Friday, December 25, 2009

Masalah

Semua orang mempunyai masalah tersendiri. Makhluk mana yang tak ada masalah? Habak mai kat aku! Kucing? Eh, mana korang tau dia takde masalah? Pokok? Rumput? Kalau dorang boleh bercakap, sudah tentu dorang akan bagitau apa masalah dorang. Orang gila pun ada masalah jugak. Apa dia Afif? Masalah otak. Betul tak kawan-kawan? Heheheh.

Setiap masalah juga diselesaikan oleh manusia dengan cara yang berbeza. Ada masalah diselesaikan dengan cara begitu extreme sekali. Contohnya Afif? Contohnya naik roller coster pastu dah sampai dekat track 360 tu, bukak dia punya sit belt atau erti kata lain 'Bunuh Diri' la awak. Ishk..ishk..ishk..cara sebegini sangat di larang keras oleh Islam. Mungkin dorang ingat buat macam ni, semua masalah akan settle. Bagi yang Islam, siapa cakap boleh settle? Tu nanti dalam kubur, sape nak jawab? Hah? Lupa? Itu bukannya selesai masalah, tapi menambahkan masalah lagi ada la. Ada jugak masalah diselesaikan dengan cara yang betul. Dengan betul maksudnya, menyelesaikan masalah dalam keadaan waras. Contohnya meminta pertolongan dengan Allah dengan cara berdoa kepadanya minta petunjuk kemudian selesaikan masalah dengan bijak. Banyak lagi la cara nak selesaikan masalah. Terpulang pada kita untuk memilihnya.

Hari ini sahaja aku ada dua masalah. Pening kepala memikirkannya. Tak payah la aku nak cerita. Kalau aku cerita pun bukan korang nak baca pun kan? Tak pun lepas korang baca masalah aku, korang pulak bermasalah nak paham. Hahahah. Tapi semua tu aku selesaikan dengan waras dan bijak (bijak ke?). Cerita pasal masalah ni, kebiasaannya bila aku nak lupakan sekejap masalah aku tu aku akan buat suatu yang meletihkan seperti bersukan. Tak pun aku akan dengar muzik yang dapat memecahkan gegendang telinga aku seperti muzik hardcore, scremo dan sebagainya. Ikutkan hati aku nak je aku pergi gym dan tumbuk punch bag banyak kali sampai pengsan supaya hilang masalah. Di sebabkan semua itu memerlukan kos, so tak jadi la aku buat. Lagi satu cara yang paling aku suka untuk hilangkan sekejap masalah aku, aku akan lepak dengan member-member kemudian buat lawak bodoh atau cerita terus masalah aku hadapi dekat dorang. Sekurang-kurangnya luahan hati aku di dengar orang dan kita akan merasa puas. Daripada situ jugak kita akan dapat nasihat dan kata-kata semangat daripada kawan-kawan kita which is good. Macam mana pulak korang hilangkan sekejap masalah korang? Macam mana sekali pun cara korang lakukan tu, jangan la sampai merosakkan diri sendiri. Itu bukan menghilangkan masalah, tetapi menambahkan masalah.

Akhir kata, setiap manusia tidak dapat lari daripada masalah kerana itu sebahagian daripada asam garam kehidupan. Ingatlah, hadirnya masalah untuk mematangkan kita. Jika kita lari daripada masalah, sampai bila kita nak matang?


..SEKIAN..

4 comments:

  1. saye sependapat ngan anda KaSoT PuTeH !

    p.s : harap dpt lihat gaya anda melayan lagu hardcore / screamo satu hari nanti kerana minda saya tidak berupaya utk membayangkannya . ahah .

    sekian .

    ReplyDelete
  2. Nurika~

    tdak perlu sye rse krn ble anda melhtnya pst anda tidak dapat untuk melelapkan mata walau sesaat. Itu bhye! (^_^)

    ReplyDelete
  3. btol2.. masalah tu satu cabaran utk memtangkan kan kte.. so, selesaikan aje.. (pergh.. ckp sng, cube lau kne btg idong sdri..)

    ReplyDelete
  4. jimah~
    btol2. terkena btg hdung sndr. Of coz berdrh. Itu pon slh stu mslh jgkkn? (^_^)

    ReplyDelete