Biasa tak dengan soalan sebegini? Pernah tak korang tanya pada diri sendiri? Atau penah tak korang ambik kisah? Mungkin ada yang tidak. Mungkin ada ya sangat-sangat-sangat mengambil berat tentang politik kita sehinggakan mempunyai cita-cita untuk masuk ke salah satu parti politik yang ada di Malaysia. Dan mungkin jugak ada di antara kita (anak muda/mahasiswa/bakal pemimpin) yang ingin menubuhkan parti politik dengan visi dan misi sendiri.
Ya, aku dulunya sangat tak ambik kisah tentang politik yang berlaku di negara kita ini sekarang sedikit tertanya-tanya dan mula timbul beberapa persoalan yang masih membelenggu dalam diri ni. "Buat apa kau nak sibuk-sibuk. Bukan hal kita pun! Biar la dorang bergaduh sesama sendiri. Janji negara tak berperang sudah la.", "Ala, bro! Kalau pikir pun buat sakit kepala je. Baik buat hal kita sendiri.", "Belum tiba masa nak pikir semua benda tu la. Eleks sudaaaa...". Aku pulak macam pandai-pandai je nak kemukakan pendapat sendiri tentang politik dekat negara kita ni kan?! Hey, so what?? Bila lagi kita nak pikir? Nak tunggu jadi macam negara-negara timur barat? Arab? Macam Mesir, Libya dan bla bla bla baru nak... Asal doh? Kenapa weayh? Why hoh? Politik kita macam
So, memandangkan umur pun dah 22 tahun (Dah boleh pegi mengundi eayh? Tapi daftar pun belum lagi nih.), boleh la aku jawab kan??
Aku andaikan politik yang ada di negara kita seperti isi rumah (Negara kita) dan mengandungi si bapa (kerajaan), si ibu (pembangkang) dan 10 orang anak-anak (rakyat). Dalam isi rumah mempunyai masalah ceiling bocor. Si bapa mempunyai pendapat atau fahaman atau solution sendiri yang mampu menyelesaikan masalah tersebut. Si ibu pula mempunyai perbezaan pendapat, fahaman mahupun solution daripada si bapa. Anak-anak pula ada yang bersetuju dengan si bapa, ada pula yang bersetuju dengan si ibu dan ada pula yang tak ambik kisah. Semua ini menyebabkan si bapa dan si ibu bergaduh. Masing-masing percaya akan pendapat, fahaman dan solution mereka itu mampu menyelesaikan masalah. Anak-anak pula menyokong ketua masing-masing. Dan yang tak menyokong pula mengharapkan segara masalah itu akan selesai tanpa mengganggu ketenteraman mereka. Kalau diganggu, lari rumah menjadi objektif utama.
Yang jadi persoalan aku dekat sini, kenapa si bapa dan si ibu tak duduk berbincang cuba mencari penyelesaian tentang masalah itu bersama-sama. Mungkin kedua-duanya mampu bergabung kesemua pendapat, fahaman dan solution itu bersama. Mana tau berhasil. Tak berhasil buang yang tak boleh pakai tu dan create cara baru. Tapi.... Manusia ni. Rambut je sama hitam. Hati lain-lain.
Korang faham apa yang cuba aku sampaikan ni? So, bagi aku, parti-parti politik yang ada dekat Malaysia ni semua sama. Masing-masing pentingkan diri sendiri termasuk orang-orang yang tak ambik tau langsung. Tapi kalau ambik tau pun, apa kita boleh buatkan?? Takpe la.. At least ada la ambik tau daripada takde langsung. Masing-masing nak capai kepentingan masing-masing. Kepercayaan terhadap bangsa sendiri jugak takde lagi-lagi sesama Islam.
Kenapa tak amik contoh zaman para nabi lagi-lagi zaman kepimpinan Nabi Muhammad SAW atau zaman pemerintahan khulafa' al-rasyidin? Setahu aku la, dorang takde parti-parti politik ni. Semua sama. Cuma kalau ada masalah dan perbezaan pendapat je baru dorang akan duduk sama-sama berbincang (majlis syura).
Kalau di tanya aku undi parti mana masa pilihan raya nanti (daftar pun belum!), aku akan pilih....aaa...eerrrr... aku pun tak tau!!
Bagi aku kita sebagai umat Islam wajib memilih pemimpin yang beragama Islam, yang menunaikan tanggungjawabnya mengikut syariat Islam dan lain-lain.
Firman Allah swt:-
"Janganlah orang-orang mukmin mengambil orang-orang kafir menjadi wali dengan meninggalkan orang-orang mukmin. Barang siapa berbuat demikian, niscaya lepaslah ia dari pertolongan Allah, kecuali karena (siasat) memelihara diri dari sesuatu yang ditakuti dari mereka. Dan Allah memperingatkan kamu terhadap diri (siksa)-Nya. Dan hanya kepada Allah kembali(mu)." (Ali Imran : 28).
"Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengambil orang-orang kafir menjadi wali dengan meninggalkan orang-orang mukmin. Inginkah kamu mengadakan alasan yang nyata bagi Allah (untuk menyiksamu)?" (An-Nisa : 144).
"Wahai orang orang yang beriman! janganlah kamu mengambil orang orang Yahudi dan Nasrani itu sebagai teman rapat,kerana setengah mereka menjadi teman rapat kapada setengahnya yang lain,Dan sesiapa diantara kamu yang menjadikan mereka teman rapatnya,maka sesungguhnya,ia adalah dari gulungan mereka itu,sesungguhnya Allah tidak memberikan pertunjuk kapada kaum yang berlaku Zalim!" (Al Maidah : 51).
"Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu menjadikan bapa-bapa kamu dan saudara-saudara kamu sebagai orang-orang yang didampingi jika mereka memilih kufur dengan meninggalkan iman dan sesiapa di antara kamu yang menjadikan mereka orang-orang yang didampingi, maka merekalah orang-orang yang zalim." ( At-Taubah : 23).
..Wallahualam..
p/s: Aku sekadar menyuarakan pendapat. Jika salah, sila tegur! ^_^
Aku sangat setuju dengan pendapat Kamu....:)
ReplyDeleteJangan terlalu tak nak ambik kisah dengan perjalanan politik negara... Kena tau juga... At least....
rosmina samin~
ReplyDeletekan???? ^_^