Wednesday, December 2, 2009

Pengalaman Dan Pengajaran Terbaek!

Assalamualaikum wtb...
Wah, akhirnya dapat jugak aku post blog hari ni. Dalam 2 3 hari ni agak kesibukan sikit sampai takde masa untuk post blog. Akhirnya, dapat jugak aku ambil masa yang ada sedikit ni untuk post blog. Tajuknya pada kali ni, 'Pengalaman Dan Pengajaran Terbaek!'. Kenapa ejaan 'terbaek' tu yang aku guna pakai? Bukan bertujuan untuk merosakkan bahasa tetapi bagi aku, maksud tu lebih mendalam dan menggambarkan sesuatu benda tu sangat-sangat la bermakna.

Kenapa aku nak cerita semua ni? Sebab bagi aku, benda yang aku lalui ni boleh diambil sebagai satu 'knowledge' atau 'lesson' dan ingin sekali aku berkongsi dengan korang semua. Mungkin post kali ni agak panjang berjela dan memakan masa seminggu untuk menghabiskan bacaannya. Tapi kalau korang mengeja la! (^_^).
Tajuk pun dah berbaur pengajarankan, mungkin aku akan bercerita dengan se-serious yang mungkin? Hahahah. Tengoklah macam mana.

Ok, pada tarikh 30 November 2009, aku dipanggil untuk bekerja di salah sebuah syarikat insurans yang berada di Damansara Intan, 30km je daripada rumah aku. Sebab apa? Untuk mengisi masa cuti semester aku yang agak tak panjang ni. Aku terima tawaran ni pun sebab pakcik aku iaitu adik kepada mak aku boleh dikatakan 'big boss' dekat situ. Dia kata gantikan tempat makcik aku (adik perempuan mak aku) yang dah nak berhenti koje dekat situ. Masuk ni (2 December 2009) dah 3hari aku bekerja. Actually, aku tak fikir pun ini satu kerja. Kenapa? Hah, ni yang aku nak story ni.

First day aku sampai je dekat ofis tu, aku tidak diberi sebarang tugas langsung untuk dilakukan. Kerja aku hanya letak kaki atas meja (takde la sampai macam tu), tengok orang lalu lalang dan tidur. Hahahah. Second day pun juga begitu. Dan hari ni (2 December 2009) pun sama jugak. Dalam hati aku berkata, "Aih, pakcik aku ni kata nak bagi aku kerja? Sampai sekarang aku asyik goyang kaki dan tak buat apa-apa langsung." Of cause la bosan betul tak? Tapi sebenarnya ada something yang pakcik aku nak aku belajar.

Semalam (hari ke-2 aku bekerja), aku diajak oleh pakcik aku untuk pergi mendengar satu taklimat tentang business selepas habis waktu bekerja iaitu pada pukul 8.30pm. Dalam perjalanan nak pergi dia menceritakan semuanya tujuan dia ajak aku bekerja. Tujuan dia, sebab nak bagi pendedahan dekat aku untuk aku lebih mengenali 'Apa itu sebenarnya business?' dan 'bagaimana orang business bekerja?'. Oooo....sekarang baru aku sedar dan faham.

Ahmad Yasri B. Mohd Hashim dan Nurul Adibah adalah pasangan suami isteri yang banyak mengajar aku selama 3hari aku bekerja dengan mereka ni. First day aku datang bekerja, pakcik aku ada memberitahu aku sesuatu yang sangat bermakna buat aku. Dia berkata, "Untuk mendapatkan sesuatu yang bernilai, jangan sesekali gelojoh mahu mendapatkannya.". Hari kedua pula aku datang bekerja, pagi-pagi lagi wife pakcik aku ni dah panggil aku menghadap dia. Dia juga telah memberitahu aku sesuatu yang bermakna. Dia kata 'kekayaan dapat membahagiakan hidup kita'. First aku tersentap dan bertanya sendiri betul ke semua tu? Aku berfikir sejenak dan teringat sesuatu yang telah aku pelajari di Universiti (ayat macam nak muntah) iaitu Nabi Muhammad SAW bersabda bahawa "Kemiskinan membawa kepada kekufuran" (if I not mistaken la), maksudnya disini bukanlah Islam itu mewajibkan seluruh umatnya menjadi kaya raya tetapi ia menyuruh kita menjauhkan daripada kemiskinan. Bagaimana? Haaa, ni la nak bagitau ni. 'B-E-R-U-S-A-H-A' awak! Tanpa usaha, tidak hadirnya kejayaan.

Baiklah, untuk tidak membosankan korang semua, aku pendekkan la cerita ni. Untuk hari ke-2 dan ke-3 aku dah pelajari banyak sangat benda. Pakcik aku banyak memberitahu aku benda yang aku boleh guna pakai dalam hidup aku. Antaranya:


  • "Tujuan kita study dekat mana-mana institusi pengajian bukanlah untuk mendapatkan kerja atau sekadar nak lulus dan dapat menggenggam segulung ijazah atau diploma tetapi ia bertujuan untuk kita belajar dan menjadikan kita seorang yang Critical Thinking".

Apa tu? Berfikiran lebih matang dalam membuat suatu decision la awak. Sepatutnya la, orang yang study dekat pusat pengajian tinggi ni fikirannya haruslah lebih matang daripada orang yang sekadar mengambil SPM.

p/s: Aku tak maksudkan orang yang hanya ada SPM ni tak matang, tapi seharusnya student U ni lebih matang dalam membuat suatu decision.

