Monday, November 19, 2012

McDonald Malaysia Tidak Menyalurkan Sebarang Bantuan Wang Kepada Negara Israel?

Baru-baru ni kecoh kenyataan yang mana McD Malaysia telah mengeluarkan kenyataan yang berbunyi atau menyalak atau menyeru..


Sudah baca? Paham? Hmmm... What do you think

What I can say... Ni sume adalah sebahagian dari marketing strategi je ni. Lol! Eh, betul-betul! Ni semua adalah cara untuk syarikat McDonald di Malaysia untuk menggelakkan rakyat-rakyat Malaysia daripada tidak terus menjalankan kerja-kerja memboikot produk Israel. Salah satunya ni la dia.. McDonald!! Mengikut statement yang telah dorang keluarkan tu, aku tak berapa setuju la dorang punya statement tu. Kepada budak-budak business mungkin boleh tangkap apa yang cuba aku sampaikan ni. McDonald ni adalah salah satu perniagaan yang berkonsepkan FRANCHISE. So kalau korang nak tau apa itu perniagaan berkonsepkan FRANCHISE ni, korang bleh Google.

Walaupun McDonald ni organisasi yang ditubuhkan dibawah rang undang-undang Malaysia, tapi mereka masih lagi memberi wang kepada pengasas McDonald (Israel) sebab segala brand, produk-produk serta yang berkaitan dengan McDonald, dorang kena bayar untuk mendapatkannya. So, soalan aku, McDonald kat Malaysia ni dorang dapatkan lesen McD tu dari siapa?? Palestine?? Kerajaan Malaysia? Tidak sama sekali. Sudah tentu mereka kena bayar dekat pengasas McD tu untuk menggunakan brand dan produk dorang. Hmmm...

Aku ada terbaca satu lagi statement di Twitter. Bunyinye lebih kurang macam ni,

"Korang nak jadi bangang boikot McD kenapa? Cube korang kaji dulu sebelum buat sesuatu. Most of owner McD dekat Malaysia ni adalah orang Melayu sendiri. Orang Islam. So punca rezeki dorang adalah daripada perniagaan McD itu sendiri. Dorang bayar zakat, dorang sumbang sesuatu dekat kerajaan Malaysia. Kalau sume dok boikot, kire korang tutup pintu rezeki dorang la. Ala, yang dok boikot McD ni pun masih pengguna FB, Youtube dan produk Israel yang lain. Asal x boikot sume tu? Asal McD?"

Siapa la yang keluarkan statement macam ni?? Haish.. Mana kita lebih utama? Saudara yang sengsara dekat Palestine ke saudara kita dekat Malaysia yang terpaksa tutup perniagaan sebab orang ramai dok boikot. Agaknya dekat padang mahsyar nanti Allah akan tanya dulu kenapa kita tutup perniagaan orang lain sebab nak selamatkan saudara kita yang menjadi mangsa kekejaman musuh Islam kot kan?? Bab, Youtube, Facebook tu pulak, takkan korang tak dapat lagi perbezaan dua produk ni. Korang pernah dengar tak satu statement ni, "Nak mengalahkan musuh, gunakan senjata apa yang dia guna.". Dalam hal ni, kalau kita pegi McD, makan dekat McD tu adalah salah satu cara nak lingkupkan perniagaan Israel tu, why not. Tapi boleh ke macam gitu? Facebook dan Youtube pulak korang boleh fikir secara bijak nak gunakan teknologi tu. Korang masih boleh guna tapi in terms of what purpose?? Misalnya, korang gunakan Facebook untuk sebarkan info-info yang boleh membantu umat Islam untuk menewaskan musuh Islam. Haaa, kan cara bijak tu. If makan dekat McD pun boleh buat, tak jadi masalah korang nak makan. 

