Dahulunya aku mengeluh,
Kenapa ayah tidak diberi kekayaan seperti orang lain?
Ada rumah besar, kereta besar, pergi melancong sana sini.
Aku teringin..
Dulu aku akui, pernah aku malu dengan kereta ayah yang dah old school tu.
Kereta dibeli pada tahun 93.
Umur sama dengan adik aku kalau kereta tu masih lagi ayah guna.
Pergi mana-mana dengan kereta tu saja.
Kereta tu jarang buat hal.
Tapi sekali buat hal, duit keluar laju macam air.
Tapi sekarang kereta tu dah lupus.
Banyak benda aku pertikai.
Kenapa ayah tak buat business macam orang lain?
Cepat sikit kaya.
Fikiran seperti orang bodoh saja kan?
Ingat senang?
Tapi aku tak pernah fikir.
Yang aku tahu malu saja.
Kadang-kadang kalau pergi mana-mana keramaian,
aku lihat keluarga aku seperti terpinggir saja kerana ayah sering kali di undang di majlis keramaian
orang-orang yang nampak sentiasa penuh duit di dalam poket.
Itu apa yang aku lihat.
Kadang-kadang apa yang kita lihat tidak seperti apa yang kita sangka.
Tapi aku tak pernah fikir semua perkara itu juga.
Yang aku tahu malu saja.
Kemasukan aku ke universiti telah banyak mengajar aku.
Dan juga takdir Allah menemukan aku dengan dia dan berkawan dengan dia hingga ke hari ini telah banyak mematangkan aku walaupun pada subjektifnya tidak nampak.
Terima kasih Allah, terima kasih awak untuk itu.
Aku tidak lagi mempertikaikan
Kadang tu aku terasa sangat bodoh!
Kenapa aku begitu.
Kesian ayah.
Aku menjadi semakin malu untuk meminta-minta daripada ayah.
Kalau di kampus, aku selalu ditanya ayah
"Masih ada duit lagi Ngah?"
Kadang-kadang, walau cukup untuk sehari tu je duit, aku tetap cakap
"Banyak lagi."
Kadang tu aku tak nak mintak walaupun tengah kering.
Biar ayah tanya, baru aku cakap duit takde.
Makin lama aku makin sedar.
Rezeki seseorang hanya pada tangan Allah.
Allah yang memberi.
Aku tidak lagi mempersoal apa ayah nak lakukan.
Biar orang kata ayah tidak pandai nak mengubah hidup untuk jadi lebih baik.
Dari dulu hanya mengharapkan duit kerajaan saja.
Hey, siapa kau nak mempertikaikannya?
Biarlah, janji ayah bahagia..
Ayah tak merompak!
Ayah tak mencuri!
Ayah tak meminta pada orang lain!
Ayah tak berhutang!
Ayah tak menyusahkan orang!
Rezeki Allah datang dalam pelbagai rupa.
Duit banyak itu hanya sebahagian rezeki sahaja.
Di tempat kerja, aku menyaksikan bermacam rupa manusia
Munafik
Fasik
Yang kaya tidak pernah cukup dengan kekayaan.
Berjudi.
Seolah-olah judi tiada hukum haramnya dalam Islam.
Bercakap seperti ilmu agama penuh di dada
Tapi kau tidak pernah mempraktikkannya.
Kau tak lakukannya.
Mungkin aku tak nampak bila dan di mana kau lakukannya.
Takpelah.
Sesungguhnya Allah tahu dan nampak segalanya.
Selalu ingin bersangka baik
tapi tidak pernah nampak buktinya.
Hmm..
Alhamdulillah,
Ayah tidak terjebak dalam semua perkara yang aku sebutkan di atas.
Ayah tak pernah tinggal solatnya.
Ayah tak pernah nak berjudi.
Ayah tak pernah nak meminta-minta
Malah, ayah juga tidak pernah berkira dengan anak-anak.
Lagi-lagi dalam pelajaran.
Ayah sanggup habiskan duit demi itu.
Ya Allah, berikan aku kesempatan untuk membalas dan memberi apa yang terbaik untuk kedua ibu bapa ku.
Aku mahu mereka melihat aku berjaya.
Moga kau beri kesejahteraan hidup kepada mereka
dan pelihara mereka seperti mana mereka pelihara aku sewaktu aku kecil
dan jadikan aku anak yang soleh.
Moga diberi semua kesempatan ini sebelum mataku tertutup selamanya.
