Ok panjang sangat mukadimahnya tu. Kali ni nak share dengan korang benda yang dah lama aku nak share. Iaitu tentang rukun solat yang pertama iaitu niat. Masih ramai aku rasa yang salah faham tentang rukun solat yang pertama ni. Kenapa aku nak cerita pasal rukun solat yang pertama ni ye? Sebab ianya sangat penting. Rukun solat jika salah satunya tertinggal maka tidak sah la solat kita keseluruhannya. Ok, dah lama aku perhati pakcik-pakcik bila aku bersolat jemaah di masjid kebanyakkannya atau mungkin sesetengahnya akan menitik beratkan lafaz niat dengan niat yakni yang mana lafaz niat dibaca sebelum takbiratul ihram dan niat dibaca dalam hati sewaktu mengangkat tangan (angkat takbir). Lafaz niat dibaca dengan kuat sehingga mengganggu jemaah disebelah manakala niat juga punca mengangkat takbir berulang kali. Juga mengganggu jemaah disebelah.
Yang menjadi persoalannya disini, kenapa perlu mengangkat takbir berulang kali? Ini disebabkan niat di dalam hati tidak dibaca dengan betul. Betul? Ye, sebab aku dulu pun macam tu. Aku akan angkat takbir berulang kali atau lama untuk memberi tempoh untuk aku niat dalam hati. Aku rasa perkara ini harus diperbetulkan.
Salah faham atau kekeliruan ini mungkin disebabkan pendidikan yang kita dapat sewaktu di bangku sekolah tentang dua perkara ini iaitu 'NIAT' dengan 'LAFAZ NIAT'. Masa aku sekolah rendah dulu, ustaz atau ustazah gigih mengajar kami lafaz niat (dalam bahasa arab) untuk solat, lafaz niat untuk berpuasa dan lain-lain. Dalam pada masa yang sama mereka juga mengajar kami niat di dalam hati. Iaitu lafaz niat harus diucap dalam bahasa arab dan niat bahasa melayu di dalam hati. Ini berlaku ketika pembelajaran subjek ibadah (bagi yang bersekolah agama). Perkara ini menyebabkan hal-hal di atas berlaku dan ada jugak yang tidak bersolat sebab mereka tidak tahu lafaz niat untuk melakukan solat tersebut. Perkara ini seperti menjadi kebiasaan atau mentaliti masyarakat kita. Masa aku sekolah dulu kawan-kawan akan tanya, "Kau dah solat asar ke?" "Dah." "Tipu!!" "Betullah!! Aku dah solat tadi." "Hah, kalau betul kau dah solat asar, apa niat solat asar?" "Errr... usolli..emm.." "Hah, tak tau. Tak solat la tu.". Biasa terjadi perkara ni waktu kecil atau mungkin sekarang ni pun masih berlaku lagi?
Ok mari kita perbetulkan apa yang dah salah dekat sini. First, kita kena tengok apa makna niat. Niat itu adalah lintasan hati. Contohnya macam korang niat nak membunuh tu, korang tak perlu nak lafazkan "Sahaja aku nak membunuh seseorang." sampai macam tu. Korang terus membunuh kan? Betul? Sebab korang mempunyai niat. Begitu jugak di dalam solat atau perkara lainnya. Tidak kisah la bagaimana lafaz niat korang sekali pun untuk melakukan solat tu asalkan korang tau berapa rakaat yang perlu dilakukan, solat apa yang hendak dilakukan. Solat korang masih sah dan korang boleh terus melakukan solat. Tidak perlu nak mengangkat takbir berulang kali sebab nak betul-betul mahu menyebut niat dalam hati tu. Kalau berulang kali mengangkat takbir itu berulang kali kan mengganggu jemaah lain sekiranya kita sedang bersolat jemaah. Kalau sorang-sorang kita solat pun kan dah menimbulkan was-was di dalam solat nanti.
Begitu jugalah tentang perkara-perkara lain yang ada kaitan dengan niat di dalam rukun melakukannya seperti berpuasa, melakukan solat sunat dan lain-lain. Harap perkara ini dapat disebarkan kepada rakan-rakan yang masih belum mengetahui tentang perkara ini. Islam itu mudah.. In shaa Allah.
