Ayra Qalisya. Sesuai dengan empunya badan yang sangat comel. Mula-mula aku kenal dia daripada ibu sendiri. Ibu menghantar mms dekat aku masa aku dekat kampus. Dekat mms tu ibu tulis (Eh, berapa banyak dekat daaa), "Comel tak anak angkat ibu?".Perghh...jatuh kerusi beb gua masa tuh. Ahahaha.. Tak tak, jatuh hati aku beb tiba-tiba. Tak sabar rasanya nak berjumpa dengan dia bila balik nanti.
Yea, sekarang ibu menjaga baby comel ini di rumah. Baby ni ialah kepunyaan sepasang suami isteri (of coz la, takkan sepasang kaki dan tangan) yang juga kawan pakcik aku (adik ibu) atau sebutan lainnya anak kawan pakcik aku. Pada mulanya mama si Ayra ni meminta pertolongan pakcik aku untuk mencarikan seorang penjaga untuk anak dia dan pakcik aku recommand-kan ibu aku. Memandangkan anak-anak makcik aku (adik ibu jugak) Ibu dah tak jaga lagi sebab dah pindah rumah, Ibu pun bersetuju untuk jaga dia selama sebulan (sebulan je? 1 semester pun hampir 5 bulan). Selepas sebulan mama Si Ayra terpaksa cari penjaga lain la jawabnya.
Nak dijadikan cerita, aku la hero dalam cerita ni (cewah! Macam nak muntah hijau.) sebab masa study week tu aku balik ke rumah. Masa tengah bermain bola dengan si Ayra ni..Ahahahaaaa..Mengarut kejap. Ok, serious! Masa tengah melayan kerenah si Ayra ni, tiba-tiba terfikir dan terus aku menyuarakan hasrat hati (ayat macam nak muntah) supaya ibu teruskan menjaganya.
Aku: Ibu, kenapa tak jaga je terus baby ni. Comel pun comel. Lagi pun, takde la boring nanti masa cuti sem.
Ibu: Nanti la ibu tanya ayah dulu macam mana.
Aku: Ala, ayah mesti setuju jugak. Caye la..
Takde cerita banyak, takde nak cari alasan ataupun nak mencari jalan keluar melepaskan diri, Ibu terus setuju nak jaga dia. WOW! Orang paling gembira, melompat macam cicak putus ekor mama si Ayra ni la. Ok tipu! Ahahaha. Aku yang suka sangat bila Ibu nak terus jaga dia.
So, sekarang cuti aku takde la boring sangat sebab ada si Ayra ni. Aku mula rasa sayang dekat budak kecik ni dah sebab pagi-pagi takde buat apa-apa, aku layan dia. Petang-petang takde buat apa, aku layan dia. Mana tak timbul rasa sayang. Hahahah.. Itu je kot aku nak cerita.
..SEKIAN..
hah masa hari kau balek tu, aku nampak kau dukung baby. baby ni ke? kantoiiiii
ReplyDeleteHaziq Zainal~ Owh ek??
ReplyDeletecomel2...kim slm sme die..
ReplyDeletehahaha...dh suka baby ye....elok la tu...nanti x kekok kan....
ReplyDeletehahaha...suka baby ye...ok la tu..nnt x kekok kan...
ReplyDeleteasyllamohdghazali~
ReplyDeletekn?kn?kn?
zuraidah~
hahahahahahaha...
no wonder....
ReplyDelete