  • "Jangan jadi orang Melayu lama yang mana pemikiran mereka hanya untuk short term future sahaja tetapi jadilah orang Melayu baru di mana pemikiran mereka lebih kepada short term future dan long term future."

Maknanya, kita haruslah berpandangan jauh, berfikiran terbuka dan lebih kehadapan dan jangan hanya berfikir untuk suatu jangka masa yang singkat sahaja.

  • "Berkawanlah dengan orang lebih dewasa daripada kita supaya kita jadi lebih cepat matang."

Bukan la bermakna kita harus berkawan dengan orang tua sahaja tetapi kita perlu bijak memilih kawan dan seimbangkannya. Tak salah nak kawan dengan rakan sebaya pun. Pandai-pandai korang laa..

  • "Dalam hidup ni, kita perlu tempuh kesusahan dan kesulitan dahulu barulah kita akan menjadi lebih kuat.

Tak payah nak explain dah benda ni. Korang tengok sendiri contoh orang-orang yang berjaya macam mana kehidupan mereka sebelumnya.

  • "Apa-apa yang kita nak buat, yang paling penting mesti minta restu ibu dengan ayah."

Ni pun tak payah aku nak bagitau. Restu ibu ayah penting sangat-sangat!!

Dan banyak lagi sebenarnya pakcik aku bagitau. Tapi hanya ini je yang aku rasa terbaek untuk aku kongsikan dengan korang semua. Aku ada masa lagi 2minggu lebih je untuk aku berada di tempat kerja pakcik aku ni. Aku akan gunakan sehabis baik masa aku di situ untuk pelajari sesuatu yang dapat mematangkan aku. Insya-Allah...harap-harapnya aku akan jadi lebih matang la lepas ni. Pakcik aku cakap perempuan suka lelaki matang. Wah, best ni! Hahahahahahahh~ SENGAL!! Apa pulak pakcik korang cakap? huhuhuhu~

p/s: This story bukanlah hanya nak focuskan dekat orang yang nak ber-business je, tapi untuk semua orang especially orang Melayu untuk diambil sedikit pengajaran atau pengetahuan supaya dapat dijadikan pelita hidup untuk ke jalan kejayaan. Insya-Allah.

p/s:Thanks to Ahmad Yasri dan Nurul Adibah kerana concern terhadap masa depan dan pelajaran 'diri ini'. Jasa mu akan dikenang.

p/s: Jika korang ada pendapat yang lain dan ingin berkongsi, jangan la segan silu untuk tekan kotak komen aku ni eayh? You're my friend! heee~

10 comments:

  1. fuwafuwarein~
    mybe u mengeja kowt?? (^_^)

    ReplyDelete
  2. wahhh tahniah r fif sbb dah dpt keje, kt syarikat insurans lagi...nnt leh ajar aku wat bisnes hukhukhuk

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum wbt afif ahnaf ,

    sempat I menjengah sekejap belog U , kot2 ada kata2 U yang leh kasi semangat I membara sket ke kan . and yeah , finally I got what I'm looking for .

    Every single of quotes yg U mention kat dlm posting U kali ni , pernah juga menjadi kata2 azimat I selama hari ni . Mcm yg U ckp , posting U kali ni bukan hanya utk org yg nak berbisnes aje kan so secara logikalnya utk most situation in our life peringatan ni boleh digunapakai .

    And yeah , nak kongsi jugak , since I masuk form6 , I byk belajar tentang apa yg U citer ni .

    Byk lagi I nak tulis sbnrnya ni , but it seems like karang terlalu panjang secara melampau plak kang .

    So cukupla kalau I katakan di sini , time kasih atas kesudian berkongsi pengalaman anda afif ahnaf . Sangat berharga utk U dan begitu juga utk para pembaca .

    Harap u bleh praktikkan apa yg u telah pelajari . Harap sudi kongsi ilmu lagi pasni . Tu je la . Ok ok , sekian =)

    ReplyDelete
  4. ajam~
    alhamdulillah.. tme ksh sgt2 kt pakcik n makcik aku tu. Tnpe dorg, cuti ni aku melangut je la kt umh. Eh, ilmu psl business ni kau lg tggi drpd aku kot ajam. (^_^)

    Nurika~
    ur welcome. sme2 kite menaikkan martabat orang Melayu dan Islam.
    InsyaAllah... (^_^)

    ReplyDelete
  5. bro, apa yang aku nak comment tkda kaitan pun dengan entry kau. Hehe. Aku cuma terpana kejap tengok hasil edit kau. Boleh ajar aku sem depan? hahahaha.

    ReplyDelete
  6. haziq zainal~
    owh, xde mslh.
    tp tggu uitm johor wujudkn klas tmbhn meng-edit gambar dan dorg amik aku jd tnage pengjrnye.
    (^_^)

    ReplyDelete
  7. haha. tunggu aku part 7 degree nanti lah baru kau ajar aku kan? haha. bila nak visit blog aku pulak? :D

    ReplyDelete
  8. haziq zainal~
    actually aku dh tgk dh kaunyer blog.
    interesting. Tp aku blm jd pengikut tegar lg utk blog kau. mybe later..
    eh, dh mcm ruangan chtng plak. (-_-")

    ReplyDelete
  9. haha. tu la. kau patut letak chatbox do :D

    ReplyDelete