Rasulullah SAW bersabda,"Wahai sekalian manusia. Sesungguhnya tidak ada fitnah di muka bumi ini semenjak Allah menciptakan keturunan Adam (dan tidak ada fitnah sehingga hari kiamat tiba) yang lebih besar dari fitnah Dajjal. Sesungguhnya Allah tidak mengutus seorang Nabi melainkan telah memperingatkan kaumnya akan fitnah Dajjal."
Terbukti bahawa fitnah Dajjal itu adalah yang paling dahsyat daripada fitnah-fitnah yang pernah ada di muka bumi ini. Tetapi yang menjadikan kita khuatir kerana di akhir zaman ini pabila di saat kemunculan Dajjal nanti, ramai manusia yang ingin bertemu dengannya sebagaimana sabda Rasulullah SAW,
Ciri-Ciri Dajjal
Dajjal bukanlah raksaksa yang besar yang bermata satu yang boleh menghancurkan bangunan-bangunan seperti yang pernah kita ketahui sebelum ini tetapi Dajjal yang digambarkan oleh Rasulullah ialah seorang manusia laki-laki yang gemuk, berkulit merah, berambut kerinting, matanya buta sebelah dan matanya itu seperti buah anggur yang masak (tak bersinar). Di antara kedua matanya (dahi) terdapat tulisan Kaf Fa' Ra' (kafir) yang boleh dibaca oleh setiap orang mukmin walaupun mereka buta huruf. Dajjal juga berketurunan Adam tetapi diberi kelebihan kekuasaan oleh Allah yang bukan hak mutlak Dajjal.
Waktu dan Tempat Keluarnya Dajjal
Ada riwayat yang menyatakan bahawa Dajjal keluar selama 40hari tetapi hari pertamanya bagaikan 1tahun, hari keduanya bagaikan satu bulan dan hari ketiganya bagaikan satu pekan (seminggu). Sisa-sisa hari lainnya seperti hari-hari dunia lainnya (seperti hari biasa). Selama masa inilah ramai kaum muslimin yang murtad dan menjadi pengikut Dajjal.
Kemunculan Pertama
Sulaiman Bin Syihab berkata suatu ketika Abdullah bin Maghnam datang ke rumahnya sebagai sahabat Nabi SAW. Kemudian dia menceritakan tentang Nabi SAW bahawa baginda pernah bersabda bahawa,
Kemunculan Kedua
Dajjal juga akan membuat kemunculannya untuk kedua kali iaitu pada pertempuran akhir antara Dajjal dengan kaum muslimin dan itu terjadi setelah kedatangan Al-Mahdi. Dari Anas RA, ia berkata: Rasulullah SAW bersabda, "Dajjal akan keluar dari kampung Yahudiyyah kota Ashbahan bersama tujuh puluh ribu orang Ashbahan."
Bersambung..
"Akan datang suatu masa kepada manusia, di mana mereka mengangankan bertemu Dajjal."

"Tidak lagi ada kesamaran (ketidak jelasan) tentang Dajjal. Sesungguhnya ia akan muncul dari arah timur. Kemudian ia menyeru atas namaku, sehingga ia diikuti banyak orang. Kemudian ia memerangi mereka dan dapat menguasai mereka dan ia masih berbuat seperti itu sehingga ia datang ke Kufah. Lalu ia menampakkan agama Allah dan mengamalkannya sehingga ia diikuti dan disenangi. Kemudian Dajjal setelah itu berkata, 'Sesungguhnya aku adalah Nabi.'. Dengan ucapan itu, maka kebingunganlah orang-orang yang masih memiliki hati dan akal yang lurus lalu meninggalkan Dajjal. Dajjal masih terus hidup sehingga ia mengatakan, 'Aku adalah Allah.' Dengan itu matanya akhirnya tertutup, telinganya terpotong dan di antara kedua matanya (dahi) tertulis perkataan 'KAFIR'."
Apa yang boleh disimpulkan daripada ayat di atas ialah keadaan awal kemunculan Dajjal tidak akan menampakkan ciri-ciri Dajjal itu sendiri tetapi ia akan nampak setelah ia mengaku dia adalah Tuhan di hadapan ramai manusia.Kemunculan Kedua
Dajjal juga akan membuat kemunculannya untuk kedua kali iaitu pada pertempuran akhir antara Dajjal dengan kaum muslimin dan itu terjadi setelah kedatangan Al-Mahdi. Dari Anas RA, ia berkata: Rasulullah SAW bersabda, "Dajjal akan keluar dari kampung Yahudiyyah kota Ashbahan bersama tujuh puluh ribu orang Ashbahan."
Bersambung..
p/s: Part 2-->Mengapakah Fitnah Dajjal Harus Mendapatkan Perhatian? dan Tanda-Tanda Kemunculan Dajjal.
perkongsian yg bgs di hari Jumaat yg mulia :D
ReplyDeleteFeez_Mior~
ReplyDeleteAhahah..first wt entry mcm ni. sje nk cube menulis dgn mggunakan sumber. slme ni asyk mngarut je. (^_^)