Sunday, May 16, 2010

Selamat Hari Guru Cikgu!

Biasa la awak, kalau dah terdengar perkataan 'Hari Ini Hari Guru' mesti teringat balik zaman sekolah-sekolah dulu (Ala memang la, awak dah habis sekolah memang la boleh teringat zaman sekolah dulu). Sedar tak sedar dah 3 tahun aku tinggalkan zaman persekolahan.Aku seorang yang sangat nakal masa sekolah-sekolah dulu. Diulangin, sangat NAKAL bukan JAHAT. Hahaha..

Masa zaman budak-budak sekolah rendah dulu, aku sangat pemalas bila tengok jadual hari ni ada hafazan dekat sekolah agama. Asal ada hafazan je aku tak datang. Asal tak datang je mesti ada hafazan sebab aku tak suka menghafal. Tambahan pulak, ustaz yang ajar hafazan tu sangat garang sampaikan kalau dia marah singa yang sedang kelaparan, terkeluar anak tekak singa tu. Garang tak? Garang tak? Kalau tak hafal kena rotan. So, aku cari satu helah nak ponteng sekolah agama, aku cakap dengan ibu ada latihan sukan dekat sekolah kebangsaan (Siapa pernah buat kerja macam ni baik mengaku cepat!).

Di sekolah agama dulu, aku tak pernah lupa akan seorang ustaz yang pernah mengajar aku subjek sirah atau nama timangannya sejarah. Nama dia aku lupa tapi nama anak ustaz ni aku ingat sampai sekarang sebab unik. Rezki nama anak dia. Unikkan?? Ustaz ni seorang yang baik hati. Tapi yang buat aku ingat dia sampai bila-bila sebab ustaz ni kalau masuk kelas mengajar tak pernah tak tidur. Ulang balik yea. Ustaz ni kalau tak pernah tidur tak pernah tak masuk kelas. Eh? Macam salah je ayat aku! Ulang balik la. Ahahaha...Ustaz ni kalau masuk kelas tak pernah tak tidur. Confirm tidur punya! So, aku dengan geng-geng aku akan get ready untuk main. Hahaha.. Asal time ustaz ni punya masa mengajar, kitorang mesti suka. Ustaz ni kalau masuk, dia akan mengajar sikit je lepas tu dia akan suruh kita salin nota dekat depan dan dan dan lepas tu dia tidur. Ustaz suka tidur, hari-hari ustaz tidur! huhuhu. Lepas tu yang kelakarnya kitorang akan kejut beliau bila time beliau dah habis. Ahahahaha.. Kejamkan?? Ishk..ishk..ishk..

Masa sekolah menengah aku pulak, aku start jadi baik gila bila masuk Form 3. Ponteng kelas la, ponteng perhimpunan la. Baikkan??? Tapi yang masih boleh dibanggakan aku tak pernah panjat pagar sekolah ataupun melawan cikgu-cikgu aku (boleh la). Kelas yang selalu aku ponteng kelas Sains. Kenapa? Sebab bila kena pergi makmal je, aku dengan member-member aku akan melancong atau membuat lawatan ke tempat lain. Hahahah... Tapi aku boleh jugak di puji sebab satu kelas ni aku tak pernah miss. Kelas Pendidikan Jasmani. Alaa..aku tau, ramai yang suka akan subjek ni kan? Ahahahah... Tapi bukan ni yang aku nak cerita sebenarnya. Aku nak cerita pasal cikgu-cikgu aku yang masih lagi segar dalam ingatan ni. Dah panjang lebar cerita pasal diri sendiri masa dekat sekolah baru nak cakap bukan tu nak cerita sebenarnya??? >:'(

Oklah, ni la antara cikgu-cikgu yang aku ingat sampai sekarang.