..SEKIAN..
p/s: sekadar berkongsi sebahagian pengalaman hidup. Moga kita sebagai anak-anak tidak mempertikaikan apa yang ada pada kedua ibu bapa kita selagi mereka tidak melanggar dan taat kepada suruhan yang Maha Esa.
sy selalu ptikai kenapa ayah mesti sibuk2 keje, sdgkan org lain musim cuti bjalan sakan..tp bila dh besar, boley fikir dgn matang..parents kita susah2 untuk kesenangan kita skrg kan?? :')
ReplyDeletealhamdulillah afif
ReplyDeletebangga ayu dapat abang macam afif :')
Dulu kakak pun pernah macam tu jugak. Walhal, kita sepatutnya bersyukur dilahirkan di dalam sebuah keluarga yang cukup sederhana, tapi masih tidak lari dari landasanNya.
ReplyDeleteKakak tak tahu kenapa ramai student cakap duit ptptn x cukup. Actually, cukup-cukup for the whole sem usage. Tak payah kerja part-time, and I still can enjoy my student life masa tu. So adik, bagus la, ada rasa malu nak minta pada famili even tengah sengkek. Cause we know keadaan sebenar famili kita kan.
I've made my study with flying colors! And trust me, kalau adik still bersikap macam ni, InsyaAllah, kejayaan dalam tangan!
I just shared my experience. :)
Keep up to be the Soleh one!
thnx kak 4 sharng nice exp.. n thnx 4 the advice. insya-Allah.. doa kdua ibu bpa kte yg mngiringinya, pst hdup akn dberkati. amin..
Deleterelax r bro.
ReplyDeleteTime will change every single thing.
Follow my blog :
http://sazalisabri.blogspot.com/
Sazali Sabri~
Deletethnx.. wah, da ade blog da skg brader kte ni.
salam perkenalan..
ReplyDeletenice entry.. teteibe terus teringat ayah dekat kg..
ayah tiada peganti..:)
tme ksh krn sudi sggh dan bce. stiap insan yg hdp didnia ni dikurniakn seorg ayh. lg bersykur klau kte dilhrkn dlm Islam. dan ayh yg kte mliki jka tiada, mmg xkn sme wlau 1000 org yg dtg bergnti. kn?
Deleteseriously, i thought you copy paste it from somewhere. but, im wrong... very nice entry! like it 1000x..
ReplyDeleteada juga la yg sama mcm aku penah lalui.
just to share my exp,, dulu aku belajar sekolah asrama,jarak dari rumah aku tu jauh la jugak dalam 45 minit cam tu kalau naik moto. kalau balek asrama, ayah aku akan hantar guna moto buruk dia sbb ayah xreti bawa kereta. ye, moto tu dah lama tak berganti. 45 minit tu rasa sangat jauh kalau guna moto. n setiap kali ayah aku hantar, msti aku rasa malu. tambah lak bila tngok kebanyakan kawan aku ayah dia hantar pakai kereta. tapi aku xsedar, sebab ayah la aku boleh belajar kat sekolah yg bagus mcm tu... mungkin sebab pikiran belom matang sepenuhnya.hmm, bila pikir balek, rasa sedih n bersalah sangat coz aku ada perasaan yg macam tu kat ayah even ayah xtau or mybe ayah tau n pura2 xtau. tapi sekarang, rsa bersyukur ada ayah yg mcm tu. biar duit xbanyak, xpakai kereta mcm org lain, tp sanggup susah payah bagi anak2 dia berjaya. alhamdulillah ya Allah. Engkau sebaik2 pemberi nikmat.
thnx bro or whtevr ur gender.. huhuh. thnx 4 shrng vry2 gud exp..
Deletenice entry...
ReplyDeletereally2 make me remind tentang kesilapan aku terhadap ibu yg bnyak berkorban buat aku hingga sekarang...
dialah ayah dialah ibu... aku pon semakin lupa lalai dan angkuh dengan apa yg aku meliki sekarang..
hmm.. thanks abg..
;)
its a good thing ble kesedaran dtg sblm pnyesalan.. mge ktew ank2 sntiasa berada dlm doa ibu bpa dan kte jge sbgai ank2 jgn sesekali lupe utk mndoakn kesjahteraan mreka. itu lbh pntg. insya-Allah..
DeleteTQ for sharing..entri yang banyak menyedarkan...same goes to me before...but now wen i grow up i started to understand the actual situation...n i give my best for parent...yg byk berjasa...make them happy n proud...even sometimes ada rasa nk mengelak but try my best to avoid dat bad feelin...for wateva reason it is they are my family n my first reference...fullstop..=) for u keep up the good work for sharing this info wit all bloggers...i just luv blogwalking but not updating new entry hehhe...=)
ReplyDeletethts good bcause u realize b4 the word 'regrets' come 2 u. ^_^
Deletenywy, thnx coz vsit n read entry in my blog.
p/s: sye plak x suke blogwalking. huuhuhuh~