McDonald menjadi isu besar dalam hal ini kerana, dia adalah antara penyumbang terbesar income kerajaan sebab cukai dan tak dinafikan jugak memberi banyak peluang pekerjaan kepada rakyat Malaysia. Malah, banyak lagi produk-produk yang pengasasnya berbangsa Yahudi (Israel) ada di Malaysia. Masalah ini membuatkan most of product yang kita guna pakai tak kiralah makanan ke, pakaian ke, service ke, kebanyakkannya yang mewujudkannya adalah orang-orang Yahudi itu sendiri. In other word, kita tidak boleh lari untuk tidak menggunakannya (produk-produk Israel). Harus diingat, tak semua bangsa Yahudi itu jahat dan tak semua orang Islam itu baik. Kita tidak tahu ke manakah arah tuju keuntungan mereka yang mereka peroleh (firma-firma yahudi) ini akan disalurkan? Mungkin ke dana ketenteraan Israel atau mungkin tidak. Kita semua sedia maklum bahawa Amerika adalah sekutu utama negara Zionis itu. Sejak dulu lagi, Amerika telah memberi bantuan berupa dana kepada negara Israel itu terutama dalam hal ketenteraan. Masuk tahun ini hampir beratus billion dolar telah disalurkan. Sejauh mana kesahihan berita ini? Tapi boleh jadi ianya benar. Wallahualam.
Kalau kita bukak balik atau belek balik al-Quran, Allah telah berfirman dalam ayatnya:-
"Sekali-kali tidak akan redha orang-orang Yahudi dan Nasrani sehinggalah kamu mengikut jalan-jalan hidup mereka." (Al Baqarah: 120)
Apakah tujuan Allah berpesan melalui ayat ini di dalam al-Quran? Tentu sekali Dia suruh hamba-hambaNya yang beriman berhati-hati dengan musuh-musuh Islam ini. Bukan maksud kita dah cop Yahudi dan Nasrani 'JAHAT', bukan.. Tapi berhati-hati dengan kebaikan yang mereka lakukan. Boleh jadi ada muslihat boleh jadi mungkin memang mereka-mereka ini telah mendapat hidayah. Siapa tahu kan.. Eh? Macam lari tajuk pulak. Ok berbalik kepada McDonald di Malaysia ni. Boikot atau tidak? Boikot atau tidak? Kalau kita boikot, McDonald tutup, rakyat Malaysia kurang peluang pekerjaan. Kalau kita boikot pun banyak lagi dana-dana dorang (Israel) datang dari tempat lain. Macam takde function pulakkan? Lagipun banyak lagi produk-produk Israel ada dekat pasaran Malaysia dan siapa yang bertanggungjawab, sudah tentu kerajaan Malaysia. Dan lagipun, most of product tu sendiri kerakyatan owner firmanya kita tak tau. Boleh jadi dia American tapi bila di kaji selidik, mak bapak berdarah Yahudi. Hmmm... Korang pahamkan? Sekarang hampir kesemua produk yang top dekat dunia dari Amerika tapi pengasasnya berbangsa Yahudi. Kira Yahudi ni boleh kata ada dekat mana-mana je dekat Amerika tu. Lagipun, dorang dah plan untuk buat kerja ni berkurun lama dah pun. Sejak zaman nenek moyang kita lagi. So takleh lari dah dari barang-barang Israel.