..WALLAHUALAM..
Salam...
ReplyDeletebtol tu En. KasutPoteh...perkara ni selalu terjadi masa kita solat jemaah kt Masjid...benda ni pernah jd kt aku jg..ada ler seorg hamba Allah ni ..dh lah lafat niat kuat bebeno pastu takbir klu x silap 2 or 3 kali...last2 aku kt sebelah dh blur...benda ni bukan pakcik2 jer yg buat..yg belia2 30an pun buat..
yg beno
mIE...
woah... nice entry. memang macam jadi isu pun benda ni.. rasa memang betul pun mengganggu. kadang kala akan terdetik dalam hati, pakcik ni apesal??
ReplyDeletethnks.. orite. i will..
ReplyDeleteambil daripada pendapat al bani e....em,,,salah tu,,,bolehker lintasan hati tetibe jer tahu nak solat aper,berape rokaat dan lelain.sebabtu imam syafie meletakkan niat itu sebelum sembahyang untuk menguatkan hati bahawa die sembahyang ape dan berape rokaatnya,,,(jangan klaim guru sekolah kalau ianya adalah penyusunan dari imam asyafie sendiri)... macam mandi wajib la,,,,kalau tak niat boleh jadi ianya mandi biasa,,,ha punah ranah...silap blog la,,,rupanya wahabiah,,o.k la,,bai...
ReplyDeleteMaaf bertnya saudara. mgkn ada slh fhm disini. adakah sy terslh berkongsi ilmu? atau mmbuat saudara slh fhm? klau ingin perbetulkan kesilapan yg telah sy lakukan, rasanya molek saudara mmberi pndgan dgn btol. rsenye sy tdk menolak trus rukun solat (niat). yang cube sy smpkan pemahaman niat itu sndr. sedikit terkilan krn saudara trus mengecop sy wahabiah. sekian..
Deleteambil daripada pendapat al bani e....em,,,salah tu,,,bolehker lintasan hati tetibe jer tahu nak solat aper,berape rokaat dan lelain.sebabtu imam syafie meletakkan niat itu sebelum sembahyang untuk menguatkan hati bahawa die sembahyang ape dan berape rokaatnya,,,(jangan klaim guru sekolah kalau ianya adalah penyusunan dari imam asyafie sendiri)... macam mandi wajib la,,,,kalau tak niat boleh jadi ianya mandi biasa,,,ha punah ranah...silap blog la,,,rupanya wahabiah,,o.k la,,bai...
ReplyDeletebetul..niat ialah sebelum solat..tetapi adakah niat hendak solat perlu diulang di dalam takbir..ALLAHU AKBAR..(Maksudnya Allah Maha Besar) bukan sahaja aku solat fadhu/sunat...Disebabkan terlalu menyusun perkataan atau was2 dalam niat menyebabkan takbir beberapa kali..untuk solat fardu/sunat, insyaAllah tiada masalah,,tetapi cuba anda seorang musafir dan ingin menjamakkan dan qasarkan solat..bukankan ia terlalu panjang..dan takbir menjadi terlalu panjang sehingga beberapa harkat untuk memasukkan niat dalam takbir tersebut..dan mustahil klu tidak berlaku konflik..niat adalah didalam hati bukan menyusun perkataan didalam minda...betulkan sekiranya salah..
ReplyDeleteapela...muhibbudin nie.. tetibe cop wahabiah... saya yg bace ni pun terasa juga.... bukannya tolak trus lafaz niat tue,,, tp skadar tahu solat ape yg nak dilakukan itu pun sudah dikira niat ,,, tak perlu nak usolli...usolli....usollii kalau boleh timbul ragu2,,kalau lafaz niat tu boleh meyakinkan lagi solat dan tak kacau org lain sehingga dpt dosa ,yes!juz go on... kalau dah blajar tinggi2,,, jangan tolak ilmu lain mentah2 sampai mnuduh org lain wahabi... ingat ilmu Allah itu luas... wasalam
ReplyDelete