Konklusinya, korang semua dikurniakan Allah akal fikiran yang waras dan bijak. Sebelum nak keluarkan sesuatu kenyataan atau nak menuduh atau nak melindungi sesuatu tu fikirlah dahulu. Tapi terpulanglah kepada individu untuk tidak memboikot McD ke atau pun mahu memboikot. Kalau korang rasa, tak boleh hidup tanpa makan McD dan nak membantu peniaga-peniaga franchise McDonald tu, silakan tidak memboikot. Tapi kalau korang rasa atau takut di akhirat besok kanak-kanak yang mati kerana menjadi mangsa kekejaman tentera Zionis tu menyuruh Allah bertanyakan satu soalan yang kita tiada jawapannya sebagai syarat untuk masuk ke syurganya, boikotlah dan bantulah mereka disana. Selain itu, doa akan keselamatan, perlindungan, ketabahan dan moga Allah mengurniakan mereka kekuatan iman itu juga sudah membantu. Ini hak individu... Aku hanya memberi pendapat. Jika ada yang tidak bersetuju, apa boleh buat.

..SEKIAN.. 

p/s: Menginfakkan harta ke jalan Allah, besar pahalanya dan ia sangat mulia disisi Allah. Aku yakin dan aku pasti peniaga-peniaga yang mampu memiliki Franchise McD ni kaya raya orangnya. 
p/s: nk mkn mcD tak salah. Tak berdosa pun. sebab ia halal dan daging-daging sume dari malaysia. Itu hak individu. Kalau dah McD bagi makanan free tu sebat je la. Hahah. Dah die bagi free. Itu rezeki. Ke camne aku ni? Lol!

10 comments:

  1. ya betol2 sy sokong 1000% statement tu.. kita gunakan FB dan youtube untuk membongkar sgala kjhatan yahudi itu dimata dunia walaupun mereka juga pengasasnya.. bab burger mcD tu.. x makan lg bagus sbb dah sah-sah salah satu makanan yang tak sihat dan penyumbang utama masalah obesiti dikalangan kita... org luar negara kaw2 boikot product israel.. dlm you tube pon ada tunjuk.. siap buat demo dalam supermarket.. kdng2 sedih ngn minded rkyat kita sendiri.. hurmm... smga roh2 pejuang islam dan rakyat digaza tentram dan aman disisi allah.. amin...

    ReplyDelete
  2. Sibuk cakap pasal gunakan fb untuk perjuangan. padahal fb pun yahudi yang buat. takyah la makan mcd sebab tak sihat.

    ReplyDelete
  3. Halo2.. Abis yg cipta fb.. Youtube.. Tu x de dpt royalti ke? Penat jer la dia perah otak nak cipta benda2 ni.. Selagi kite guna applikasi dia org selagi tu la dia org akan dpt hasilnya... Boikot tu cuma usaha.. Supaya seluruh dunia nampak kesungguhan kite menentang keganasan.. Tp yg x nak boikot tu pun x semestinya berdosa. Mungkin dia org ade pandangan sendiri.. Klu la kite ni di tempat pekerja2 mcd... Ape plak yg kite rase ye?

    ReplyDelete
  4. sebab tulah mereka bertapak kat dlm negara kita,sebab pemikiran orang Islam di negara kita amat lemah.Kalo dh kita x mampu nk berjihad brsama mujahidin2 Islam di Palestin,Syria dn Mesir,boikot ini adlh langkah yg bijak utk melemahkan ekonomi diorang..sya amat sokong kata2 yg berbunyi kalo nk tewaskan musuh gunakan teknologi yg mereka gunakan.Isteri sya sendiri bekerja di Nestle,dan sya suruh dia resign dan cri krja lain,Alhamdulillah Allah permudahkan isteri dapat krja baru...kalau niat kita kerana Allah,buat apa nk risau tentang pekerja di MCd tu.Allah tu Maha Kaya Lagi Maha Pemurah...Rezeki bukan MCd yang bagi...Ingat tu wahai saudara2 ku...