So, macam nilah. Bagi aku la. Ini pendapat aku la. Aku tak nak kata yang makan McD tu semua barua Israel. Yang tak makan McD dan boikot tu True Muslims. Tak. Takleh kato gitu sebab aku dulunya pun selalu sangat makan McD. Dalam al-Quran sendiri pun takde menceritakan hukum-hukum makan McD itu boleh buat orang berdosa besar atau jadi kafir. Bagi aku, ia suatu hak individu untuk memboikot atau tidak. Lagipun kerajaan sendiri tidak menetapkan untuk memboikot produk-produk Israel. So takde guna jugak. Dari ayat 'Boikot' itu sendiri ia adalah sebagai satu tanda kita memprotes atau menunjukkan 'ketidak-sokongan' kita kepada sesuatu perkara. Jadi macam ni, ia bergantung kepada niat. Kalau niat kita tidak mahu lagi makan McD atau guna barang-barang Israel yang kita tahu kerana ingin menunjukkan rasa kebencian kita terhadap musuh Islam itu di atas perbuatannya dan juga mencari redha Allah, insya-Allah dapat pahala. Kalau korang rasa, "Aku sehari tak pekena burger McD ni rasa nak sepak orang je." pun tak jadi masalah nak terus tidak memboikot sebab masih takde fatwa yang mengeluarkan kenyataan, makan atau guna segala produk Yahudi itu haram. So kita tak tau apa hukumnya bukan? Ini semua kerja-kerja para ulama. Terpulang as long as kita sentiasa mendoakan keselamatan, kesejahteraan saudara-saudara kita yang berada disana cukuplah. Nak pegi berjihad ke sana pun masih bukan waktunya. At least kita ada jawapan untuk dijawab bila Allah tanyakan apa yang kita lakukan bila saudara-saudara kita ditindas dan dizalimi. At least kita masih boleh beri jawapannya iaitu doa.
Konklusinya, nak boikot pun tak jadi masalah tak nak boikot pun tak jadi masalah. Seelok-eloknya boikotlah walaupun tak terkesan sedikit pun at least orang lain tahu bahawa kita betul-betul menentang keras tindakan Zionis tu.
..WALLAHUALAM..
p/s; Kepada yang beria-ia nak suruh kerajaan Malaysia pegi anta kapal perang, jet pejuang ke Gaza bantu Gaza tu, hentikanlah sebab mungkin belum sampai waktunya lagi. Allah dah janji bahawa kemenangan pasti akan datang pada Islam. So, masih belum tiba waktunya lagi. Eh, tak perlu risaulah. Kalau besok adalah hari seperti yang dijanjikan Allah, besok jugak pejuang-pejuang Palestine tu dapat hancurkan Zionis sebab janji Allah itu pasti. Jadi tak payah la nak kutuk-kutuk kerajaan Malaysia beli jet mahal-mahal la ape la. Kerja kita sekarang menginfakkan harta dan berdoa. Jangan putus melakukan dua perkara tu sebab perancangan Allah ni hanya Dia saja yang tau.
p/s: kepada yang masih belum baca entry aku pasal McD tu boleh scroll ke bawah. TY.
ya semua itu bergantung pada niat masing2 bukan wajib tapi sbgai tanda bntahan je..
ReplyDeleteahaha ayat sempoy no x kena mcD nak sepak orang gaggaga
ya...memang betul boikot atau tidak israel tetap akan menganas...so tu suma dari niat masing2
ReplyDeletealah jangan risau mcd malaysia tak kan bankrup punya.. rakyat malaysia ni boikot bermusim.. hari ni palestin kena serang semua semangat tak nak makan.. next month bila dah redha semua pakat pelahap mcd..
ReplyDeleteawk la tu ye?? LOL!
Deletetapi tanpa usaha, mna ad kejayaan kan? do you get what i mean?
ReplyDeletei got it. tp usaha yg pstinya sia-sia pn xgune jgkkn? n u got wht i mean too? berjihad dijln Allah bkn mudah jka tiada kekuatan iman lg2 yg mlibatkn prg. so btter kte tadbir dan lwn anasir2 atau virus2 (hiburan, maksiat n etc) di ngara sndri sblm mmbntu rkyt2 palestine berperang mlwn zionis krn ape yg ade ngara kte jgk adlh cara mereka mnghncurkn umat Islam dlm kata lainnya, di ngara kite dan ngara Islam lainnya, mrk mnghntr ank2 (tidak nyata) utk berperang dan yg berada di palestine itu adalh ibunya (nyata).
Deletep/s: skadar mmberi pndpt.
kalau rakyat malaysia yang muslim tak bokot Masjid dah tentu Masjid penuh tapi ni tidak , masjid sebaris manusia islam berbaris baris .
ReplyDelete