Pn. Hema

Mengajar aku addmath (matematik tambahan). Selalu tanya keadaan aku bila dalam kelas dengan rakan-rakan yang lain. Sebab kitorang dalam kelas memang suka buat bising. Duduk pulak di bahagian belakang sekali. Emmm..memang senang la nak kena aim. Aku dan rakan-rakan gelar Pn. Hema ni sebagai budak GRUNGE sebab rambut dia pendek giler (tak baik la Afif ni!). Hahaha.. Aku tak pernah lulus addmath dalam setiap ujian. Tapi ada satu ujian bulanan tu aku dapat B. Dia punya la suka.

Pn. Hema: Afif, boleh pun kamu. Kamu bukan tak boleh. Just malas nak belajar je. Tu la, kawan lagi dengan Si A*****, Si P****** dengan Si Ha**** tu. Tu sebab kamu tak pernah lulus.

Aku hanya sengeh je. Memang la, soalan senang boleh la aku buat. APEEE LAAAAA teacher ni. Aku rasa kalau member-member aku baca ni mesti dia tumbuk aku sekarang jugak sebab masa tu tak dapat peluang. Hahaha.. (^_^)


Pn. Malisah

Yang buat aku tak lupa akan cikgu ni sebab suara dia macam Fasha Sanda. Ahahaha.. Dia ajar aku subjek Ekonomi Asas. Sangat garang. Kalau dia jerit berdesing telinga kami semua dan berguguran la jugak jantung dan paru-paru aku. Aku tak pernah tak siapkan kerja dia. Kadang-kadang tu ada la tapi aku siapkan sebelum dia masuk kelas la. Dia jugak seorang Penolong Kanan Ko-Kurikulum.


Pn. Vicky

Peerrrggghhhh...cikgu ni pun aku tak boleh lupa jugak. Fizikalnya yang sangat debab buatkan aku terkenang sampai sekarang. Ajar aku Bahasa Inggeris. Aku jugak ambil tuition dengan beliau. Oleh kerana dia tau aku boleh melukis, dia suruh aku jadi ketua menjahanamkan dinding-dinding bilik Bahasa Inggeris dengan rakan-rakan. Hahahaha.. Memang jahanam dinding-dinding bilik tu aku kerjakan.


Ramai lagi la cikgu-cikgu yang masih segar dalam ingatan ni. Nak cerita karang 4 hari tak habis. So, ini je yang mampu aku cerita.

Kalau macam ni la cikgu-cikgu aku, hari-hari aku pergi sekolah. Hahaha..


Apa-apa pun aku nak ucapkan terima kasih banyak-banyak kepada cikgu-cikgu aku daripada aku sekolah tadika sampai la dah masuk U ni kerana mengajar aku daripada aku zero to hero. hehehe.. Terima kasih banyak-banyak cikgu kerana kesabaran dan ketabahan mengajar aku segala ilmu Allah. SELAMAT HARI GURU Cikgu!! Jasamu dikenang! (^_^)

Sebelum abang habiskan ayat, abang nak pesan kepada adik-adik di luar sana. Tuntut la ilmu selagi hayat di kandung badan dan hormatilah cikgu sebagaimana korang menghormati ibu bapa sendiri. "Wek! Wek! Muntah cepat! Muntah cepat!". Hahahaha..


..SEKIAN..

p/s: Owh ya..tak lupa kepada Cik Ika. Saya mengucapkan Selamat Hari Guru dan mendoakan agar segala cita-cita anda hajati tercapai. (^_^)

3 comments:

  1. afif.. lama tak terjah dunia blogging . blog sendiri pon bersarang dah . thanks for the wish yea . terharu i rase..

    ReplyDelete
  2. afif.. lama tak terjah dunia blogging . blog sendiri pon bersarang dah . thanks for the wish yea . terharu i rase..

    ReplyDelete
  3. u asyik menghilang jeh.. alaaa...blog bersarang ke, bersawang ke, bersampah ke blog u ttap no.1 di hati ini. (^_^)

    ReplyDelete