ni rasa nak cerita lagi sebab bila cerita pasal tabiat orang kita rasa kelakar ada, sakit hati ada dan paling tak boleh belah terasa pulak dekat diri sendiri ni hah. Bak kata pepatah, 'Terkena batang hidung sendiri'. So, bila kita cerita pasal Malaysian ni, kita dengan secara automatik tanpa perlu menukar gear dengan tangan (mengarut sudah), kita akan sedar sendiri akan hakikatnya tu.

Mari kita sama-sama melihat dan menilai sendiri akan hakikat diri kita yang tak berapa nak sempurna lagi kelakar ini.

First thing about
Malaysian I wanna tell you all is Malaysian lebih tahu pasal tempat makan yang sedap-sedap berbanding tempat mencari ilmu walaupun baru saja diiklankan dekat TV.

Man Golok: Wei, Jai. Kau tau tak tempat makan paling sedap dekat kL ni? Sebab awek aku nak datang sini. Dia daripada Lombok. So, aku kena la bawak dia pegi makan tempat sedap-sedap sikit.

Jai Tau: Oooo... Tau sangat. Ada satu restoran tu memang masakan dia terbaek dari ladang teh boh Pakcik Rozman. Restoran tu dekat Jalan Raja Laut, bersebelahan dengan tokong cina, selang dua daripada Petronas dan berhadapan dengan Kedai Kasut Mak Jan.


Ambik kau, secara detail dia bagitau. Tak payah guna GPS semua complete direction dia bagi. Tapi...

Orang Tua: Assalamualaikum nak, pakcik nak cari tempat ceramah perdana yang ada diiklankan dekat TV tu semalam. Tak silap pakcik dia dekat-dekat sini je tempat dia tapi sampai sekarang pakcik tak jumpa la nak.

Jai Tau: (Garu kepala 16 15 kali) Maaf la pakcik, tak tau la pulak saya. Al-maklum la, rumah saya TV pun takde.

Dan dan tu cakap TV takde tau. Ishk..ishk..ishk..


Orang
Malaysia memang suka berhibur. Kalau pergi konsert, perghhh.. Memang tak kenal mana beruk mana manusia dah.

Lia: Nak tengok video aku rakam masa pergi konsert
Boys Like Girl dekat kL hari tu tak?
Mun: Boleh jugak.
Lia: Tengok la, happening-kan kitorang?
Mun: Ni beruk ke?
Lia: Otak kau, ni pakwe aku gila.
Mun: Maksud aku yang sebelah dia.
Lia: Itukan pakwe kau.
Mun: Oh, eayh? Asal aku takde pakwe aku ada?

Lia: Kaukan tak nak pergi aritu. Eeee..SENGAL!!

Ahahaha.. *Memang la awak, nama pun konsert takkan la nak berdiri tegak sambil menyanyikan lagu negaraku pulak. Ye betul, tapi kalau pergi majlis ilmu, jangan nak katakan terloncat-loncat, nak berdiri tegak 5minit pun kaki dah rasa lenguh. Tapi kalau bagi kerusi untuk duduk pulak semua angguk-anggukkan kepala tanda setuju (tidur la!).

Lepak dengan member-member dekat kedai mamak sambil minum teh tarik sambil tu buat dosa ber-gossip sana, ber-gossip sini kutuk orang tapi diri sendiri tak nak sedarkan diri dulu.

Kimi: Bro, awek semalam yang lu cakap tu tak hot bro! Muka pecah longkang je. Longkang tu kalau wa buat awek wa, wa lagi suka bro. Buat penat wa ayat dia dekat Facebook je.
Joe: Yeke? Mana aku tau doh, tengok picture macam hot. (Alah, lu pun macam hot pulakkan nak kutuk-kutuk orang).


Bila nak disuruh buat baik, sangat la pemalunya sebab takut akan diperkatakan orang dirimu itu hanyalah poyo belaka.

Ben: Lan, pegi la tolong miss tu angkat barang-barang dia. Banyak tu..

Lan: Ala, segan la aku. Nanti orang kata aku bodek miss pulak. Kau pegi la.
Ben: Apa pulak aku. Itukan lecturer kau.

Tapi..

Lan: Tadi an, masa aku lalu depan bilik Sir Johan tadi, aku ketuk-ketuk pintu dia lepas tu aku belah. Hahaha. Mesti dia bengang je. Kau tak caya tanya Milan. Aku dengan dia tadi. Milan punya la menggelabah lari tadi. Hahahah..

Ben: Pergghhh... Kau ni gila la Lan. Berani betul.


Bangga tak sudah buat benda jahat. Yela, dia ingat buat benda jahat baru orang puji. Macam ni la jadinya.


Apa-apa pun yang pernah aku bagitau sebelum ni, semua ini adalah identiti kita sebagai rakyat
Malaysia. You must proud to be Malaysian. Banggalah kamu jadi rakyat Malaysia walaupun kamu berangan nak kawin dengan anak Mat Saleh. Huhuhu..PEACE!!


..SEKIAN..

4 comments:

  1. agreed! slalu suruh buat baik, malu. tapi buat jahat tatau malu plak. siap bangga lagi. -.-"

    ReplyDelete
  2. Nadia~
    terase pulak disini. ngeh! (^_^)

    ReplyDelete
  3. yup..agree with u...dunia sekarang~

    ReplyDelete