    ReplyDelete
  5. tp bile difikirkan. setiap aktiviti yg melibatkan size bite dlm intrnt memberi jana pndptan kpd pihak owner. ikutkan kalo 1 video bersize 4mb dishared 1 dunia yg mgkin melihat nye seramai 1bilion. kalo 1kb diberi royalti 0.1sen. jd 1 org sumbang rm4. bagaimana kalo 1bilion? igt intrnt ni free semate. web design xsebodoh untuk merekacipta sesuatu tanpa mndtg kan untung. btol x?

    ReplyDelete
  6. salam,

    saya tertarik dengan ucapan tuan yang berikut "Konklusinya, korang semua dikurniakan Allah akal fikiran yang waras dan bijak. Sebelum nak keluarkan sesuatu kenyataan atau nak menuduh atau nak melindungi sesuatu tu fikirlah dahulu"

    setelah mencari dari beberapa sumber, saya masih belum jumpa bukti yang mengatakan mcd menyumbangkan duit untuk membunuh manusia.

    jika tuan mempunyai bukti-bukti yang dipercayai, silalah kemukana kepada kami agar tenang hati kami.

    mudah-mudahan kita di redhai oleh tuhan yang esa.

    ReplyDelete
  7. takat bercerita kalut dalam internet senanglah, tepuk dada tanya selera, berapa sumbangan yg mampu seseorang buat dengan hanya menggalakkan pemboikotan barang² yg sudah lama menapak kat Malaysia? peperangan antara Israel dan Palestine sudah lama berlangsung, mengapa sekarang baru nak boikot? ni semua duniawi semata mata, saya lagi takut kalau dituduh menyebar fitnah daripada makan mcdonald..lagipun makanan ni tak haram..ke awak lebih suka makan cadburry?

    ReplyDelete
  8. Fast food xbgus xyah mkn..snang!!!

    ReplyDelete
  9. 37. Tiada sebab kenapa orang Melayu tidak boleh maju. Ini saya berani perang dengan sesiapa pun. Orang Melayu boleh maju . Kalau saudara jadi wartawan saudara kena tanam semangat suatu hari nanti mahu ambil alih akhbar ini. Tidak ada sebab kenapa ia tidak boleh berlaku.

    38. Kejayaan dan kelemahan orang Melayu bukan disebabkan oleh bangsa kita dan agama kita. Ia berkait dengan sikap dan cara kita berfikir. Gigih, tekun dan tidak mudah putus asa merupakan kunci kejayaan kita. Tapi perkara ini kurang wujud dalam cara orang Melayu berfikir.

    39. Tuhan memberi peluang kepada siapa saja yang bekerja kuat. Apa yang ada pada saya ini hanya usaha. Kalau anak dangau macam saya boleh, tidak ada sebab orang lain terutama mereka yang dari pekan tidak boleh.

    40. Kita tidak usahlah selalu mengulang-ulang perkara yang boleh memberikan kesan psikologi negatif kepada orang Melayu (kereta dan rumah besar). Kita kena kurangkan bercakap tentang kereta besar dan rumah besar . Sesiapa pun mahu pakai kereta mewah tapi bukan itu matlamatnya.

    41. Orang Melayu sebenarnya kena membantu diri sendiri, kena bekerja keras dan fokus.

    42. Sikap merendah diri perlu sentiasa ada dalam diri seseorang walau setinggi mana pun kejayaan dicapai.

    43. Apa yang saya buat ini (kerja-kerja sosial) semuanya bermula daripada didikan orang tua saya sendiri.

    44. Saya sendiri berhutang sambil berniaga dan buat sumbangan amal jariah. Saya tak mahu tunggu hutang habis baru hendak buat semua ini. Saya takut kalau hutang habis saya pun mati dan apa pun tak sempat saya buat.

    45. Saya biasa saja. Hidup saya tidak berubah, dari dulu beginilah. Saya terima apa saja nikmat yang diberikan oleh Allah. Tidak ada segelas air, ada setengah gelas pun saya bersyukur.

    46. Kalau kerana sedikit bantuan itu mereka lulus peperiksaan dan hidup mereka menjadi

    ReplyDelete