Aku baja usaha
Tanpa usaha, kejayaan tak akan segar.
Aku semainya setiap hari, mengikut segala macam panduan.
agar hasilnya nanti memuaskan.
Tapi jika takdirNya, apa yang aku inginkan itu tidak menjadi,
walau bertahun-tahun menjaga, menyemai dan membaja
juga menunggu hasilnya
Apa boleh buat..
Redha adalah jalan terbaik
kerana setiap perkara yang terjadi ada hikmah
bukan musibah
Bukan mahu jadi Si Bodoh..
kadang-kadang tunggu tu seksa
Sebab itu jangan mengharap pada benda dicipta
harap pada penciptaNya
Kalau tunggu pun tak perit
sebab Dia tahu apa yang terselit
di dasar hati yang perit.
Usah gusar, usah risau
jika ditakdirkan kita untuk terus menunggu
tunggu tanpa perlu rasa khuatir.
Jangan malu meminta
kerana Dia memang tempat kita meminta
tapi bukan pada manusia.
Cepat atau lambat
tidak perlu dipersoal
kerana jika tidak di alam nyata
pasti di tempat yang hakiki ciptaanNya.
Doa,
Usaha,
Tawakal..
Jika itu bukan takdirnya..
Aku Redha.
..SEKIAN..
p/s: lebih lewat malam lebih kuat aku mengarut. Baik aku pegi TIDO!! huhuhuh~ U ,U zzzzZZZZ
doa.usaha.tawakal.DAN DOA LAGI. :)
ReplyDelete